Friday, October 1, 2010

Kualiti Alam

Semalam pagi ktorg ada lawatan ke Kualiti Alam, which is dekat area PD sana.Takdalah PD, Seremban kot. Eh, entahlah.

Pagi-pagi semalam kan hujan lebat giler, bertolak pun lambat. Tapi nasib baik sampai tepat-tepat pukul 10am. Sebab program 10am sampai 12pm. Aku macam biasa, dah cakap kan, tido jer sepanjang perjalanan. Sedap lak tuh tido nya. Sempat mimpi lagik. Keh keh keh. :D

Well, aku explain sikit jer lah ye. Nak lebih info baca dekat website Kualiti Alam sendiri. Kualiti Alam (KA) nih adalah salah satu syarikat bawah UEM Group. Alah, siapa tak tau UEM tuh. Syarikat konglomerat besar dekat Malaysia nih. KA nih core business dia adalah pengurusan sisa berjadual. Haaaaaa, apa sisa berjadual?

Sisa berjadual nih ada banyak. Contoh paling senang aku boleh bagi lah, sisa toksik dari kilang-kilang. Ataupun bahan kimia berbahaya. Gituuuuuu. Dekat Malaysia nih, KA lah memonopoli business nih. KA jer ada lesen daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tapi jangan lah ingat sebab dia jer memonopoli, duit masuk banyak. Tak ye. Nak uruskan sisa berjadual nih, KA kena keluarkan duit jugak tau. Selain tuh, KA jugak buat EMP (ala, ada aku cter benda yang aku buat LI dulu). Nak make sure, yang pada masa sama dorang uruskan sisa pepejal, alam sekitar tak terjejas.

Ktorang kurang bernasib baik sikit kali nih. Sebab semalam dorang ada event jamuan raya untuk lunch hour. So masa amat singkat lah. Plus, kotrg tak dapat nak masok treatment plant sebab kena seal. Ada waste TENORM baru masok. So tak boleh amik risiko lah bagi pelawat masok. So ktorg dapat dengar taklimat jer lah. Tapi banyak jugak info ktorg dapat. :)

Sebabkan tak dapat masok plant dia, amik dari dalam bas jer lah ye. Masa otw nak balik fakulti dah. Otw keluar dari KA facilities tuh.

nih lepas abes taklimat. baju kuning tuh En Hafiz pegawai dekat KA. yang lagi sorang my lecturer untuk subjek Solid and Toxic Waste Management. maaf kena blurkan gambar ye :)
En Hafiz tuh suka ulang perkataan "So basically" ngan "In a way"
serius aku tak fokus sangat sebab dok kira. eheheheeh :P

nun jauh di sana gambar treatment plant. aku tak sure which plant sebab banyak jenis plant dengan jenis waste yang berlainan.

another facilities dekat KA.

inilah tong sisa berjadual/ sisa toksik tau. 
selalu kan nampak tong macam nih illegally dumped dekat sungai?

banyak kannnnnnnnnnnnn? bayangkan semua nih dirawat and akan ditanam di landfill. 
perghhhhhhh.

nih adalah lori yang mengangkut semua sisa berjadual. 
nampak jer macam lori biasa. 
tak ok! lori nih sangat canggih. 
sangat-sangat canggih especially sistem GPS dia.
salute ok!

Aku lupa nak amik gambar jam besar dorang letak dekat facilities nih. Jam tuh akan tunjuk jumlah masa bekerja dekat KA nih tanpa sebarang kehilangan masa bekerja akibat kemalangan (LTI). Sekali jer ada LTI, kena reset balik jam tuh kepada default dia iaitu 20000 jam. Dorang dah capai 5 000 000 jam masa bekerja tau. Tapi terpaksa reset balik ke 20000 sebab ada kemalangan kecik jer. Tapi semalam tuh jam tuh dah lebih kurang dalam 39 000 jam dah. LTI nih terjadi bila ada pekerja amik MC sebab injury more than 3 days. KA nih beroperasi 24/7 tau. Shell dah 11 000 000 jam dah weyh~ hohohohh

Oklah. Tuh jer kot untuk field trip kali nih. Wah wah wahhh. Jumaat dah. Mesti suka semua orang nih. And mesti ramai berebut nak buat open house weekend nih sebab nak last Syawal dah. Tinggal seminggu jer :)

p/s: Berbunga-bunga hati semalam tau. :)

No comments: