Showing posts with label Vacations. Show all posts
Showing posts with label Vacations. Show all posts

Saturday, May 21, 2011

Travelling much?

Aku baru sampai Kuching dari KL. Tadi lah pukul 4pm gitu landed.

Aku pergi KL Isnin lepas, 16 May sampailah hari nih 21 May.

Esok aku gerak ke Sibu pulak! Fuhhhhh! Kerja aku berjalan sakan jer.

Oklah, tuh jer for now. Hehehhehe.

Babaii!!

p/s: Sangat malas nak update blog bila cuti macam nih tau :D

Thursday, September 30, 2010

Matahari

Nih bukan nak cakap pasal matahari MATAHARI tau. hehehehehhehe.

Nih ha tadi aku belek phone aku tuh. Sebab nak transfer gambar keli tuh lah kan. Belek punya belek aku jumpa satu gambar. Tersenyum sengih-sengih sorang aku tau. Hihihihihihihi. Kelakar bila ingat balik masa tuh. Adoiyaiiii.

rasa-rasa korang apa nih?

Hahahahahahah. Adoiyaiiiii. Aku order roti telur nih ha. Tak tau lah pulak aku dapat roti telur versi MATAHARI. Malu aku tauuuuu! Mamak tuh saja tau. Iskkkkkk. Aku tengok lah satu family sebelah aku masa tuh. Anak-anak dia yang kecik-kecik comel-comel tuh order sama jer ngan aku. Tapi dapat yang renyuk-renyuk tuh. Hodoh lah kiranya. Aku punya pulak tersusun rapi okkkkkk. 

Puas aku kena perli dek kakak 2 orang tuh. Nih masa aku kat Penang nih. Dorang berdua siap perli-perli, sakat-sakat aku cakap mamak tuh syok kat aku. Malu okkkk! Blushing aku dibuatnya. Mamak tuh pon satu. Kot ye pun syok, bagi lah makan free ke apa ke. Nih bagi yang macam nih. Ada ke patut??? (weyh, takkan muka macam aku nih mamak punya taste jer kot. hoihhhhh. very theeeeeeeeee..............~~~)

Kelakar lah bila ingat balik. Asik kena bahan jer. Iskkkkk. Jahat tau you mamak~ Lain kali bagi makan free jer lah. I pahammmmmm~ Muahahhahahahhaha :D

Hehehehehhe. Saja entry nak hiburkan hati sendiri :)

 hai :) 
nama saya Ain. Umur saya 22 5 tahun setengah :D 
Ngeeeeeeeeeee
(gambar masa jamuan raya course Sabtu lepas)

p/s: Aku taip ari apa ntah. Patutnya auto-published, tapi jadi draft semata-mata. Bengong blogspot nih. Adoiyaii!

Saturday, April 24, 2010

Simptom...........

huaaaaaaaaaaaaaargggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh~~

cuti dah lama start dah. takdelah lama mana. last paper aku ari tuh 20/4 kol 12.30pm. so 3 jam lepas tuh dah officially boleh huha-huha. sekarang baru 23/4. ya Allah. aku dah rasa macam seminggu lebih cuti jer nh. padahal baru 4 hari. gila bosan ok.

keja aku hari-hari kemas bilik. kata ada 2 weeks dekat KL nh. so pelan-pelan ler aku kemas bilik. tapi yang pelik nye, aku rasa makin aku kemas bilik nh, makin banyak pulak barang. bukan ke patut makin kurang ke? aku dah siap buang2 lagik mane yang dah agak-agak tak pakai. still banyak. kotak dah penuh dah 4. ade lagi 4 kotak kosong aku nak isi. baju dah sumbat dah dalam beg 28inci tuh. ade 2 lagi pulak tuh. which aku rasa tak muat pon beg-beg tuh. kena masok dalam kotak jugak baju-baju nanti. baju dalam almari tuh banyak lagi haaaaaa. yang nak dibawak balik bukan banyak pon baju. huhuhuhuhuhu.

ermmmmmmmm. satu lagi masalah sekarang. tempat nak letak barang-barang nh sementara aku nak balik Kuching nh sebelom naek sem. mula-mula dulu rancang nak letak kat kolej K4 jer kat Kg Baru tuh. tapi bila dengar brita member plaza, dorang cakap tinggal dalam stor unit masing-masing pon boleh. tapi sekarang, unit yang aku nak rancang simpan barang tuh, stor penuh g. sebab kakak-kakak senior dalam umah tuh kan masih tinggal ctuh untul abes viva dorang. so sekrang balik ke plan asal, letak kat K4. tapi satu jer aku malas letak kat K4, sbb aku bukan dok ctuh nnti. aku dok plaza. kan ke menyusahkan diri jer 2 3 kali angkut barang tuh naek sem nanti. adoiyaiiiiiii. haru-haru.

and sekarang mood aku nak simpan barang dah ke laut. sebab dah ari-ari aku kemas, tak jugak setel-setel. penat sungguh!! tapi paling aku tak suka bila nak kemas nh, mesti bilik bersepah. bukan macam tongkang pecah. dah macam titanic meletup. huhuhuhuhuhu. dengan lantai penuh ngan barang-barang. nak jalan pon kena langkah-langkah barang. rimas aku tengok bilik bersepah. rasa nak nanges jer. aku tak suka sepah-sepah nh. sakit mata tengok. aku boleh tahan bilik or ruang yang banyak barang, tapi barang dia macam bersepah@tersusun kat satu tempat jer. kalau dah sampai segenap ruang pon sepah sampai tak nampak jalan, rimas acik ok rimassssssss!! macam mane pon, aku nak pastikan esok dah siap setel pasal kemas bilik nh. harap-harap dah siap packing semua dah and tinggal mane yang aku pakai jer. ermmm. balik Kuching 2/5, bilik kena kosong by 1/5. cmne?? aku nak merempat mane nh weyhhhhh?? segala patung-patung, bantal, segala baldi yang masih pakai, semua nye nak simpan before balik Kuching nanti. tapi aku tgh musykil nh, mana nak tdo weyh semalam tuh??? tune hotel? mahal siot! tapi boleh jer kan? aah kan. dok hotel jer lah semalam. hohohohohohohohoho.

tinggalkan lah pasal kesah bilik tuh. menyampah aku nak fikir. sekarang pon kena mula fikir and setel pasal proposal tesis. 21/4 ari tuh ada briefing LI. pergi jumpe SV tesis skali. cuak nye aku bila dengar briefing LI tuh. sangat cuak sebab tak boleh imagine derrrrr nak LI dah. siap dah dapat Log Book tuh lah yang cuak tuh. tengah-tengah nak hadam info pasal LI, jumpe SV pulak. perghhhhhh! bincang punya bincang pasal tajuk tesis, method ape semua, dah skali SV cakap "saya rasa awak dah boleh mula buat proposal tesis. yang penting banyakkan baca jurnal and siapkan literature review sebab tuh yang paling penting. biar naek sem nanti awak punya proposal dah setel, boleh kita proceed terus dengan kajian awak. sebab amik masa nak tunggu ikan-ikan tuh besar". pergggghhhhhhhhhhhhh~ ko tak rasa SV tuh sangat yakin and positif proposal aku akan diterima? sebab yelah dia cakap naek sem bleh start terus dengan kajian. bila orang dh konfiden ngan kita, kita pon kena lah konfiden kan? tapi aku cuak ler~ hohohohohohoh.

oh btw, cuti sampai 12/7 nanti. lama kan? dalam 12 weeks lah jugak kalo ikutkan tarikh aku last paper. tapiiiii~ sem kali nh aku tak sewenang-wenangnya goyang kaki kat umah. sebab kan ada LI. LI adalah 7 weeks. bermula 3/5 sampai 20/6. bayangkan, aku balik Kuching 2/5, flight petang2 gitu. 3/5 pagi dah start LI. perghhhhh. mental ngan fizikal lom nak adapt ngan umah, esoknye dah LI. seb baek company tuh blakang umah aku jer. jalan kaki lenggang mak enon pon, tak sampai 10mins sampai dah ofis tuh. kiranya takde lah aku susah nak pergi n balik keje. kalo ujan pon dekat jer ngan umah nak redah. siap boleh tido-tido lagik lunch hour sebab dah dekat ngan umah. makan kat umah jer. hehehehhehehehe. jimat-jimat. syukur alhamdulillah~

selain LI, aku kena pergi blaja driving daaaaaaaaaa~ ari tuh masa mama kat KL, dia kan tbe-tbe cakap aku kena blaja driving cuti nh. nh yang aku malas nh. huhuhuhuh. aku tau orang dok cakap, "apelah dah umo 22 nh tak reti drive lagi". iskkkkkkk. aku fedulik apeeeeeeeeeeeeeee~~ aku malas betol lah nak drive-drive nh. nanti mesti bila dah reti dah, jadi driver jer~ hohohohohohoh. ok-ok. aku still takleyh imagine aku driving. bak kata mama, pegang stereng kete pon terkial-kial, inikan pulak nak driving. iskkkkkk.

klah. nak sambung golek-golek kat katil. bosan. nak keluar, malas nya tahap cipan peknen. tapi komplen bosan kat bilik. cmne? hahahhahahahaa. takpelah. jap ag aku tdo balik. pastuh bangun n sambung kemas bilik, pastuh tdo balik. oh, tak sebut makan ye. memang aku malas g makan. malam-malam jer aku kuar. sebab sejuk sket :D

selamat berhujung minggu semua~~~


p/s: rindu wooooooooooooooooooooo~ makin rindu lately nh kat dia. :)

Sunday, April 4, 2010

Penang :)

weeeeeeehuuuuuuuu~

ari nh dah hari ketiga aku kat Penang. ari aku sampai ari tuh dh malam. giler lembap nek train. lepas nh SUMPAH takmo lah nek train. lama sangat kot. giler ko. aku nek train pukul 3pm-ish gitu....dkat nak 10.30pm baru sampai kat stesen Butterworth. worth lah sgt butter tuh. tetibe kannnnnnnnnn....

lama sangat lah weyh. battery laptop abes...2 movies aku abeskan dalam train. then aku men PSP. pun smpai abes bateri. giler bosan kot. dhlah lupe nak bawak MP3 aku tuh. dalam train baru tingat pasal MP3. sedeyh jer. last meal aku adalah kat KFC masa aku sampai KL Sentral tuh. tuh pon dalam kol 11am lebih. giler. hampir 12 jam tak makan ape. sampai2 lapar jer. makan McD jer. tak rasa nak makan nasi pon sbb dh lewat sangat. sampai umah pon dalam 11pm lebih. lama btol perjalanan aku nak sampai Penang.

pastuh semalam aku kuar ptgnya. pagi tuh takde watpe. bangun pon dah lambat. penat perjalanan lambat nak ilang pulak. kakak2 umah nh keje walaupun ari Sabtu. kesiannnnnn~ tiap Sabtu pon keje. iskkk~ aku lak tdo jer. dkat nak kol 11am baru aku bgn. mandi2 then turun kat living room dorang, buat keje sket. baca notes sket. tup2 kakak call cakap siap2. dia balik jer trus kuar. trus aku berdesup siap2. pergi tgk wayang.

cter ape eyh tgk? Clash Of Titans. aku malas pulak nak review. sape dah tengok cter Percy Jackson and The Lightning Thief tuh, cter dia lebih kurang jer. cuma nye cter Titans nh versi dewasa and lebih ganas. jalan cter bg aku sama jer ngan Percy tuh ha. aku siap ngantok2 lagi. tapi aku jadi kompius. aku peminat cter2 ala zaman greek nh kan. mcm seronok jer sejarah greek nh. tapi tuhlah. dalam percy jackson, si percy or nama greek dia perseus, anak kepada Poseidon, adik si Zeus. tapi dalam Titans nh, Perseus anak Zeus plak. dah tuh dalam Percy, Poseidon jatuh cinta ngan mak Percy. dalam Titans plak, Zeus p rogol bini Raja.iskkk. kompius acikkkkkk~ (ada ke patut dewa pergi rogol manusia. ape punye attitude ler??)

sebelum p tgk wayang tuh p makan kat KAPITAN. mamak. sedap weyh briyani dia. sukeeee~ (ke sebab aku lapo terlampau??) lepas tgk wayang plak. balik umah. then malam kuar balik. makan Mi Udang kat Sg Dua. bolehlah sedap. Udang fresh gitu. asalnya plan nak masak jer kat umah. kakak tuh nak buat bihun sup. pergi pasar malam, nak bli rusuk daging, bo liao. abes sudah. dia plak kalo nak buat sup nak jgak pakai rusuk daging. sbb takde, pergi makan mi udang. takde plak aku amik gambo. yelah aku kuar tak bawak phone kot. punyelah malas. bawak pon hp cikai tuh sbb tuh jer batt tahan lama.

itu cter semalam. ari nh pulak buat ape? mcm biasa aku bangun tdo lmbt ler. kol 10am gitu kot bgn. trus mandi2. then turun bawah sarapan. makan nasi lemak. lmbt gler sarapan. oklah, brunch lah. sedap jgak nasi lemak dia. nasi tuh lembut jer. sukeeeeee jgak~ (ke sbb lapo jgak?? muahahahhaha) lepas makan, sambung siap translate report eia Gunung Nuang. dah siap2 and email kan ketua group aku, trus naek atas kat bilik and golek2. pastuh siap2 kuar. sbb dh lunch, trus pergi Sunway Carnival Mall. nak pergi GSC tgk wayang lagi :P hari nh tgk How to Train Your Dragon. super cute ok~ :) sukeeeeee sgt. klakar. aku suggest sangat2 pergilah tgk ye. bawak budak2 besh gak tuh.

cter nh pasal sorang budak nama Hiccup. anak kepada seorang ketua kepada kaum Viking. Viking nh sejarah keturunan dorang, dorang nh bermusuh dengan dragon. so kiranya mmg dalam darah daging dorang lah setiap Viking tak kira lelaki or perempuan akan one day jadi pahlawan yang membunuh dragon. ko jgn imagine dragon dia huduh2 tau. comey2 jer dragon dia. sikap dragon2 nh sebijik mcm kucing ko tau. sape peminat n pencinta kucing, mesti tingat2 kucing kesayangan kat umah kalo tgk cter nh :) so si Hiccup nh, one day dia berjaya lah tembak jatuh seekor naga yang tak pernah mana2 Viking kat mana2 keturunan Viking nh tgk. Night Fury dorang panggil. so Hiccup btau ayah dia, dia berjaya jatuhnya Night Fury, tapi ayah dia tak caye, yelah Hiccup nh bukan mcm pahlawan. badan kecik, lembik2 jer dia. so dia pon bawak diri and pergi hutan. and dia terjumpalah Night Fury yang dia berjaya jatuhkan. dia berjanji akan bunuh dragon kalo nmpk. tapi dia tak sanggup nak bunuh. dia pon lama2 jadi kawan si Night Fury, yang dia bagi nama Toothless. sumpah, Toothless sgt comel especially bila senyum. ngeh3. iskkk. klah, pergi lah tgk. takkan nak aku cter sampai abes plak kan.

sekarang aku sorang2 kat umah. tapi ditemani 2 ekor kucing persian, Bobo and Schiro. Bobo kaler oren, Schiro kaler putih. comel :) Bobo sombong oh ngan aku. mcm biasa lah kan. dulu aku dtg pon dia sombong. Schiro plak super manja. 2nd day aku kat umah nh dia dh kenal aku. panggil nama jer dia dtg. ngendeng2 kat aku jer keje dia. geram :) kakak2 tuh pergi Kepala Batas. aku tdo tadi. mcm penat jer. so aku tinggal kat umah jer. tapi kan, as soon as kakak2 tuh kuar umah, aku terus turun bawah n online. sambil baca notes. :)

since mcm lama tak update, rs lah nak update sket2 blog nh. aku malas lah nak cter pasal bday aku dulu tuh, or ape2 yg berlaku before nh. lama sangat dah. lagipun kat FB aku pon aku aktif kot update kat status.

klah, aku nak sambung baca notes. dh bawak notes jauh2 nh kenalah baca. takkan nak peram jer kan. minggu depan ari Isnin 1st paper aku. :) kepada yang akan duduk for exam and yang tgh exam sekarang, all the best k? :)

p/s: tak lama ag abes dh 3rd yr. mulalah hidup dengan tesis. praktikal dulu 7weeks. :) and bakal jadi warga Plaza Rah :D

Friday, April 2, 2010

Another Penang trip :)

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~ *sambil shuffle golek2*

setelah sekian lama tak update...tiba2 update dengan entry ke Penang lagi sekali. ngeh3. i know i know. last entry pon pergi Penang. kalau last time pergi dengan plane, maksud nye amik flight, this time around pulak pergi naek train.

sekarang aku berada kat KL Sentral nh. duduk di KFC. tadi sunyi jer. sekarang lunch hour dah macam ape dah penuh KFC nh. online pon guna broadband sendiri. nak harapkan streamyx zone, hampagas gler kot. kejap2 putus, kejap2 putus. pening kepala tau...~

oh oh, since dah lamak sgt tak update nh, saja nak tukar sket allignment entry. kali nh nak balik kepada allignment kiri. ngeh3. bosan kot allignment tengah jer.

train aku pukul 3.03pm. yelah tuh. kang tbe2 lambat. macam tak tau train ktm kan. ceyhhhhhhhhhh. cakap macam slalu amik train intercity jer. wakakakakakakakak.

bosan btol duduk cnh. aku dh smpai KL Sentral dalam pukul 11.15am tadi lagi. terus naek KFC nh carik spot dan duduk. duduk nak pulak seblah tempat yang ada plug :P aku sajer jer, nak buang masa sementara tunggu masa departure nh. lambat lagi kot. dahlah tak reti nek train jauh2 nh. paling jauh pon train ke Seremban masa masih blaja kat KMNS dulu.

oh, sebenarnya aku malas sgt nak update blog. kalau dtg mood tuh kan, mesti mcm blur2 jer nak start cter dr mane. byk kot cter yang aku nak share. RAJIN tuh jer yang takde. RAJIN aku dah abes time nak siapkan assignment. assignments melambak2 jer. lepas satu, datang lagi satu. baru jer nak rehat jap dari buat assingment, ade aje yang lain datang. penat jugak. tapi enjoy lah jadi student nh. penat penat pon, bila dh siap n anta, lega bak kata pepatah, mcm batu besar dh dialihkan dari bahu. skati aku jer nh. muahahahahahahah.

hari nh officially last klas untuk aku di tahun 3. study week untuk final exam bagi sesi tahun 3 nh pon bermula. kiranya aku akan berada di Penang sepanjang study week nh. satu beg aku letak notes semata2. bukan nak baca pon time tunggu2 nh. online pulak kan? hehehehhhehe. takdelah. aku nh mengantuk okkkkkkk~ kalau aku baca notes, kompom2 ajer aku tdo lentok punye~ :P

ermmmmm. mehlah aku sebut sket ape aku nak cter tapi tak cter2. start drt end of februari lah kan. kan sedia maklum, aku nh bday nya 4 tahun sekali. tahun lompat gamaknya. tapi sgt hepi bila 2 hari berturut2 aku kuar sambut bday. semuanya kakak2 senior dan kakak2 yg bukan senior (bukan UKM) belanja. tgk movie, dpt perfume, belanja makan, belanja kek. sukeeeeeeee~ terima kasihlah kat mereka2 tuh. 

tgklah, jap lagi aku smbg blogging kalau aku rajin. nh bukan pakai windows live writer tau. nh direct dr blogspot. jap lagi kalau aku rajin aku blog dr WLW aku ye. takpun dalam train jer aku blogging. kalau aku tak tdo lah. aku nh ikut mood jer blogging. yelah, blogging pon untuk suka2. untuk diri sendiri. kepada yang sudi baca tuh, terima kasih olah byk2 :) jgn mengharapkan aku nak update selalu sgt ye. ikut mood jugak. aku nh banyaknye kuar, tapi bukan interesting mana pon nak cter. melainkan aku rs macam rajin jer mcm takde ape jer nak buat, aku update lah nanti. ngeeeeeeeeeee :D

oklah. doakan aku selamat pergi dan kembali. 

p/s: Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. walaupun aku bukan peminat arwah, tapi aku tau dia banyak buat orang ramai gembira. pagi setiap org yang dengar era tuh, sentiasa diceriakan. pagi2 dia dh bagi keceriaan kat semua orang. dia banyak buat orang gembira. aku rasa ramai yang terasa akan pemergian arwah. Al-Fatihah untuk arwah....AMIN

Monday, March 15, 2010

AK 5374 to Penang~

uiiiii~~
lama giler kot tak update....
aku kat LCCT nh...
flight to Penang kol 8.45pm nh...heheheheheheh
excited sbb 1st time nak ke Penang...
kalo dh smpai Penang nh,
maksudnye...
aku lom jejak Sabah ngan Labuan jer negeri n wilayah dalam Malaysia nh~
hohohohohoho..

doakan aku selamat smpai...
nanti aku rajin aku update masa kat Penang...
byk nak cter...
dr celebration bday aku yang sebenarnya tak wujud pon tahun nh..
nanti lah aku cter ye...

btw,
tgh sedeyh nh...
sbb krisis dalam my small family dkat UKM :(
sedeyh sgt...
so cold between the two sides...
ntahlah cmne nak setel...
mungkin aku mengalah?
setiap kali pun aku rs aku mengalah dalam setiap perkara...
haihhhhh~
apsal lah jadi mcm nh...
entah mane silapnya...
ada inisiatif salah...
takde pon salah..
ermmm...balik dr Penang tgklah cmne...
aku rs mcm last2 akan mengalah dgn dorang..
selagi takde yang mengalah..
selagi tuh tak selesai problem..
ade 2 3 org yang dh ckp nak mengalah..
nak bg way kat mereka...
biar puas hati...
biar sumer nh berakhir...
manusia,
takkan puas selagi tak dpt ape dia nak..
tak kira dalam situasi ape pon....
termasoklah aku...
tapi aku rs,
kalo aku di pihak dorang...
aku redha...
serius...
aku sumpah..
redha..
sbb maybe Allah dh aturkan mcm nh...
hari tuh pon mcm terbuka hati jer nak ke sana...
macamlah aku rajin sgt nak ke sana jumpe org2 tertentu...
tapi ntah nape...
hati rasa nak sgt pergi sana....
bukan nak amik hak sapa2....
tapi sekadar nak bertanyakan pendapat..
bila dh berbincang rs tertarik...
ermmm....
takpelah...
maybe mmg mcm nh kot...
tapi aku still tak paham...
kenapa nak ikut sgt rasa hati...
kenapa nak telan hasutan amarah...
aku rasa..mmg akan ada yang mengalah...
termasuklah aku...

harap dengan mengalah,
semua nh berakhir....
at least sumer org akan hepi...
kalo aku mengalah doesnt mean aku kalah...
maybe bila aku mengalah,
Allah bukakan jalan lain yang lebih lancar bg aku?
siapa tahu kan?
perancangan Allah sgt di luar dugaan kta...
aku redha :)

ok ok....
nak pergi check in...
doakan aku selamat smpai...
sejam jer pon~
daaaaaaaaaaaa~

p/s: akhirnya akan jejak jugak ke Penang. syukur.

Monday, December 28, 2009

Back!

aku dh balik KL dh~
Langkawi memang fun abes!!~
banyak sangat pengalaman yang nak share..
nanti eyh aku update..
tgh kumpul pics from cameras mereka mereka yang ada..
hehehhehe..

happy monday people~
daaaaaaaaaaaa~

:)


p/s: pemandangan laut dan tepi pantai serta pengalaman ke open sea naek boat smbil pakai topi yg comel n sunglass, memang cool...mcm tourist dr mane ntah~ hahahhaha~ :D

Thursday, December 24, 2009

The Island is Calling~

i am off to Langkawi Island yoooo~~~
weeeeeeeeeee~
24/12 bertolak..officially kat sn dr 25/12 smpai 27/12~ :D
gler best akhirnya dapat merasa jejak kaki kat Langkawi..~
fuh fuh fuh~

so nanti balik dr Langkawi aku akan update secara besar-besaran..
maseh berhutang anda sumer pasal praktikal kan?
hiksss..
sekali harung lah nanti~
mood blogging dh tiba..
tapi malangnya nak ke Langkawi..
hak hak hak hak

Island hopping adelah mende paling aku tak sabar nak buat kt sn nanti~
oh and mangrove and cave tours..
ya Allah...
indahnya laut itu~

jumpe Ahad nanti~
bubuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~

Selamat Menyambut Hari Krismas kepada yang menyambutnya~
and yeah,
selamat berweekends panjang kali kedua kepada yg laen!
cuti memang indah~
:D


p/s: lepas Langkawi, Tioman plak boleh? ade nak sponsor and temankan skali? :P