Sunday, July 18, 2010

Semuanya baru....kot~

fuhhhhhhhhhhhh...

dah masuk seminggu lebih dah aku kat KL nih. sampai KL hari Sabtu lepas, 10/7. penat berpindah randah barang-barang pun masih terasa-rasa sampai hari nih. penat dia melampau-lampau. mana taknya, belum sempat nak rehat pun aku bila sampai KL hari tuh, masuk-masuk rumah terus kemas satu rumah. dengan toilet nye kena cuci, satu rumah kena sapu and buang habuk. penat giler. dahlah malam sebelum balik KL tuh aku bantai layan movie online sampai tak tido langsung. tau-tau pagi tuh dah siap-siap and terus ke airport. huhuhuhuhu. sampai KL pulak, aku kena ikut kakak aku ke ofis dia dulu sampai abes masa ofis hour dia pukul 1pm. aku sampai KL pagi1 lagi kol 9am. lama giler sampai tersengguk-sengguk duduk ofis dia sambil tunggu dia siapkan keje. pukul 3 lebih baru sampai ke rumah baru nih. masa sampai tuh lah terus kemas rumah. esoknya hari Ahad angkat barang aku yang banyak giler dari tingkat 10 ke rumah aku yang tingkat **. hehehehhee. tujuan keselamatan. kunun lahh~ :D



inilah pemandangan dari balkoni umah aku. nampak HKL dengan Istana Budaya jer kot. huhuhuhu. aku tak dapat rumah belah yang mengadap KLCC dan KL Tower tuh. huhuhuhuhuu. tapi malam-malam cantik jugak pemandangan dia especially weekend lah sebab Istana Budaya terang giler. tuh yang padang tuh adalah stadium bola. stadium nih berada di antara medan selera HKL tuh dengan Institut Pediatrik HKL.

keadaan dalam rumah tak boleh lah nak ambik gambar ye. sebab macam tongkang pecah empatblasbahagian. huhuhuhuh. ala-ala macam stor je semak dia. tak habis kemas lagi. tak sempat nak mengemas habis. sebok dengan pembentangan report praktikal hari tuh. naek sem hari Isnin lepas terus ade suai mesra dengan freashies. Selasa lak terus nak kena bentang report LI tuh. huhuhuhuhu. sepanjang minggu sebok dengan bengkel penulisan thesis serta bengkel penggunaan dan keselamatan makmal. semua untuk thesis. hujung minggu yang sama kena email SV untuk komponen proposal thesis. ish3. tak ada masa. masa yang ada baek guna untuk rehat dan tido jer. keh keh keh keh keh. :P

so far, rumah baru, rumet baru, housemate baru, beg baru :P semangat thesis mestilah baru jugak and yang penting, semangat nak habiskan tahun terakhir nih pun baru jugak. hopefully semuanya bertahan sampai habis tahun depan :)

hmmmm. itulah jer lah nak cter pasal baru-baru nih. takde apa yang baru sangat pun. cuma semangat jer lebih nih. hikkkks :)

No comments: