Thursday, January 27, 2011

Rendah, Pendek, Cetek, Rendang

Ok. Jangan nak spekulasi macam-macam ok. Aku tau lah aku comel pendek. Tapi entry nih bukan pasal kecomelan kependekan aku. Entry nih untuk reminder diri aku. And also siapa-siapa lah. Kalau kau makan pizza, mesti kau rasa cheese dia. *whateverrr* btw, entry nih panjang nak mampss.

Macam Alia selalu cakap kan *kes banyak sangat baca blog dia*, Malaysian nih *ehemmm, termasuk aku* selalu berfikiran terlalu cetek. You know, shallow-minded. In EVERY single thing weyh!! I mean, being conservative and shallow-minded wayyyyyyyy 2 different things ok. Like langit dan bumi. Fuhhhhhhhh.

Ok, being conservative contoh dia macam nih. Kau nak tinggal serumah dengan lelaki (mestilah kau tuh perempuan dalam contoh nih), tapi lain-lain bilik, eg hostel oberseas kan. Mestilah parents kau macam banyak soal and pesan macam-macam kan? I mean, bukan benda biasa untuk anak dorang duduk sebumbung bercampur lelaki/perempuan bukan muhrim. OK. Itu kolot. And it's not a bad thing. Tapi dah kalau KAU sendiri yang dok menggatal nak duduk serumah dengan lelaki padahal boleh jer opt nak duduk serumah semua perempuan, sebab konon nak nampak moden di mata mat salleh tuh, KAU lah yang shallow-minded. Apa kau ingat duduk lelaki/perempuan sebumbung tuh trend semasa ke apa?

Aku pun tak sure aku bagi example yang betul ke tak. Hahahahahha. Lantakkkk! Janji korang paham maksud aku.

Kenapa aku tiba-tiba nak cakap pasal benda nih? Sebab kan, everyday aku nampak benda macam nih. Shallow-minded people. Bukan nak kata aku nih bagus sangat, tapi kadang kan, aku jadi malas nak layan. Sebab sampai tak masuk akal kadang-kadang. Oh, yang annoying pun skali termasuk dalam entry nih.

Contoh first lah. Firstly, aku tak cakap nih adalah orang sekeliling aku nih. Nih aku cakap dari apa yang aku baca dalam blog or apa yang aku overheard masa dalam monorail ke, bas ke, LRT ke so on and so forth lah kan. Lama dah aku nak tulis, cuma takda courage jer yelah macam bajet bagus kan. *padahal, kesian gila*

Ok ok. Contoh first. Pasal marriage. Matilah belum habis belajar dah sebut pasal kawen. OK, bila dah sampai final year nih kan, akan mula kedengaran bunyi-bunyi bercakap pasal kawen. Bagi aku lah, it's ok lah bercakap pasal kawen, masing-masing pun umur dah 23 24 gitu kan. Adat lah tuh, lagi-lagi yang dah berpunya. Tapi, boleh tak, kalau ada orang tak show interest tuh, kau jangan nak paksa-paksa dia or pujuk-pujuk dia or mati-mati mintak pendapat or respond? Gila annoying ok. I mean, kau excited nak kawen, kau punya pasal lah kan. Aku nih banyak nak fikir lain. Thesis pun tak siap lagi, hajat nak kawen memang tak timbul. Lepas tuh, balik-balik pun kau sebut pasal kawen. Mas kawen lah itu lah ini lah. Annoying, ok?!

Paling bengang, dok sebok tanya bila nak ada calon. Tak pun dok risau sampai sekarang diri kau takda calon. Helloooooooooooooooooo, kalau Allah dah tetapkan kau kawen lusa, esok tuh kau jumpa calon kau ok. Memang lah kena usaha orang cakap, tapi dah kalau kau risau tak bertempat, lepas tuh dok cakap pasal calon, tapi kau tuh, asyik nak fikir negatif pasal marriage, apa cer baiii?? Eyh, terlebih pulak. Pendek kata lah, poin dia, kenapa nak susahkan diri fikir pasal kawen kalau kau sendiri tak boleh nak fikir straight pasal marriage nih? Sebab semua orang sekarang umo 24 dah ramai kawen? *pengsan* Kesian.

Beli barang branded baru lah kau nampak branded?! Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Aku pun beli barang branded, tapi takdalah sampai tahap aku kutuk barang tak branded or barang tiruan. Nih GreenApple selalu mengamuk pasal nih jugak. Hehehehehhe. Tapi betul apa dia cakap. Memang lah aku ngaku, barang branded tuh bagus. Kualiti tahan lama punya. Contoh paling dekat hp. Aku pun taknak lah pakai hp made in china yang pakai 2 bulan dah rosak, tapi kalau as extra phone semata-mata, takpalah kan. Aku pun kalau part gadget nih aku beli ori punya. Even as simple as mp3. Aku sanggup kumpul duit beli yang mahal.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Kalau setakat selipar jepun nak buat pergi kedai makan yang tak sampai 5 minit dari umah tuh, adakah perlu aku pakai yang mahal-mahal? Paling aku tak boleh blah lah, statement sorang nih, dia pernah cakap kat aku "Kita tak nak lah beli croc tiruan tuh. Kualiti mesti out. Tak caya lah barang tiruan-tiruan nih. Kalau nak beli pun kita nak beli yang ori jer. Walaupun bukan nak pakai ke mana-mana. Kita suka yang ori jer." Wahhhhhhhhhhhhhh! Hebatlah kau nak berlagak macam tuh. Kau tau, bunyi macam orang culture shock tau tak? Memang lah duit kau. Tapi boleh tak kau jangan nak berlagak riak macam tuh?? Tapi dalam banyak-banyak tuh, pernah dia puji selipar croc tiruan aku. Siap cakap "Selipar awak cantik lah. Croc nih, beli dekat mana? Berapa harga dia?" Aku jawab "Times Square, RM10 jer tauuu! Cantik kan???!!" Tergamam member. Siap reply "Eyh, sale ke? Murahnya!" Mestilah aku jawab "Takda maknya sale, tiruan sudah. Apa ingat kita nih nak beli yang ori tuh? Selipar getah jer kot" Wakakakakakakka. Puas hati! Selipar I cantik OK! *tapi dah putus sekarang*

Korang tau, ramai jer orang-orang kaya yang datang Sarawak tuh, pergi Serikin (sempadan Malaysia-Indo) sebab nak carik beg branded tiruan. Kualiti tiruan dia tiptop ok. Harga beratus kali ganda murah. Weyh, apa kau ingat pakai beg mahal-mahal tuh orang tau ke harga beg tuh. Orang tak tau melainkan kau bagi tau. Aku nih, kalau nak sangat barang branded, tunggu sale sudahhhh! Semua orang suka sale! Nak berlagak pakai branded, tapi kau pun sama tunggu sale jer. Lagi laju kot dia terjah outlet tuh bila sale. Kuang kuang kuang.

Duduk rumah adalah tidak cool. Whattttttttttttttt??! Panas nih dengar statement macam nih. Siapa cakap duduk rumah tak cool?? Cool ok. Boleh tido, makan, online tanpa mengoyakkan poket. Adalah certain orang nih, bingit telinga aku dengar. Dok bising-bising cakap takda life sebab asyik duduk dalam rumah. Weyh, dah kau balik-balik pun layan benda sama, memang lah kau takda life. Cuba kau bukak sikit minda tuh. Pergi baca online news ke, amik tau pasal hal dunia ke, mantapkan English kalau dah tau English lemah ke, mantapkan BM ke, ada lah life tuh. Nih tak, dalam kepala otak, LIFE=WAYANG. Wahhhhhhhhhhhh wahhhhhh wahhhhhhhhhhhhhh!! Takpun LIFE=SHOPPING. Or worst LIFE=DATING. Cuba kau duduk rumah, buat benda elok sikit guna internet tuh. Jangan nanti bila kau dengar somewhere pasal hot news, pastuh kau kecoh-kecoh cakap tak tau, tak pernah dengar ke apa, padahal, kau yang tak amik tau. Kau ingat reporter news tuh report direct kat kau ke? Helloooooooooooo???! Talk to the paw *grrrrrrrr*

"Aku tak reti lah English. Macam mana nak interview kerja nanti? Kena cakap English ke eyh kalau interview? Tak boleh BM? Habislah kita. Dahlah tak pandai cakap English. Mesti susah nanti."  or "Kau lah cakap. Kau kan pandai English. Senang sikit nak cakap. Lagipun kau kan kenal dia" Habis kau ingat aku nih terer bebenau?? Kalau aku marveles dalam English, aku might as well dah banyak duit sekarang sebab boleh mintak upah kalau orang mintak translate macam-macam. Tak pun maybe aku sekarang jadi translator bertauliah ke. Weyh, tolonglah. English aku pun terabur lagi. Tapi aku belasah jerrrrrr. Konfiden kena ada. Dah kalau kau rasa English tak berapa nak bagus tuh, perbaiki. Improve. Belek dictionary. Google translate paling cikai pun kan. Jangan asyik nak tanya orang. Simple word pun nak tanya orang. Kalau blur-blur takpa sebab kadang-kadang aku pun blur. Pastuh demand nak perkataan yang gempak, taknak simple-simple. Kalau kau nak confirmkan, aku tak kesah kalau orang macam tuh. Tapi kalau sampai tahap satu perenggan kau mintak translate......memang melampauuuuuuuuuu!! Boleh tak jangan cetek sangat akal tuh? Sila lah bukak sikit minda tuh. Aku pun banyakkan baca benda in English. Siap google-google lagi word aku tak paham.

Next, bajet alim. Aku paling anti orang macam nih. Geram ok. Yelah, nak nasihat tuh boleh. Digalakkan sangat-sangat. Tapi kau reti beza tak nasihat dengan mengutuk? Reti? Kalau tak reti tuh baik diam jer. Sebab tuh orang cakap, kalau rasa ilmu tuh belum cukup, silalah berdiam and jangan memandai. Ramai orang aku jumpa macam nih. Wahhhhhhhhhhhh! Part nasihat tuh hebat ok! Hebat sangat-sangat! Siap jadi sesi mengutuk. Aku nih dahlah jenis suka bergosip. So orang yang suka bergosip, mestilah tau beza nasihat and ngutuk kan? Ilmu aku nih tak cukup. Sebab tuh aku lebih suka diam daripada bagi nasihat. Kalau mengutuk bergosip aku laju. Kalau dah kau nampak diri kau tuh bagus sangat, boleh tak kau jangan condemn orang? Sendiri-sendiri sudah. Nih tak, nasihat orang, tegur orang no 1. Tapi bila bab mengutuk, kau lagi dasyat daripada aku! Siap non-stop bercakap pulak tuh.

Pentingkan diri. Haihhhhhhhhhhhhhh. Yang nih aku selalu nampak lah and selalu kena jugak lah. Kau pentingkan diri untuk certain things yang memang perlu sangat-sangat tuh. No one cares lah kan. Sebab kadang aku pun pentingkan diri jugak kalau aku rasa memang patut benda tuh aku pentingkan diri aku sorang. Tapi kalau dah semua benda pun kau nak berbalik kat kau jer, sila lempang muka sendiri boleh? Aku rimas lah orang macam nih. Lagi-lagi part yang bila susah baru nak carik aku. Wah wah wah! Bila kau ada semua kawan kau, pandang aku pun tak ye. Bila kau dah sorang-sorang, baru nak gedik-gedik nyendeng kat aku. Aku nih jenis independent. Aku lebih suka susahkan diri aku dulu sebelum aku mintak tolong orang unless memang desperate habis kan. Sebab tuh jarang nampak aku in a group setiap kali keluar. Sebab paling utama, malas nak susahkan orang. Yelah, pernah aku ajak orang temankan aku, pastuh jawapan mesti "Sorilah, aku busy sangat lah" or "Ermmmmmm. Nanti lah tengok macam mana". Tapi kalau bespren dia or boipren ajak last minit, lajuuuuuuuuuuu cakap ok. Sebab tuh aku malas ajak orang. Tapi kadang bila certain orang ajak aku, aku ok jer. Dengan harapan next time bolehlah aku mintak temankan dia if ada apa-apa. Takkkkkkkkkkkkkkkkk! Sama jugak! Alasan dia melebihi logik akal.

Bagi perempuan, penampilan diri paling penting walaupun nak keluar kejap jer. Vaaaaah vaahhhh vahhhh!! Diva ke kau??! Buat statement macam tuh sampai aku nih rasa aku nih selebet gila. OK fine. Kau nak cantik-cantik kau punya hal lah kan. Aku nih takat pergi fakulti kejap tuh or masuk lab kejap tuh, aku pakai tshirt ngan jeans jer. Takda lah aku gigih nak cantik-cantik dressing melainkan aku nak keluar lepas kelas kan. Tapi kan, ada certain orang yang aku kenal nih, be it here in UKM or tempat lain, bila keluar kan, wahhhhh, berhias ok. Dressing cantik sangat. Part pesen tuh memang tip-top lah kalau beli baju semua tuh. Tapi! Kalau masuk rumah ke bilik ke, nauzubillah. Sepah nak mampus. Helllllllooooooooooo?? Takda initiatif nak bersihkan ke? Alasan dorang? "Aku dah buat lah, biarlah orang lain punya turn. Asyik aku jer." Weyh, kalau macam tuh, sampai bila pun tak kemas. Takpun yang lagi keji "Rumet/housemet aku rajin kot. Selalu dia yang bersihkan. Takpa lah. Tunggu dia jer lah". Wahhhhhhhhhhh! Kau ingat kat Ratu duduk-duduk lepak jer? Aku nih kan, tak boleh tengok sepah nih. Kalau masa buat kerja tuh bersepah takpa, tapi dah lepas siap kerja tuh, tak boleh ke nak susun?

Walaupun aku PEMALAS macam tenggiling giling-giling, bangun tido lambat nak mampss, buat kerja last minit, tapi aku still ada inisiatif nak kemas-kemas. At least ada effort nak kemas, tak tunggu orang lain. Walaupun aku busy macam mana, takdalah aku neglect apa yang patut kan. Aku nih jenis buat kerja last minit, tapi aku make sure kerja aku siap on time lah. Last minit pun, aku still jaga kualiti kerja aku. Tapi takdalah pulak sampai busy memanjang and kerja lain tak berjalan. Kita nih hidup dalam dunia busy nih kenalah reti multi-tasking. Tak banyak pun at least 2 kerja sekali. Nanti dah bekerja lagi gila punya hectic kan.

Ada certain benda memang aku betul-betul tak boleh buat, sebab memang aku tak boleh buat. Contoh paling dekat, buang sampah. Nak buang sampah kan kena ikat dulu. Aku tak boleh, nanti mesti aku pening-pening berpanjangan sebab penggeli sangat. Dekat rumah aku Kuching sana pun adik laki aku yang buat. Teruk kan aku? Sebab tuh rumah aku nih housemate lain yang buat. Tapi at least pandai-pandai lah aku buat kerja lain, contohnya bersihkan sinki ke, susun pinggan mangkuk ke, defrost peti ke, sapu satu umah ke, susun selipar ke. Carik benda lain lah kiranya. Jangan berkira boleh tak? Aku anti betol yang berkira-berkira nih.

Attention seeker! OMG! Aku benci gila ok. Macam ADD jer. Semua pun nak ngadu domba. Meluat, kau paham tak meluat tuh apa? Seolah-olah masalah kau paling besar dekat dunia nih. Bila kita nih baik hati nak dengar nak tenangkan, siap menjawab, bagi reasons yang menampakkan apa dia buat adalah benda paling susah kat dunia. Woiiiiiiiit! Duduk dalam tempurung ke apa?? Sila baca paper. Ramai lagi orang susah dari kau. Takpun try tengok sekeliling. Tak semua orang yang look happy tuh dalam dia pun hepi. Contoh paling dekat sekarang adalah, final year project. Wahhhhhhhhhh! Semua orang nak berlawan masalah tesis. Oiiiiiittt! Semua benda mesti ada masalah, susah senang dia kan. Kalau susah, carik ikhtiar, try banyak kali. Kalau mengadu sebab senang sangat, pergi jadikan benda tuh susah. Sekali sekala kau mengadu, takpa, biasalah nak meluahkan beban di dada kan. Tapi kalau hari-hari pun topik sama, sakit hati ok dengar. Masalah nih bertumpu bukan dekat aku jer, tapi jauh-jauh pun sama jugak. Asyik dengar benda sama. Aku pun ada masalah. Tapi takda lah aku sebar seluruh alam melainkan orang bertanyakan khabar masalah tuh kan. Oh selalu aku hapdet status FB jer kot. Yelah, kata "What's on your mind?" kannnn. Kalau orang komen, maksudnya orang tuh yang nak amik tau. Bukannya kau pergi mintak orang komen kan. Bincang dengan lecturer baik-baik sudah. Tuh gunanya supervisor. Dia pun nak tau progress kita. Tak perlu tunggu progress meeting pun takpa.

Last but not least. Too dependent. Macam budak kecik punya dependent. Aku nih kalau nak pergi repair laptop jer, takdalah sampai aku heret orang. Yelah, kadang amik masa kan. Kena tunggu 2 3 jam. So takkan nak susahkan orang kan. Aku pergi beli meja kecik nih sorang-sorang siap terkial-kial ngankut nye jalan kaki dari kedai ke rumah, takda hal pun. Aku teringin keluar pergi makan Wendy's ke, KFC ke, aku pergi sorang-sorang, no hal. Kau ingat loser sangat ke keluar makan sorang-sorang? Tak ok! Kau tengok lah nanti, one day kau pergi tempat yang takda siapa kau boleh harap, kau tengok siapa loser siapa winner. *emo* Bukan apa, terkadang kan, niat kita nih nak makan hebat-hebat, tapi tak semua orang dapat join. Maybe ada yang saving nak kawen ke, nak beli PSP ke, bukan kita tau kan. So, baik kau pergi sorang. Unless kau pergi hapdet twitter or status FB and tetiba member nak ikut, lainlah cerita kan.

Nak keluar pergi mana-mana semua wajib berteman. Haihhhhh. Susah lah macam nih. I mean kalau pergi tempat sunyi tuh, memang wajib carik teman. Tapi kalau tempat kau pergi tuh ramai, public places, and kau pergi pun takat kejap jer, perlu ke nak susahkan orang lain? Unless orang tuh willingly teman. Tapi aku nih terlampau baik pulak. Jarang aku tolak kalau orang mintak teman. Unless aku betul-betul rasa taknak keluar. Tapi tetiba bila dia tarik muka sedih tuh, aku terpaksa kuatkan hati kan sebab memang aku malas kot. Aku nih soft hearted. So kena lah buat-buat tak nampak kadang-kadang.

Semua benda atas nih, kadang pun aku ada buat. Tapi aku sedar diri lah at least kan. Takdalah aku buat kali kedua and seterusnya. Sometime nih kan, susah kita nak berterus terang dengan orang-orang macam nih. Nanti kang tarik muka masam sepanjang zaman. Heloooooooooo??! Be matured boleh? Kau ingat berkawan nih bermaksud menjaga hati semata-mata ke?? Antara orang yang aku suka sangat kalau ada sekeliling aku are Mira, Ana, Izzah semua tuh. Sebab dorang nih open minded kot. Tegur depan-depan. Kutuk-kutuk depan depan pun ok jer. Kiranya kalau tegur tuh dalam nada gurau lah. Jangan pulak main tengking mengamuk-ngamuk kan, except Mira lah. Dia memang garang. Hehehhehehe. Tapi baik dengan kawan. Tapi tak semua macam tuh. Ada tuh kita gurau jer pun dah terasa gila. Padahal gurau jer. Tapi terus tarik muka masam. Hoihhhhhhh! Geli ok. Nak merajuk pergi dekat pakwe lerrr.

Haihhhh. Macam-macam kan orang. Kadang kalau aku rasa air muka orang tuh dah berubah, mestilah aku rasa dia rasa fedup or annoyed kan, so aku stop. Tapi kalau dah orang pun ala-ala tak tunjuk minat, but still kau meneruskan jugak apa kau buat tuh, kau memang ignorant, tau?

Aku lama dah nak tulis entry nih, cuma asyik tak jadi jer. So kali nih aku tulis terus jer lah. Siapa terasa tuh, muhasabah diri lah. Jangan pulak tetiba nak tarik muka masam kan. Nih pun reminder untuk diri aku. Kadang-kadang kita kena alert sikit dengan persekitaran. Jangan pulak kau harapkan semua benda berbalik kepada kau sorang. Aku pun kadang terasa kalau baca benda macam nih, tapi takda lah pulak aku nak anti dengan orang yang tulis tuh. Baik nilai balik diri sendiri kan? Masa nih lah kita nak tau kelemahan kita.

Anyway, peace yaw! Aku buat entry nih pun sebab take some time off daripada revision.

Mau tido dah. So, bubuiiii!

p/s: Manusia susah nak menerima kelemahan diri. Tapi cuba lah belajar menerima, mesti kita akan rasa lebih tenang. Yang penting, sedar diri tuh!

No comments: