Thursday, November 25, 2010

Shout Award!

Ok, actually aku bukan nak sangat cerita pasal sapa menang apa. Tuh semua orang boleh dapat full detail dia dekat mana-mana website hiburan kan. Lagipun, bukan job aku nak ingat sapa menang apa pun :P Kalau pergi award tuh sebab tuh adalah job, lainlah kan. Hehehehehhehe.

Pergi tengok award live nih bukanlah benda yang aku selalu buat. Or pernah buat. So, nih adalah my first time lah pergi. So kalau korang rasa aku adalah menjakun, sila jangan baca ok. Kalau korang rasa benda biasa jer setakat Shout Award and korang pernah pergi lagi gempak punya, takpa, aku tak jeles pun. Hehehehhehe.

Aku pergi nih pun atas ajakan kawan aku dekat Bukit Jalil sana. Dia study and tinggal area ctuh, specifically, depan Bukit Jalil tuh jer. Kawan-kawan dia dapat free tiket untuk ke Award tuh, daripada FB lah nih. So, ada extra tix, dia ajak lah aku. Sebab takda buat apa pun kan, aku ok jer lah.

So, Sabtu petang on 20/11 tuh aku pun pergilah Bukit Jalil sana. Bermalam dekat rumah dia lah kiranya. Sabtu kol 3pm aku dah bertolak dari KL nih. Katanya kena redeem tiket awal, and nak pergi Stadium Putra tuh around lepas Asar.

Ingatkan kitorang dah awal, rupanya dah ramai queue ok! Aku nih bukan biasa sangat dengan benda nih kan. Ramai giler orang and semua pun macam dressing cantik-cantik, mekap sana sini. Being me yang cuma fikir nak simple and comfort jer, aku pakai biasa-biasa jer. Mekap pun takda. Tak kuasa aku nak peluh-peluh tunggu dekat luar tuh dengan mekap-mekap nih.

Around 6.30pm gitu dah masok dalam stadium dah. Masa tuh tak ramai orang lagi. Sikit jer. Tapi kan, dekat-dekat nak Maghrib tuh, tetiba jer nampak full dah stadium tuh.

Aku adalah jakun sebab boleh nampak artis dari seat aku. Maksud aku, kitorang duduk dekat Level 3. Atas lah kan. Bawah kitorg betul-betul seat artis. So nampaklah Nora Danish yang cantik sangat, Yuna, Maya Karin, Afdlin Shauki, Hans Isaac handsome!, Zizan, Jue Evans, Upin Ipin pun ada, and ramai lagi lah.

Nih kira first time jugak aku tengok live act Faizal Tahir. Memang bertenaga lah. Mostly indie band kan, so macam dorang nih kan penuh energy tau! Meremang jer tengok dorang perform. Tapi slack nya, bunyi music lagi kuat daripada suara dorang, so macam tak dengar sangat. Jadi macam bergema sikit. Iyaz best ok. Dia kan buat closing act. Semua orang macam tunggu-tunggu jer dia. Yuna pulak perform kejap sangat lah. Misz Nina best!! Dia menari sangat energetic ok. Suka tengok.

Pastuh part Atilia and Monoloque, Altimet, Azlan & The Typewriter, Bunkface, Najwa, and semua yang perform tuh best lah. Macam aku cakap, slack sebab tak dengar sangat suara dorang. Music jer lebih.

Pastuh kan, penat ok nak jerit. Kira macam once in a while mesti performer or host akan suruh shout. Kata pun Shout Award kan. Sakit tekak jugak. Dahlah air tak boleh bawak masuk. Siap sapa yang beli kat dalam tuh pun tak boleh bawak masok dalam stadium. Kena makan or minum dekat lobby area stadium tuh jer.

All in all, seronok lah jugak layan award macam tuh. Paling best sebab nih kan jenis award yang sempoi. So ko takyah nak dressing heavily just nak pergi tengok. Kira jeans pun dah kira ok. Kalau certain award kan macam nak formal, so macam payah sikit. Sebab mesti semua orang cantik-cantik, kalau kurang dressing up, nanti nampak macam pelik. Hehehehehehehhe. Bolehlah pergi lagi kalau ada lagi tiket free.

Oklah, tuh jer nak share. Aku takda gambar. Setakat pakai kamera henpon tuh, memang aku ada amik, tapi apa jer yang nampak kan. Kata duduk Level 3, memanglah betul-betul mengadap stage, tapi still tak dekat macam yang dekat standing zone tuh. Orang-orang depan row aku jer nampak sebab semua pakat satu row pakai DSLR eyh. huhuhuhuhu. Tetiba aku rasa penting ada DSLR. hahahahahhaha :P

Siapa ada extra tix free ke mana-mana award, ajaklah aku. :P

Rapunzel : A Tangled Tale Review

Hehehehehehehhe. Aku nih kan suka jer random plans nih. Tadi pagi patut jumpa Effa dekat KL Sentral. Dah siap-siap semua, baru nak pakai tudung, Effa sms cakap postponed ke petang. Disebabkan dah alang-alang siap tuh, terus jer check showtime GSC TS tuh. Then terus ke fakulti, bagi makan keli then gerak ke TS and terus beli tiket! fuhhhhhh! *Menaip satu nafas!* :P Oh, aku tengok sorang-sorang. :P

Ok, macam biasa, review adalah simple jer. Taknak ayat panjang-panjang sangat. Hehehehhehe.

1. Cute!

2. Cute!

3. Comel!!

4. Comel!!

5. Hehehehehehe. Cerita nih kelakar lah. Watak dia pun best jer. Aku confirm paling korang suka nanti adalah Maximus, Si Kuda Putih. Kelakar ok kuda tuh!! Comel gila jer gaya dia. Hikkkkksss. Oh oh! Tak lupa jugak chameleon dia yang sangat super adorable tuh ok!

6. Ada part tuh macam boring sikit, especially part awal-awal. Tak thrill lagi masa tuh. Tapi takdalah boring sangat.

7. Ada satu part dorang dekat tasik tuh, mesti korang akan rasa macam meremang bulu roma. Bukan sebab takut, tapi sebab cantik sangat. Jadi teruja nengok nya. 

8. Silalah tengok 3D kalau nak tengok gambar yang cantik-cantik menjadi ala-ala real. Heheheheheh. Aku tadi nengok biasa punya jer. Pun dah teruja nengok warna-warna pemandangan dia.

9. Bawak lah budak-budak nengok. Mesti dorang suka! Tadi aku nengok tuh, separuh hall tuh budak tadika. Mesti anjuran tadika dorang. Comel jer ramai-ramai queue pegang tangan nak beli popcorn. Hihihihihihihi.

10. Mesti korang akan kagum tengok hasil kartun dia. Sebab kan, bila shoot dekat kan, watak dalam cerita tuh kulit dorang macam patung lilin tuh ha. Macam real jer. 

11. Eh lupa pulak nak cerita. Hehehhehehe. Cerita nih pasal Rapunzel yang kena culik oleh witch yang jahat sebab nak guna kuasa yang ada pada Rapunzel nih. Ceritanya bukanlah Rapunzel try nak larikan diri dari tempat dia tinggal tuh, which is menara tinggi tuh. Tapi sebab dia nak tengok lantern yang cantik yang banyak-banyak dekat langit yang muncul once a year jer. Masa tuh lah macam-macam jadi bila dia mula jejak tanah tuh haaa.

12. Tak rugi kalau tengok. Bawak family lagi seronok. Budak-budak mesti suka!

Tuh jer review tak seberapa aku nih. Kesimpulannya, cerita nih best! aku bagi 4.3/5 *poyo jer ade 0.3* 

Next, nak tengok Ngangkung. Tengok macam seronok jer. Mesti kelakar :)

Yang Terindah..Adamaya OST


bukan aku yang main, semestinya. Saja nak share video nih. Aku guna video nih try main lagu nih. Sekat-sekat lagi.

Tolong Ingatkan Aku

Nyanyian Ana Raffali. Aku suka sangat lagu nih. Tapi lirik dia pulak sangat menyedihkan aku jer bila aku dengar lagu nih. Huhuhuhuhuhuhu. Lagi-lagi lately, memang sedih bila dengar setiap bait perkataan dalam lirik lagu nih. Huk huk huk.


intro A B 

A                           B
Jangan disusun kata-kata penamat
A                           B
Jangan disebut baris ayat keramat
F#m                    A
Biar lenyap diserap sunyi
F#m                    A
Biar senyap yang tak menyepi

E              B 
Tolong ingatkan aku
F#m  
Kisah kau tersedar
A                      E                     
Dengan saku penyeluk masa 
B F#m A
houwo~

A                         B  
Mari patahkan papan markah lama
A                    B 
Mari padamkan buku tiga lima
F#m                A
Biar luka sembuh sendiri
F#m                A
Biar lupa ditebas hari

E               B
Tolong ingatkan aku
F#m
Kisah kau tersedar
A                    E     B
Dengan saku penyeluk masa houwo~
E
Kau dampingi aku
B                    F#m 
Setiap detik jantungku berdetak
A               E      B     F#m
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

A                     B
Bila marah merasuk minda
            A
Kecewa menyelubungi jiwa
B Abm F#m
Aku lupa

E         B
Tolong ingatkan aku
         F#m
Kisah ku tersedar
A                    E    B 
Dengan kasih memeluk rasa houwo~
E
Ku teringatkanmu
B                      F#m
Setiap detik jantungku berdetak
A               E       B  F#m A B
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

E                B        F#m A B
Tolong ingatkan aku kisah kita
E B E B
Tolong ingatkan aku
F#m
Kisah ku tersedar
A                     E   B F#m A 
Dengan kasih memeluk rasa houwo~

E                B 
Tolong ingatkan aku
       A
Kisah kita
*chord nih aku amik dari SINI*
Nak chord lagu? Banyak dekat ctuh. Mostly aku suka amik dari ctuh lah. Aku baru jer nak try main gitar lagu nih. Layan jom :)

Wednesday, November 24, 2010

Deleted

Haihhhhhhh. Bila aku baca balik entry aku buat malam tadi, rasa nak marah-marah diri sendiri. Emo nau ye aku nih. PMS weyh! :D

Yelah, problems dalam kepala pastuh dengan macam-macam lagi fikir. Kawan tuh pulak diamkan diri. Makin emo dibuatnya. Hmmmmmm. Aku tak patut emo sangat malam tadi. Tak suka betul entry semacam malam tadi.

Sebab tuh aku delete dah :D

Oklah, kena mintak maaf dekat orang tuh sebab aku telah emo melampau. Buhbyeee~

Tuesday, November 23, 2010

Haihhhhh

Hati rasa sedih sangat-sangat. Tak tau nak cerita dekat siapa dah. Huk huk huk.

Pendam jer lah kan macam biasa?

Haihhhhhhhh :(

Monday, November 22, 2010

The long and fun weekend :)

Mesti ramai kan amik cuti balik kampung untuk raya haji hari tuh? Dari hari Rabu cuti raya santak ke Ahad kan kan kan??? Tapi ada jugak yang tak balik cuti sebab cuti raya sehari jer. Kalau yang tak balik tuh, samalah macam aku. Duduk KL di hari raya, dengar takbir raya sambil hati rasa sayu jer. Kedai makan dahlah tutup area Kg Baru nih, sedih jer rasa. Iskkkk.

Anyway, nak cerita pasal weekend aku yang lepas nih. Sungguh fun and panjang je rasa weekend kali nih. Padat dengan aktiviti. Hehehehehhehe. 

Hari Jumaat aku keluar spend time dekat luar. Tengok wayang and lepak dekat Starbucks sana. Sabtu tengah hari aku bergerak ke Bukit Jalil sana. Tidur dekat umah member kat sana. Nak pergi Shout Awards katanya malam tuh. Hehehehehhehe. Pasal Shout Awards, nanti aku cerita ckit-ckit ok :)

Then hari Ahad pagi, awal-awal pagi lagi aku dah bangun. Sebab nak gerak balik ke KL. Kena sampai KL before 9am. So dalam pukul 7.30am aku dah ada dalam LRT dekat stesen LRT Sri Petaling nak ke KL. Sampai KL dalam pukul 8.15 gitu. Lepas tuh around 9.30am dah gerak ke Pahang pulak. Ada wedding senior nak attend. Tuh pun nanti aku cerita lebih-lebih ye. Gambar pun kena amik dekat FB sebab aku kan mana ada camera. Tsk tsk tsk.

All in all, hari Ahad malam tuh aku memang out of energy dah. Tak larat langsung dah sebab penat sangat. Non-stop aktiviti. Lepas satu, satu. Tapi seronok sebab alihkan perhatian aku daripada masalah tesis aku :)

Nanti aku cerita lebih ok pasal Shout Awards ngan wedding reception tuh. Harry Potter aku dah bagi review kan. Hikssss.

:)

p/s: tak suka tau perasaan macam nih! -_-"

Friday, November 19, 2010

Harry Potter 7: Review

Don't worry, takkan jadi spoiler. Cuma nak bagitau secara ringkas lah pasal cerita nih. Maksud aku, a bit about the story and also apa aku rasa pasal sequel kali nih :)

1. Aku rasa sequel kali nih entertaining lah. Director bermain dengan macam-macam emotions. Kiranya masa kau tengok tuh, kejap kau rasa kelakar and nak gelak sangat-sangat, then tiba-tiba ada scene sedih. Tiba-tiba mengejut-ngejut. Which is for me, sangat bagus lah. takdalah rasa boring sangat. Aku rasa sequel paling aku tak suka adalah Harry Potter 3: Prisoner of Azkaban. Buku dia best sangat, tapi movie hampeh sikit.

2. Satu kelemahan dia, Part 1 nih slow sikit. Maybe baru beginning kan, so macam slow sikit, belom nak sampai lagi kemuncak cerita katakan. But then, not too slow lah. Ok lagi for me.

3. Banyak adegan wand fighting. Eheh. Maksud aku, banyak scene lawan-lawan lah.

4. Aku rasa memang patut pun cerita nih PG 13 lah. Sebab ada certain scenes tuh macam terlampau kejam and terlampau tak elok untuk budak-budak skolah rendah. Hehehehehhe.

5. Aku suka sangat lakonan dorang bertiga kali nih. super like!! Sangat kelakar, penuh emotions. Hehehehe.

6. Ermmmm, aku rasa Daniel Radcliffe nih makin besar makin dewasa makin felik muka dia. Masa first 2 movies, sangat comel adorable macam nak gigit-gigit jer. Ingatkan dah umur sekarang nih akan jadi handsome, tapi, pelik lah pulak. Hehehehehhehehe. Oooopppss!






Those are the scenes yang terdapat dalam Part 1 of Harry Potter 7 nih. Tak ikut urutan. Scene last sekali atas nih sangat kelakar ok. Gila bergegar satu hall gelak. Mana yang baca buku tuh tau ler. Hiksssss.

Aku rasa setakat nih review aku. Aku taknak cerita lebih-lebih sebab aku tau mesti ada yang fanatic HP nih kecewa abis kalau dapat tau jalan cerita dia before tengok cerita. Hehehehhe. Aku lah contoh fanatic HP nih :P

Mana yang plan nak tengok minggu depan, haaaaa, gunalah weekend nih brush balik memory pasal buku ke-7 tuh. Hehehehehhe. Tapi, aku tak prefer baca balik buku before tengok movie dia walaupun aku nak sangat baca buku ke-7 before nih. Sebab, kan buku lebih detail. Nanti expectation kau terlalu tinggi. Tak sampai expectations, kau kecewa nak mampss~ Macam tuh perasaan aku masa tengok HP 3. Baca buku before nengok movie. Hampeh jer aku rasa masa nengok movie tuh. Huk3.

Kesimpulannya, silalah tengok movie nih ok! Aku sanggup disuruh nengok berkali-kali. Hehehehehehe. Oh, tadi masa aku collect reserved tiket aku, takda langsung queue dekat GSC Times Square tuh, be it kat aras 1 or aras 3. Ceyhhh! Ye ye jer aku book 2 days before :P tapi kan, bila masok dalam hall, hall besar lak tuh, dari row depan sekali sampai belakang sekali penuh. Kiri kanan penuh takda kosong. Padahal aku duduk seharian dekat Starbucks 3rd floor tuh, takda pun aku nampak queue panjang. Al-felik di ctuh >.<" maybe weekdays kot. hmmmmm.

Eh, klah. Pergi tengok ok!!! Sangat rugi kalau tak tengok ^^

p/s: Tak sabar tunggu 25/11 untuk Rapunzel: The Tangled Tale. Hikkks!

Harry Potter 7 :)

Sekarang aku ada dekat TS, tengah tunggu movie pukul 2.30pm. Hehehehhhee.

Sambil-sambil tuh duduk di Starbucks and layan Boys Before Flower :P

having Toffee Nut Latte *sedap gilssss*

Tapi agak kecewa sebab my fav Creme Brulee Macchiatto takda dah!! Aku order yang atas nih pun sebab tengah promotion. Hoh, nak kumpul lah stamp Starbucks banyak-banyak, nak planner 2011 dia! woohooo~

and layan nih
buat kali kedua :D
nih screenshot yang lepas ^^

ye ye. Orang lain dah lama layan, aku baru jer tergerak hati nak layan Korea lagi. Sekali jatuh cinta terus dengan Incik Lee Min Ho yang handsome nak mampsss nih! ^^

tengoklah aku punya wallpaper.
hihihhihihihihi

Oklah, Gu Jun Pyo tengah tunggu aku tuh. Nak sambung nengok. Oh, Lee Min Ho~~~

Oh, Harry Potter jugak :D

p/s: fuhhhhh~

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha semua :)

Bersiaran dari Kampung Baru, KL.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua bloggers and kepada anda yang baca entry nih :)

Macam tahun-tahun yang lepas, aku beraya haji dekat KL jer lah. Cuma tahun nih paling terasa sekali sunyi dia. Sebab duduk dekat luar and bukan hostel dulu kan. Hostel dulu memang duduk bilik sorang satu jer. Kali nih duduk serumah lima orang. Bila semua dah balik kampung masing-masing beraya, terasa sangat lah sunyi dia. Huhuhuhuhu.

Paling lah sedih sekali, bila dengar takbir raya lepas azan Maghrib jap tadi. Ya Allah! Sedih jer rasa. Takbir raya  kat Malaysia lah kan yang paling sayu bila dengar kan? kann? Aku pernah dengar yang negara lain dekat Youtube, even dekat Mekah/Madinah sana pun takdalah buat kita sebak macam dengan takbir dekat Malaysia nih. Sebak dia lain macam ok, especially untuk yang beraya di perantauan. Lain lah kau yang pergi mengerjakan haji, of course rasa sayu and sebak sebab depan mata kau adalah Kaabah. Siapa tak sebak and terharu kan bila dapat jejak kaki dekat Tanah Suci sana.

Sedih nya lah hai beraya di perantauan sorang-sorang nih. Adik aku dahlah sebok nak exam minggu depan, lagi dia terperuk dekat hostel sana. Susah mau jumpa. Iskkkk.

Takpalah, esok masak special sikit. Nak buat Laksa Sarawak, bahan tak cukup, paste je melambak. Bihun tomyam jer lah, makan sendiri jer pun. Huhuhuhuhuhu. Kalau lah ada kereta kan, and reti drive, bolehlah jugak nak pergi umah Mummy Medina *blog dia server down as per i type this* untuk ibadah korban yang dorang buat.

My lil sis cakap, dekat rumah pun bukan sambut bersar-besar, but still, dekat rumah kan!! The ambiance lain ok! Huhuhuhuhu.

Mak, pa polah kitak di rumah?? Masak apa-apa ka? Mun sik celebrate pun mesti ada juak masak something ya. Aieeeeeee!! >.<"


I miss home so badly. Tak balik langsung dah after Raya Puasa hari tuh. Next balik kuching rasanya lepas abis my last final exam in UKM next year, April, insyaAllah. Kiranya balik for good lah, maybe.

Oklah. Selamat Hari raya semua!! :) Semoga happy dengan family tercinta. Medina raya dekat Malaysia lah!! *aku nih excited sikit kalau pasal Medina, tah napa, sebab dia cute and adorable habis kot*


*pictures credit to Google*

:)

p/s: Bihun tomyam jadilah kan untuk esok? Nak buat Laksa Sarawak, paste ada, bahan-bahan tak cukup. Lupa nak pergi supermarket restock fridge cket. >.<"

Ohhh...sangap!!

Aku sangap ok! Tolongggggggggggggggggggggg!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sangap kat iPhone! iskkkkk! Dulu sangap nengok BB. Sekarang pun sangap kat BB lagi, tapi lebih kepada iPhone dah~ Nih semua pasal aku gatal-gatal kaki melangkah masuk MacStudio dekat TS ari tuh. Konon nak usha iPod Touch jer lah. Usha pebenda nya, siap main FB lagi guna iPod tuh >.<"

Syok sangat ok! Cumanya iPod nih kan macam very the slim gitu. So macam rasa janggal sket nak menaip guna iPod tuh. *Tapi kan, katanya pun dah iPod, mestilah nak dengar lagu and men game kan. Nak online baek ambik iPhone jer terus* Heheheheh. Lepas usha iPod, nampak lah pulak iPhone4~ whooaaaaaaaaaaa~!! Dari jauh nengok biasa jer. Sekali dah dapat kat tangan, rasa nak bawak lari balik umah jer ok. Selamat dia macam kena locked dekat meja tuh. Ikut kudrat, dengan meja tuh aku nak bawak balik. Hehehehehehehhe :P

Oh, PLEASE lah hadiahkan aku iPhone4!! Tak iPhone4, iPhone 3gs pun ok. Tak iPhone pun, iPod Touch jadiklahhh! Tapi nak yang 32gb lah :P

Tengoklah semua nih....



iPhone4

iPhone 3gs  


BB Curve 8900

BB Bold 2

iPhone4

iPhone4

iPod Touch

iPod Touch

iPod Touch

iPhone 3gs

*pictures taken from Google*

Tengoklah semuaaaa nih!!! Rambang mata!! Oh SANGAP berganda-ganda!! Eye-ORGASM!! Aku teringin iPhone sangat-sangat. Tapi tuhlah kan, kalau ada internet service dia baru macam berbaloi berganda-ganda-ganda. Kalau pakai prepaid nih ok memang ok, tapi macam nak elak bazir credit, kena off lah internet dia kan. Al-maklum, hidup ada FB nih, aktif memanjang dapat notification. Huhuhuhuhuhu. Sama jugak dengan BB. Ada BIS senang ckit, jimat. BBM pun boleh. Kalau pakai prepaid tuh banyak lah top-up pakai. Kata nak pakai henpon macam iPhone and BB, kenalah guna sepenuhnya kan? 

That's why aku usha iPod Touch in the first place, bukan terus terjah iPhone. Sebab bagi aku, kalau aku ada iPhone pun, mesti aku lebih guna WiFi berbanding internet service provider like Maxis or Celcom or Digi. Baik aku ambik iPod Touch tuh jer. Boleh jugak online. Tapi sejak henpon aku dua-dua nih masalah, terus aku rasa nak ambik iPhone jer. Huhuhuhuhuhu.

Takda ke orang kesayangan nak hadiahkan aku iPhone? iPhone 3gs jadilah. Dapat iPhone4 bonus lah tuh. Hehehehehehhe. Takda ke? Pre-grad present ke? *konfiden jer kan, tapi insyaAllah lah grad ikut time* Becoming 2012 birthday present ke? *padahal lambat lagi* Takda ke? Mak? Bapak? Aunties? Siapa-siapa luar sana yang ada duit lebih tak tau nak buat apa tuh, takda ke nak bagi?? Hohohohohoho :D

p/s: best nya lah haiii kalau dapat. mimpi jer lah dulu ye. >.<"

Friday, November 12, 2010

Bagi balik..

Few words for now:

Sedih, sayu, simpati, kecewa, terluka, pasrah, pujukan, rayuan, kemaafan, kehilangan...

p/s: Try lah buat ayat dengan perkataan atas tuh. Maksud title tersirat di sebalik setiap perkataan.

Wednesday, November 10, 2010

I need a break

I am not saying that i am that busy sampai perlukan break. It is just that aku perlukan break daripada benda yang tak ada kaitan dengan study nih ha. Penat tau nak jaga hati orang *tetiba*

Dahlah lapar nih, tapi malas nak g turun beli makanan. Buntu otak aku bila sampai kedai makan. Dah tak sure nak makan apa. Selera mengarut-ngarut. Last week dalam seminggu-minggu tuh aku makan dekat kedai bawah apartment aku nih. Gila kopak. Tapi selera nak besar eyh. Hehehehehhehe.

Oh, back to the main story. Aku nih penat sebab aku selalu jaga hati orang. Orang tak ambil endah mana pun hati aku. Or to be exact, aku nih jenis pendam. Aku cukup tak suka nak tunjuk marah aku dekat orang. Aku lebih rela pendam selagi boleh pendam. Tapi tuh lah jadi masalah aku. Bila aku dah tak boleh nak pendam, bila dah sampai limit, mula lah meletup sana sini. Kalau meletup tuh dengan lemak tepu nih sekali cair, takda hal, meletup selalu pun aku tak heran. Jadi masalah bila aku start tunjuk marah nih. Semua orang aku malas nak layan. Be it aku marah or tak marah dengan orang tuh. Pun terkena badi marah sekali.

Haihhhhhhhhh. Tak boleh ke semua orang tak perlu nak marah-marah orang suka hati or nak judge orang suka hati? Hoihhhhhhhhhhhhhhh. Membuak-buak nih~

Oh, tetiba lepas sekian lama update blog, tetiba update nak merapu-rapu tak puas hati kan. Heheheheheh. Biarlah, blog aku. Eyh, ada siapa-siapa nak bagi aku iPhone4 or Blackberry Bold 2? Aku nak Bold 2 jer, tak demand BB Torch pun :P oklah, aku bagi paling murah lah, iPod Touch 32gb. :D

Nuffnang aku bila lah nak banyak eyh? Time teringin benda mahal nih lah aku terfikir pasal Nuffnang, kalau tak, aku tak kesah pun pasal traffic blog aku dengan earning Nuffnang tuh. Hihihihihihihihihihi. Korang rajin-rajinlah klik iklan aku tuh. *tetiba merayu klik iklan padahal sendiri tak suka konsep gitu, over kau nyah!* taklah, main-main jer. Aku tengah kumpul duit. iPhone or BB can wait, tapi aku teringin nak melancong ke Aussie or UK sana. AirAsia, buatlah cabutan bertuah and cabutlah nama aku! *demand*

Oklah, aku perlukan caffeine lah sekarang. Specificly,

Creme Brulee Macchiato from Starbucks *drool*

Aku nak yang Venti punya!!!! Member aku cakap, sekarang promotion, buy 1 free 1. Kau beli Venti, dapat free Venti punya jugak. ohhhhhhhhhhhh *drool* 

Oklah, nanti aku cerita pasal keli aku eyh? Ada nak dengar ke pasal keli aku yang comel-comel tuh eyh? Ngeeeee :D aktif ok melompat-lompat~!

P/s: Kau taknak takpa. Aku pun taknak nampak macam terhegeh-hegeh bila diberi harapan kan. Kalau taknak, jangan bagi harapan. Comprendre? *takda kaitan ngan keli kesayangan aku ok*