Thursday, January 6, 2011

Meet The Parents: Little Fockers' Review (sambil raba-raba)

Semalam adalah bosan. Jadi lepas buat lab dalam pukul 3pm lebih tuh, terus keluar and terus terjah GSC and terus beli tiket and terus beli snack *sebab tak lunch lagi* then terus masuk hall and terus tengok wayang. *fuhhhhhhhhhhhhhhh, semput*

Kesimpulan:

1. Cerita dia kelakar lah. Tahap kelakar dia takdalah sampai aku rasa nak gelak terkincit-kincit. Gelak-gelak standard lawak omputeh. Hehehehehehehe.

2. Agak melucahssss jugak kekadang aku rasa script dia. Hohohohoho. Tapi being a student dalam aliran health sciences nih, benda tuh tak ada apalah. Science ajer. Hehehehehehe. *alasan*

3. Kisah dia berkaitan dengan Greg/Gay Fockers nih dengan pak mertua dia, Jack Byrnes. Jack Byrnes nih jenis pak mertua yang suka control menantu-menantu dia. Semua pun kena ikut cara dia. So, si Greg nih lama-lama macam rimas lah. Tambah pulak pak mertua dia nih suka nau dengan si Kevin. Kevin nih ada hati kat anak dia, bini si Greg tuh. So, macam-macamlah jadi bila si pak mertua nih duduk umah Greg.

4. Banyak jugak lah family values dalam cerita nih. Sesuai jugak lah kalau nak tengok dengan family. Cuma anak kecik tuh, yang baru nak up tuh, susah sikit lah even PG 13 pun. Sebab ada scenes tak sesuai. Hohohohohoho.

Oh. Dalam pada aku melayan movie tuh. Couple sebelah aku pun buat movie jugak. Rasa macam nak lempang berdas-das.

Yelah, hall movie tuh kecik jer. Hall kecik, tau lah macam mana kan. Mana ada couple seat kejadah tuh. Semua pun dalam one row ajer. Aku pulak duduk seat second hujung, sebab seat hujung sekali tuh rosak katanya. Kalau ikutkan aku, bila pergi tengok wayang sorang-sorang, aku sure punya pilih seat yang sebelah aku kompom-kompom takda orang. Tapi seat satu tuh rosak. Nak buat macam mana kan.

Tengah layan iklan-iklan tuh, datang lah couple nih. Yang aku perasan, perempuan dia pakai baju putih. Aku agak dah mula-mula, memang pakai baju sekolah budak tuh. Tapi yelah, gelap kan, mana tau pakai blouse ke dress ke. Berbaik sangkalah kita. Hek hek hek. So bolayannn.

Sekali kan, dah start cerita tuh, perghhhhhhhhhh! Dorang pun start buat cerita jugakkkkkkk. Nyampahs aiii! Yelah, bukan aku sengaja nak usha perati dorang buat apa, tapi dah pompuan tuh memang duduk sebelah aku betol-betol kan, harus nampak kot.

Tangan si lelaki tuh dah merayap ke mana entah. Tetiba masa tuh scene ala-ala terang, so dalam hall tuh jadi terang lah kan. TERnampak lah tangan si lelaki dah merayap ke bahagian bawah beg yang perempuan tuh riba. Adoiiiiiiiiiii. Geli geleman akuuuuuuu!!

Then terus aku gelak. Padahal, takda scene lawak mana pun. Saja gelak nak bagi signal kan. Aku rasa pompuan tuh perasan kot yang aku dah ternampak. Dia pon macam amik tangan lelaki tuh and pegang. Kira tahan lah. Tak menahan ok lelaki tuh. Gersang ke apa. Siap pompuan tuh tahan dua-dua tangan laki tuh lagi ok. Tapi, aku perasan lelaki tuh macam gigih ajer nak meraba-raba. Hoihhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Mau ajer aku jegil-jegil mata depan dorang. Tapi dalam hall gelap, aku pejam ke jegil sampai tersembul ke, bukan perasan kan. Sekali kan, tak dapat bawah, dia pergi raba atas pulakkkk. Woihhhhhhhhhhhhhhhhh. Sudah melampauuuuuu. Geli ok. Sebelah aku jer. Rasa nak berdiri and maki-maki jer. Tapi aku kan wanita sopan lagi vogue, mestilah aku cas ayu jer sambil duduk dan layan movie. Sabarrrrrrrrrr.

Lepas abes movie tuh, aku terus keluar lah. Then aku macam nak confirmkan yang pompuan tuh adalah pakai baju sekolah. So aku pun tunggu jap, konon macam tunggu member *padahal tengok sorang-sorang kan*. Sekali keluar lah budak tuh. Aku perasan muka pompuan tuh jer masa dia mula-mula nak duduk dalam hall tuh. Muka laki tuh tak nampak. Hek elehhhhh. Sekali keluar, memang confirm dengan baju sekolahnya, beg besar gabak. Laki tuh tak pakai baju sekolah lah. Tapi muka macam jambtan tak siap ok. Seriously terus geli aku nengok. Aku rasa kalau dia tak buat gitu, muka dia tak handsome pun aku tak pandang keji ok. Kot ye pun sekolah kan, tukar lah baju. Takda keji sangat rupa pakai baju sekolah buat maksiat lam wayang. Hish.

Macam-macamlah budak zaman sekarang. Pelik aku. Aku dulu sekolah, mana ada masa nak terjah shopping mall pakai baju sekolah. Harus dalam otak aku kan, lepas sekolah, balik umah then qada' tidoooooooooooooooooooo. Mau kena flying kick dengan ayah aku memandai nak keluar lepak-lepak. Pandai-pandailah bekal baju ak keluar kan. Ishhhhh.

Haaaaa. Oklah. Next time aku jumpa macam nih, aku tumpahkan popcorn aku or tumpahkan air mineral. Biar fresh sikit. Hehehehhehehe.

Bye!

3 comments:

intan azuzarina said...

rase cm nk lempang je mamat 2....haaaaiiissshhhhhh!!!

Aiza Aidid said...

ohhh, baru ke phm nape letak tjk entry cmtu..hahaha! ingt mnde nye la kan ain ;)

Hariq-Sha said...

kak intan:

kannnnn??? gila ok! bila dia keluar hall tuh, muka macam gersang gila jer. geli betul tengok. hisshhh.

put:

hehehhehhehehee. tak puas hatiii. kot ye pun nak buat hal kan, tolongggglah carik seat yang memang takda orang sebelah2..huk3