Friday, December 24, 2010

Tahap kronikal narnia!

Woihhhhhh. Tahap kekronikan sore throat and whooping cough aku sudah menjangkau maksima. Sehingga sekarang aku menaip nih, suara aku datang dan pergi. Al-maklum, borak dengan member yang tengah sebok buat presentation untuk progress meeting dengan supervisor tesis dia siang karang. Husky ok suara aku. Lawan ngan Ella, kalah Ella nih :D

Aku tak boleh tido nih. Sebab tuh aku update blog. Aku batuk tak henti-henti. Dah jumpa Doc dah semalamnya. Klinik yang aku pergi kelmarin petang, tutup lagi. Sumpah, lepas nih kalau bukak klinik tuh, aku sound directttt punya! Mau business ka tak mau boss???

So, aku pun pergilah ke klinik panel satu lagi, which aku sangat tak suka sebab dia cek macam main doktor-doktor ok! Ala, klinik yang aku pergi masa cek bloody discharge kat breast aku dulu tuh.

Doc: Hello, sakit apa? *aku tak sempat duduk lagi, baru jer masuk and nak tutup pintu*


Aku: Very bad sore throat, whooping cough and high fever at night.


Doc: Ok. *terus capai yang macam eskrem MatKool punya stick tuh and cek tekak aku* Lie down please *auuuwwwww, sambil cek dada aku dengan stetoskop dia* Ada cold? 


Aku: No.


Doc: OK. So, i give you antibiotic.


Aku: *cut off Doc cakap* What kind of antibiotic? I am allergic to any antibiotic that comes from the penicillin and erythromycin group. 


Doc: Ok. Is that ok if i give you ubat batuk? Any allergies to that?


Aku: I am not sure.


Doc: Ok. I'll give you cough syrup and also lozenges.


Aku: Can i have normal saline gargle?


Doc: Oh no. You can't have it all. Either lozenges or gargle. *pilih-pilih pulakkkkkk, huwaaaaa*


Aku: Then, i'll go for lozenges *mengenangkan gargle tuh hanya air garam semata-mata, boleh buat kat umah*


Doc: You can wait for your medicine outside.


Aku: Thanks, Doc.

Semua nih dalam lebih kurang tak sampai 5 minit. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa. Al-fenat aku amik teksi, bayo mahal-mahal rempuh jam bagai. Sekali tak sampai 5 minit ngadap Doc. Tsk tsk tsk. Aku bukan nak sangat ngadap Doc lama-lama. Tapi sebab demam aku kan macam relaps. Selang seminggu dua jer demam. So risau lah. Tapi macam biasa, klinik tuh kena makan ubat dulu, masih demam baru datang lagi. Amboiiiii. Business nampak. Ingat kesihatan aku nih macam jual beli tayar ganti? Tau lah banyak spare tyre! -_-" Kalau klinik lagi satu, dia akan cek lah darah untuk tengok platelet level kan. At least berhati-hati. Dalam kempem kemain cakap jangan abaikan kalau demam. Jangan amik mudah. Aku amik serius, kau mudah-mudahkan. Hoihh!

Aku makan lah ubat batuk tadi malam kan, sekali pagi-pagi kul 4am masuk toilet sebab batuk sampai terkincit-kincit. Siap mandi lagi sebab kincit teruk. Bukan sekadar batuk, siap muntssss dengan jayanya. Memang berkesan lah ubat batuk tuh. Sebab aku muntss keluar banyak gila phlegm *bunyik sopan sikit*. So memang duduk dalam toilet dekat setengah jam. Sekali batuk, terkincit. Then nangis. Sebab muntsss sekali. Sakit sangat kan bila muntss tuh. So memang nangis beriya-iya sampai basah muka.

Sekarang, tekak rasa pedih yang amat. Suara kejap ada kejap hilang. Kang esok memang out suara aku, naya aku. Boleh kena tendang daripada Akademi Fantasia-sia. Haihhhhhhh. Pedih, perit. Tambah lagi satu badan sakit bila batuk.

Bayangkan kesakitan batuk yang tiap kali kau batuk, akan keluar bunyik macam*sengggg*. Ala macam dengung-dengung gema gitu. Sakit yang amat ok.

Sekarang aku tak tau nak buat apa. Patutnya ubat batuk tuh buat aku drowsy. Nih drowsy pun entah ke mana. Esok nak keluar. Macam mana nih???? Aiyokkkk!! Kena tido ok! tapi baru jer baring terus batuk makin teruk. Masa aku duduk jer batuk dia takdalah over-over. Huhuhuhuhuhuhuhuhu.

Sakit, sakit! Ya Allah, kalau ini adalah penghapus dosa kecik aku, aku redha Ya Allah! Cuma aku mohon diberi kekuatan. Aminnn. *tapi gigih nih nak keluar teman member shopping, berdoa macam orang tak larat bangun dari katil*

Hilang suara esok, jawabnya sesi karok malam tuh, aku makan buffet ajer lah. Ngeh ngeh ngeh. Malam nih sahaja aku dah minum dekat 8 liter air. Diulangi. 8 LITER air. Botol mineral 600 ml tuh 10 kali isi, botol air besar aku yang 1000ml 2 kali refill. *asyik ulang-alik ke toilet, toilet pun nyampah tengok aku*

Hishhhhhh. Kalau macam nih gayanya sakit tekak, jangan berangan nak jadi penyanyi *tetiba*

Takpa, janji demam aku agak dah kebah. Dah takda dah naik panas badan sangat malam-malam. Hari nih tak demam memalam. Cuma batuk makin teruk. Maybe sebab ubat batuk tuh dah cairkan kahak kan, so memang muntss secara berjaya. Tuh yang buat sakit tuh. Takpa, kalau nih gayanya rupa ala-ala nak recover, terima ajer lah kan.

Peace out bebeh!! Esok mau try shawl gaya Maria Elena. Mesti bulat macam tong simpan budu kan.

Bye!!

HAPPY HOLIDAY
KEPADA YANG MENYAMBUT KRISMAS YE!
SELAMAT GATHERING DENGAN FAMILY AND DAPAT HADIAH BEST-BEST.
ADA IPHONE 4 EXTRA, BAK MAI SATU OK! :D

p/s: Betul jugak aku teka. Semalam masuk PTPTN. Tapi tengok balance terus rasa nak demam berganda. T___T

2 comments:

white rose said...

kak ain, try ambik vitamin c...kalau kurg vit c mmg slalu demam..naz pun mcm tu. try jenama ni, REDOXON. just campur dlm air kosong, separuh botol 500ml tu.

Hariq-Sha said...

naz:

ye ke? REDOXON eyh? nanti akak try beli. thanks ye!! :)