Thursday, April 29, 2010

Everything will be fine…. :)

alhamdulillah………….

aku syukur sangat2 nh….sebab kan, semua bakal setel…mula-mula aku dah risau dah sebab yelah tak boleh simpan barang kat surau K1 nh. ok itu dah satu hal. satu lagik, nak sewa bilik sebab nak tinggalkan barang pon tak boleh. iskkkkkkk. hanya yang sewa sebab nak ada penempatan sepanjang Latihan Industri jer boleh. huhuhuhhuhu. ok aku dah mula risau balik dah. ingatkan boleh sewa bilik kan. kalo boleh, dapat share-share dengan Nani. sewa bilik dia. sebab dia dok K1 jer sem depan. so aku dah risau dh sebab nak kena letak kat K4. K5 dorang cakap berbayar pulak. K4 nh aku risau. iskkkkk. yelah barang-barang berharga takkan nak tinggalkan jer kan. gila ape. mau ilang. meroyan aku. sungguh tragis tadi memikirkan. baru pikir, belum terjadi. tsk tsk tsk.

dah tension-tension malas pulak aku nak fikir kan. so aku pon layan jer YM. chat-chat dengan Kak Fana@ AlamFanaCinta sambil gelak-gelak sakan berborak pasal entry blog orang yang klakar-klakar. kami kan share minat. iaitu blogging and blogwalking. hek3. dah borak-borak lama-lama, sampailah Kak Fana tanya, aku dok PLaza ke sem depan? terus dalam kepala aku macam “TINK!! Kak Fana dok plaza!!” dan teruslah aku tanya Kak Fana boleh ke tak tumpang barang kat stor umah dia. sebab dia duduk berdua kan dengan lagi sorang felo. and dia pon sentiasa ada di umah tuh sepanjang aku cuti nanti, so agak selamat barang-barang kalau tinggal kat umah dia. bukan apa, rumah yang insyaAllah bakal aku duduki tuh, stor still penuh sebab kakak-kakak final year belom setel dengan tesis dorang, and dorang akan check out lambat. and aku masa tuh dah balik Kuching kan, so harus aku risau mane nak letak barang kan. Kak  Fana sangat mengalu-alukan. siap dia tanya siapa akan tolong angkat dr K1 ke plaza. ade kete ke. semua tuh pon aku tgh fikir sebenarnya. janji ade destinasi nak anta dulu, pengangkutan blakang kira. Kak Fana siap offer kalau ade siapa-siapa nak pinjamkan kete, dia boleh tolong drive ulang alik angkat barang nh dr K1-Plaza. terharu ok! thanks akak!

selesai masalah rumah. dah masalah rumah selesai, masalah pengangkutan kena pikir lak. Kak Sarah memang nak tolong. aku tau dia tak kesah. tapi aku kesian weyh. dia dahlah keje weekdays, keje pulak kat Puchong sana, pastuh takkan lepas opis hour dia nak rush masuk KL pulak kan? dengan nak rempuh jam bagai. harus kesian ok dia. penat keje, pastuh tolong aku ulang alik drive pulak angkat barang-barang. iskkk. penat ok. memang dia ckp ok kalau malam-malam sebab sejuk sket. tapi kesian lah. jauh. umah dia pon kat Puchong. then terus aku tingat Shah! haaaaaa! Shah dok Gombak. sangat dekat dh ngan aku umah dia. aku pon try sms-sms Shah tanya bila dia free weekdays which is tinggal Khamis n Jumaat. riki punya riki, Shah willingly tolong. Jumaat nh kami akan angkat barang. Shah siap cakap lagi, dia kan ada, apsal nak susahkan kakak kat Puchong sana. terharu ok dengan mereka semua nh. weyh Amy, aku pinjam balak ko kejap nak jadi driver jap ye. :D gila baek sungguh kawan-kawan nh semua. Alhamdulillah~~~ setel semua masalah. tinggal tunggu nak angkut pindah jer. :)

so, setel dengan hal pindah barang. seharian semalam aku di luar. dari pagi-pagi awal aku dah keluar ke fak. macam ade kelas. p kelas pon tak semangat macam tuh. ini semua sebab nak ke UKM Bangi sana~ jauhhhhhhhhhhh~ so of coz pergi fac dulu. amik duit yang tinggal seciput jer dalam purse. then grab sandwiches dekat 7E and air green tea faveret dengan mineral. pastuh amik monorail ke KL Sentral. amik pulak train yang super duper lembap dia punye timing. kene duduk tunggu lama gak. sambil tuh makan-makan sandwiches. siap jer makan, terus train sampai. seb baek dapat duduk. gila ok nak berdiri sepanjang perjalanan dari KL ke stesen UKM tuh. layan mp3 jer sambil tgk pemandangan luar yang penuh dengan construction sana sini. saket mata. sampai UKM amek shuttle bus. ini member-member UKM Bangi tolong explain cmne nak ke kampus Bangi tuh. thanks Sit n CT!! ke Bangi sebab nak ke FSSK, jumpe En Zaini, lecturer sana nak pulangkan map yang guna untuk assignment. hari last lecture dia, aku mamai-mamai sampai lupe nak bawak map. kelam kabut nye pasal terbangun lambat ke kelas. seb baek assingment tak lupa kannnn~ dah sampai FSSK, sms En Zaini, which aku rasa bersalah sebab mesti dia bz giler kan. tunggu dalam 40mins, dia reply sms cakap pass je map kat someone kat pejabat PPSPP. lepas pass tuh, tunggu bas and balik ke stesen KTM. ade lah dekat sejam jer kat UKM tuh.

pastuh dalam tren, yang nh hazab. kene berdiri sampai ke KL Sentral!! tension acikkkkkkkkk~ tpi paling aku menyampah, ade 2 ladies nh, ok ok, bukan ladies, minah nh. dorang buat dunno jer ade 2 orang tua sedang berdiri depan dorang ok!! tolonglah bagi seat. kesian dah aku tgk. minah 2 org nh kawan. borak-borak gelak2 macam hape jer. macam hot sangat. eeeeeee. gelak nak ngilai-ngilai mintak attention. benci ok! kesian aku tgk orang tua 2 orang tuh berdiri lama-lama. UKM-Serdang jauh tuh. boleh tahan untuk orang yang berdiri. dorang orang tua nh ngan anak dia pompuan sorang turun kat serdang. minah 2 tuh turun mid. aku tgk dorang dressing, aku dah boleh bajet, mesti turun mid punya. kalo dh dari arah seremban tuh, dressing hot habes tuh, mesti nak g MId. hehehehehhehehe. aku pon dressing kalo nak g Mid, tapi tak hot lah. hurt jer~ keh3~ takdelah. ko dah pandang-pandang dah orang tua 2 tuh, dah tau sangat orang tuh perlukan seat, still ko buat dunno?? laen lah ko buta and ko pun perlu seat. nh ko terang-terang nampak orang tua tuh. siap bapa kali aku perasan ko pandang depan ko, tapi still jugak buat muka tak bersalah takde perasaan. pleaseeeee! memalukan ok!! memalukannn! aku sebab dh bosan dengar ngilai-ngilai aku terus layan mp3. lega telinga aku tak dengar sore dorang. nak kata chantek, iskkkk. malas aku nak komen. kalo ko chantek pon, pangai fail, aku tetap pandang tak chantek ok. orang sekeliling tgk jer minah 2 tuh. isk malu aku~
dh sampai KL Sentral, pergi amik duit lagik, nak bayar yuran. makan kat McD Kl Sentral. sajer jer sebab nak kill the time before opis hour start. nak tunggu jabatan bendahari fac tuh bukak ler. dh agak-agak abes makan tuh, terus gerak ke fac. dah bayar yuran, blah balik.

sampai bilik terus lah aku terbaring. penat tak terkata. dah baring jap layan blog orang. keh3. sekarang aku rasa ngantok sangat-sangat sebab tak tdo pon lepas sampai bilik tuh smpai sekarang.
perghhhhhhhhhhh~ panjang entry. keh3. takpe, diari idup aku jugak :P tak suke diam ok~ :)

aku rindu dorang nh:
30205_117442431617462_100000551160858_189830_4692788_n

rindu Mama ngan Ayah aku weyhhh! menghitung hari jer nak balik nh!!! tak sabar!!!

klah, selamat ari khamis semua~~~

p/s: rinduuuuuuuuuu dia jugak :)

2 comments:

alamfanacinta said...

hehehe...setiap masalah ade penyelesaian nye...kalau tanye awal2, lagikkk cepat selesai..hehe..;p

ok, so jumaat eh..ape2, u tell me ok..:)

ASAA said...

aah kak fana, jumaat malam...nanti ain msg akak ye :) thanks sgt!

tuhlah...tak terfikir akak..kalo tak last weekend lagik dh angkut semua nh ha...hihihihih~