Monday, December 13, 2010

Diet cara betul

Zaman dulu-dulu kan, kira zaman nabi lah, and zaman selepas tuh, umat Islam nih sangat pandai. Ramai saintis Islam wujud. Banyak penerokaan dalam bidang angkasa, sains, matematik dan perniagaan serta banyak lagi umat Islam yang mendominasi. Tapi akhir zaman nih, kita tengok lah siapa yang mendominasi?

Apa yang aku nak sentuh dekat cnih adalah mengenai pemakanan lah. Makanan yang boleh boost otak. Makanan yang baik untuk otak, untuk badan kita. Dan makanan nih lah yang diamalkan oleh Yahudi. Kenapa? Sebab mereka tahu khasiat makanan nih. And sebab tuh jugaklah dunia akhir zaman nih dorang yang pegang ekonomi dunia. Sebab otak dorang.

Aku bukan nak banggakan Yahudi, jauh sekali nak ikut cara dorang. Cuma aku nak share kebaikan makanan yang dorang amalkan tuh. Seriously, nak otak baik, silalah amalkan makanan-makanan nih. Makanan-makanan nih jugak dikenali sebagai makanan syurga. Bukan syurga makanan ok. Makanan syurga.

1. Buah-buahan. Antara buah yang disebut di dalam Al-Quran adalah, pisang, anggur, delima, zaitun dan kurma. Ini adalah antara makanan syurga. Khasiat makanan nih terlampau banyak. Nak baca lebih lanjut, klik SINI.

2. Kekacang. Badam, gajus dan sewaktu dengannya. Orang Yahudi mengamalkan makan kekacang, terutamanya badam.

3. Ikan. Seperti kita sedia maklum, ikan adalah bagus untuk jantung dan otak. Kandungan protein nya yang tinggi serta Omega-3 yang baik untuk jantung. Tapi nih adalah apply untuk isi ikan jer lah. Kepala dia tak elok.

4. Susu. Susu banyak khasiatnya. Baik untuk tulang, semestinya.

5. Elakkan rokok. Nikotin pada rokok boleh rosakkan sel dalam otak, terutamanya kanak-kanak. Bukan nak kata kanak-kanak merokok, tapi asap rokok tuh ha. Cuba fikir, ironinya, siapa yang monopoli perniagaan rokok di dunia nih? Yahudi jugakkk.

6. Elakkan makan daging dan ikan bersama-sama. Rasullulah SAW pun pernah memberitahu yang daging dan ikan tak elok dimakan bersama.

Semua makanan nih adalah makanan yang diamalkan oleh Yahudi. Dan jugak adalah makanan yang diamalkan pada zaman nabi dulu. Sebab semua nih adalah makanan syurga. Kebaikannya terlampau banyak.

Kalau kita tengok diet Rasulullah SAW kan, memang kita nih jauh lah daripada tuh. Sebab tuh kot diet tak pernah jalan. Hohohohooho. Meh jenguk sikit diet Rasulullah.

1. JANGAN makan SUSU bersama DAGING.

2. JANGAN makan DAGING bersama IKAN. Kita takkkkkkk, makan selagi bolehhhh! Siakap steam besar-besar atas meja, ada sekali sambal petai daging! *drool*

3. JANGAN makan IKAN bersama SUSU.

4. JANGAN makan AYAM bersama SUSU. Ohhh, buttered chick bukan ada letak susu ke? >.<"

5. JANGAN makan IKAN bersama TELUR. Telur ikan tak sure pulak kann. Hmmmm.

6. JANGAN makan IKAN bersama DAUN SALAD. Ohh, kita tidakkk. Kalau tengah diet tuh, makan steam fish sekali dengan salad tomato lah timun lah. Aiyokkk.

7. JANGAN makan SUSU bersama CUKA.

8. JANGAN makan BUAH bersama SUSU. Contoh adalah koktel buah tuh. Adoiiii. Favourite aku tuh. Tsk tsk tsk. Tak boleh makannnnn dah.

9. JANGAN makan buah SELEPAS makan nasi/heavy meal. Sebaliknya makan buah SEBELUM heavy meal/ nasi tuh. Nih jer lah aku ikut kot. Kebanyakan kita makan buah lepas makan heavy meal kan?

10. TIDUR sejam selepas makan tengah hari. Tapi jangan macam aku, tidur lepas makan. Pastuh tidur nak lama-lama.

11. JANGAN sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang skip makan malam akan dimakan usia and kolesterol dalam badan akan berganda. Haaaaa, siapa yang diet sampai tak makan malam tuh, mesti pelik kan dah diet lama-lama still macam tuh jugak. Nih ha sebabnya. Makan jangan heavy sangat. Tapi jangan sampai tak makan. Ok? :)

12. JANGAN campur makanan darat dengan laut. Hohohoho.

Tuhlah serba sedikit aku nak share. Kita nak otak cergas, amalkan lah makanan syurga. Amalkan buah-buahan. Nak elak sakit perut, nak diet yang betul, makan ikut diet Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hidup dia sebab dia amalkan diet tuh lah.

Aku nih pon tengah baiki balik habit makan aku. Iskkk. Mana tak gomok. Semua nak makan. Kena control nih. Mau kurangkan berat badan. Weyh, gomok nih memang lah muka kau comel. Tapi antara comel dengan cantik, aku still pilih lah muka comel. Tapi comel in term badan dah kecik lah jugak. Susah bila gomok. Nanti kan, kau cepat penat. Alhamdulillah aku nih walaupun gomok stamina still kuat. Jalan kaki 2 3 jam dalam cuaca panas, takda hal lagi. Belum penat. Aku gomok tapi aku takda masalah nak jogging ke jalan kaki lama-lama ke. Cuma yelah, nak sihat betul-betul, kena buang lemak-lemak nih.

Plus, aku nak aktif berenang balik. Rindu sangat! Sekarang boleh jer berenang. Tapi segan bila keluar pool, spare tyre atas bawah kiri kanan ok. Yelah, baju basah melekat-lekat kat badan kannnn. Huhuhuhuhu.

Aku bukan crash diet sampai tak makan langsung, sampai sekat makan. Cuma aku kurangkan nasi and daging be it ayam or lembu, and banyakkan sayur. After all, paling ideal hilang berat badan adalah 0.9kg/2lb per week kan? :)

Kalau menjadi diet aku, nanti aku share k? Tapi jangan expects dalam 3 to 4 months. It's a long term punya :)

1 comment:

blog-tips-kurus said...

bagus info ni. minta izin nak link nanti ye ms:)