Monday, October 18, 2010

Screen-ING

Selamat pagi Isnin semua. Nih adalah auto-published post. Aku ada banyak cerita nak share, tapi tuh later lah k aku buat entry. Gambar, aku dah edit semua dah susun semua ikut folder untuk blogging, tapi tuhlah, takda rasa nak update blog 2 3 hari nih. I meant, sepanjang seminggu dua nih.

Hari nih aku ada screening. Ermmmmm. dekat cnih :


Yup. Hari nih aku ada appointment dengan Pakar Klinikal Bedah, HKL at 10am. So, if korang baca blog aku around that time, i am probably tengah tunggu turn nak jumpa Doktor or maybe tengah dalam procedure screening.

Siapa-siapa yang memang reader blog nih, boleh agak kot pasal apa. Remember satu blog post aku pasal the bleeding? (aku dah buat link tuh, mana tau Monday blues semua malas nak godek) Dah lama almost 6 months dah kan since the 1st day. Bukan aku takda jumpa Doktor ok. Aku pergi jumpa Doktor, dekat klinik panel UKM sediakan. In fact aku pergi 3 kali ke klinik yang sama, tapi jumpa Doktor yang berlainan which ended up aku pulang dengan bawak ubat entah apa-apa.

 1st time jumpa, dia bagi ubat untuk stop bleeding, which aku sempat makan sebijik 2 kot before mak aku suruh stop makan sebab ubat tuh very bad for kidney (damn that private clinic), and of course the bleeding masiih ada. 2nd time aku jumpa, Doktor bagi ubat lain. Aku tak ingat. Tapi yang pasti masa tuh aku dah request mintak referal letter, at least to HUKM so boleh aku jumpa pakar terus. Tapi Doktor bagi alasan, makan dulu ubat, and if tak stop jugak, datang klinik lagi. So the 3rd time aku pergi lagi klinik, obviously sebab masih ada bleeding. Mintak referal letter, still tak dapat. Aku fed-up lah kan.

So aku stop amik kesah pasal the bleeding. Maybe just hormonal changes. Macam Doktor 3orang kat klinik tuh cakap. Benci aku ok. Macam tak ikhlas nak jadi doktor jer. Hish. Bayangkan masuk pun tak sampai 5 minit consult dah keluar balik.

Entah macam mana aku tergerak nak pergi cek lagi sekali tapi dekat another klinik panel yang UKM sediakan, hari Jumaat lepas. Nak buat macam tuh, aku kena ada kad kesihatan untuk student UKM, which aku dah misplaced somewhere masa pindah dari hostel ke umah nih. So kena buat baru. Alang-alang dah pergi fakulti buat baru, aku pun fikir, baek aku terus ke HKL jer dah dekat sangat-sangat dah kan. Masa tuh around 11.40am aku sampai kaunter registration. Kira macam my luck jugak la actually sebab aku orang last before kaunter tutup untuk lunch break. Hari Jumaat kan, mestilah break panjang. Kira beruntung aku takyah queue. Dapat borang ngan number, duduk jap isi borang then terus kakak kat kaunter panggil aku.

Then, terus pergi ke tempat bilik konsultansi aku patut pegi. Pun duduk kejap tak sampai 5 minit terus dipanggil. And masa nih lah aku nak nanges ok. Yelah, dahlah aku main redah jer ikut hati rasa nak pergi cek kan. Of course aku redah sorang-sorang. Dapat pulak doktor yang gila baek yang caring (thank God dapat doktor perempuan, dahlah nama dia Dr Ain. heheheheheh). And tak macam dekat klinik private tuh, Dr Ain tuh cek very thoroughly ok. Dekat setengah jam aku dalam bilik tuh dia tanya history semua sejak 1st bleeding. Nih baru namanya dedicated Doctor ok. Betul-betul ikhlas cek. Sebab tuh aku suka gomen daripada private. Orang slalu cakap spital gomen lembap, tapi bagi aku, lama macam mana pun tunggu, servis tetap terbaik. Tapi kalau ada duit lebih, pergi swasta pun tak pe kan :)

Sepanjang aku cerita kat Dr tuh aku rasa nak nanges jer tau. Sebab aku tengok expression Dr tuh macam terkejut sangat-sangat bila dia sendiri nampak blood discharge tuh. Pastuh tanya history family aku ada tak yang breast cancer. Makin bergenang air mata aku. Tapi aku tahan jer lah kan. Then lepas dia cek, terus dia tulis referal letter ke Klinik Pembedahan Am. Suruh aku pergi terus and bagi surat tuh. Urgent ok my case. Makin risau dibuatnya. Huhuhuhuhuhuhuhu. Tunggu dalam 15 minit, ramai orang gak lah. Tapi takda rasa lama sangat sebab macam-macam aku fikir. Tau-tau nurse dekat front desk panggil aku and bagi surat appointment.

Hmmmmmmm. Apa lah result scanning nanti kan. Aku harap sangat takda apa-apa yang serius. Doakan aku ye. Hari nih pun aku pergi sorang. Sebab ada kelas ganti exactly at 10am. Itu pun dapat tau ada kelas ganti hari Jumaat tuh jugak, tapi malam. So kena ponteng kelas lah. Huhuhuhuhuhuu. So yang lain kena pergi kelas. Hmmmmmm. Haraplah aku tak burst into tears ke apa masa scanning nanti. Hukhukhukhukhuk.

Klah. Nanti aku post banyak lagi entry bergambar ye. Ada banyak gambar aku dah sort out ikut event. Maksud aku ikut peristiwa. Aku pergi field trip and macam-macam lah.

Happy Monday semua. :)

p/s: cuak lah :(

No comments: