Sunday, February 13, 2011

Eight Below

Ye ye. Aku tau cerita nih dah lama. Tahun 2006 punya. Sekarang 2011. Baeklah, aku pasrah yang aku 5 years behind. Sila keji aku.

Tahun 2006 adalah tahun aku dekat matrik Kuala Pilah. Den duduk kek tompat jin bertendang. Jangan kata wayang, benda paling canggih dekat ctuh masa tuh adalah KayHepSi. KFC dua tingkat lot tepi, bangunan rumah kedai. Sangat menjadi tarikan every Jumaat, Sabtu and Ahad.

Selain tuh, ada satu supermarket sangat up kat sana masa tuh. UPWELL namanya. Kalau nak jimat duit, takmo naik kereta sapu mahal sikit, maka end up dengan Gedung Hairan Harian. Ada juga satu diner aku tak ingat nama. Ada jual western food. Nak beli spaghetti pun end up aku tunggu dekat 2jam. Kesian kan?

Namanya aku nak ke Seremban tuh? Lalu Bukit Putus tuh? Aku rasa aku putus 18 belas pun aku taknak naik bas ke Seremban.

Sila terima alasan aku yang tengah defend diri nih kenapa aku tak tengok Eight Below 5 tahun lepas. OK?



Meh lah aku cerita sikit. Mana yang macam aku yang belum tengok, aku suggest tengok lah ye. Sangat menyentuh hati ok. Aku siap nangis-nangis. Basah baju tido aku sebab tak jumpa tisu dalam bilik nih. *malas nak amik tisu sebenarnya*

Cerita dia pasal Jerry (Paul Walker) dengan 8 ekor wolves dia. Jerry nih macam tour guide lah untuk para saintis yang nak buat expedition. So one day nih, dia jadi tour guide lah untuk sorang saintis nih. Tempat dorang nak pergi tuh sangat jauh, and masa tuh nak abis winter, and ais pun macam menipis dah. The only cara adalah guna wolves nih lah. Halahhh, apa nama benda tuh yang serigala tarik tuh.

So, dorang pun pergi. Sampailah dapat call dari base yang ada storm akan menyerang, dorang kena balik ASAP. Tapi si saintis nih dia pujuk Jerry lah stay kejap sebab nak carik batu meteor yang dia nak tuh. PLus, dorang memang dah dekat dengan destination. Pujuk punya pujuk, Jerry setuju.

Dah jumpa batu tuh, dorang pun balik lah ke base. Otw balik base nih, si saintis nih jatuh lah atas air yang membeku tuh, siap patah kaki. Then crack lah pulak ais tuh. Pastuh serigala named Maya nih pergi selamatkan saintis tuh.

Otw ke base tuh storm mula nyerang. Si Jerry ngan saintis tuh pun masa tuh dah ala-ala kritikal. Sorang frost bite, sorang sebab hipotermia. Then dorang perlu tinggalkan tempat tuh.

Jerry taknak mula-mula unless semua serigala dia ikut sekali. Lepas tuh boss dia cakap, dorang kena pergi dulu, nanti datang balik amik serigala tuh semua sebab keadaan Jerry and saintis tuh yang teruk tuh. Then Jerry pun setuju lah dah dengar macam tuh. Sekali bila sampai kat tempat selamat, dorang tak benarkan balik ke base sana ambik serigala tuh. Dahlah serigala tuh si Jerry dah ikat dekat rantai suruh dorang tunggu ctuh kan. So, bila Jerry tak balik-balik, apa jadi dekat serigala tuh semua?

Woihhhh. Penat ok nak menaip panjang-panjang. Silalah tengok. Mesti sedeyh punya ok. Menanges-nanges ok. Tsk tsk tsk.

Aku tengah download Hachi pulak. Nih lagi satu cerita pasal anjing yang confirm aku akan nangis terbaik punya!

Oklah. Mau tido.

Babai! :D

p/s: Spesis anjing nih sangat loyal kan dengan tuan dia. Kalau meowmeow, harap comel ajer, tapi tuan dia pun dia boleh cakaran maut. Tapi aku still sayang kucing! hehehehhehe :D teringat si Bobo ngan yang putih tuh. Adoi, lupa nama. >.<"

2 comments:

Aiza Aidid said...

upwell and gedung hairan! hahahahaaa.. now i wonder cmne kte survive kat c2..hehe
oh, kte pun x tgk lg cte ni ain..hhehe

Hariq-Sha said...

aiza aidid:

hahahahahaha...kan? kita sangat marveles ok! dahlah kita nih jenis jarang balik kan...hahhahhaha

yay! ada geng tak tgk lagi! fuhhh...