Thursday, October 10, 2013

Campo aduk

Hahahhaha kerja aku asyik lah tukar URL ngan blog name. Nampak nau taknak orang tau blog nih. Firstly aku nak merempan pasal boss aku. Ye, boss aku kan muda lagi uollss. Muda dari aku lagi. Anak tokey biasalah masok kerja memang jadi boss kan. So alkisahnya nih, aku geram sebab si anak boss nih, mentang-mentang dia tuh anak tokey, boss aku, boss kepada staff2 dia, so dia slalu lah pi tweet benda-benda berbaur macam orang tak paham dia buat apa, dia jer tahu so unless orang lain not in his shoes so tak payah nak bunyi2 sangat. Lepas tuh siap konon bertanya lagi, kenapa ye orang nak tweet2 and merempan2 dalam twitter, mintak kesian ke? Macam tuh lah bunyinyaaaa.

Weyh, dah kalau ko bayar gaji staff wayyyyy too low di bawah kelayakan dia, siapa tak bising kan? Dahlah tuh, siap cakap sendiri tak shopping sebab nak guna duit untuk syarikat, tak claim apa dari syarikat. Lepas tuh ko pergi company ayah ko nih (company aku kerja sekarang), ko pergi claim under company ayah ko. Eleh, ingat staff tak tau ke? Pastuh dia sendiri pi pukul canang satu kampung cakap beli songket harga ribu-ribu, tapi depan staff cakap tak shopping. Tak paham aku orang kaya nih. Apa kau cuba sampaikan??? Yang kau nih CEO so kau lagi terer? Please lah. Ramai lagi orang kat luar sana lagi berbakat, cuma bukan lahir dari keluarga sedia kaya macam ko k? Please jangan berlagak. Inilah dia masalah orang self-obsessed. Macamkan dia punya struggle nak naikkan company lah struggle paling gila dalam dunia. Padahal lepas tuh balik-balik korek duit bapak nak cover company dia. Geram aku dengan politik family dalam syarikat nih.

Eyh geram aku bila baca tweet2 dia. Sebab apa? Sebab berlagak. Self-obsessed sangat uolllsssss!! Aku tak pernah ler jumpa orang self-obsessed sangat macam tuh. Yelah, dia kan boss, anak tokey, plus ada company sendiri yang mana aku tengok staff dia dah kelam kelibut pakat nak resign semua. Pastuh siap ugut2 staff cakap kalau nak kerja, kerja jer tunggu gaji hujong bulan, kalau taknak boleh resign dia release serta merta kauuuu. Nampak nau tak reti nak handle, main ugut2. Aku lagilah tak reti, tapi sebagai leader, ko jangan lah main ugut2 macam tuh. Betul2, staff ko resign semua, menganga ko nak carik staff baru, pastuh nanti kitaorang yang under company bapak ko jugak jadi mangsa kena cover kerja company ko sebab understaff, tapi semua pakat kerja free.

Dah tuh, dia punya relative tuh, aku dapat tahu, masuk office lambat, half day jer lepas tuh buat statement keluar office awal sebab nak pergi office satu lagi (office tempat aku kerja sekarang). Ini serious aku baru tahu nih. Rupanya sepupu boss nih pergi cakap kat staff company X nih, dia half day am kat company X half day pm kat company aku kerja nih. Dah berbulan-bulan weyh tak pernah nampak batang hidung dia, gaji hujong bulan company aku bayar jer. Persoalan sekarang, ke manakah hala tuju sepupu dia selepas half day am di company X? Sepupu dia yang kerja kat company aku nih pun sama, kalau takda kerja, dia memang duduk main FB and Youtube dari pukul 10am sampai 6pm (office sepupu dia, skati masok kul brapa pun kot).


Nih sebelum nak cerita satu lagi nih, meh aku cerita sikit. Masa aku mula masuk kerja dulu, aku punya job scope kan jaga quality. QA and QC. Lepas tuh tiba-tiba kena manage pulak Fb and Twitter. Mula tuh aku mana ada smartphone nak OTG update itu update ini. Hp aku nak amek gambar pun bercinta sakan. So aku just buat FB page baru untuk company. So just manage through web. After a while ayah aku hadiahkan Samsung Note yang aku pakai sekarang, as a late graduation cum birthday gift. So bermulalah aku kena update OTG macam-macam benda. Masalahnya kannnn, heloooooo data aku sapa nak bayarrr?? Aku jugak?? Dahlah dengan nak upload gambar nya lah, dengan nak nak update itu update ini, banyak cantik. Tapi takpa, aku just buat jer. Almaklum staff baru orang suruh buat jer. Lama-lama tetiba benda FB nih jadi job scope aku. Chairman suruh aku manage. Ok takpa, aku buat.

Then bila aku fikir balik, FB nih dah masuk marketing part. Aku kena buat bacaan banyak-banyak kot untuk kongsi dalam blog. Nih malam tadi boss aku (orang sama crita atas nih) message FB personal aku suruh aku bagi kat dia FB plan untuk setiap minggu. Buat a schedule dalam seminggu tuh setiap hari nak update apa. Buat terus untuk 4 weeks, email dia every 3rd Friday of the month the advance another 4 weeks punya schedule. Ok itu schedule. Pastuh every Friday kena email dia next week apa intipati nak update kat FB, for each day punya. And then tak cukup dengan FB, disuroh pulak carik info and sediakan info untuk education/promotion program dekat exhibition booth.

Bila aku fikir lama-lama sampai otak jam nih, aku hairan. Apsal kerja-kerja marketing, exhibition semua aku buat? FB lah exhibition booth lah. Dahlah aku kena membaca and surf info banyak-banyak. Dah tuh, marketing dia buat apa? Jumpa travel agency? Itu seminggu 2 kali jer dia pergi. Hari lain dalam office tuh buat apa? Duduk melanguk layan iPad dia bisness direct selling dia tuh. Tak pun lipat kotak packaging. Aku pun boleh. Dah tuh marketing exec dia bila boss suruh carik info/history on product kitorang, dia boleh pulak suruh aku search then copy paste lam word nanti dia baca and pilih-pilih sebab alasan dia laptop baru reformat microsoft dia tak ori so takleyh nak buat kerja. Eyh please laaaa. Yang kau pergi reformat dekat luar tuh apsal? Sister company ada IT department boleh buat, pakai microsoft license ori. Apsal bodo sangat? Malas kan??? Cakap jer lah kau malas. Hari-hari aku tengok kau tengok iPad reply2 message, main wechat borak pasal direct selling kau tuh.

Kadang kadang aku rasa nak give up jer. Yelah nih boss suruh aku buat FB nih 7 hari seminggu hari-hari update. So sabtu ahad aku tak perlu rest lah? Kerja macam keldai jugak? Just because ko boss yang kerja 24/7, aku yang makan gaji pun kena ikut rentak ko? Eyh please, aku dibayar gaji kerja 22 hari seminggu jer. Bukan macam ko, kerja ke tak kerja, duit tetap ada. Aku kerja lebih2 bukan ada OT ke apa. You are running the business, so it is normal lah for you to constantly be on the job.

Aku tau dengan business jer kita boleh berjaya, kaya. Tapi kalau ada boss macam nih, company besar mana pun lingkup oiiii. Management fail. Job distribution fail! Ko ingat sebab nih company family, kecik-kecik, ko boleh suka hati lah bagi siapa-siapa buat kerja kau nak? Aku nih nak kena persiapkan report post-inspection MOH hari tuh pun tak cukup tangan. Kau pulak sebok-sebok nak bagi kerja merapu-rapu. Sakit jiwa aku. Dahlah kena close all the gaps by end of this month untuk corrective actions tuh.

Tapi dalam kepala hotak aku set macam nih jer: challenge accepted! Aku akan siapkan schedule siap untuk 3 bulan, material untuk 3 bulan in advance so kau tak kacau aku until January next year!! Boleh aku focus untuk kerja lain. Hujung-hujung tahun nih banyak benda kena settle, lagi-lagi renewal macam-macam license. Itu pun akuuuuuuuu buatttttt! Nih aku kena siapkan untuk 1st month dulu esok nak submit segala-galanyaaaaaaaa. Sabtu Ahad nih aku struggle buat kalau dapat 6 bulan terus. Biar tak ada alasan marketing side nak kacau aku. Asal marketing matters jer aku yang kena. Apa aku nih department marketing ke?

Oklah, punya lama aku dok menaip nih. Kejap-kejap taip, pastuh stop buat kerja. By the time sambung type dah lupa nak cakap apa dah. Aku nak buat kerja dulu. Nanti kang aku merempan lagi.

*flips tudung*

Monday, October 7, 2013

Matilah aku!

Boss aku guna laptop aku jap tadi nak update FB company, confirm dia nampak tab aku bukak blog. Aku tahu dia tak kesah aku bukak blog, tapi aku taknak dia tahu blog aku. Penat ok memikirkan nama baru blog sebab taknak orang lain tahu. Private luuuuuu!

Friday, October 4, 2013

Kerja aku bukan kerja kau

Bekerja dalam line quality control/quality assurance cum proof reader and researcher (in term of proving a substance/materials has the traditional benefits to human being, not lab-wise more to confirming the benefits, if any) adalah sangat memenatkan? You know why? Cause besides having to do all the documentation on quality wise, aku kena banyak membaca. You know, membaca pasal sesuatu subject berkaitan product company aku nih. Bukan takat membaca articles yang asal Google jumpa, tapi kena baca perabis, then kena carik pulak any research findings scientifically yang boleh support articles tersebut.

Penat otak nih lagi sakit daripada penat physical. Kalau penat physical kau boleh jer rest, tido then after a while dah cukup rehat, kau rasa segar dah. Tapi bila your mind, your brain is too exhausted, takda rehat dalam dunia boleh bagi kau rasa segar dalam masa sekejap. You tend to feel tired all the time, having difficulties to actually have quality rest/sleeps sebab your mind constantly thinking. Nak tido pun masih fikir pasal facts and what nots.

So apa scope kerja aku kat company nih? Before aku masuk this company, they already have formulas from the founder which they bought and these formulas claim to be beneficial to their potential customers. So bila aku masuk, my job was to actually do readings aka researches online (journals, articles, clinical researches if any). This company dah ada certain statements/claims yang dorang percaya produk dorang boleh bagi benefits to people (cosmetics-wise ye). So kerja aku adalah kaji (again, through clinical/scientific papers/articles) lah satu-satu ingredients dalam produk nih. Since product nih guna almost 100% natural derived/extracted ingredients, so aku kena banyak baca on traditional cosmetics dan jugak herbs. Which is quite interesting and challenging sebab bukan senang nak convince orang pasal herba in this modern era. Bukan tuh jer kot, kalau dah nama guna traditional herbs nih, kena fikir jugak, secara in depth nya. Mana dorang dapat source nih, tempat tuh ada contamination ke tak? Confirm ke takda accumulation of chemical substances ke apa kan? Kalau source dari area yang confirm2, balik2 ada jer guna pesticide lah apa lah, macam mana? Satu hal lagi.

So, apa aku buat hari-hari kat office if kerja berkaitan documentations settled? Aku online, search for mana-mana scientific/research papers/articles yang aku boleh access. Al-maklumlah kan, bila dah grad nih mana nak dapat access journals dah, dulu pun sebab Uni punya library bagi access kat setiap student yang buat research/studies. So bila online apa jadik kat aku? Of course aku senyap takda bunyik sebab aku tengah membaca kan? And sometimes aku baca blog-blog (kadang aku ngular jugak numpang baca blog personal sapa sapa bila dah pening tuh, bagi release sikit stress) yang kerja dia revealing the facts and truth behind products and claims dia tuh menipu jer banyak. So from these blogs, aku baca komen-komen dia, sebab apa?

Sebab blogs macam tuh biasanya yang komen ramai orang-orang yang background clinical and scientific dorang sangat lah menakutkan (read: sangat mengagumkan). Ada pharmacist, ada prof, which again, aku tak boleh telan bulat-bulat sebab tuh semua virtually jer and kita tak tau mana dorang dapat facts and figures, entah2 copy paste jer kan. So again, aku kena pergi search lagi nak confirmkan sama ada semua tuh auta or fakta. Kebanyakan yang komen, or even blog pasal benda nih and keeping it anonymous (maksud aku tak exposed their credentials, sebab dorang tak berlagak macam penipu kat luar takda Dr pun tetiba ada) biasanya akan bentang sekali clinical/scientific papers dalam hujan dorang, which is menyenangkan kerja aku nak click jer dekat link tuh and baca. Dah baca, kita carik lagi papers tuh dia punya rating publications macam mana. Ala, kadang2 yang cikai-cikai punya journals pun ada kot. So kenalah confirm lagi.

So kenapa aku kena sentiasa membaca and buat semua nih? Macam aku cakap tadi, masa aku mula masuk this company, dorang dah ada claims untuk produk dorang (product kitorang lah tapi sedap jer lagi aku nak sebut dorang). And before they can start their mass production, their branding, they packaging and labeling, aku kenalah proof read semua tuh. Katanya product cosmetics, takkanlah nak letak benefits dia ke arah medical. Nanti nak daftar kat NPCB macam mana kan? Tak pasal-pasal jatuh taraf drugs, pastuh kena buat medical research. Kalau ada fund berjuta juta juta lemon, berani lah letak pastuh buat clinical research. Tak gitu?

So apa yang aku cuba nak sampaikan nih? Macam nih, sebab jadi job scope aku buat segala research secara membaca nih, aku kena kaji betul2. Ko berani nak buat claim sesuka hati takda scientific papers to support, pastuh g jaja products kat orang awam and cakap products kaulah terpaling bagus di dunia? Aku taknak lah tanggung dosa menipu, dosa aku banyak menimbun (insaf kejap). So hari-hari aku kena membaca (read:HARI HARI). Mana tak aku penat, asik bukak blog, bukak journals bukak articles, baca hujah and debat orang kat forum. Nih semua dah macam aku nak buat thesis aku masa undergrad dulu. Sakit jiwa ok hari-hari kena baca journals and extract excerpts from there untuk buat thesis jadi sangat meyakinkan. Dahlah masa buat research tuh subjects aku asik mati sampailah ke few months terakhir before pembentangan hasil (emo sekejap). Ok iklan, takda kaitan.

So aku perasan orang office aku nih kompom dok cakap aku dari belakang, tak buat kerja, mengular jer online memanjang (macam aku hadap sangat nak online pakai tenet office yang siput babi pun lagi laju, aku pakai data plan phone aku okeyh!) pastuh time dorang sebok melipat kotak packaging aku jer tak melipat. Eyh, sukati aku lah nak melipat ke tak. Job scope aku takda pun cakap aku WAJIB melipat kotak kalau korang satu office pakat sama-sama hari ini hari melipat kotak packaging sedunia! Bengang nih bengang. Kalau takat tangan melipat kotak, mata dok tengok movie/youtube, aku boleh buat bila-bila lah weyhhhhhh!! (aku nak escape lipat kotak jugak sebenarnya, penat kot, dahlah penat membaca, penat melipat lagi)

So, ada aku kesah? Tak kesahhhh deee! Cuma aku kesah bila ko lalu cubicle aku pastuh buat muka macam jambatan tak siap sebab dok tengok aku membaca blog dan articles online. Oiiii, at least aku takdalah baca blog gossip macam korang. Kadang tuh aku tergelak dok baca forum sebab aku macam "Alahaiiii, bodonya orang nih takda knowledge tapi berlagak ada". Giteww. Time aku melipat kotak sambil tengok youtube, korang komen pulak aku nih free sungguh nak melipat kotak ajer seharian. Aikkk? Apa korang nak weyh??! Aku resign kangggg. Pandai2 korang buat bacaan ilmiah sendiri.

FYI, aku sorang jer dalam company nih ada background science apetah lagi health science. Yang lain tuh ada accounts, IT, admin dan seangkatan dengannya. So adakah mereka sanggup nak memahami dan membaca serta mencari bukti sahih untuk apa dorang jumpa? Of course tidaaakkkk. Sedangkan Executive Director aku yang buat bacaan sendiri pun dok panggil aku untuk bertanya kesahihan articles dia baca. Woiii, takat kau copy paste dari Wikipedia, takyah nak cakap kerja kau settle ye. Please, buat kerja kau sendiri yang kau memang dah sangat arif. Jangan nak judge kerja orang lain yang kau tak faham. Tapi yang terpaling best, aku bukan background IT, tapi aku ada ramai kawan background IT, marketing, accounts, jangan kelentong aku please? Ringan jer mulut aku nak bertanyakan dorang kalau kau nak kelentong aku. Kau tuh yang mengular kan? Manjang jer buat kerja MLM kau dalam opis. Ooopss! Pastuh balik2 nak berhujah ngan aku pasal kebaikan barang-barang MLM kau. Blahh laaaaa.

Tapi adakah aku takut or bimbang dorang report ke ED? Tak punnnnnn! Kau report ke chairman pun aku tak heran deeeeee. Aku buat kerja aku pun. Bukan aku main main. Kau ingat aku hadap sangat nak membaca semua nih kalau tak sebab nih memang kerja aku? Baik aku duk kilang bawah jadi operator jer takyah fikir benda lain, buattttt jer process production bawah tuh. Buat sakit otak aku jer duduk office baca semua nih. Kan?

Nih aku masih bertahan nih aku bertahan lah dulu. Sat lagi aku dah tak tahan, aku blah lah. Resign. Kalau ada job offer lain bonus lah. Kalau takda, memandai lah pergi berusaha sementara serving notice kan. Aku kerja untuk company, bukan jadi kuli orang. Sukati aku lah nak buat kerja aku ke tak. Kau apa masalah? Ada aku kacau kerja kau? Aku siap takeover kerja department kau kalau kau cuti kot. Tetiba aku handle marketing. Ceyh. Cantik muka kau! Sama jer ngan LM kau tuh, ambik kesempatan. Heh. Kau tak cuti pun LM kau suruh aku. Apa kessss?

Eyh, tergendala kerja aku. Nak lunch sat. Kbai.

Bahalol

Nih satu lagi hal. Mana pulak orang dapat FB aku sebarang nih????? Aku dah buang kot gadget FB tepi nih. Geramnya aku.

Bila bukak profile, first thing nampak Herbalife. Nih takda lain lah nih nak promote aku barang kuruskan badan. Makanan kesihatan katanya.

Malas aku nak layan. Abaikan jer. Cuma aku geram mana dia dapat FB aku. Mesti ada mutual friend(s) nih sebab aku dah set FB aku friends to friends jer boleh message kalau tak add. Alu malas nak p pedajal check satu2 buang karan.

Klah nak tido. Geram jer aku malam2 nih. Baru jap tadi up status pasal MLM. Tuh sebelom aku baca message pompuan nih and tengok profile dia lah.

Cik T

Perghhhhhhhh. Pagi-pagi macam nih dekat nak pukol 3am tengah-tengah baring nak lelapkan mata nih...tetiba bunyi bising macam ada orang nak pecah masok ikut tingkap. Berdegar degar jer bunyi. Aku nih dah siap tawakal dah nih. Rupanya Cik Tikus dan rakan2 tengah sedap berlari-larian kat loteng atas nih.

Nih lah dia, one of the perks living in a terraced house. Asal nak buang jer alasan susah nak kawal sebab terraced.  Baik aku takda sakit jantong kalau tak memang dah selamat. Betul2 aku kejang jap tadi atas katil sambil perati tingkap. Nak nangis pun ada.

Kuang aja! Daripada ngantok terus terbeliak bijik mata. Siap goosebumps semua. Nih cuba bagi tau sikit camna aku nak tido nih terus dah imagine bukan2.

Paloi juak eyh!