Showing posts with label Exams. Show all posts
Showing posts with label Exams. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

The beginning of the end

Have I mentioned yet that I am finally done with UKM's exam? *clap-clap*

Ye kawan-kawan, aku akhirnya dah officially menghabiskan segala exam yang ada di UKM nih. Except for viva lah. Tuh exception tuh. Hehehehehhehe.

Semalam adalah my last paper untuk final exam in my last semester in UKM nih. Gembira dia bukan main kepalang biarpun soalan exam separuh mati aku nak menjawab. Tak cukup masa weyh. Sangat tak cukup. Hishhh. Tapi takpa, since tuh last paper, maka, bergembiralah kita. Hehehehhehehehe :D

Selepas jer keluar exam hall, kecoh-kecoh dekat cafe sambil having our lunch, macamkan cafe tuh kitorang yang punya, then kecoh amik gambar pulak sekeliling K1, yang pernah jadi rumah aku untuk 3 tahun, then baru balik kolej masing-masing. 

Tetiba rasa sayu bila fikir balik. Yelah, lepas nih semua orang bawak haluan masing-masing. Aku nih nun jauh di Kuching, bila lah nak jumpa semua orang yang duduk dekat Semenanjung nih. Huhuhuhuhuhuh.

Tinggal 2 minggu lebih jer aku kat KL nih. Huhuhuhuuhuhu. Tiket balik tak beli lagi, sebab sendiri pun tak sure nak balik bila lagi. Hehehehhehehehe. Mau enjoy-enjoy dekat KL dulu. Jalan-jalan dulu sebelum balik Kuching for good. Banyak sebenarnya tempat kat KL nih aku tak pergi lagi ok. Huhuhuhuhuh. Banyak lagi tempat makan best-best aku tak pergi lagi. Tak puas hati nih.

Oklah, nak buat preparation. Esok ada career fair Jobstreet kat Midvalley. Kang ada walk-in interview kang, tergagap-gagap pulak aku. Hohohohohoho. Cuak lah wey. Nak pergi awal-awal boleh? Hahahhaha. Semangat jer lebih kan.

Ok, aku lapar gila nih nak lunch tapi awal lagi. Huhuhuhuhu. 

Babai

p/s: I've told you, one day if I'm starting to not give you the attention like i have been given you before, don't blame me. 

Thursday, December 9, 2010

Syukur alhamdulillah

Result dah keluar. Tapi secara sms. So far itulah cara aku cek result every semester pun. Belum ada silap. InsyaAllah akan kekal macam tuh result nya.

Alhamdulillah sangat-sangat untuk result kali nih :)

Dean Thomas, i heart you! *tetiba!*

Tuesday, April 20, 2010

Enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!

wallllaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

*shuffle-shuffle*

alhamdulillah. exam abes dah! officially dah abes dah segala benda untuk tahun 3 nh. dah nak menghampiri dah hari-hari praktikal.

sungguh seronok menjawab last paper. hati berbunga-bunga riang macam taman mekar dok mengira-ngira masa untuk abes jawab soklan and kuar dari exam hall yang dah macam peti sejuk rosak dia nye temperature controller. gila sejuk ok!! aku dah tahap menggigil-gigil dah duduk dalam tuh. dah macam duduk dalam freezer. tengah-tengah menulis jawapan esei yang panjang lebar tuh, boleh sampai tahap cramp jari sekejap-sekejap sebab sejuk sangat punya pasal. iskkkkk. terganggu emosi ok. mana tak terganggu. tengah menulis nh, idea dalam otak laju jer fikir dok fikir, skali rasa macam jari cramp. cis. terus gelabah. pastuh terus lupa nak tulis apa dah. terpaksa kerah lagi otak nak fikir apa yang difikirkan awal-awal tadi. tapi semuanya complete dalam 2 jam setengah out of 3 jam masa menjawab. :) dan boleh keluar awal dari kutub khatulistiwa itu. hohohoho.

malam nh akan keluar makan beramai-ramai dengan coursemates. makan di HR Kg Baru. western yang murah lagik sedap. hohohohohoho. enjoy-enjoy ramai-ramai huha-huha gelak tawa tanpa mengira nak fikir pasal pelajaran dah. alhamdulillah.

masok hari nh, dah dekat 2 minggu aku tak tdo malam. malam-malam aku dipenuhi dengan masa untuk revision. bukan sebab tak blaja awal-awal, tapi sebab memang tak dapat tdo malam, so instead of aku termenung menghadap siling, siling menghadap aku (seb baek takde mende laen yang menghadap aku), baek aku bukak notes and baca kan? takdelah membuang masa sangat dok golek-golek berjam-jam.

semua tuh dah berlalu. sekarang masa untuk rehatkan fikiran. oh, belum belum. malam nh kena check dan edit semula laporan kewangan untuk annual dinner course yang lepas, then print. esok boleh lah pergi hantar ke Penasihat Kelab EVH bagi dia semak dan approvedkan. then boleh lah hantar ke Jabatan Bendahari UKM. tugas aku sampai print jer. yang laen-laen Pengarah dinner yang buat. hek hek hek hek. takdelah banyak sangat pon keje nak buat. tapi kerja membaca jurnal adalah belum dihabiskan. aiyokkkk. malam nh jugak kena khatam 3 jurnal. bukan baca bersungguh mana pon. sekadar baca sepintas lalu lah jurnal-jurnal. sebab kalau boleh esok nak jumpe SV tesis skali bincang pasal tajuk tesis tuh.

esok pagi pulak ada taklimat berkaitan Latihan Industri. sekali harung jumpe SV tesis. macam tak percaya jer bakal jejak kaki ke Tahun 4. sebelum tuh, akan mula exposed kepada real working life. wow! insyaAllah, aku akan buat latihan industi di sebuah syarikat EIA consultant. :) pilihan utama, EIA untuk latihan industri. alhamdulillah, dapat jugak syarikat berkaitan.

ermmmmm. rasanya itu jerlah setakat nh. lusa tak sure pulak apa yang nak dibuat. kemungkinan masa akan banyak dihabiskan untuk mengemas bilik, packing barang. nak angkut semua by this Saturday ke stor semuanya. sem depan kan duduk Plaza Rah yang gah kat Kg Baru tuh ha. miahahhahahahaha :P

klah, kepada yang belum abes exam tuh, all the best!!! and kepada yang belum start pun exam and masih dalam study week, caiyok2!!! all the best semua. masa exam untuk kami dah habis. nanti anda semua pulak :)


p/s: rindu rindu rinduuuuu~~ tak sabar nak balik Kuching!! :D oh, rindu AWAK jugak :)

Monday, April 12, 2010

Permulaan exam week~

fuhhhhhhhhhhhhhhh~

abes dah satu paper. tinggal 4 lagi. boleh tahan jugak soklan2 tadi. nak tercabut jer jari jemari dan pergelangan tangan menulis. 13 soklan esei, pilih 8. satu soklan 10 markah. huhuhuhuhuhu. jawab dalam 2 jam. kelam kelibut menulis. tulisan kompom burok. macam cakar2 ayam. ayam cakar pon lagi chantek kot T_____T dengan kalut nak menulis, otak berfikir. iskkkkk. memang mencabar minda sungguh.

semester kali nh iaitu semester 6, ada 5 subjek jer kena amik. berbanding semester2 lepas, ade 6 7 subjek and semuanya killer subjects. yang kali nh kira ok lah bagi aku. mostly dah masok my course's core business. so mmg senang lah menairk perhatian aku nak study. kalo masa zaman 2 tahun pertama dulu, ya ampunnnn! semuanya macam nak pergi amik medic jer blaja nya. sungguh takde minat. huk3.

gigi makin sakit. itu antara cabaran masa dalam dewan exam tdi. dengan gigi sakit, kejar masa, soklan nak jawab, nak berfikir, nak rangka ayat. giler ahhhh! sangat menguji kesabaran giler. gusi dah rasa berdenyut2. sakit ohhhh. ijad btau kalo dh macam tuh maybe kena buat minor oral surgery. iskkkk. tak suke nye aku dgr perkataan surgery nh. dalam BM nya, cabut gigi! kan indah sikit bunyik nya dalam BM. huk huk huk.

macam biasa aku tdo lepas Subuh pagi td. malam2 mmg payah nak tdo. sakit gigi nh malam2 teruk plak dia. nak kata cuaca sejuk, takde plak. huhuhhuhuhu. sp bgn2 dh tgh hari. kompom aku malas nak makan lunch. terus tunggu lepas exam bli trus makanan. hambik ko! aku pergi beli ala carte nasi pastuh bli nasi lemak sebungkus. lunch+ dinner katanya. heh. kuat btol makan. tak padan sakit gigi. tapi susah gak nak makan. kena kunyah one side jer. side belah kiri lak tuh. mane aku biasa kunyah belah kiri. huhuhuhuhuhu.

eyh, klah. penat lah badan nh. sbb tido tak menentu. malam2 mesti takleyh tdo. huk3. nak maghrib dah pun. nak rehat2. pas maghrib nh aku rs mcm nak tdo jer. tapi takot terbgn malam pastuh susah nak tdo balik plak. iskkkk. bca notes jer lah kan. huhuhuhuhuhu.

klah all, daaaaaaaaaaaaaa~

p/s: tiap kali resah hati nh, lepas solat lega jer. huhuhuhuhu. ada insan sedang bertarung nyawa melawan tumor otak. sama2 kita doakan dia ye. kawan kepada kakak kat Penang tuh.

Saturday, April 10, 2010

pernah tak terserempak????........

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

terserempak mende lah ain oiii? takdelah, kalau petang2 Sabtu macam nh kan, korang selalu tak terserempak dengan BOSAN? or BORING? or BUHSAN? aku rasa aku bukan setakat terserempak. aku dah beramas mesra skali dah kot. baru tadi si BOSAN nh dok raba2 aku. eippppp! rimas aku dibuatnya tau tak.

petang2 Sabtu nh, nak kata panas tak jugak. nak kata mendung tak jugak. nak kata nak hujan lagi lah tak. cukup indah kalau pergi berjalan2 kat tasik titiwangsa nh. tapi selain aku terserempak dan berkenalan dengan BOSAN, aku ada jugak sorang lagi kawan baek. aku kenal masa kecik2 lagi. eyh, takdelah kecik mana. time skolah rendah kot. nama dia MALAS. si MALAS nh cukup benci ngan classmate aku nama si RAJIN. sbb aku nh asik kepit ngan si MALAS nh, si RAJIN pon mcm segan2 nak kawan ngan aku. sbbkan si MALAS nh lah aku macam tak pk nak ber-riadah kat tasik tuh. beriadah katanyaaaaaaaaaaa~ ko ingt aku cukup rajin ke nak beriadah. sedangkan nota aku malas nak bukak. apetah lagi nak beriadah2 nh. tapi kalau orang ajak aku kuar tgk wayang skrg, aku rasa si RAJIN lah kawan baek aku masa tuh :P eyh, orang dok ckp jer Evolusi KL Drift 2 tuh best. best sgt ke? nak lah tgk.

eyh jap. apesal aku teringat lagu Awie ngan Ziana Zain nh. senja nan merah. mentang2 sebut pasal petang nh, dan2 terus senja nan merah. huhuhuhuhuhuhuhu. aku teringin lah nak lepak pantai time2 petang gini. smpai ke senja. chanteknye sunset. tapi bukan pantai PD ok. aku cukup tak suke pantai PD. kotorlah. sakit mata aku tgk. baek aku tgk pantai yang nh........





lagi chantek kannnn? pasir putih. air biru. ade gunung santubong lagi seblah tuh. perghhhhh. i miss Kuching! petang2 Sabtu mcm nh besh jgak kalau boleh pergi bersiar-siar naek keta roofless tuh. eyh. berangan pulak aku nh. aku cukup tak suka weekend yang bila aku dok terperap lam bilik. bukan bosan jer jadi kawan aku. malas, tdo, makan...semua tuh menjadi sinonim dan sebati. cewahhhhhhhhhh ayat.

eyh, daripada aku melalut tka tentu hala. nak share lah kat korang. Isnin nh aku ada paper Isu-Isu Kesihatan Persekitaran, IKP. dalam korang seharian makan, minum, bernafas semua nh, pernah terlintas tak certain2 perkara kat bawah nh? :-

  • composting- Is it a good idea?
  • Paralytic Shellfish Poisoning in Malaysia
  • Pesticide Poisoning in Malaysia
  • Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH) in Environment
  • Dioxin in Environment
  • Cadmium in Environment
  • Concepts of Sentinel Species in environmental monitoring
  • Pesticide use and Amphibians
  • Benzene, Toluene, Ethylbenzene & Xylene (BTEX) and their impacts to human health
  • Fish as indicator species for heavy metal contamination
  • Methytestosterone and its degradation products in environment
  • biostimulation, bioaugmentation and their application to environmental management
  • toluene degradation by bioremediation

pernah dengar and terfikir tak tentang semua nh? aku rasa kalau aku tak amik course aku sekarang, aku rasa aku nh macam take for granted jer environment kita. kadang2 interesting jugak to know all these facts. aku nh nerdy sket. kadang2 aku bc gak menda2 gini. tpi kali nh mmg kena baca and paham lah sbb Isnin karang soklan2 nh semua masok final paper aku haaaaa. aku rs paling dekat ngan kita semua adalah isu Paralytic Shellfish Poisoning. tau kenapa? sbb kerang2, lala dan sewaktu dengannya kan febret ramai org. terutama kerang bakar. perghhhh. terlioq jer aku menaip nh. isu nh pasal kerang yang tercemar dengan toxin yang boleh menyebabkan kita lumpuh bila makan kerang yang tercemar. eyh, ko bukan lumpuh sehari 2 lepas tuh tau. infact kalo makan kerang yang tercemar teruk tuh, satu isi kerang tuh boleh buat ko lumpuh terus lepas ko makan tau. agak bahaya gak lah. cuba cek, kawasan perairan mana diketahui tercemar dgn kehadiran toksin nh atau lebih tepat saxitoxin. elak kan makan kerang dr kawasan2 ctuh. and kurangkanlah makan kerang sgt pun. :)

melalut pulak ye aku pasal topik2 kat atas. aku bosan sebenarnya. lagi2 Sabtu and Ahad nh tak ramai yang update blog. sebab cuti kan. so mcm blogwalking pun kurang menyeronokkan berbanding masa weekdays. hikkkks. kalo weekdays tuh meriah sakan. sukeeeeeeeeeeee~

klah, nanti kalo si BOSAN nh taknak berhenti dari berkepit ngan aku, mesti ada aku update lagik. nak carik topik nak dibahankan pon susah sbb BOSAN asik mengendeng kat aku jer. rimas tau ngan dia. sape nak dia amik lah. aku bagi FOC. tmbh sket kawan BOSAN nanti. :D

p/s: eyh, ada tak sape2 terfikir terserempak ngan cik ponti or cik poc bila baca tajuk aku? weyh2, otak korang2 tuh mmg tinggi sangat imaginasi, cuba bawak rendahkan sikit tahap imaginasi tuh. huhuhuhu. mintak simpang weyh terserempak depa2 tuh. iskkkkkkk.

Friday, October 30, 2009

Penipu kene TIPU..wahahahah~

hahahahahahahahhha~
tak abes gelak ag aku nh weyh..
nh sumer gara2 mama call tadi..
adoiyaiii~

sedang aku ilek2 baca2 buku HM,
dapat call dari mama..
heheheheheeh..
SUKEEEEEEEEE~~

lately mama slalu call...
suke suke suke...
tau2 jer anak die nh boring ngan exam week...
huhhuhuhuh..

ooohh..
duit aku sudah mau abes..
tggl rm15 untuk survive di kolej seblom exam di fakulti Isnin nanti...
esok aku exam kat exam hall K1 nh jer..
kat cnh mane de atm machine..
kalo kebulur pandai2 lah carik mane nak cekau duit nak dipinjam..~

ohh..
nak cter conversation aku ngan mama yg smpai aku gelak2 td..
suke tau kalo borak ngan mama..
ade jer lawak of the day die..


Mama : hie sayang....pekaba?? kat mana nh? makan dah??



aku: ellooo mama...orang kat bilik lah nh...mane lagi..lom makan..



Mama: takde paper ye ari nh?? kamu dh amik duit tak yg mama bank in semalam? ade duit tak nak makan tuh?? nape tak makan??



aku: takde pon...nh pon tgh baring2 jer boring...boring lah bc buku nh mama..lom amik g duit...malas nak g fakulti...heheh..tunggu isnin..ade cket nh..cukup lah untuk smpai Isnin kot...nantilah org makan..tak lapar ag..



Mama: hehehhehe..nh adik2 sumer ade nh...kecoh2 jer sumer nh haa...kem salam kat kamu tuh..nh td ade org call adik kamu Adila(nh adik bongsu aku ye)...cakap pasal sim card die..


aku: nape ngan sim card die ma?

haaaa.....nh meh aku story plak pasal ape mama aku cakap ngan org yg call adik aku...sajer jer wat intro bebanyak conversation aku ngan mama...heheheh :P

Mama: hello...ye ade ape ye awak call anak saya?



penipu: saya dari Syarikat Power Root Puan...Simcard anak Puan dah menang pertadingan cabutan bertuah Power Root (aku pon tak tau mane dtg Power Root buat pertandingan cabutan bertuah nombor tepon nh)


Mama: eyh, ye ke? bile pulak die join nh? (boleh die tye org tuh cmtuh? ekekeke)


penipu: ye, kami ade buat cabutan bertuah tuh seblom nh (taknak plak cakap bulan bape ke ape ke) simcard anak Puan dapat cabutan RM10000 (perghhhh...sedap tuh kalo btol)


Mama: eyhhhh...banyaknyeeeeeeeeeee~~!! so nak buat cmne nh nak dapat duit? (kalo dapat kat Mama mmg die layan)


penipu: saya cuma perlu Acc No Maybank acc Puan or anak Puan sahaja...


Mama: alaaaaa...kami tak pakai Maybank lah Encik...kalo CIMB or RHB boleh ke?? (nak kawtim pulak)



penipu: boleh boleh....berapa baki acc Puan dalam Acc CIMB n RHB tuh ye?? (ade ke org peraduan nanya acc ade baki bp...polis pon tak tye)


Mama: yg CIMB ade dalam RM12 kot...RHB ade dalam RM11....duit dh abes dik beli barang raya ari tuh (wakakakakakaka...takleyh bla ayat Mama nh)


penipu: oooohh....kami perlukan baki acc Puan RM1000 baru kami boleh deposit RM10000 tu ke akaun Puan...


Mama: tapi kan baki sikit...mcm mane?? takkan tak dapat kot hadiah tuh??


penipu: takpe...nanti saya tanya bos saya dulu...nanti saya call Puan kembali ya (dalam slang indonesia ye...tetibe last2 baru kuar slang indonesia)


Mama: oklah..saya tunggu..

wakakakakkakakakka...
and of coz lah org tuh tak call lagi dah...
padan muke..
mesti credit die abes melayan Mama aku..
muahahahahhahaha...
ko jgn..
kalo Mama aku mula cter..
details woooo die cter...
sbb tuh aku mcm tuh kot..
ikut Mama....
ekekekekekekeke

Mama aku nh kalo org nak menipu nh..
die mesti layan baekk jer..
BAEKKK punyelahh..

contoh lah mcm ade org nak jual produk murah pencerah kulit muka kan
(nh kire cam scam nak nipu duit org lah)
nh bukan yg mcm established nye produk..
nh yg cikai2 yg tukang jual pon minah mane2 ntah
kalo ko pomot kat Mama aku..
jawapan die mesti cmnh..
"u pakai ke produk nh?"
kalo org tuh ckp ye
kompom die jawab
"eyh...apsal kulit u tak cerah pon...siap ade mcm jerawat2...u tipu ye...produk mane nh? diluluskan tak? nanti muka i buruk, i saman u nanti"
heh T___T
kompom senyap jer org yg nak menipu die tuh...
kalo aku takde nye nak layan...
Mama jer haaaa...

Mama...Mama...
u really made my day lah Ma!
muaaaaaah2!

k...nak smbg baca buku..


p/s: ooohhh...makin rindu dengan umahku di Kuching~~~

Saturday, October 24, 2009

hehehehehehheheehehe :P

haaaaaaaaaa...
aku nak update nh...
sket2 lah ye..
cter bapak punye basiiii dh..
tpi aku fedulikk ape..
janji masok blog aku..

yelah..
kunun nak simpan jadi rujukan..
maunye ape2 jd kat laptop aku
(which is mmg slalu sgt lah laptop aku nh kene reformat)
at least gmbr2 penting masok blog.
tuh yg mahal tuh.
nanti leyh donlod balik simpan gmbr2 tuh.
walupun dh letak watermark(ceyhh..watermark katanye...) kat gmbr2 tuh..

aku takleyh tdo nh..
tapi aku taknak menaip panjang2 sgt..
nak simpan tenaga untuk study..
nak simpan story untuk siang kang...
nak simpan story untuk minggu depan..
at least wpun bz exam ade gak aku auto publishkan entry..
takdelah jadi spider web aku nye blog kan~
hikkksss~

aku nak bebel pasal laen nh...
pasal duit abes bayar ke UKM jer...
waaaaaaaaaaaa~
awat berkali2 bayaq yuran nh??
cmno?
aku pon feliksss sgt asik kene byr yuran jer..
cam...'hellooooooo aku dh byr kan??"
huaaaaaaaaaaa~
menggeletar jer kuarkan duit ratus2 byr semalam ptg..
dhlah tunggu kaunter bayaran bukak punyelah lama..
hehehhehee
kata hari Jumaat...
lunch hour kompom2 panjang kan..
sejam lebih aku tunggu..
huhuuhuh

walaupun dh diberi penjelasan oleh PMUKM..
aku tetap heran...
apsal ade 2 3 kali penyelarasan nh?
takpelah...
nak ilmu..
halalkan jer lah..
tapi mulut tetap bising2 wooo~
yelah...dh nak final exam pon ade hutang..huk3..

dh Sabtu nh..
seriously aku rs lega sbb exam starts on Tuesday..
sbb ape?
hoohohohoho..
aku nye Monday Blues koo..
melampau lapau lampau~
kalo ari Isnin jer lmbt gler mood aku nak naek..
dh ptg2 br rs ok2..
pagi tuh cam ape jer..
dhlah amik slip semalam nengok exam schedule..
sumer pagi2~
so bagus sgt 1st paper not on Monday..

nak cter kesah aku g bayar yuran semalam?
perggghhhh!
menguji keimanan ngan aku nye tahap kelaparan sungguh2~

aku bgn2 kol bp ntah semalam..
pastuh mandi2 siap2 nak amik shuttle bus yg kol 12pm..
dh naek bas sampai kampus around 12.30pm cmtuh kot..
then trus g kedai printing..
print assignments and reports..
pas siap printing,
pergi ke Jabatan EVH anta 1st report dulu..
dhlah kene naek tingkat 3..
penat2..
sbb takot lecturer dh kuar g lunch..
so jalan laju2..
mane tak penat..

then niat nak g cucuk duit..
tapi dh terlajak masok ke 7E dulu nak cucuk duit kat ctuh jer..
skali mesin tuh out of service..
takpe2..
go on je BSN..kat chow kit tuh..
then jalan punye jalan..dalam hati nak g UO skali.. (UO ok..bukan OU)
nak bli brg2 keperluan..

sampai2 BSN..
ade 2 nurses kat depan aku baru nak masokkan kad..
dgr dorang ckp
"out of service lah"
dalam hati aku dah
"ah sudahhhhh..penat dh jalan nh..dhlah panas glerr"
takpe2..
alang2 dh nak ke UO,
proceed ke UO dulu..
amik2 ape yg patut then bayar then trus gerak secara laju ke atm machine Bank Islam..
seb baek tak out of service jgak...kalo tak mau nengok aku angkat mesin atm tuh jap ag..heh
sedeyh nengok amount duit yg dikuarkan sbb bukan masok poket sendiri..

then trus gerak secara cepat ke kampus balik..
pergi anta report kedua and assignment..
ms nak carik bilik lecturer tuh naek trun tangga..gler penat!!
dh anta tuh trus naek pulak ke 5th floor Jabatan Bendahari..
and of cos org lunch hour lah kan..
ms tuh around 1.30pm kot..
kaunter bukak at 3pm..

so duduk kat waiting area tuh sambil bc paper yg beli kat 7E..
sumpah!!
nh 1st time aku baca paper words by words tak jump pun pages,
kat luar bilik!
slalu kalo luar bilik aku just belek and baca yg brita pendek2 and yg laen aku smbg bc kat bilik..
tetibe rs tebal gler jer paper...tak abes2 bc..
abes jer bc paper,
tgk jam kol 2.30pm..
hek eleh...
aku bc paper dgn tekun br sejam?
huhuhu..
gler speed reading aku nh..
(slalu novel kalo 400++pages BI aku abeskan around 3 to 5 hours..kalo BM 3 jam abes)
seb baek ms tuh ade mmber dtg nak byr jgak...ade gak teman borak2..

tunggu punye tunggu dh 3pm..kaunter bukak..
aku byr yuran..
lega dh setel...
then trus proceed trun nak g atm ag amik duit...lupe plak amik duit untuk buat makan..
cucuk cukup2 nak byr yuran jer..
ari ujan so jalan melaju..
amik duit jer trus naek bas balik K1...

waaaaaaaaaaa!!
bas dh smpai depan gate K1 baru tingat lom amik slip exam!!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
dgn muka tebal,
drpd duk seat blakang g seat depan and dalam bas sama pergi balik ke kampus..
smpai kampus, tak smpai 5min lepas trun bas td and g amik slip,
aku dh pacak tunggu bas balik k1 ag..
malu seyh malu..
seb baek takde sape2 perasan...
skali ko!!
pakcik bas yg sama!!
die tgk aku cam pelik jer..
yelah tak smpai 5min muka aku ag naek bas balik..
huhuuhuhh..
buat bodo jer lah..~

smpai2 K1 aku tapau2 makanan..
then balik bilik..
blog-walking..
chatting...
FB-ing...
dlm kol 6 lebih br makan..
then mandi2..
tdo kol 8 lebih cmtuh..
bgn 11 lebih..
penat sgt sbb seharian berjalan!!
huhuhuhuhu..

tuhlah story semalam..
pergghhh..
kata taknak type panjang2..
berjela2 dh nh..
huhuhuhuhu..

klah..nak rest...nanti siang nak smbg revision plak..
kang terlajak masa revision aku dr jadual..
ekekekekke
disiplin tak i?
muahahahhahahaha
perasan!

selamat berhujung minggu sumer!!!!
revision revision gak...jgn smpai terperuk lam bilik jer keje dah..
kuar hirup udara segar..
hikssss

p/s: takmo dahhhh!!!! takmo takmo takmo!!! *sambil hentak2 bantal guling2 atas tilam*



Friday, October 23, 2009

errr...nak update boleh??

skrg bz study.....
tapi rs nak update..
cam bersawang dh blog nh haa...
boleh tak nh nak update?
boleh tak boleh tak??

kang aku kuar byk2 entry kang org ckp aku tak study..
takpun statement paling haru pon :
"ko nh kompom dh abes study nh..byk plak masa blogging"
perrgghhh!

lama dh aku pendam story2 aku nh.
ntah ble nak type out everything.
cter makin berlambak lam memori otak nh.
seb baek memori nh unlimited..
kalo 1Gb mau dh kene delete memori lama...
huhuhuhuhuhu

tgklah esok cmne eyh...
kalo ade extra time aku update bit by bit..
slalu kalo take-50..takleyh kata take-5...sbb tak mungkin..
kalo take-50 aku slalu berFB jer..

tgh hari or ptg nanti nh kene ke fak nh...
nak g bayar yuran...
malas gler aku nak ke fak..
yelah..klas takde..
tuh yg malas..
tp ble pk kan minggu depan exam,
yuran lupe nak bayar..(menyampah tau ble ade yuran tmbhan secara tbe2 nh)
pastuh nak daftar awal kursus kene bayar hutang ngan UKM dulu..
ahad nh last daftar awal kursus..tak dftr ikut tarikh kang kene denda..
kuar ag duit...
so terpaksa g jgak...
huhuhuhu..

klah...
penat otak aku nh..
nak rest..
nanti kene bgn awal drpd biasa untuk ke fak..
haihhh..
ble dh hari2 bgn lmbt (peyed weyh peyed!!)
liat jer rs nk bgn awal..huhuhuh

morning sumer...
ari nh Jumaat dh...
yg bekerja mesti suke sbb weekend dh tbe..
yg UKM student kompom meroyan sbb Isnin dh dekat..
EXAM katakan..

slamat study weyhhh!!
selamat berhujung minggu :)

p/s: hati kaca salah hati batu salah..heh..pelik!

Thursday, August 27, 2009

Yippiiieee~

hohohhohohoh.
sungguh bahagia rasanye~
exam mid-term abes dah~

oh,
exam 1 jam 30mins jer...tak smpai 2 jam.
paper essay sumernye.
ade 5 soklan mantap dan jawab kelima2 soklan dengan lebih mantap (konon)
memang lenguh la menulis tadi.
seb baek pakai pen Stabilo Hi-Flux Technology (cehhhh...apekaahhhhh??)

ntah nape lah sejuk sangat dalam exam hall TIBE tuh tadi.
sejuk beku kot aku dalam tuh.
aku rasa sbb tempat duduk aku betol2 depan air-cond tuh ha.
hishhh!
kejang tangan nak menulis laju.
terus buruk tulisan tau!!
(heeee..statement yang taknak ngaku tulisan mmg burok)

disebabkan terlampau sejuk,
aku memuntahkan segala isi otak aku dengan sangat rakus dan tangan menulis dengan kelajuan yang amat tinggi menyebabkan banyak berlaku accidents (tulisan burok).
hasilnye,
siap menjawab sumer soklan dengan berbaki 20mins.

tak tahan sejuk maka keluar terus dengan harapan takde org dok pk aku nh reti menjawab sbb tuh kuar awal.
statement di atas tidak boleh dipakai ye.

haaaaa.
seb baek ingt nak pulangkan buku library,
dah ala2 nak balik terus ke bilik jer td.
kene denda rm4.60.
sehari lambat denda 20sen.
pandai2 lah korang kira ye :D
aku malas nak pk skrg.

penat woooo guna otak!
korang tau tak,
berfikir dengan kreatif kritis dan kritikal boleh membakar kalori dengan lebih banyak n cepat berbanding korang exercise ringan2 tuh?
sbb tuh cepat lapar ms tgh buat revision :D
aku rs nak guna lah cara nh.
takyah aku susah2 nak basuh baju yg busuk selepas jogging.
hahahahhahaha
okeyh,
gler pemalas~
berfikir dengan kritikal ye kawan2.
bukan nye ko pk nak makan kat mane, nak tgk movie ape.
tuh tak termasok :P

baeklah baeklah.
aku sudah mula mengalami double vision
serta kesalahtaipan yang melampau sehingga aku terpaksa menekan key "backspace" lebih byk berbanding aku menekan huruf2 laen.
itu tandanya otak terlampau penat dan memerlukan tdo.
hahahahhahaha.

selamat maju jaya
(pesanan yang sentiasa ade di akhir mukasurat kertas exam)

p/s: petang nh jalan2! yay! sape2 blogger yang ade nak g Mid ptg nh, mehlah berbuka sm~ waaaaaaahhh! bajet pemes aku nh! :P layannnn jerrrr~


Cepat cepat cepat.........~!

hehehehhehehe.
excited smpai benda simple macam nh pon nak kecoh :P

sajer nak cakap kol 8.30am smpai 10.30am nh last paper untuk mid-term exam kali nh~
yesss!
coooliioooooooo!!
suke suke suke!!
(^_^)v

setelah 4 hari berhempas pulas pung pang pung pang tdo tak lena mandi (basah of coz!) and selera makan yang maha hebat,
akhirnye smpai jgak last paper!
hua hua hua hua

petang nh pegi Mid!
yeeessss!
lagi satu mende best!
abes exam tdo then ptg kuar!
sungguh bahagia heaven rsnye~~

weee2!
baek ain baek!
aku nak get ready nh!
nak ke exam hall~
:D
ngeeeeeeeeeeeee~

oh,
belek2 kemas2 buku semlm,
baru perasan buku yang dipinjam dr library kampus dh due sebulan yang lepas :D
bp lah kene charge denda nh ye?
kene plangkan ari nh gak~
kalo bertangguh jwbnye buat reta nanti~
ohohohohohoho :D

p/s: aisehh...abes pose aku 2 hari burn gara2 buat2 dunno ngan ABC. padan muke. konon takde apelah. skali burn begitu sahaja. midnight show boleh tak eyh ari nh? :D :D :P

Monday, August 24, 2009

Hehehehehehhe :P

haiippp!
ari nh start exam pon ko sempat nak blog entry ke weyh ain??!
hehehehheheehhe
(gelak2..cepuk baru tau!)

pas sahur aku tak tdo dah.
aku baca notes.
boring takleyh tdo.

ari nh start mid-term exam FSKB.
hohohohohoho.
aku ade exam for 4 consecutive days~
waaaaaaaaaaaaa!

meh2 btau subjek ape:

24/8/2009 NNNE3013 Penyakit Pekerjaan dan Persekitaran 8.30am-10.30am
25/8/2009 NNNE2022 Patologi Umum 11.00am-1.00pm
26/8/2009 NNNE3053 Toksikologi Persekitaran 8.30am-10.30am
27/8/2009 NNNE3072 Ergonomik 8.30am-10.30am

interesting kan bunyik subjek2 aku amik??
hohohohoh.
paling aku suke tuh ha atas skali tuh.
ngan bawah skali tuh.
mende tuh?
haaaa.
bagi yang bekerja,
pernah dengar NIOSH?
DOSH?
SOCSO?
tipulah kalo tak pernah kan :P
kirenye scope keje aku lebih kurang cmtuh jgak lah.
just aku major in Environmental Health.
and ade minor in Occupational Safety and Health :)

sepatutnye semester nh aku amik 7 subjek.
tapi ade 3 subjek takde mid-term exam.
final trus daaaa~
huhuhuhuh

klah2.
aku nak g siap2 nh.
terasa nak pergi awal pulak ke exam hall,
walaupun bukannye dapat masok awal kan?
gedik melampau~
:P

wish me luck and doakan aku ye sumer~~
muahhhhh!

p/s: wahhhh...hari ke-3 pose dah...!!! nanti lah blog pasal 1st day and 2nd day pose, LEPAS aku balik dari bukak pose ari nh...muahahahhahaha :D

Monday, May 4, 2009

One more left :)

assalammualaikum...

hehehehhehehehheehheheheehe.
aku sangat amat sekali sungguh gembira~~!! (hiperbola sungguh~! huh!)
akhirnye lepas jugak ye paper Parasitologi & Entomologi...oh..plus..Perubatan.
haihhhh~
T_____T
dh dijangka.
sangant susah.
tp alhamdulillah.
boleh jawab.
segala yang dibaca kuar.
hikkkssss~
(aku paling mencik part kalo aku bc sungguh2 satu pon tak kuar..huhu..korang tak rs ke sakit hati cmtuh???? :P)

oh.
nh pon baru smpai dr faculty.
OSPE kat sn td.
:)

esok and lusa takde paper.
sekarang hanya tunggu nak abeskan paper last.
Epidemiologi.
tuh jer yang tinggal untuk final semester nh.
final bagi sem 6.
final bagi penghujung 2nd year.
waaaaaa.
dah tua rupenye.
hehehehehehehehhhe :P

oh.
aku maseh bingung pk kan mane aku nak stay sementara tunggu
latihan pusat MASUM bermula.
adik daftar matrik Kuala Pilah on 11th.
lepas daftar mama balik dh Sarawak.
latihan pusat bermula 13th.
and aku?
takkan plak nak tggl sorang2 dekat Seremban?
mane aku nak pergi on 11th and 12th?
huhuhuhuhuhuhu.
T__T

takpelah.
ape pon tunggu abes paper aku pk.
nt tye balek manager pasuka boling padang.
hmmmmm.

sekarang aku just nak merehatkan minda.
iaitu aktiviti blogwalking.
nampaknye ramai blogger updated their blogs.
nh yang seronok nh.
hikkss.
*__*

enjoy your day :)

-salam-

p/s: aihhhhh aihhhhh...baru jer lepas paper Parasit & Ento...perut aku memulas2 tahap maksima nh...takkan aku dh kene infeksi protozoa or parasit kot?? ishh..ain!! dah2 lah ngan subjerk tuh!!!

Wednesday, April 29, 2009

2jam 30mins~ darnn~

assalammualaikum~~

tadi pgi kol 8.30am ade paper Toksikologi Asas.
huhuhuhuhuh.
mcm ape jer aku prepare untuk paper tuh.
rs cam tak paham langsung lagi ade.
makin bc makin kompius.
org makin bc makin paham.
terlampau byk mende kene hafal.
aku bc notes tuh berjuta kali....smpai hampir muntah warna warni...pun takley nak ingt!!
sakit hati woooo.

smpai2 tgk kertas soklan.
jawab 3 esei!!
waaaaaaaaaaa!!
tak ske tak ske!!!!
pastuh cam biase tunggu arahan mula exam.
dh dapat arahan.
skali bkk kertas soklan.
40 mcqs!!!
waaaaaaaaaaa!
40x5 = 200~~!!!!
byknye soklan kene jawab :(

dh 45 mins berlalu,
aku br jawab 15 mcqs...apekahhhhh??!!
pening tahap ape dh ms tuh.
ade lagi 25 soklan...pastuh eseinye lagi~
ms mule bkk soklan tgk sklan esei rs tertelan bahan toksik pon ade.
huhuhuhuhuhu.
eeeeeee...tak ske tak ske~!!!!

tepat 11.00am.
aku abes jawab paper Toksikologi Asas.
siot gler.
sgt susah mcm hampagas kene blok ngan tikus!!!
huaaaaaaaaaaaaaaaa :((
takpelah.
tawakal jer.
huhuhuhuhuhu.
(harap tak fail...itu pon ckup dh...)
tp ilmu toksikologi nh aku ttp nak smpan...
penting bg aku nye field nh..huhu..
takpe....tawakal~

lagi berita sedeyh.
aku nye bunge ros cik tuKang tuLis bg tuh
tgh nunggu ajal die.
huaaaaaaaaaaaaaaaa :((
kesian aku nengok.
tp kaktus aku tuh ttp gah bergaya bagai seorang perwira (erkkk?)

oh.
berita happy plak.
exam untuk minggu nh dh takde.
td paper last minggu nh.
so aku ade ms untuk rileks skejap.
exam start balek isnin depan :)

tp kan tp kan...
isnin ngan selasa depan paper Parasitologi & Entomologi.
course laen dkat fakulti aku
amik subjek Parasit n Ento asing2 as 2 subjek berlainan
pastuh asing2 2 semester plak.
aku nye course plak kene amik dalam satu sem
pastuh satu subjek plak tuh!!
bygkan betapa susahnye paper tuh :(
takpe..ade ms lagi untuk revision lagi skali..dan skali lagi :)
tp rs cm nak kuar tgk movie Sabtu nh.
boleh tak? :P

aku tak reti lah dok tension2 ms study week ngan exam week.
maybe cara aku blaja laen kot.
aku blaja dgn santai dan rileksnye.
tp ms revision..fokus ttp fokus...
mcm focus point~~
(eyh2...tetibe plakkk...hiyarrkkk!)

klah.
kali nh aku tak tdo.
aku nak buat laporan kewangan plak.
(eyh...bkn ke ko amik Kesihatan Persekitaran ke Ain? Apsal ade finance2 nh??)
hohohoho.
aku jadi Bendahari JAKSA ler.
Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i KTSN :)
dh nak abes sesi nh,
kenelah setelkan sumer hutang2 tertunggak.
sbr ye kwn2 JAKSA.
(dlu SPM amik account, dpt A1 tuh~~....eyh...tetibe lagii....pakkk! tamparan buat ko ain!)

heheheh.
enjoy the day people! :)
toodles!

-salam-

p/s : hari nh aku bertekad takmo tdo ptg...berjayakah?? hahahahahahha :P

Tuesday, April 28, 2009

1hour and 15 mins~

assalammualaikum~

baru jer lepas satu lagi paper.
paper Kualiti Air (KA).
ade 8 soalan.
jawab 7?!!!
huhuhu.
semua esei.

2jam diperuntukkan.
masok exam hall.
jantung dup dap dup dap.
dpt plak seat blakang skali.
makin tension.
kiri aku, junior kos aku 1st yr.
kanan aku takde meja sbb tmpt laluan pintu kuar masok.
smpai meja.
duduk.
tgk atas meja banyak btol buku jawapan.

tgk front page buku soalan.
arahan kedua.
"Jawab 7 soalan dalam buku jawapan berasingan yang telah disediakan"
makin dup dap dup dap.
dalam hati berkata
"aiseh, byk btol soalan esei kene jawab nh..entah ape jer soalan die"
isi borang kehadiran.
tulis details diperlukan kat front page buku2 jawapan ngan buku soalan skali.
"Pelajar boleh mula menjawab"
terdengar arahan dr Ketua Pengawas Exam Hall for the morning's session.

dup dap dup dap dup dap.
berdebar rs msa nak bkk soalan.
then bukak soalan.
bc soalan satu2.
sambil TERSENYUM :)
Alhamdulillah.
semuanye yg aku bc and aku ingt clearly. :)

dengan hati gumbira.
maseh menulis details di front page buku2 jawapan.
then,
fikir sejenak.
barulah mula menjawab 5 mins selepas 8.30am.
jawab dengan tenang.
rs syukur.
yakin.
dan gumbira
:)

jawab dengan tenang semua 6 soalan.
tinggal satu jer blom dijawab.
masih memikirkan nak jawab soalan 4 or 8.
dua2 soalan ok.
satu more to facts, satu more to opinions.
aku pilih facts sbb facts lagi senang dpt markah and takkan lari jaoh dari skema jawapan.
jam baru menunjukkan 9.10am.
baru 40 mins berlalu.
lama lagi nak abes masa exam.
duduk skejap susun ayat nak buat jawapan bagi soalan.
then jawab.
sbb maseh awal...
so jawab dengan slow2.
tak smpai 5 mins abes dh jawab soalan 4.

cek balik jawapan.
belek 3 kali semua jawapan and bc betol2 balik soalan.
ok.
yakin.
tutup sumer buku jawapan.
cek sumer details on front pages.
sumer dh ok.
jam pukul 9.30am.
awal lagi.
nak kuar segan.
kang org ckp dh pandai sgt.
so duduk jer kat ctuh.
lecturer dtg tye dh abes ke blom.
then die ckp nak kuar boleh jer.
aku angguk jer.

dalam hati berkata
"takpe ain, tunggu 9.45am ko kuar"
tunggu punye tunggu.
smbil tuh cek lagi jawapan.
dh 9.45am.
still tak konfiden nak kuar.
tunggu lagi lah smpai 10am.
so tunggu lagi 15 mins.
dah 10am.
ade kos laen dh tamat ms exam.
segan nak kuar skali ngan dorang.
tunggu lagi few mins.

10.05am.
kuar dr exam hall sbb lecturer asik senyum2 tye ble nak anta.
so aku kuar.
jalan dengan lajunye.
dalam hati berkata
"kalo aku tersadung nh aku sanggup tak angkat2 buat2 pengsan tak ckup tdo"
naseb baek selamat jejak kuar hall.
eehehhehehe :P
so, total time aku btol2 menjawab and cek balek jawpan adalah
1jam 15mins :)

g cafe mkn dlu.
dh alang2 dkat ngan cafe.
kalo tak mkn ms tuh, smpai ke malam lah jwbye tak mkn.
lepas mkn tunggu tepi hall.
tunggu coursemates yang laen kuar.
10.25am.
ade 5 mins lagi seblom tamat masa exam which was 10.30am.
rs lm plak tunggu.
terserempak dgn lecturer td.
die sengih2 bg signal konon
"td bkn kuar awal? nape mseh kat cnh?"
begitulah.
then mmbr kuar.
ade sesi photography by courses.
ktorg nye after exam td.
kumpul sumer.
amik blazer.
then g photoshooting :)
lepas tuh balek bilik.

esok paper susah.
Toksikologi Asas.
aku rs ble bc dh tak mcm asas.
melampau2 jer rsnye.
so ari nh teruskan usaha bc lagi notes.
tp seblom tuh nak tdo dlu.
rs pening sbb tak biase lunch dh 2 weeks nh.
ari nh td lunch.
so rs laen sket.

doakan aku untuk paper esok.
dan untuk rakan2 laen jgak.
:)

-salam-

p/s: aku dpt oleh2 dr Cameron. jap nt aku post masok blog. tdo dlu. :)



Monday, April 20, 2009

all the best sumer!

assalammualaikum!!

aku dengan ini nak mintak maaf kat sumer org.
since exam nh dh start.
aku mintak maaf kat sape jer lah.
tak kire aku terkasar bahasa ke
terkasar tingkah laku ke
teramik ape2 ke..
terpinjam duit tak bayar lagi ke (heheh)

halalkan makan minum aku ye sumer.
aku betul2 mntak maaf kalau ade salah.
lagi2 sepanjang aku jadi JAKSA KTSN sesi 2008/2009 nh
to all fellow JAKSA friends,
ain mintak maaf ye kalau ade salah silap sepanjang kta sumer kerja bersama nh :)
love u alls!

to my coursemates regardless which batches,
sorry from the bottom of my heart.
especially to my batch la..
sepanjang sem nh sori kalau ade salah silap..sepanjang jd class rep nh..huhu
to my final year seniors..all the best for ur very last finals :)
sebak plak...ehehe..

daaa..toodles!!

-salam-