Thursday, November 10, 2011

Sexy

Aku nih kan, jenis yang selalu jer cakap salah dalam keadaan confident.
Maksudnya, aku mesti tanpa sedar dah sebut something tuh salah.
Lepas orang yang bertanya tuh tegur and gelak, baru aku perasan.
Ada aku mention dalam FB semalam and few days back.

Contoh paling ketara and bodoh adalah :

Situasi 1


Orang : Eyh Ain, siapa nyanyi lagu nih eyh? *referring to lagu "Lelaki Seperti Aku" on the radio"


Aku: Ohhhhhh, AZIZ Sattar! Best kan walaupun lirik entah apa-apa. *confident*


Orang : AZIZ Sattar? Eh? Hahahahahahahaha. Biar betul? *gelak guling-guling*


Aku: Alamak, ALIF Satar lahhhh. *blushing sambil gelak cover malu*

Situasi 2

Aku : Eyh, ASK 2011 hari tuh, Sanggul BELACAN macam menang banyak. Nak tengok lah that movie. Macam best. *confident*


Adik : Sanggul BELACAN? Eyh, Sanggul BERACUN lah!!!! hahahahahah *gelak tanpa henti*


Aunty : hahahahahhahahahahahaha *tumpang gelak*


Aku : haaaa haaaa, cerita tuh lahhh! *gelak skali nak cover malu*

And Aunty aku masa tuh adalah tengah driving dalam keadaan laju on our way to Sibu.
Dia gelak macam apa jer.
-_-"
Tahap malu aku dah tak payah susah-susah nak ukur.
Dah tak dapat nak diukur.
Nasib bukan depan boipren ke apa kan?
Eeeeeee.
Suka tau memalukan diri aku nih.

Nih lah satu perangai aku yang aku tak boleh nak kawal ok.
Aku rasa orang paling selalu sedar and gelakkan aku adalah Amira, coursemate aku.
Serious, minah tuh selalu gelakkan aku ok.
Sabar jer lah aku -_-"
Eyh, rindu pulak kat semua coursemates aku, especially the girls.
Huuuuuuwww.

Oklah.
Nak cakap tuh aje.
Aku kan gedik sampai cerita macam nih pun nak bagi tau.
Eyh, suka hati lah kan.
Blog aku *typical statement*

Malam tadi around 3am gitu aku batuk teruk dalam tido.
Perit gila batuk tuh.
Bangun kejap pakai inhaler, then sambung tido.
Bangun pagi nak mandi tuh, makin teruk.
Siap sampai nangis-nangis and muntah-muntah.
Ingatkan kejap ajer.
Sekarang tengah menaip nih, tekak berasa perit and panas.
Rasa pahit pun ye.
And aku tengah control diri daripada bercakap dekat office, kecuali bila perlu.
Suara pun dah mula sexy macam Ella.
So, menjawab aku dicop moody and sombong today kot.

Aku taknak batuk lagi.
Nanti amik masa sampai 3 minggu nak baik.
Aku kalau dah batuk nih, bukan sebarang.
Teruk sangat sampai takleyh control bladder.
Sampai nangis-nangis.
Sampai kahak pun ada darah.
Worst, aku alergik to most antibiotik.
So, solution dia, minum banyak air.

Hoiihh.
Tadi dah nak chow tetiba panjang lagi cerita.
Ok lah.
Nak buat bodo kat opis dulu.
Aku benci bila takda kerja nak dibuat.
Penat menunggu.
Haihhh.
Banyak kerja kang sakit hati jugak, tapi at least masa aku terisi. Kan?

Byeee.

**A trust means EVERYTHING, but once it's broken, sorry means NOTHING**



3 comments:

Missy Purple said...

hahaha aen2...

amira said...

sori2..salah akaun td..hahahaha aen2..

Hariq-Sha said...

missy purple ahh Mira, confident!!!! hahahhahahaha :P