Wednesday, July 7, 2010

Menghabiskan sisa-sisa cuti.......

minggu nih adalah minggu terakhir aku di Kuching sebelum dipaksa rela untuk balik ke KL Sabtu pagi. dahlah flight paling awal pulak tuh. 7.30am. dah tak boleh awal lagi ke eyh?? hishhhhhh. nasib baik naik MAS. at least ada jugak on-board breakfast kan walaupun taste dia ke lautan pasifik sikit. tapi nak complain banyak pun tak boleh kan since tiket tuh pun aku dapat dengan harga RM15+25k enrich card points. hehehhehehehehe. :P

aktiviti minggu terakhir mestilah kalau bosan nak bawa semua benda yang takda kat sana, ke sana. kalau boleh kedai-kedai makan nh bawa ke KL semua, aku dah bawa dah. eyh, daripada bawa kedai baik aku bawa chef dia jer. iskkkkkkk.

minggu lepas hari Jumaat, Mama aku and adik aku, Aniq dah selamat sampai KL. Aniq masuk UKM jugak. of course sama tempat dengan aku kalau dah namanya dapat course Medic kan? hergggghhh~ hari Ahad hari tuh dia dah selamat mendaftar dah. sekarang mesti sibuk dengan orientasi. muahahahhahaahha.

since Mama takda, aku lah tukang masak lantik sendiri. hehehehehhehe. tuh pun aku sempat masak hari Ahad jer. Isnin pulak Ayah tak bagi masak apa-apa sebab aku sorang jer kat rumah sampai petang, and before Maghrib tuh dah keluar pergi kenduri tahlil rumah arwah Uncle. Sabtu pulak aku tak masak jugak sebab takda sapa kat umah. huhuhuhuh. asyik home alone jer aku nih kan. semalam pun aku tak masak sebab Mama balik Kuching dari KL pagi tuh dengan my adik yang study abroad tuh. hikkks. so, dorang just tapaukan makanan untuk aku. dapat jugak makan Nasi Ayam Penyet. hoihhhhhh. 3 bulan dekat Kuching baru semalam dapat makan. huk3.

aku berjaya masak asam pedas ikan pari. suka suka suka! hehehehheehe. menjilat jari ok kesedapan dia. kepedasan dia boleh tahan sampai meragam perut and cir bir jugak aku. hehehehehhehe. selain tuh aku masak ler sayur bayam goreng jugak, takdalah kejam masak satu lauk jer. serupa rajin tapi malas jer tuh. seperti biasa, aku lupa nak ambik gambar. ngehngehngeh. bila periuk tuh hampir-hampir kososng tinggal daun kesum jer dalam tuh, baru aku teringat nak ambik gambar. maaflah ye. hehehehhehehhehe.

aku nak story pasal kucing-kucing rumah aku. tapi, tiap kali aku nak ambik gambar jer, dah macam apa mengiau dorang tuh. adakah excited sebab aku nak ambik gambar, atau tak suka aku nak ambik gambar dorang. aku pon tak sure kenapa. banyak songeh ok. sampai sakit telinga aku nak dengar suara dorang tuh. dahlah suka meleseh-leseh menyendeng-nyendeng dekat kaki. aku nih jenis tak boleh ok kalau aku tengah elok-elok duduk tiba-tiba ada binatang berbulu datang meleseh-leseh. confirm aku akan terkejut beruk serupa beruk sampai kucing-kucing tuh pun akan terkejut lalu lari dari aku. itu ok lagi. dah aku buat dia terkejut, terus dah taknak dekat aku. sedih ok sedih! T___T len kali lah aku candid dorang. macam kan dorang perlu pose pulak kan? hua hua hua hua hua.

insyaAllah siang karang aku nak keluar dengan Mama and adik aku. pagi pulak aku kena masak. Mama siap keluar pergi supermarket ok beli ikan pari nak tambahkan stok yang ada dalam fridge tuh. dia request aku masak asam pedas ikan pari tuh sebab nak rasa. ceyhhhh. terpaksa rela ai tau walaupun dalam hati ada taman. kih kih kih kih. tengah hari sikit baru boleh keluar pergi shopping. aku nak tambahkan stok tudung and selendang. serious out of stok. tudung yang ada tuh siap berlobang-lobang sebab selalu sangat pakai. kan kena pin kan. dekat tempat pin tuh siap lobang-lobang. sedih giler. huhuhuhuhuhu.

oklah. aku macam tak sedar diri jer nih. esok nak kena bangun awal sebab kena masak semua tuh. kang tak bangun pulak. kalau jadi keluar tgh hari tuh, and kalau RAJIN and INGAT, aku ambik lah gambar apa yang patut ye. hehehehhehhehe.

No comments: