Wednesday, December 1, 2010

Aku blur dah tak tau nak letak tajuk apa. Dahlah mata sakit nih tengah bengkak, nak kelip mata punyalah pedih jer rasa. Tapi tetap nak blogging and baca blog orang.

Weekend aku sangat full kali nih. Starting Jumaat lepas sampai lah hari Isnin, semua full. Jadi tourist guide. Tapi aku rasa biar aku simpan jer lah cerita tuh. Aku taknak cerita apa aku buat 4 hari tuh. Sebab nanti jadi masalah. Kang orang ingat aku nih banyak duit keluar berjoli sakan. Iskkkk. Susah kan blogging? Aku nak cerita benda yang aku ingin, benda yang aku suka, pun orang persoalkan status duit aku. Nanti aku sendiri sakit hati bila orang persoalkan. Haihhhhhhh. Susah lah orang sekarang. Pendek cerita, aku enjoy lah jalan-jalan, cuma penat melampau-lampau.

Malam tadi ada krisis sikit. Iskkkk. Which buatkan aku tawar hati sangat-sangat. Buatkan aku berhenti nak bercerita apa-apa dah. Aku nih jenis pendam masalah. Sebab aku tau, kalau aku cerita, mesti orang anggap aku tagih simpati. Mesti orang anggap aku perlukan pertolongan. Tak boleh ke kalau aku just nak luahkan masalah aku untuk dikongsi semata-mata? Aku tak mintak tolong pun. Dan aku tak harapkan pun siapa-siapa hulurkan pertolongan. Aku cuma nak orang dengar apa aku nak bagitau. Tak semua masalah di dunia nih perlu diselesaikan kan? Maksud aku, kita cerita kat orang, bukan nya nak mintak orang selesaikan. Cuma kita perlukan orang untuk tenangkan sikit hati.

Kalau dipendam, kan makin tension. Tapi aku silap, aku patut pendamkan jer. Aku patut teruskan dengan cara aku yang suka pendam. Sebab bila aku cerita, aku jadi makin sedih. Sebab apa? Sebab anggapan orang. Aku cuma nak kongsi. Tapi end up, semua aku cerita, semua jadi salah aku. Aku tau tuh masalah aku, tapi aku tak perlulah orang pergi tegur tuh sebab aku punya salah. Aku tau salah aku. Tapi perlu ke aku nak dengar orang kondem aku berkali-kali? Perlu ke tiba-tiba nak bangkitkan hal lama? Perlu ke tiba-tiba nak samakan diri orang tuh dengan aku? Perlu ke nak banding zaman 80an dengan zaman sekarang?

Haihhhh. Aku cuma perlukan tempat untuk berkongsi. Nih tak, tiba-tiba cerita pasal diri sendiri. Betapa diri dapat survive macam tuh macam nih. Nih pasal aku, bukan pasal dia. Nih lah masalah aku. Bila orang cerita dekat aku masalah dorang, aku dengar jer. Tak cakap apa pun kecuali bila orang tuh suruh aku cakap. Aku try faham. Kalau aku rasa tak masuk akal pun apa dia nak buat tuh, aku senyap jer dulu. Bagi dia cakap semua. Dah kalau dia mintak pendapat, baru aku bagi. Tuh pun aku consider keadaan orang. Kita kena faham, bila orang cerita dekat kita, kita nih jangan terus buat kesimpulan. Dengar dulu. Tak pun hold dulu apa kita rasa. Sekarang bukan apa kita rasa, tapi apa orang tuh rasa. Tapi tuhlah, end up kenapa aku jer boleh paham orang tapi kenapa orang selalu jer putar balik masalah tuh, tukar jadi hal dia pulak.

Susah eyh nak faham orang? Susah ke jadi pendengar? Kenapa aku boleh jer dengar masalah dia dari dulu sampai sekarang without judging that person? Dia nak buat kerja gila mana pun, aku dengar jer dia cakap dulu. Dia mintak pendapat baru aku bagi. Dia layan orang macam tuh macam nih, takda aku nak cop dia nih macam-macam. Dia kuat baran ke apa, aku faham. Dia melenting tiba-tiba, aku tak amik port. Sebab perangai dia macam tuh. Tapi bila aku ada silap, seolah-olah perangai aku paling teruk.

Aku tau dia dah busy dengan kerja sekarang. So bagi dia, takda beza kalau aku ada atau tak. Maksud aku, bila dia ada problem, dia dapat ignore jer kot sebab dia dah busy. Kerja boleh distract dia. Tak macam dulu, ada problem jer carik aku. Sekarang haram jer dia nak carik. Sebab dia busy kerja. Dia tak rasa sunyi. Cuba one day dia free, tak busy, tengoklah dia sunyi ke tak. Semua kena ikut cara dia lah kot. Everyone yang tak ikut cara dia akan buat dia tak puas hati. Tapi still, aku terima jer perangai dia. Sebab kawan, aku tak judge. Tapi dia judge aku berkali-kali dah.

Takpalah. Orang macam nih memang aku dah tak boleh nak share apa-apa. Aku dah penat. Tiap kali share problems, aku menanges sebab kata-kata dia. Dia cakap aku nih asik teringin jer, tapi tak pernah try nak carik. Habis dia tuh, cita-cita dia melangit, cerita itu ini, tapi macam tuh jugak. Tapi pernah ke aku persoalkan? Haihhhhh. Biarlah dia. Aku pun malas dah. Bila aku bagi perhatian dekat kawan macam nih, dia buat biasa jer. Bila aku dah larikan diri, baru nak carik aku.

Buat kawan tuh, saya tak carik awak dah lepas nih. Jangan risau, tak cerita dah apa-apa dekat awak. Kalau ada problems tuh, pandai-pandai lah awak tenangkan hati sendiri. Saya tak mampu dah nak dapat layanan macam nih dari seorang kawan. Belajarlah jadi kawan yang baik. Jangan asik nak semua benda ikut cara awak. Semua orang ada cara sendiri. Kawan tempat bercerita, berkongsi, bukan untuk awak try selesaikan masalah dorang ikut cara awak. Kalau macam tuh awak layan, saya rasa, awak takkan puas hati sampai bila-bila. Takda siapa perfect. Try lah carik kesempurnaan kat mana-mana, sampai mati pun kita takkan jumpa.

Haihhhh. See, entry emo lagi. Tapi dah takda tempat nak cerita, aku cerita kat cnih jer lah. Oklah, tekak sakit, mata bengkak. Nak demam jer rasa. Klah, aku nak pegi makmal jap lagi.

2 comments:

Anonymous said...

kawan dengan orang tua ker? hak3...

Hariq-Sha said...

eheh...silap ler...tahun 90an dekat nak 2000....muahhahahahah..

tapi salah ke kalau berkawan dengan siapa-siapa jer ye?

:)