Thursday, December 2, 2010

High Fever Coming Up :(

Haihhhhhh. Semua tanda-tanda nak dapat demam panas dah ada. Sakit tekak, mata berair (selain menangis), hidung gatal-gatal/tersumbat and worst of all, rasa sejuk jer walaupun tengah berjalan dalam keadaan cuaca yang panas luar tuh.

Aku tak suka demam panas. Kalau demam biasa takpe, tapi kalau demam panas, habislah aku. Sebabnya:

1. Asthma/ lelah aku akan datang menyerang

2. Batuk berminggu-minggu yang lama and menyakitkan.

3. Sakit badan yang buat aku tak larat nak buat apa pun.

4. PCM tak berkesan untuk aku, apetah lagi ubat selsema.

5. Aku alergic dengan antibiotik, so aku terpaksa jer tahan demam tuh sampai baik sendiri. Since tak dapat nak amik antibiotik, maka bertahanlah.

6. If aku amik jugak antibiotik, which is aku takut sangat sebab ada near death experienced, aku akan dapat 2nd near death experience, or worst, death itself >.<"

On top of it all, aku tak dapat tido malam or siang dengan lena sebab keadaan badan yang demanding. Tutup kipas, berpeluh sangat, nanti rimas terus lah rasa lemas and lelah. Kalau sejuk sangat, menggigil-gigil sampai nangis, sampai lemas jugak. Aku jarang demam panas. Setakat cold tuh biasa lah. Huhuhuhuu.

Ermmm. Tapi kalau kena jugak hadapi demam nih, anggap aje lah nih penghapus dosa-dosa kecik aku. Pernah aku baca somewhere, sakit datang sebab Allah nak ingatkan kita. Sakit jugak penghapus dosa kecik. *wallahualam* Aku redha. Cuma aku harap aku dapat bertahan.

p/s: Bila ditimpa musibah, baru nak ingat Allah. Tapi Maha Besar Allah, DIA tak pernah tinggalkan kita walau seteruk mana pun kita. Cuma kita yang lupa padaNYA. Astaghfirullah al-azim. 

No comments: