Thursday, February 17, 2011

Malaysia tercinta

Macam-macam lah yang ada kat Malaysia nih (maybe ada jugak kat negara lain lah) yang buatkan aku mengalami bermacam-macam emosi (read: mixed emotions).

Antara yang selalu aku rasa adalah sayang, geram, marah, benci, meluat, menyampah, terharu, kesian, rindu, teringin dan macam-macam lah. Errrrr, macam banyak negatif jer kan. Taklah taklah. Emosi bernama sayang tuh dah merangkumi semua yang positif ok? :D

Nak tau kenapa aku rasa bercampur-baur pasal Malaysia tercinta nih?

Meh lah aku senaraikan serba sedikit (or maybe serba sebanyak):

1. Paling paling paling paling paling aku geram and menyampah and selalu bengang and tahap mengamuk mengalahkan singa lapar adalah internet connection. Kenapalah internet connection di Malaysia nih tahap siput cacat?? Payah ok nak download movies journals. Adik aku dekat UK sana siap berlagak-lagak dengan aku sebab internet dia kat sana bagaikan panahan halilintar memanah syaitan bumi.



2. Bunyi hon kereta di waktu traffic jam. Hazab nak mampussss! Weyh, kalau dah jam tuh buat gaya jam, kau tak payah susah-susah nak hon pun. Kau hon sampai meletup kereta pun belum tentu lagi kereta sekeliling kau akan *puff* hilang begitu sahaja and clearkan jalan kau. Nih kalau sorang dah start hon, tetiba jadi irama malaysia ok, semua pun mula lah hon. Apa ingat kau sorang ada hon?! Kang aku naek lori kontena, pastuh hon panjang-panjang, padan muka, mau tinggal rangka kereta korang. *motip drebar kontena?*

credit to this blog for this pic.

3. Tahap keramahan. Wah wah wahhh! Nih aplikasi kat SA kat shopping malls or mana-mana kedai lah. Kau kerja sebagai SA. Kau tau tak apa tugas kau masa mintak job tuh? Ke kau main buat-buat paham tapi sebenarnya kau taknak faham pun? Nih bukan semua SA ok. Tapi mostly macam nih lah perangai. Aku selalu kena. Perangai macam haram kan. Yelah, kita kadang-kadang belek satu-satu kan baju. Pastuh dia punya bengang masa melipat tuh, boleh roboh rak baju-baju tuh kot. Jeling bukan main. Apa ingat aku nih tak mampu ke??? Kalau dengan foreigner, perghhhhhhh! Pijak semut tak mati. Ramah macam nak flirting ok. Padanlah orang obersea dok cop Malaysian nih peramah(eyh, yeke?). Dia tak tauuuuuuuuuuuuuuuuu.


4. Kesopanan. Nih aku pernah cerita. Kes dalam public transport. Orang-orang zaman sekarang nih kurang prihatin ke? Ke kurang perhatian jadi nakkan perhatian semua orang? Nih kes yang muda-muda, tak bagi chance duduk dekat yang tua-tua or yang lebih memerlukan. Sampai satu gerabak dok jeling pun buat tak hairan jer dia. Rasa nak lempang jer. Nasib baik aku waras lagi. Kalau tak, aku yang glemer lebih dari dia.

5. Suka buat sebaliknya. Maksud aku dari erti kata peraturan. Bukan undang-undang ye. Contohlah, ada satu signboard nih tulis ctuh "Dilarang Membuah Sampah". Tapi wahhhhhhhhhh, bawah signboard tuh dia longgok sampah macam dia buat dumping area ok. Nanti aku tunjuk gambar kalau aku ingat nak amik. Hari-hari aku lalu ctuh. Lagi satu contoh, dekat supermarket. Hoihhhhhh. EXPRESS LANE tuh untuk yang beli barang sikit jer. Kan ada cakap max item dia. Nih takkkkk, selagi kosong, masuk jugak line, walaupun troley kau tuh tunggu masa nak roboh jer. Aku bengang ok. Yelah, selalu aku masuk nak amik air mineral jer ke kan, or snack sebarang dua, tapi kena queue macam beli satu supermarket. Menyampah!

6. Rempit. Kenapa dekat Malaysia ramai sangat rempit eyh? Bengang ok. Untuk aku yang duduk dekat apartment nih, tambah pulak Kg Baru, tiap malam jer dengar bunyi prengg prengg prengggg press minyak. Apa kau ingat gah sangat dah motor kau tuh??? Dekat negara lain takda pulak aku dengar masalah rempit nih. Malaysians nih banyak sangat masa terluang malam-malam eyh sampai ada jadi rempit? *matiklah macam bukan Malaysian kan*

7. Business MLM yang tumbuh bagai cendawan lepas ribut hujan. Bukan aku benci orang yang buat MLM nih. Tapi aku menyampah sangat dengan yang tag aku dekat gambar duit. Apa masalah kau nak tunjuk duit banyak-banyak?? Paling tak boleh blah statement "Pulangan besar dalam masa hanya beberapa minggu" or "Tak perlu bersusah payah, tapi dapat pulangan besar" or yang lebih parah, memperlekehkan orang yang bekerja susah payah siang malam. Woihhhhh, apa kau ingat duit kau dapat tuh turun dari langit? Kau tetap kena USAHA nak dapat duit tuh kan. Tetap kau kena carik downline banyak-banyak kan. Sama jugak yang bekerja. 

Dorang pun berusaha jugak nak dapat gaji tiap hujung bulan kan. Cumanya, takdalah kerja dorang asyik tag gambar orang, call sana cnih, SMS sana cnih nak carik downline. Pointnya, aku menyampah dengan cara orang yang MLM nih approach orang lain. Besar sangat dah diri kau sampai nak judge and berlagak depan aku? Maaflah. Aku rela dapat duit yang susah nak dapat, daripada duit yang senang nak dapat. Selalu yang upline or bos besar-besar nih takdanya payah nak bersusah payah macam yang downline dia yang kesepuluh ribu punya tuh. 

8. Malaysia nih kan dekat ranking 1st sekali untuk social network's punya list, specifically, FB. Malaysian paling ramai sekali friends dalam list dorang ok. Antara yang paling banyak habiskan masa depan FB, termasuklah aku. Tapi, yang aku menyampah nya, kot ye pun kau ada banyak benda dalam kepala, boleh tak jangan update status setiap 2 3 minit? Kalau sejam sekali ok lagi. Nih tiap 5 minit, muka kau muncul dengan satus baru. Buat twitter akaun boleh tak? Aku selalu hide jer yang macam tuh.

Lepas tuh yang tag aku dengan gambar merapu. Lagi-lagi gambar macam putus kepala lah, hantu pocong lah. Kau ingat seronok keeeeee? Tak pun yang pergi tag aku dekat gambar dia yang tengah posing macho/cun. Dia lah rasa dia macho/cun/cute/cantik/hot. Weyh, kalau kau rasa kau cantik ke macho ke, simpan dalam folder sendiri sudah. Yang nak pergi tag aku kenapa? Nak tunjuk muka tuh macam artis korea? Adoilaaaa. Tak berminat aku. Dahlah muka aku takda pun dalam tuh kan, tetiba kena tag. Lainlah kau tag aku dekat gambar mamat korea hot. Tuh aku tak kesah.

9. DSLR. Aku rasa lately banyak blog yang blogged pasal nih. Aku salah seorang yang gila akan kamera nih dari zaman pakai film lagi. Zaman SLR ler. Zaman tuh jangan kata SLR lah, kamera biasa tuh, aku siap hafal dah jenis film, kualiti dia semua. Cuma takda ilmu nak cuci gambar sendiri jer lah. Lepas tuh muncul DSLR. Aku jadi fanatik benda tuh. Asyik baca website pasal benda tuh jer. Sampailah satu tahap, aku tengok semua orang dah ada DSLR. I mean, ada DSLR and gantung dekat leher tuh. Kalau tourist aku tak kesah. Nih yang remaja-remaja yang dok kehulu kehilir bawak DSLR tuh. Adoiyaiiiiiii. Bila dah jadi trend macam nih, aku jadi hilang minat dekat DSLR. Yelah, kadang aku tengok dorang pakai mode auto jer pun. Aku takdalah terer, tapi aku reti lah ckit-ckit. Hybrid cam rocks! *tetiba*

Lepas tuh, bila ada DSLR, terus macam jadi automatik sebagai photographer. Tak bermakna ada DSLR tuh jadi photographer ok. Yang otai-otai tuh, aku tengok takda pun dok sangkut-sangkut dekat leher. Keluarkan dari beg bila perlu jer. Yang otai-otai nih, pakai digicam biasa pun gambar dah cantik. Orang cakap, nak tangkap gambar, kena pandai tangkap moment. Kan?? Oh, lagi satu, bila trend DSLR meningkat, model freelance pun banyak. Kan? Semua pun self-proclaimed jer.

Anyways, aku tak cakap pasal yang memang betul-betul terer and minat pasal photography ok. Yang betul-betul minat tuh, kalau dia dah bercakap pasal photography or DSLR tuh, sepatah pun tak paham. Tinggi sangat level dorang.

10. PDA. Public Display of Affection. Macam kes KLCC tuh. Bahahahahhahhahaa. Aku tak paham kenapa kau nak menggedik depan orang ramai terpegang sana terpegang sini, peluk sana, peluk sini, kiss pipi, main rambut depan orang ramai. Maksud aku lah, yang budak remaja, yang belum kawen. Alaaaa, biasa orang dah kawen nih, dia takda over-over buat semua tuh. Nih semua dalam bas, monorail, LRT, shopping malls dan paling common skali, dalam wayang. Herghhhhhh! Geli ok. Kenapa oh kenapaaaaaaaaaaaaa????!

Oklah. 10 jer sudahlah kan. Fenat nak menaip. Hehehhehehehehhe. 

Tetiba abis lagi kan.

Babai!

*semua gambar credit to Google

p/s: Minum neslo ais untuk dinner malam semalam, padan muka, sampai ke pagi tak boleh lelap. Sekarang ngantok, tapi pukul 10.30am ada kelas 3 jam sampai kol 1.30pm. Bahahahh. Padan muka!

No comments: