Friday, December 3, 2010

Kecewa

Aku nak cerita lah satu kisah nih :) Actually untuk ingatan aku sendiri jugak.

Tahun lepas, dalam bulan 12, sedang aku sibuk online tuh, terasa hati nak pergi chat room. Yelah, zaman chat room macam IRC tuh dah lama benar kan. So, terasa gatal jer tangan nak click dekat icon mIRC tuh. So try lah masuk. Lepas tuh dah masuk irc, aku macam blur jer sebab tak tau nak masuk chat room mana. So aku try jer lah masuk mana ada tuh. 

Seronok jugaklah tengok gelagat orang chatting nih. Tapi yang tak seronok tuh kalau part dapat lelaki gatal menegur. Nick tak boleh blah plak tuh. Semua stok-stok gersang macam binatang dah. Aku chat jer lah dalam chatroom yang ada. Menyampuk once in a while dalam conversation dekat open chat tuh. And dah bosan tuh aku biarkan jer macam tuh. Tiba-tiba ada satu nick tuh tegur aku. Sebabkan nick macam boleh dipercayai, maksud aku takdalah nama pelik-pelik tuh, so aku tegur lah balik.

Mula-mula just chat dekat irc tuh. Then dia mintak YM aku. So aku bagi jer lah. Since aku jarang nak masok irc sangat. Lepas tuh dia hilang macam tuh and aku pun buat biasalah. Yelah, chatroom kan, people come and go. Tapi tak, one fine day, dekat-dekat new year, dia tegur aku dekat YM. Aku pulak jenis yang cepat lupa nick orang nih. So starting dari hari tuh, kitaorang selalu lah chatting.

Mula-mula berkawan tuh, aku dah tekadkan hati dah taknak lah kalau-kalau one day jatuh hati ke apa dengan dia tuh kan. Tekad nih. Sekali dia cakap dia suka aku. Tapi aku jual mahal lah kan. Sebab baru kenal, and dah tekad katakan. Sampailah kitaorang bertukar nombor semua. 

Mulalah dia rajin sms aku. Kadang-kadang call. Lepas tuh macam biasa, ayat-ayat manis kan. Tapi yang aku suka pasal dia, sebab dia kelakar and sweet sangat. Lama-lama tuh jadi makin rapat. Apa lagi, aku pun mula lah suka kat dia.

One day, dia cakap nak datang jumpa aku. Segan weyh. Tapi dia datang jugak lah. Kitaorang just jalan-jalan area KL nih jer. Keluar makan-makan jer. 

Lama-lama, aku rasa sayang pulak dengan dia. Tapi aku takut kalau dah lebih dari kawan, susah nanti if gaduh ke apa one day. Tapi dah makin hari tuh aku rasa makin sayang pulak. Dia ada satu perangai nih yang susah nak handle. Dia cepat baran, and dia tak suka kalau aku buat benda yang dia tak suka. Contohlah, aku selalu tengok wayang. Haaaa. Dia tak suka, sebab nanti membazir. Memang betul lah bazir. Tapi kata pun aku kan, memang jenis yang degil, dah tuh suka abeskan duit. Nanti duit abis terkapai-kapai. 

Aku suka cerita dekat dia macam-macam. Sebab dia rajin layan. Dia pulak suka dengar aku cerita-cerita. Kata dia lah. Tak sure lah nak jaga hati semata-mata ke apa. Tapi kata pun dia baran kan, memang lah selalu aku terasa hati kat dia. Selalu lah aku kecik hati, merajuk kat dia. Yelah, bila dia marah, macam-macam dia cakap tau. Tapi aku belajar ignore apa dia cakap masa dia marah. Lama-lama aku jadi biasa. Bila dia marah aku macam-macam, aku senyap jer lah. Malas nak respon, nanti makin teruk.

Dia ada satu perangai lagi. Dia suka jeleskan aku. Selalu lah dia bagi tau ada orang nih orang tuh macam suka kat dia. Aku nih malas nak jeles lebih. Tipu kalau tak jeles langsung. Ada jeles tuh, cuma biasa-biasa jer. Tapi dia suka cucuk aku dengan cerita lebih-lebih. Buat aku makin jeles. Pelik tau.

Kiranya sangat hepilah berkawan dengan dia nih. Sayang sangat dekat dia. Sebab nak elak gaduh, aku selalu lah mengalah, tak pun aku tak buat benda dia tak suka. Lama-lama aku jarang dah keluar rumah. Aku duduk rumah and layan movie ke buat kerja je.

Tapi lama-kelamaan, rasa macam something wrong somewhere. Tiba-tiba rasa macam jauh dari dia. Kalau gaduh kan, macam jadi melampau-lampau. Makin pedas apa yang keluar dari mulut dia. Selalu end up aku menangis and aku jauhkan diri. Sebab sakit sangat hati dengar. Dia pulak dah tak sweet macam dulu. Aku pun tak sure apa jadi. Semua aku buat kan, yang dia nampak yang negatif. Ada jer salah aku dia carik. Ada jer benda lama dia ungkit. Aku tak tau napa jadi macam tuh. Selalu bila aku jauhkan diri, nanti dia akan mintak maaf and aku pun buat macam biasa balik. Then datang lagi episod gaduh, makin teruk everytime gaduh. Dia cakap dia stress dengan masalah sekeliling dia, sebab tuh dia bad mood. Takpalah, kata sayang kan, terima jer.

Sampai tahap one day, dia marahkan aku kaw-kaw. Dia sebut macam-macam. Dia persoalkan solat aku semua. Aku jadi bengang lah. Siapa-siapa dengar pun akan bengang. So gaduh besar. Lepas gaduh tuh, dah mula regang dah. Kira still contact tapi tak serapat and seceria dulu.

Sampailah kitaorang gaduh sebab duit. DUIT. Duit hancurkan hubungan. Aku tak sure lah. Tapi everytime pasal duit, dia akan tegur aku kaw-kaw. Kalau dia tegur ayat elok takpa, nih ayat yang memang makan hati gila-gila. Sampailah dia bagi tau aku tadi. Benda yang dia cakap yang sangat buatkan aku rasa down sangat-sangat. 

Yelah, kita percayakan dia sepenuhnya, terima dia seadanya, tak pernah niat pun nak gunakan dia, tapi rupanya selama nih dia pandang aku sebagai orang yang gila harta. Seolah-olah aku nakkan harta orang. Dia ungkit pasal yang dia topup untuk aku. Ye, selalu kalau aku abis kredit, dia mesti usaha nak topupkan on the spot so aku boleh terus contact dia. Tapi aku tak mintak, aku just cakap kredit takda. Tapi sentiasa dia yang topupkan. Salah aku ke? Sedih. Sebab tuh aku slalu cakap kat dia, tak perlu topupkan. Tapi nanti dia cakap aku taknak contact dia dah. Serba salah dibuatnya. 

Aku sangat terhutang budi dekat dia. Dia banyak tolong aku. Sedarkan aku macam-macam. Tapi bila dia mula ungkit semua tuh, aku rasa tak sedap hati. Rupanya dia anggap aku nih gunakan dia selama nih. Aku tak sure tang mana dia rasa aku gunakan dia. Pedas kata-kata dia kejap tadi. Sampai terketar-ketar jari aku nak reply apa dia cakap. 

Tergamam aku bila dapat tau apa dia fikir pasal aku selama nih. Apa jer aku reply dekat dia, dia gelakkan aku. Kata aku buat lawak. Tapi aku rasa tak perlu bagi aku untuk jelaskan dekat dia hal sebenarnya. Sebab macam mana pun aku explain, dia anggap aku main-main. Dia anggap aku buat lawak. Dia anggap aku mainkan dia. Punya penuh perasaan aku cuba nak betulkan anggapan dia, dia tetap ketawakan aku. Perlu ke aku nak bagi tau dia, kata-kata dia sangat kejam? Perlu ke aku nak bagi tau dia, kata-kata dia buatkan aku menangis? Aku rasa tak perlu sebab dia bukan amik serius pun setiap kata-kata aku. 

Bila kita sayangkan seseorang, kita sanggup buat apa jer kan? Lepas kitaorang gaduh besar dulu tuh, aku tak on no aku satu lagi tuh. Sebab aku still makan hati dengan kata-kata dia. Lama-lama, henpon aku untuk number tuh buat hal. So aku dah tak on terus no tuh. Aku stick dengan satu nombor jer. So everytime dia sms no aku tuh, aku kekurangan kredit nak reply. Mana tak nya, sekali topup rm5 jer. Tuh pon just isi nak guna kot-kot emergency kan. Dia pulak tak guna telco yang sama. So mahal la sms kan. Sebab aku pernah cakap kat dia credit sikit, susah nak sms, so dia terasa hatilah kiranya aku nih tak usaha nak contact dia.

Since tuh, tiap kali aku habis credit, aku carik cara nak dapatkan credit. Aku redeem points aku, aku mintak member aku topupkan guna online banking dia. Aku mintak mak aku. Semua nih mesti tengah malam punya. Kadang-kadang tuh tak keruan aku sebab aku takut dia salah anggap yang aku ignore dia. So aku korek mana boleh jumpa duit untuk topup. Kalau ada duit lebih, aku beli siap-siap topup banyak-banyak so that dia tak terasa kalau-kalau credit aku habis. Kadang tuh aku guna YM reply SMS dia. No maxis aku tuh my primary number, so aku tak boleh nak asik tukar sim card jer kalau nak sms dia. Dahlah henpon satu jer. 

Tapi takkan tuh pon nak bagi tau dia kan? Biarlah dia tak tau. Lagi elok macam tuh. Kalau aku ada duit extra, aku pun nak jugak makan mahal ckit. Ala, macam teppanyaki ke, KFC ke, kira mahal lah tuh kan. Bila aku btau dia aku pernah cut duit makan aku sebab nak beli topup, dia gelakkan aku. Dia cakap aku nih makan berpuluh-puluh hengget sehari, takkan cut duit makan? Kecik hati aku. Tapi malas lah aku nak explain kan. Biarlah. Dia tak tau, hari-hari pun aku makan nasi ngan lauk baru rm5 jer. Sebab nak simpan duit teringin nak makan KFC, Pizza semua tuh. Aku bukan bekerja, so bila dapat duit, aku excited lah. Teringin. 2 3 bulan aku duduk umah before nih tak kuarkan duit. Duit habis pun guna beli barang tesis. Bila dapat duit, so aku pun nak jugak tengok wayang, makan-makan. Lainlah orang bekerja, boleh lah makan macam tuh sebab duit ada.

Tapi tuhlah, takkan everytime aku nak kena bagi tau. Biarlah aku jer yang tau kan. Kita nih segan nak bagi tau orang macam-macam sebab kitak nih tak seberapa. So biarlah yang ada tuh kita simpan untuk diri. Tapi bila aku keluar jer nak enjoy sikit, terus dijadikan point yang aku nih membazir. Sedih lah. Macam nih aku duduk dalam gua jer lah makan pasir ngan batu. Baru duit tak jalan. Kan?

Kecewa jugak aku. Sebab yelah, kata-kata dia dulu bukan main sweet. Sampaikan aku tak pandang kelemahan dia. Sekali haaa, padan muka aku. Kena teruk ngan dia. Semua salah aku macam gunung dah besar dia. Semua nya pasal DUIT. Sedih sangat. Tadi dia ym aku semua tuh, memang lah menangis sakan aku dibuatnya. Sampai macam tuh sekali dia pandang aku. Hina gila dia pandang aku. Gelakkan aku macam apa. Haihhhh.

Tapi takpa, aku taknak ikutkan hati aku. Kalau aku reply kat dia macam-macam, nanti aku menyesal. Yelah, kadang nih bila hati marah, kecewa, macam-macam jer kita nak cakap kat orang tuh. Macam-macam kita nak explain kat dia bagi nampak kita nih tak salah. And macam-macam kita akan cakap yang buatkan orang tuh makin marah and sakit hati.

Tak semua benda kita dapat explain. Biarlah kita and Tuhan jer tahu kebenarannya. Apa dalam hati kita, kita lebih tau. Kalau orang tuh dah nak anggap kita macam-macam. Terima jer lah. At least aku takkan menyesal one day atas apa aku pernah cakap. At least aku tau, aku tak menambahkan sakit hati dia. Kalau apa yang dia anggap dekat aku buat dia puas hati, buat dia rasa lega and selesa, go on. Aku tak halang. Aku taknak try pun betulkan. 

Apa pun, aku still hargai segala apa dia pernah tolong aku, buat untuk aku. Aku hargai sangat sebab selain sifat pemarah dia, dia seorang yang baik sangat. Aku pernah sayang dia, jadi aku taknak benda nih musnahkan all the sweet memories. Dia pernah cakap dekat aku, yang dia tak pernah sedih lama-lama, sebab dia selalu lupakan yang buruk and ingatkan yang baik jer. Tapi nampaknya, sekrang dia takkan ingat yang baik dah pasal aku.

Anyway awak, take care.

p/s: Sebarang komen dari anonymous takkan aku publish eyh. Thanks.

2 comments:

ainmusa said...

pernah hadapi perkara kecewa mcm ni.Dia yang bagi ujian ni, Dia juga kita kena minta pertolongan. kalau rasa hopeless sangat tak tahu nak buat apa.. doa doa doa. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar.
Dia akan bagi jalan apa cara terbaik yang harus ain lakukan sekarang.


teringat pernah rasa hopeless sangat tak tahu nak buat apa sebab sayang sangat. tapi tak larat dan tak tahan dah dengan situasi yg dihadapi.. :(
alhamdulillah..Dia bagi petunjuk.doa jalan terbaik apa yang harus dilakukan sekarang



*senyum*

Hariq-Sha said...

huhuhuhuhuhuh.

thanks ain! really rasa down sangat malam tadi bila dia tiba2 YM and cakap macam macam. terketar-ketar tangan menaip nak reply. menangis-nangis dibuatnya.

dia bukan tau. dia takda depan mata. dia gelakkan lagi ada. sedeyh tau.

thanks ain for the concern. huhuhuhuhuhu

:)