Wednesday, November 2, 2011

I am no naive, not more neither less

I am blogwalking right now, and my eyes are stuck to this one blog from Lady RaRa. I keep on reading post after post from her. Then, I stumbled upon this entry which I think is very relevant to me.

Entry panjang gila ahead of you.

Why? Because I have a friend that when it comes to talking about religion, she would end up being so emo. Emo here I meant, she would disagreed on every opinions I have and would totally at last, saying things as if I am so dumb and shallow.

OMG, I mean, kalau taknak terima pendapat orang, please don't go sharing about that topic. Aku jenis yang suka share masalah dengan orang tertentu, tapi aku bukan jenis yang akan BINCANG masalah tuh sampai menjadi satu topik perdebatan. Aku cuma nak orang dengar, sekadar luahan hati, bukan mintak tolong selesaikan pun. As simple as that. Tapi ada seorang nih dia jenis sukaaaaaaaaaa sangat BINCANG masalah aku, bagi pendapat dia, and bila aku macam taknak ikut pendapat dia, terus aku kena zassssssss. Habis tuh, aku yang tadi nak share masalah jer, jadi bermasalah lain pulak. Get it? Maybe aku boleh dengar pendapat dia, cuma tak semestinya aku akan terima and ikut kan? Tak salah dengar pendapat orang walaupun tak ikut kan?

Oh takkkkkkk. Dia nih lain sikit. Semuanya kena ikut. Or at least aku kena cakap aku try ikut. AT LEAST. Kalau semua pendapat dia aku rasa boleh ikut, aku ikut lah. Kalau tak, aku directly lah akan bertanya balik apa relevant nya ikut pendapat dia. Haaaa kau. Kalau aku dah bertanya gitu, CONFIRM sangat perbualan tuh akan bertukar jadi gaduh. Sebabnya? Aku tak terima. Hehhhh!

Maybe dia rasa dia tuh lagi tua daripada aku so dia lagi banyak pengalaman hidup (konon), so apa dia cakap tuh semuanya elok untuk aku. Oh my. Semua orang pernah jadi muda. Rasa pengalaman sama. Kan? Biarkan aku buat silap, so aku belajar. Selagi aku tak buat silap, selagi tuh aku takkan belajar. Kalau sampai bila-bila orang nak cakap apa aku buat tak elok, bilanya aku nak tau apa yang paling elok? Aku kena rasa dulu lah kan kesalahan tuh so next time aku tak berani nak buat.

Oh, aku cakap macam nih bukan bererti aku boleh pergi clubbing sambil minum-minum mabuk, merokok, amik dadah, seks bebas macam takda agama. Or pergi bawak kereta laju2 sampai eksiden patah kaki masuk ICU dulu. Bukan semua tuh. Paham-paham lah benda lain macam mana. Contohnya, dapat gaji and teringin benda mahal2 sampai takda duit. Duit aku, kalau aku tak buat apa aku nak, abis aku nak buat apa kau nak? Ohhh cantikkkkkk muka! Kalau aku tak merasa pengalaman yang buat aku serik, macam mana aku nak serik. Kan? Hesh. Susah betul aku nak explain. Anyways, nih antara topik aku pernah luah kat member aku nih, then in the end aku naik bengang jugak kat dia setelah lama betul bersabar. Entry nih aku amik dari blog Lady RaRa.


we only listen to something that we want to hear

kita ni kalau bercakap apa-apa isu pun, tak kiralah bab politik, agama, budaya yang kita tau, kita nak kata pendapat kita sajalah yang betul.

pada aku ini tidak bagus.

pendapat orang bukan sama dan pendapat orang pun bukan semua salah dan pendapat kita plak bukan semua betul tapi kot mana pun kita nak orang terima pendapat kita, hujah orang kita tak mau terima dah. sebab apa? sebab kita rasa kita lebih pandai.

tak baik tu, riak namanya! kalau kita kata kita pandai, kita kena ingat, ilmu Allah bagi kat kita secoet saja. dan dengan secoet tu nak megah riak?


dan sebelum kita nak bercakap, dan meminta orang dengaq pendapat kita, ada lebih baik ilmu yang kita ada tu cukup. jangan setakat kita khatam yang permukaan saja, yang dalam kita haram tak tau, terus kita nak bercekang urat bagitau yang kita ni betul.

dah 4 kali aku type perkataan betul, ok ni yang kelima! haha!

tapi lumrah manusia ni, memang dia nak dengaq apa yang dia nak saja.

ok aku bagi contoh

kita rasa kita kena sihir, pastu kita syak seseorang, pastu kita pun pi la jumpa bomoh/dukun/pawang/ustazpenipu/ustazahpenipu nak pi menengok la kononnya. lepas tu bomoh dukun tu pun terus menipu cakap oh orang tu oh orang ni kalau terel sangat pasepa tak bagi nama terus sekali ic kan? cuma cakap oh ni orang yang baru datang dalam family, matilah kalau ada menantu baru dalam family terus tetiba dia kena, kan? tidakkah dah jadi fitnah macam tu?


kalau orang tu bukan yang kau jangkakan, mesti kau kata bomoh tu menipu

tapi kalau orang tu ialah orang yang kau syaksyak selama ni, terus kau cakap bomoh tu terel!

lepas tu, kau pun mula kukuhkan alasan untuk tuduh orang tu sihirkan kau! kukuhkan alasan supaya kau boleh benci dan buruk burukkan dia.



tapi macam mana kalau orang tu tak sihirkan kau pun? dan kau sebenarnya tak pernah kena sihir pun? sebenarnya apa yang jadi kat diri kau tu sebab kau degil, setan banyak atas kepala, bersangka buruk setiap masa lalu Tuhan bagi ujian untuk uji iman kau? nak tengok dengan sedikit dugaan, adakah kau tahan iman atau kau tak tahan lalu berbuat sesuatu perkara yang dilarang Tuhan?

ok itu contoh aku bagi

contoh kedua

kau suka PKR, kau sanjung Anwar Ibrahim, tetiba pita video sex Anwar leaked, kau tau tu Anwar, tapi kau tak mau menerima kenyataan yang Anwar dalam video, kau cakap tu superimposed! Anwar suci murni, walaupun kau bila tengok video tu kau terpikir - eh awat pipi hitam macam Anwar? - tapi sebab kau cuma nak dengar apa yang kau nak, kau pekakkan telinga, kau butakan mata.


ok aku bukan orang BN dan aku bukan orang PKR, ni aku bagi contoh saja! satgi duk mai maki aku plak! undiku ialah rahsia!


people tend to listen to something they only wanna hear!

tapi tu la kan, manusia ni, bukan maksum, pada aku orang yang macam ni ialah orang yang bongkak, degil, tak boleh menerima pendapat orang, dan

BODOH!

ya la , bodoh la tu, sebab kau ingat kau sorang saja yang betul, pendapat orang semua salah. padahal apa salahnya bukakkan hati, bukak kan akal, fikir. Tuhan pun cakap, umatnya ialah umat yang berfikir! dan fikir tu janganlah dengan nafsu setan, fikir dengan tenang, fikir dengan akal.

ni tak, mau kata orang bagi pendapat sikit, wah kat sini dah melompat nak marah! eh pendapat kau silap! kau salah! aku betul! aku ini! aku itu.

padahal kau pernah terfikir tak bila mana musibah datang kat engkau, sebenarnya adalah dari engkau sendiri? bukan dari orang laen, bukan dari dendam orang.

asma Allah yang 99 tu cuba kita teliti.

Al-Ghaffar - Maha Pengampun!


sifat ni ialah sifat Allah, so jangan takutlah kalau dosa tak terampun, sebab kalau kau mintak ampun, sudah pasti Allah ampunkan kau! pasti! tapi kau, bolehkah senang senang ampunkan orang? yes kat mulut cakap ampun, tapi hati? hahaha! itu bukan kau, tapi aku! hahah!


Al- Wahhab - Yang Pemberi Kurnia
Al - Mujib - Maha Mengabulkan

kau mintak apa pun, dia akan bagi. walaupun kau kafir, dia mesti bagi. kalau dia tak bagi, kalau dia marah ke kafir, dia dah bagi semua kafir mati awal-awal lagi, sekat rezeki sekat segala. tapi dia maha pemberi kurnia. kau cina makan babi, dia bagi rezeki, sampai kaya, beyonce dengan jay z buat itu buat ini nak rezeki lebih, siap doa lagi, dia makbulkan doa depa, kaya raya fullamek glamer satu dunia kenai walaupun depa kafir. jadi bukan hanya doa yang baik dimakbulkan, doa yang tak baik kalau dia nak, dia buleh bagi juga. dan bila dia bagi, itu ialah UJIAN bagi kita. nak tengok setakat mana kita mampu handle ujian tu.

ok satu lagi contoh aku bagi

satu hari kita dapat berita, ayah kita sedang tenat, maka sebagai anak yang soleh kita berdoa, ya Allah ya tuhanku kau selamatkanlah ayahanda ku ya Allah (itu doa yang baik kan?) tapi Allah tak makbul doa kita sebab memang dah sampai ajal bagi pihak ayah kita. dan bila doa kita Allah tak makbul, adakah sebab Allah tak sayang kita, dia ambik balik ayah kita? dan kita kata, awat aku doa yang elok tapi Tuhan tak makbul gak? tapi penah tak kita terfikir, doa kita itu tak makbul sebab pertama - ayah dah sampai ajal dan kedua - Allah nak uji kita dengan kehilangan orang yang kita sayang, nak tengok iman kita setakat mana.

satu lagi contoh

kita ialah artis ternama. kita dikenali. pastu kita kawen wedding of the year. pastu ada peminat doa yang baik baik moga panjang jodoh, ada petakminat yang doa yang buruk-buruk sebab menyampah tengok riak gila! lepas setahun, dengan izin Tuhan, jodoh kita tak panjang. apakah doa yang baik itu tak makbul dan doa yang buruk itu dimakbul?

mengapa doa buruk termakbul plak ni? pernah terfikir tak? doa buruk termakbul sebab dekat artis Tuhan nak uji, selama ni aku bagi kegembiraan apa kata aku tarik balik sikit tengok kau punya iman dan dekat petakminat yang doa tu pun Allah nak tengok, ok aku makbul doa kau ni, sebab dah kau minta, tapi lepas ni kau rasakanlah azabnya sebab minta benda yang buruk-buruk dan aku nak tengok kau nak bertaubat ka tidak!


pernah kita terfikir dak macam tu?

pernah dak? *wink*

kun fa ya kun - kalau dia kata jadi, jadilah. tak kiralah doa baik atau doa yang buruk.

ok sila brain maksud aku ni, terima dengan hati lapang. maksud aku dia makbulkan doa buruk ni, bukan sebab dia benci kita, tapi sebab dia nak uji kita.

doa yang buruk - ujian

kau ada akal, so kau brain la sendiri.



aku tak kata aku betul, tidak tidak, ini cuma pahaman aku. kalau salah abaikan

yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari aku.

dan oh, berbeza pendapat tak menjadikan aku musuh. aku sangat suka berkawan dengan orang yang suka berfikirsebab kita boleh tambah ilmu. cumanya aku tak suka dengan orang yang emosi dan sarcastic bila berbicara bab agama, politik dan bangsa.

Islam itu mudah, jangan disusahkan. dan kita orang Islam.

No comments: