Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Eh?


Toasted baguettes with garlic spread, and a cup of cream of mushroom for dipping.
Yeah, that was my dinner just now. And a glass of milk.
Having late dinners lately 'cause too tired to eat, 'cause I reached home at around 6pm-ish, every single day.

So instead of having heavy meals, I have to switch my eating plan.
Hmmmmm.
Rasanya makanan macam nih jer kot aku rasa boleh isi perut.
Dan jugak tak berapa nak berat.
Kan?
Any advice?
Except that I have to reduce the number of baguettes there.
That, I will surely do.

Maybe alternately kan?
Pisang pun ok kan?
Ish, duduk rumah nih asyik naik jer berat. 
Turun pun kejap je yooo.
Kena disiplin lebih.
Huhuhuhu.
Plus, more exercise. 
Sejak tinggalkan zaman belajar nih, rasa stamina makin kurang.
Dulu masa student, masa kat UKM, berjalan kaki jauh-jauh dari fakulti ke BYS tuh hari-hari, ulang alik pun takda problem tau. Siap brisk walking lagi, sekejapan dah sampai.
Sekarang suruh jalan kaki jauh sikit pun dah mengeluh.
Eeeeee.

Rutin makan dah ubah dah.
Takda skip meal.
Tak skip breakfast yang pentingnya.
Makan pun ala kadar jer.
Cuma kena control snacking tuh.
I mean jenis snack tuh kena tukar lagi.

And exercise.
Hoihhhhh!
Pemalas yarabbi nak exercise.
Paling rajin pun jalan kaki.
Lama tak rasa berpeluh lencun.
Lepas berpeluh lencun tuh rasa sungguh lega.
Kan?
Swimming pun aku tak start-start lagi.
Apakah susah mencari swimming suit hat lengan panjang (shirt only) yang bersaiz besar?
Seluar ada dah.
Shirt jer lom jumpa yang sesuai.
Nak beli yang burqinni tuh, ya ampun, mahal nauzubillah.
Dahlah tak banyak size and design.
Ini diskriminasi terhadap wanita bersaiz comel ok *marah*
Padahal diri yang salah sebab gemuk sangat.

Anyways,
bulan November nih insyaAllah banyak yang baik aku nak buat.
Perubahan here and there.
Mudahan dikuatkan semangat :)

Oklah.
Time minum susu.
Seram sekarang asyik dengar masalah tulang wanita tuh.
Mudah rapuh lah apa lah.
Nasib baik lah aku dah mula suka minum susu tepung.
Pendek kata, susu yang tak manis.
Dulu, susu macam tuh aku geli sangat.
Nak yang ada rasa manis ajer aka susu pekat tuh.

Daaaaaa :D

**cuak lah nak blaja driving nih. grrrr**

Saturday, April 9, 2011

Of weekend's morning

Selamat pagi!! Wahhhhhh, tak menahan kan pepagi dah ceria. Hahahhahahah. Cukup tido katanya :D

Plus, dah hantar writing thesis. Legaaaaa. Tawakal jer lepas nih. :) Tinggal final exam dengan viva jer lagi.

Disebabkan tido awal semalam, makanya, pukul 4am aku dah bangun. Lama dah aku tak bangun and stay awake pepagi nih. Selalu lepas Subuh tuh lah baru aku nak tido.

So sebab mood adalah baik pagi nih, maka, gigih buat breakfast. Cheese nan kooooo~! Home made! The best! Hahahahhaha. 

Cheese nan, with orange juice and later, mangga pulak as dessert. Memang sedap! Apa ingat breakfast takda dessert ke? :P

Saja nak membebel dekat blog. Boring jugak pepagi nih, selain WAJIB baca notes for final isnin nih. Huuhuhuhuhuhu.

Anyways, ramai jugak yang birthday dia ari nih eyh? So aku nak wish lah nih.

Happy birthday kat semua yang sambut birthday ari nih! Have a blast. Have a nice weekend. Have fun with your loved ones. Last but not least, be happy always. May God bless you! :D

Oklah, aku nak sambung baca notes. Sambil-sambil tuh layan Maharaja lawak kat Youtube. Bahahahahhahah. Bongok ok dorang nih. Sakit perut aku gelak. Yang penting, aku suka Jozan dari dulu. So akan tetap sokong Jozan :D

Happy weekend everyone!!! Mana yang bekerja tuh, selamat bekerja! :D Oh, esok F1 racing, kan best kalau aku boleh pergi tengok. Hmmmmph.

Orait, ciao!

Babai!

p/s: Tak lama lagi nak balik Kuching for good. Tetiba rasa excited tapi nervous at the same time. Hahahaha. :D



Wednesday, January 5, 2011

Big Portion!!!

Nih adalah hari Ahad lepas. Kan ke bas kitorang berhenti dekat Bukit Jalil kan? Kitorang ala-ala blur katak lah sebab kan, barang banyak gila bawak nih. Ingatkan berhenti dekat Hentian Duta, tak okkkkkk! Sekali rupanya dekat Bukit Jalil. Bengang jer. Yelah, patut Hentian Duta kan.

Tambah pulak bas tuh tak masok ok hentian Bukit Jalil tuh. Dia berhenti dekat bus stop tepi jalan dekat jalan besar highway tuh. Perghhhhh. Menyirap jer rasa. Asia dah call member yang dia kenal tapi semua takda kat KL nak tolong amik. Sekali aku teringat kat Kak Sara. Hoihhhhh. Ape lagi, terus call lah! Seb baek lah dia ada kat umah dia jer. Yelah, umah dia dekat area Sunway jer kan. Dekat ajer ngan Bukit Jalil. So tanya dia boleh tak tolong hantar ke KL. Dia cakap ok ajer. So lega.

Then masa dalam kereta tuh Kak Sara tanya lah dah makan ke belum. Of course belum kan. Kata baru turun bas. Terus dia tanya nak makan kat mana. Kak Sara sebok nakkan Western food, or at least steamboat. So aku blur-blur lah nak makan mana. Sekali dah masuk KL ok. Pastuh still tak boleh decide nak makan mana. Terus lah Kak Sara bawak ke area Sunway sana. Berpusing lah kitorang balik ke arah Sunway. Hehehheheheh. Nak makan dekat steamboat satu tuh, tapi penuh siap queue tunggu turn. So tak jadi.

Then Kak Sara suggest makan dekat Murni USJ. Aku pernah dengar kedai tuh and orang cakap sedap, so aku adalah excited. Kak Sara dah bagi tau awal-awal, portion makanan kedai tuh besar-besar.

So masa nak order tuh, aku nak order lah kan seafood olio dia. Sekali waiter suggest menu baru. Spaghetti jugak, seafood jugak, katanya sama macam olio tapi ada tambah sikit and 3 chef yang masak. Aku pun being a first timer, iya kan ajer lah kan. Kagum gak kan, sebab amik order guna PDA, then bila makanan sampai ada tag dekat makanan. So macam canggih kan. Biasa jumpa kedai amik order pakai PDA, tapi takdalah sampai tiap makanan ada tag. So mengkagum sekejap.

Watermelon Special
Mentang-mentang batuk dah takda, terus order air macam nih kannnnnnn
*lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii*

Lama gak tunggu makanan aku sampai. Sebab masa makanan sampai, yang lain dah nak abes makan ok! Tunggu punya tunggu, sampailah makanan aku. Abang waiter yang bawak makanan aku tuh macam tau aku nak amik gambar. Siap cakap macam nih "Amik gambar, amik gambar". Malu sekejap aku tauuuuu!

Ada sosej balut daging ayam with sauce apa ntah.
Shrimp yang sangat besar. Half shrimp tuh ajer dah macam seekor shrimp dah.
Ada kupang besar gila.
Ada sotong tepung giant size ok.
Tak lupa dalam kuah spaghetti pun ada melambak udang tapi kecik sikit lah.

Nih lah makanan aku. Nama dia Seafood Spaghetti Bang bang. Perghhhh. Besar gila ok portion dia. Aku tengok jer rasa muak terus mula-mula. Yelah, camna nak abeskan. Aku tengok meja lain yang order nih makan share-share ok. Tapi aku makan sorang. Yang lain semua taknak tolong aku makan, kenyang kata dorang. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Orang gila ajer makan nih sorang-sorang. Aku lah tuh -_-" lama gila aku nak abeskan. Siap pergi toilet lepas makan sebab nak terkentuittttt. Huhuhuhuhu. Penuh gila ok perut aku. Lepas tuh sepanjang dalam kereta balik ke Plaza Rah, aku sendawa memanjang. Huhuhuuhuhuhu.

Tapi memang sedap lah makanan kat cnih kann. Kitorang siap sudu-sudu makanan masing-masing sebab nak merasa. Memang best lah. Highly recommended!!!

Lain kali nak datang lagi lah. :D Thanks Kak Sara! Next time steamboat ok? :)



Thursday, December 2, 2010

Chili's

Oh. Nih adalah hari Ahad lepas. Aku adalah menjakun ye. Sebab first time aku makan tempat macam Chili's nih. Nak masuk pun kena queue siap bagi nama. Selalu kalau pergi KLCC tuh lalu jer Chili's, sebab nak ke Kinokuniya atas dia kan, takdalah terlintas nak makan kat ctuh pun. Nih pergi pun sebab aunty aku nak sangat makan kat ctuh. Dia datang dari Kuching, so dia bawak ke KLCC sebab ada Chili's. Hohhhh.

adakah Chili's nih makanan dia pedas-pedas?
Persoalan aku masa mula-mula tau pasal tempat nih dulu.

ok. nih yang aku order. aku tak ingat nama menu nih.
something chicken grilled bla3 and portobello ke apa benda entah.

nih amik angle yang nampak semua dish dalam plate tuh. 
mashed potato dia sangat sedap ohh! pitam mengidams bila tengok gambar nih >.<"
and macam biasa, aku suka sayur, so sayur habis dulu lah kan :D

and kitorang dapat seat yang nampak view taman. chantek oh :)
makan-makan sambil tuh stop kejap and snap gambar.

Bukan kebiasaan aku nak makan dekat restaurant yang high class macam nih. So bila dapat tuh, jakunlah sekejap. Tengok menu pun ternganga ok. Siap belek cover to cover. Sebab yang aku paham pun part minuman jer. Yang lain tah apa tah aku tak paham. Aunty aku yang suggestkan makanan. Adik aku makan fajita kot nama dia. Macam sedap ajer. Aunty aku amik beef steak kot. Adalah aku rasa sikit, bolehlah. Sebab tak pernah makan kat restaurant lain yang macam nih, so aku anggap kat cnih sedap lah. Hehehehhehe. Tapi still pengsan mau bayar makanan dekat tempat high class macam nih. Makan 3 orang pun dah berapa. Tuh pon nasib baik tak amik starters and desserts, sebab takut tak abis. Makan main dish pon dah kenyang ok.

It's fun kan nak try tempat makan baru. Dia punya excited lain macam. Sebab dalam kepala macam-macam jer fikir. Sedap ke tak. Apa nak makan. Apa yang best. Cuba kau pergi Kenny Rogers, KFC, McD, Nandos semua tuh, before sampai restoran tuh kau dah set dalam kepala nak makan apa. Tempat yang baru nak explore nih mesti kau macam terkapai-kapai. Lagi-lagi kalau menu nama macam nak bagi nama anak jer. Susah nau nak ingat. Hohohohohoho.

Kalau dah kerja nanti and ada duit sendiri, boleh lah try tempat makan high class lain kan? Sebulan sekali apa salahnya.  Tak salah reward diri setelah penat bekerja. Tak gitu korang? :)

p/s: Alhamdulillah, rezeki hujung minggu. :)

Thursday, September 30, 2010

Matahari

Nih bukan nak cakap pasal matahari MATAHARI tau. hehehehehhehe.

Nih ha tadi aku belek phone aku tuh. Sebab nak transfer gambar keli tuh lah kan. Belek punya belek aku jumpa satu gambar. Tersenyum sengih-sengih sorang aku tau. Hihihihihihihi. Kelakar bila ingat balik masa tuh. Adoiyaiiii.

rasa-rasa korang apa nih?

Hahahahahahah. Adoiyaiiiii. Aku order roti telur nih ha. Tak tau lah pulak aku dapat roti telur versi MATAHARI. Malu aku tauuuuu! Mamak tuh saja tau. Iskkkkkk. Aku tengok lah satu family sebelah aku masa tuh. Anak-anak dia yang kecik-kecik comel-comel tuh order sama jer ngan aku. Tapi dapat yang renyuk-renyuk tuh. Hodoh lah kiranya. Aku punya pulak tersusun rapi okkkkkk. 

Puas aku kena perli dek kakak 2 orang tuh. Nih masa aku kat Penang nih. Dorang berdua siap perli-perli, sakat-sakat aku cakap mamak tuh syok kat aku. Malu okkkk! Blushing aku dibuatnya. Mamak tuh pon satu. Kot ye pun syok, bagi lah makan free ke apa ke. Nih bagi yang macam nih. Ada ke patut??? (weyh, takkan muka macam aku nih mamak punya taste jer kot. hoihhhhh. very theeeeeeeeee..............~~~)

Kelakar lah bila ingat balik. Asik kena bahan jer. Iskkkkk. Jahat tau you mamak~ Lain kali bagi makan free jer lah. I pahammmmmm~ Muahahhahahahhaha :D

Hehehehehhe. Saja entry nak hiburkan hati sendiri :)

 hai :) 
nama saya Ain. Umur saya 22 5 tahun setengah :D 
Ngeeeeeeeeeee
(gambar masa jamuan raya course Sabtu lepas)

p/s: Aku taip ari apa ntah. Patutnya auto-published, tapi jadi draft semata-mata. Bengong blogspot nih. Adoiyaii!

Saturday, July 31, 2010

Menara tinjau.....

sedang elok aku baring-baring sambil main FB, dapat call daripada Kak Sara. hohohohoho. ajak keluar jalan-jalan. hoihhhhhh. bila di tanya dia dekat mana dah, menggagau aku masok toilet, mandi. perghhhhhhh. last minit betol ok dia call. siap cakap kat aku sempat jer kalau aku nak mandi siap-siap bagai sebab jam teruk. ceyh. elok jer aku kuar toilet dia call cakap dah sampai depan plaza. ceyhhhhhhhhhh!!! jam lah sangat kan~!! huhuhuhuh. punyalah cepat aku bersiap. tak sempat nengok cermin ok. maen agak2 jer. hentam saja lah~ dahlah tak tau nak ke mana kan. selekeh jer aku.

keluar around 5pm gitu. perghhhhhh. aku tengok Jalan Raja Abdullah depan nih giler jam. hazab ok. bergerak seciput-seciput jer keta. nak kata sebab MTV World Stage tuh, takkan pulak sampai Kg Baru kan jam nya. kat Sunway kot concert. nak pergi Sunway takkan Kg Baru yang jam. kelakar pulak kan. hihiiihihihihihh.

oh, tambahan hujan ok. mula aku keluar plaza tuh ok lagi. rintik-rintik jer. rintik-rintik yang agak laju tak berapa nak rintik. elok jer nak masok AKLEH tuh, berdesup hujan turun. lebat giler. sepanjang jalan lah hujan lebat tuh. yang aku geram nih, banyak keta dok speeding. hoihhhhhhhh. kau nak cepat, kalau accident pun kau punya pasal lah kan. tapi nak accident tuh accident sorang-sorang boleh tak? nih tak. membahayakan pengguna jalan raya yang lain. benci ok.

ktorang pergi Look Out Point. aku selalu jer dengar-dengar budak-budak UKM nih suka nau nyebut nama tempat tuh. kira nih 1st time lah aku sampai ke Look Out Point nih. paling jauh aku sampai pun simpang before ke Look Out Point tuh. yang bawah sikit tuh.

eyh, seram pulak ok nak sampai ke restaurant atas tuh. eeeeeee. tinggi betol bukit nya. nasib baik aku hanyalah penumpang. cuak-cuak pun duduk rilek jer belakang kan. dengan hujan lebat nya nak naik atas tuh. nasib baik tayar keta Kak Sara baru tukar. cengkaman maut punya lah~ hohohohohohoho. kitaorang pergi Restaurat Look Out Point-Western Cuisine. bagi yang belum pernah pergi. atas nih ada banyak restaurant tau. bawah sikit pun ada jugak.

tengok awan tuh. gelap jer kan. hujan masa nih dah reda sikit dah. renyai-renyai jer. masa sampai around 6pm. gila kau sejam atas jalan jer sebab jam teruk.

dari our table. dapat table side tepi tapi still boleh nampak pemandangan depan tuh lah. side depan tuh fully book ok. dahlah sejuk giler atas nih. kabus tebal sampai tutup semua pokok-pokok seblah aku nih. sejuk beb!! kalah aircond ok~ dengan angin nye lagi. huk huk huk.

lama jugak lah aku nak pilih makanan. blur pulak aku tengok menu dia. punyalah banyak giler choice. nasib baik orang belanja. aku pejam mata jer pilih mana aku nak tanpa tengok harga. itu yang syok. siap boleh pilih side order suka hati lagik. tak ke bahagia kawan-kawan sekalian????~ :D

fried calamari.
1st sekali yang sampai. dahalh tengah sejuk-sejuk kan. dapat yang panas-panas nih. memang layan~



then came the 2nd one. walaupun sejuk. tetap ku redah minum ice blended. tak besh pon. huhuhuh.

grill chicken. bolehlah. potato salah dia sedap. ayam dia, ok ok lah. still sedap. but takdelah sampai nak kata terlampau sedap.

jangan ditanya aku berapakah harga makanan-makanan nih. tadi 3 orang makan total up rm100++. tuh jer aku tau. calamari tuh side order lah ye share-share. tapi aku request. muahahahhaha. kakak sorang makan lamb chop. Kak Sara makan sama ngan aku. aku rasa harga standard lah kot western food. kalau nak yang murah. ape kata pergi dekat Kg Baru. sedap pun sedap. murah pulak tuh. hihihihihihih.

ktaorang lepak dari lah cerah hari sampai ke gelap segelap-gelapnya. noted, saya "cuti". besh jugak tengok pemandangan dari atas tuh. chantek sangat. malangnya kamera aku ciput sahaja. hanya bergantung kepada hengpong semata-mata. tapi kalau tengok real, chantek lah tengok bandar KL mengherlip dengan cahaya. hikkkkssss.c
tanpa night mode. KLCC nunnnnn jauh di sana. tak nampak ok. real nampak lah.dd
dengan night mode. nampak lah ckit KLCC kan? hehehhehehe. nih gambar amik lepas makan before nak balik nih.

yang datang cnih siap bawak kamera muncung-muncung tuh ok. siap ada tripod bagai. cheq pakai hengpong cikai ja. malu tau nak snap banyak-banyak. heheheh. sebab kat blakang aku tuh macam ada ramai lagi nak amik port aku berdiri amik gambar nih ha.

yang penting..........


ada muka aku ok. hihihiihihihihi. nih gambar-gambar di amik selepas kenyang. muka happy makan free. sebu perut aku tau. orang kat belakang aku tuh pulak dah start dah smoking. rimas aku. btw, tuh shawl aku beli dari member kos aku, Rose. hihihihihi. chantek-chantek tau shawl dia jual. aku siap borong ok. dengan inner purple tuh aku beli. inner pon aku borong. dia jual inner gak. pun chantek and berkualiti inner dia. :)

seronok jer dapat keluar jalan-jalan walaupun pergi makan jer. takdalah aku sunyi sangat sebab budak-budak kos aku yang satu umah nih semua balik kampung. tinggal aku ngan Dayah. Dayah sebok dengan case study patient dia. 

weekend korang macam mana ye? :)

Thursday, June 17, 2010

Campur aduk~

hari nh adalah 2nd last day aku praktikal. esok aku last day and lepas tuh bebas lah daripada segala mak nenek praktikal nh. cuma nya, aku takdelah bebas mana since kena siapkan report LI ngan buat skali proposal tesis. sebut pasal tesis, seram aku. kembang bulu tengkuk aku. huhuhuhuhuhu. nak hadap jurnal orang pastuh buat literature review. woi2, ingt senang ke nak translate pastuh kena sambung-sambung ayat dari sources berlainan. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ redha jer lah kan. nak grad punya pasal.

oh btw, sepanjang 2 minggu terakhir nh aku banyak duduk ofis and baca jurnal jer. dah ala-ala sangap tak tau nak buat apa tuh aku pergi tengok online movies. Shrek 4 aku dah tengok, Prince of Persia dah. pastuh layan Iron Man 2 lagi. gila takleyh blah tengok Iron Man 2 berulang-ulang. Robert Downey Jr. nye pasal lah nh. pastuh layan balik How To Train Your Dragon. yang aku pelik, tak reti ke aku nak tengok movie latest yang baru kuar eyh? padahal ada jer dalam website tuh. tapi click jugak yang dah tengok kan? baek takyah tengok wayang jer kalau mcm tuh. tapi sekat2 lah. sehari lepas 1 movie jer dr pg sampai petang.

tak tambah ag masa aku layan blog orang kan. baca sampai ke dasar sampai ke entry 2 3 tahun lepas aku khatamkan. kuang3. blog sape kah? mestilah aku baca blog peejburhan sampai terkekeh-kekeh gelak sorang-sorang dalam bilik ofis. macam orang ilang akal gelak depan laptop sorang-sorang. sebelum aku dalam proses khatam blog peej tuh, aku dah khatam dulu blog greenapple. nh pun sumpah kelakar aku gelak sampai nak terkucil2 ok. tuh pon sebab dia buat blog baru, entry paling lama pon 2006 jer. kalo blog lama dia ade skali tuh pon sanggup aku khatam ok. blog dorang nh lah menceriakan hari-hari aku dikala aku stress or sedeyh tau.

bukan apa, aku bosan ok. kerja semua dah selesai. so memang aku kalau tak tukang jawab phone, aku tukang fotostat. ko cakap jer brapa banyak nak fotostat, aku boleh siapkan dengan cukup kemas dan teliti. ewaahhhhhhhhhh~ padahal masa 1st time terkial-kial carik button "ON" semata-mata. haru kena gelak ngan sorang officer tuh. ceiiittt~ minggu last nh aku officially budak jawab phone. kerja aku jawab call and divert call. itu jer. hohohohohohoh.

takde banyak pun yang terjadi sepanjang blog aku menyepi selain aku dok gaduh ngan orang tuh pastuh end up aku luah kat blog pasal tuh. malas dah lah aku nak sedeyh-sedeyh nh. kita neutral jer ok Ain? happy-happy jer. aktiviti aku sepanjang 2 minggu nh cuma pergi kerja, balik kerja. and ada sekali pergi kenduri akad nikah. then pergi majlis tahlil arwah Ngah. tuh jer kot. kecuali minggu nh ari Isnin ari tuh aku jumpa member-member skolah. kira clique aku dari aku form 2 sampai aku abes skolah. huhuhuhu. rindu ok. tapi aku tak snap gambar. excited borak nye pasal. ktorg g minum-minum masa lunch hour aku. aku jer makan sbb lapar sangat. mehlah aku tepek gambar sambil caption2 sket ye.

"White Lady"
sedap giler ok~~ macam-macam ada dalam tuh. oh aku makan Laksa Sarawak gak, tapi lapar sangat sampai lupa nak amik gambar makanan. hehehehhehe. makanan sampai aku dan tak toleh kiri kanan, terus makan. siap stop bercakap kejap. ngeh3. dah agak sejam dah borak, dorang anta aku balik ofis. sambung tengok online movies.



tengok haaaa. seram ok. tak ingt bila nh dahlah gelap giler jer cuaca. tiba-tiba ade kilat-kilat bagai. pastuh of coz hujan melebat. lebat dia takyah cakap smpai aku nh yang gedabak macam nh pon rasa nak terbang dah sebab angin kuat giler. tempias-tempias stok ada certain kedai kena tutup sbb hujan masok kedai. gila tak lebat kan? of coz ayah aku amik balik keje tuh.

 pastuh paling besh sebab sepupu-sepupu aku yang tersayang datang daripada kampung aku, Sibu. dorang datang sebab sedara belah ayah dorang ada kenduri kawen. aku nh related ngan dorang seblah mak dorang. tengoklah yang tersayang aku nh. tujuan dorang datang umah aku sebab nak tengok PSP aku. yang si sulung nh ada PSP, so nakkan game dari aku since aku ari tuh dalam phone cakap kat dia aku ada banyak giler game. masa dorang datang, aku dengar dorang dok terjerit-jerit kat luar umah aku bagi salam. aku bukak pintu jer, terus tanya aku mana PSP aku. bukan nak salam ke ape. cis punya budak-budak~ tak ikhlas ok. bukan nak membalas kerinduan aku kat dorang. hoihhhh~


tuh kat tangan dia tuh tengok dia pegang PSP dia. aku punya kan kaler hijau, dia punye basic colour itam jer sbb yang kaler2 nh kan mahal sket drpd hitam. khusyuk ok dia ngadap benda tuh. masa tuh aku dh siap install kan game baru kat dia. dia tengah maen game Ben10. hoihhhh. aku sendiri tak sedar dalam lappy aku ade simpan game Ben10 PSP. harus aku pon install dalam PSP aku and terus aku syok maen hari-hari sampai sekarang. hahahahahahaha. padan ler dia khusyuk maen. best ok siap aku marah-marah Ben10 tuh sebab asik nak mati jer. geram aku~ padahal aku yang control. hahahahahahahh. :P oh, before dorang datang umah aku dah siap-siap on laptop amik kabel psp semua. ready ok. kang bebel budak atas nh kalau aku lambat. kalau bebel no 1 dia nh. dia nh lah anak sulung tuh. umo setahun dan pandai cakap.



yang nh pulak anak kedua. kira yang tengah-tengah. dia nh paling tercomel and paling aku suka layan  kerenah dia. evil ok dia nh. nakal dalam senyap. kalau dia buat jahat, giler pandai senyap-senyap ok. tapi kan, dia suka bagi teka-teki yang kadang pecah kepala kau pikir jawapan. pandai dia buat teka-teki. dia nh umo 5 tahun tak silap aku. tapi dia sangat adorable. kalau kau tengok dia makan, kau yang dah kenyang pun jadik berselera ok. dia nh tak suka makan mee. apa jenis mee lah. dia nak nasik jer. tuh gambar atas tuh dia tengah jakun tengok aku nye mouse takde wayar. siap dia usung jauh-jauh nak test cursor aku bergerak ke tak. pastuh dia nh peminat tegar Mr Bean. Upin Ipin ngan Ultraman. dia duduk seblah aku time dalam gambar nh. mulut dia tak habes-habes sebut 3 kartun tuh. jenuh aku melayan. dengan abang dia kat seblah kiri bertalu-talu tanya pasal game, adik bongsu dia yang perempuan bertanya khabar macam-macam. perghhhhhh. rasa femes kejap aku. kah kah kah kah kah.


nh pulak adik dorang yang bongsu. dia nh banyak cakap ok. kalau baca blog kak jemah@viruspadu, tgk anak dia nisa tuh kan. macam tuh lah. banyak bebel, banyak cakap. dah katanya yang ala-ala sebaya dia semua sepupu lelaki and abang-abang dia lagik, memang ganas budak nh ok. tapi dia sweet jugak. macam hari tuh dia dtg umah kan, dia jer yang tanya-tanya aku aku sihat ke tak. kan aku masok ward ari tuh. minggu depannya dorang datang Kuching. tuh yang dia tanya-tnya. siap dia nak bermalam umah aku lagik tapi yelah budak umo dia nh kang tengah-tengah malam carik mak dia pulak kan.

rindu tau dorang. rasa tak puas jer gurau-gurau borak-borak ngan dorang nh. borak ngan yang 2nd ngan yang bongsu nh paling meriah ok. walaupun borak ntah papa, kau akan tergelak-gelak. hihihihihihihihi. ohh rindduuuuuu~

then masa tengah sebok-sebok ulang alik umah sebab hari-hari ke umah arwah uncle untuk majlis tahlil kan, sepanjang hari aku tengok budak comel lagi sorang nh. baby 4 bulan. pipi labuh ok. rasa nak gigit jer. nama dia punyalah panjang sampaikan aku ingt blakang skali jer. Isha. hahahhaahhaha. 


nh ha dia. masa nh dia rengek-rengek nak maen yang untuk gigit-gigit tuh ha. taknak ok dibaringkan. dia nak meniarap jer. either meniarap or kita pegang dia and dia berdiri. hoihhh. baru 4 bulan kaki dah kuat ok berdiri. siap kalau dudukkan dia rengek-rengek meronta-ronta nak berdiri. eyh eyh. kita kesian tengok dia berdiri lama-lama, bagi duduk, dia taknak. sekarang lagi tembam tauuuuuuuuuuuuuuuuuuu! majlis tahlil ari ke-20 ari tuh sempat maen-maen ngan dia. before nh aku segan nak pegang dia and pangku kan dia kat riba aku. tapi since ari yang sama masa gambar kat atas tuh, aku gurau-gurau agah-agahkan dia sampai dia gelak-gelak, mama dia pon bagi aku pegang dia ari tuh. comel giler ok. masa aku dukung dia tuh siap gelak-gelak sengih lebar. punyelah suka dia kan. mesti kes orang taknak bawak dia sambil jalan-jalan. asik duduk kat riba statik jer kan. aku nh part baby nh aku rajin melayan dia bawak dukung jalan-jalan. main terbang-terbang. hehehehehe. malam nh ada tahlil lagi. mesti dia ada. yayyyy!!

hoihhhh. penat ok taip panjang-panjang. tergendala aku nak baca blog peej. hihihihihihihii. 

p/s: aku dah malas nak marah-marah or merajuk ke apa ke. orang nak kawan ngan kita, kawanlah. nak marah-marah ke apa ke, aku malas dah nak amik port. selagi aku takde niat pon nak buat dia marah tapi tiba-tiba dia nak marah, sorrylah aku nak amik port dah. berkali-kali dah aku kena. hati aku nh pon ada limit jugak. bagi aku, aku tak dapat manfaat pon nak marah-marah nak merajuk-rajuk nh. kau nak jadikan aku punch bag, silakan, tapi jangan harap aku nak menjawab or nak melayan balik. aku diam terus dahlah kan. kalau dah rasa lega tuh, baru kau datang balik kat aku. jangan tak semena-mena aku yang tak tau apa-apa jadi mangsa kan. apa-apalah baiiiiiiiiiiiiiiiiiii......~ bak kata dia, "hidup u, lantak u lah. u punya pasal"..yelah baii~

Friday, November 13, 2009

Cakap-cakap Manis =P

hik hik hik hik hik :P
Cakap-cakap Manis ye Ain?
yelahhhhhhhhh~

semalam iaitu 12/11,
bangun awal woooo~
few mins seblom kol 9am dh bgn..
Cik tuKang tuLis lah nh call..
pepagi dapat call..
tgk screen phone, "private number"..
ble tye sape..
siap men teka teki di pagi hari plak..
dhlah aku ngah mamai2..
dgr btol2 lama2 sket...
dgr die gelak..
perghhhh..
confirm!
kak khai!
hahahahahhahah...
die mintak tolong booking tiket tambahan untuk AirAsia tuh ha..
tak dpt nak nolong...
balance dalam CIMB aku nyawa2 ikan dh..
pastuh haruslah kakak tuh suh bgn..
katanya dh tgh hari...
anak dara ape bgn lewat2...
alaaa kak khai nh...
tgh syok tdo..

awal lagi tuh lom kol 9am...huhuhu..
haaaa...lepas tuh mestilah tak dpt nak tdo balik dh..
guling2 atas katil pusing kiri kanan...
alih2 kol 10am tuh give up...
pastuh terus bgn and pergi mandi..
sbb kan nak kuar jalan2 nengok movie makan2..
rancangnye nak kuar ngan Ejan n mmber2 kos die..
dorang nh budak UiTM..
pastuh since Ejan takde roger ape2,
so aku pon rancang nak pergi jer terus Times Square, sorang2..
lagipun seblom Ejan ajak lepak skali ngan dorang,
mmg aku nak kuar sorang2 jer pon..

pas mandi2 bagai sumer,
online GSC..
kunun nak tempat tiket 2012...
haram!
server GSC lembap nak mampuihhhh~~
pastuh try plak call..
takleyh masok jgak!
mencik tul laaaaa!!
masa tuh tgh chatting skali..
so mmber2 pon ckp pergi jer bli kat kaunter..
weekdays bukannye ramai..
pastuh pk balik..
btol gak ckp dorang..
so siap2 sumer..
tbe2 Ejan plak call..
suh jumpe kat KL Sentral..
pergghhh...
jauh...malas aku..
so aku pon ckp takpe lah..
aku g TS jer..

so aku pon gerak ke TS...
sampai kat GSC tingkat 1..
perghhhhhhhhhh!!
panjang gler queue!!
mane dtg sumer manusia nh??
tak keje ke??
uuuwwww~
ble tgk balik,
rata2 student..
ermmmm
sumer dh abes exam nh...tuh yg ramai..
so aku pon queue...

tgh2 queue nh dlm hati ade lagi ke seats untuk 2012..
dhlah tgh queue,
takkan tetibe kuar queue nak g tgk screen depan tuh..
so queue jer lah.
tetibe dpt SMS dr Ejan ckp yg member2 die nak jumpe aku..
wahhhhh...glemer plak tetibe nak jumpe2 nh..
so dorang pon nak ke TS..
alang2 aku yg queue,
aku yg bli tiket..
rancang nak nengok 2012..
ble dh smpai depan screen..
hampagas sungguh...
sumer showtime full...
yg terdekat kol 2.30pm gitu kol 3.10pm tinggal 2 3 seats..
aku dhlah masa tuh ntah2 org ke 10 12 kot...
so tukar plan..
tgk Pisau Cukur lagik~
muahahahahaha
dorang lum tgk..aku jer dh..
seb baek best..
so tak kesah pon nengok lagik..

pas bli tiket,
trus trun ke LG nak makan..
nak makan kat Cakap-cakap Manis..
ape tuh?
Sweetchat lahh...nh haaa :


 SweetChat~








 
 aku pilih menu ini..
sbb murah..
available on weekdays..
11am till 2pm jer..
kalo biasa nye set,
dalam belas2 hinggit ikut menu lah..
yg lunch set jimat nh..
ade beberapa main dish die..
nasi ke spaghetti ke..
pilih lah..

 
 
 haaa...
nh antara yg manis2 ye..

 
ermmm...
set tuh datang dengan air iced lemon tea..
rs die mcm teh ais lemon..
ekekekeke :P

 
 ok...
ini takde lam set ye..
ini adalah add-on..
aku amik banana pancake..
ade durian pancake..tapi takmo lah nnti bau durian..
kalo tgk kan chantek jer pancake nh..
RM5 jer~
skali ble slice kan..
dh ngap tuh..
perghhhh...
sedap die takleyh nak kata..
macam heaven kata org...
gler sedap..
moist...
creamy...
perghhh...
rs nak nanges2 hentak2 meja jer sedap die...
aku tak sure ape yg lapik luar die, ade ckp lam menu..lupe dh..
tapi siyes sedap..
cecah ngan choc yg die letak tuh..
siyes aku rs cam nak baling kerusi jer sedap die..


 
 ok...
ini yg aku pilih..
Spaghetti with Black Pepper Chicken..
kat cnh die nye pasta2 menu sendiri2..
bukan Italian like bolognaise, carbonara sumer tuh tau..
perghhh~
sedap weyh!!!!
terangkat!!!!
rasa black pepper die herba2 tuh...
fuhhhhh~ syokkkk~

 
 
atas tuh gmbr set makanan aku..
takyah lah ckp...
kompom licin..
yg tggl kulit lemon kat gelas,
capcicum sbb aku tak mkn..
daun parsli kot yg hias2 tuh..
tuh jer lah...
tgk tuh..murah kan??
berbaloi2 kesedapan die tau...

esok aku nak g TS lagik..
nengok cter len plak..
pastuh leyh makan kat cnh try Spaghetti len plak :P
and nak ag Banana Pancake tuh! T__T
tapau Durian Pancake boleh?
huhuhuhu..

oh,
pas makan g nengok movie..
pas nengok Pisau Cukur..
nengok Jennifer's Body..
tapi nengok sorang lah pas budak2 len tuh balik..
jap ag aku review ye :)

p/s: Sabtu malam balik Kuching...weeeeeeeeeeee~ harus ku terjah carik Mi Kolok malam itu sesampainye di Kuching...muahahahha..

Thursday, October 8, 2009

HR Steak House~


naek cuti raya jer,
g lepak HR Steak House ngan kosmate.
makan ramai2.
ade gak bawak kueh raya~
western2 mane pon,
kami tetap Melayu.
eyh?
apakahhhhhhhhhh~

meh layan gmbr jer lah ye.
penat type2 nh.
hahahhahaa.
gler pemalas~



tgk muke2 dalam gmbr...macam2 ragam.
aku pakai hp jer amik...so gelap ler..~ huhuuhu



hehehehhehhe...licin~~
kata reserve perut nak makan byk2.
aku order Chicken Gordon Blue.
muak seyh sbb byk gler cheese.
muak2 pon abes gak.
aku kan mane reti bazir makanan.
huhuhuhuh.
aku bukan kidal ye.
pisau berubah tempat.
hehehehhehhe.



nh tgk...nhlah hasil seblom gmbr di atas.
mmg lah tak cntik hiasan cm makanan kat hotel ke.
tapi sedap.
RM7.50 jer.

nh air aku order.
Mix Fruit Juice.
bp hinggit ntah..tp sedap wooo...
dlm rm4 kot.
sedap sedap~

all in all,
thanks kepada sumer dak batch aku.
suke sgt.
len kali kte sumer makan ramai2 ag ye.
sonok lepak ngan dorang nh.
tggl setahun setengah jer nak bersama2 ngan dorang.
huhuhuhuhuh

next entry!!

p/s: weyh, penat weyh naip2~~ cmne lah Redmummy tahan eyh? hisssshh!

Tuesday, September 15, 2009

Sogo-Jalan Tar- TS~~~~

btol btol btol3~~
aku pergi 3 tempat tuh semalam.
punyelah tak larat gler balik dr tempat2 tuh,
so aku pon tak terhapdet blog nh.
nak kene tunggu Sahur2 jugak updatenye~
hehehhehehehehe.

semalam ade field trip ke Makmal Kesihatan Pekerjaan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.
pepagi kol 6.45am dah terpacak kat bus stand K1 nunggu bus 1st.
aku sempat tdo 1 jam jer kot before bgn n siap2 nak ke bus stand tuh.
gler penat.
tapi kan, penat2 aku kan,
kalo aku tak tdo semalaman,
aku hyperaktif sket.
tp dh tengah hari tuh lembik lah.
hoohohohohoho.

pagi2 pergi ke UPM tuh.
bertolak dari kampus kol 7.30am tepat2.
smpai2 UPM terkagum nengok bangunan chantek FPSK tuh.
pastuh kat ctuh dengar taklimat pasal instrument untuk Kesihatan Persekitaran ngan Kesihatan Pekerjaan.
kalo kat UKM nh, kos ktorg Kesihatan Persekitaran selama 4tahun.
dekat UPM nh pulak dorang blaja 2tahun Kesihatan Persekitaran and 2 tahun Kesihatan Pekerjaan.
sbb tuh kat sn nama kos dorang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.
kiranye ktorg nh lebih competent in Environmental Health.
Occupational Health is our minor lah kat UKM KL nh.

pas dah dgr ceramah2 sumer,
dalam kol 11am tuh dh abes dh and tunggu bas sampai.
sementara tunggu bas tuh ade lah jgak snap2 gmbr.
tapi dalam camera cik elea_hannaj.
lupe plak nak mintak before publish post nh.
ekekekkkekee.

sampai2 kampus jer trus gerak g amik duit dulu pastuh amik bas metro no 16.
aku nh jarang naek bas.
so kalo naek bas,
maksud aku bas dalam bandar nh lah,
kalo bas g airport tuh slalu sgt dh.
sbb tuh excited cket bab2 naek bas nh.
hahahahhahahaha.

amik bas kat depan Hotel Putra Muda kat area Chow Kit tuh.
then smpai jer kat depan K&K Deco tuh turun then trus gerak ke Sogo.
menemankan Cik Jannah kta membeli handbag.
die dh aim handbag die nak bli dh siap2.
so just nak temankan jer lah.

oh ye,
ktorg bertiga.
aku, Mira ngan Jannah.
Mira plak nak usha2 handbag Jannah nh nak bli.
kata Sale kan,
haruslah terjah nak cukupkan syarat menshopping katakan.
shopping mata pon jadi~~~~

aku lak dok belek2 satu floor Sogo tempat handbag tuh,
yang berkenan di hati aku mesti sumernye above RM250 takdok less~!!
mengapa harus begini setiap kali???!!!!
adakah taste aku terlalu tinggi??
or memang tak reti nak tgk handbag yang mampu milik?
wakakakakakakka.
(*_*)

well,
kat Kuching ag best.
ari tuh bli handbag rm200 punye lepas less dapat rm35.
see see see~!!!!
se best mane pon shopping kat KL nh,
tpi ble kat Kuching ade SALE,
tetap ag best!!
hohohohohohohohoho.

sementara tunggu Jannah dok belek2 tgk2 handbag,
(kata dh ade berkenan?? nama pompuan, dh berkenan pon usha gak yang laen dulu..kang nyesal kang tak usha time2 SALE nh..hehehe)
Mira ngan melilau2 ikut kaki die,
aku plak dok sebok nengok mekap2 lah pulak~!
tak bli pon.
sajer gedik testing2 tester die.
kata tester,
meh lah abeskan jer.
waakakakkakaka.

pas Jannah dh bli tuh,
gerak ke Jalan Tar pulak.
ini bukan shopping kuar masok butik ye,
ini shopping kat Bazaar tuh.
panas weyh semalam!!
dhlah ktorg pas abes field trip kan,
so skali harung jer jalan ngan baju F1 tuh.
menyengat jer panasnye.
seb baek aku pakai singlet.
takdelah cepuk2 peluh kat blakang baju kan.
heh!

sepanjang jalan aku dok bebel2 jer panas panas panas.
aku tak tau lah mane dtg umat manusia sumer kat Jalan Tar tuh.
time weekdays pon ramai.
maybe sbb masa tuh tgh lunch break kot,
so sumer org amik kesempatan shopping jap kot.

rempuh2 org,
nh baru jer weekdays,
Mira ngan Jannah dok cter Sabtu ari tuh dorang pergi macam ape jer.
tin sardin pon tak sepadat tuh kot.
bayangkan, ko berjalan atau melangkah kaki bukan sbb memang nak melangkah tapi sbb org blakang ko dok tolak sbb tuh ko tergerak skali.
boleh??!
aku tak sanggup weyh camtuh.
aku tak suke berpadat2 berpusu2,
dhlah panas.
kalau kat London ke ade Bazaar cam Jalan Tar sanggup aku.
sbb tak panas.
ekekekekekkeekekek.
:P

tujuan ke Jalan Tar nak p carik tudung.
bli bukan untuk raya pon,
tapi sbb time nak raya jer lebat gler SALE nye,
so haruslah rembat time2 nh.
Mira plak g bli selendang.
Jannah carik tudung die.

gler ar panjang die nye bazaar.
dalam hati aku asik cam
"ble nak smpai hujung nh??"
heh!
seb baek aku pakai kasut Nike Max Air (apekahh???)
sedap sket jalan.
rasa cam ade cushion kat tapak kaki.
sedap jer melangkah.
ankle pon kene support dgn baek.
so takdelah rasa sakit kaki kepenatan ke.

pas jalan2 tuh,
akhirnye jumpe gak kedai tudung yang aku mmg nak pegi tuh.
Muaz Textiles.
heh!
die longgokkan kain tudung bagai atas lantai mcm ape je.
terduduk2 Mira tolong carikkan tudung yg aku nak.
(mekaseh Mira....hihihi)
oh,
of coz carik yang baru2 ag n dlm plastik.
tak koser aku nak amik yang dh terbukak bagai tuh.
aku nh kan anak manja.
mane reti nak shopping2 mcm tuh.
kalo kat Kuching pon Mama yang shoppingkan kalo tempat mcm Jalan Tar.
kalo salam shopping mall.
akulah Queen nye.
miahhhahahhahahahah~

pastuh dh puas hati dapat tudung,
Mira dh borong selendang die,
Jannah lak instead of tudung die bli telekung sbb tak jumpe tudung die nak.
pastuh gerak plak balik ke arah Sogo.
Jannah balik dulu.
aku ngan Mira plan nak bukak kat luar jer.
lama tak kuar berdua ngan Mira nh.
ehehehhehehe.

pastuh ktorg pon amik LRT ke Hang Tuah Stesen nak g TS plak.
mula2 ye ye jer cakap nak jalan kaki jer dari Stesen Hang Tuah ke TS,
skali dh bli tiket LRT trus Mira cakap
"Aen, naek monorail jer lah eyh. walapun rm1.20, tak mampu nak jalan dh nh. letih"
hahahahaahah.

aku on jer.
mane2 pon ok.
aku ms tuh cuma haus jer.
smpai stesen monorail Hang Tuah,
trus g bli air kat kedai ctuh.
hahahahhahha.

smpai TS nye surau,
trus bukak air minum.
semalamnye masa tgk movie kan aku cakap cam ade pompuan makan2 dalam hall GSC kan,
at least aku tak makan depan laki ke orang laen ke.
sama2 pompuan jer kot dalam surau :P
(alasannnnnnnnnn)

pastuh aku pon ape ag,
tdoooooooooo~
jam baru kol 3.30pm kot ms tuh.
lmbt ag nak berbuka.
ktorg plan nak makan kat Hartz Chicken.
so tdolah kami berdua kat surau tuh kat ceruk2 surau tuh.
pastuh lama2 terasa sejuk plak suraunye.
boleh tak aku buat aksi ala2 nak tarik selimut???
sedar2 aku bukan di bilik rupenyeeeeee~!!
hahahahahahhah.
bikin malu jer ngan Mira.
seb baek bukan ngigau.

tunggu punye tunggu kol 5pm mira kejutkan aku.
die dh lama bgn sbb die terbatuk2 sbb sejuk sgt tdo kat lantai surau tuh.
pastuh ktorg borak2 jer smbil tunggu kol 5.30pm.
smbil tunggu tuh Mira kuarkan selendang die baru beli.
and die cakap nak pakaikan kat aku.
mula2 tak pakai anak tudung pon.
tapi licing sgt Mira suh aku pakai anak tudung.

memang tergelak2 lah ktorg sbb aku tak pernah pakai selendang.
Mira gelak2 sbb die cakap klakar pulak rupa aku pakai selendang.
masa tuh baru jer kot nak letak atas pale aku,
lom pin ag.

pastuh dh pin dh lilit2 tuh,
Mira cakap ok jer aku pakai slendang.
aku ckp ngan die muke aku bulat mane sesuai pakai selendang.
pastuh die ckp ok jer.
siap amik gmbr pakai hp die nak bg tunjuk kat aku.
ble aku tgk ok lah pulak.
terus pasang azam nak try pakai selendang.
hahahahahahahahha.
(nanti aku tunjuk muka aku berselandang...hahahaha)

tapi aku cakap kat Mira aku mane reti pakai selendang sendiri.
maunye berjam2 aku makai.
last2 mengamuk aku koyak selendang baru tau.
hahahhahahahaha.
pastuh Mira cam cakap kalo nak kuar pakai selendang dtg lah bilik die nanti die pakaikan.
boleh????
hohohohohohoho.

dh puas maen2 selendang tuh,
siap2 then kol 6pm kuar nak ke Hartz.
carik punye carik.
dr tingkat 7 turun tingkt 4 then naek tingkat 5 then turun tingkat 3 then naek tingkat 4.
rupenye Hartz tutup renovate ke ape ke.
heh!!
boleh?????!
punyelah keciwa ktorg sbb dh plan siap2 nanti nak berbuka kat Hartz nak mkn spaghetti die byk2 mash potato die byk2 bla bla bla.
skali takde!
hancussss!
pastuh dok tepi jap pk punye pk nak mkn mane,
bawaklah Mira g Kenny Rogers jer.
Mira 1st time makan ctuh.
kire ok lah bawak die makan kat tmpt die tak pernah makan.
bulan pose katakan.
hehhehehe.

ktorg nh maseh berbaju F1 ok!
hishhhh2~
org tgk jer ktorg sbb pakai baju cmtuh.
dhlah kat baju siap ade nama kan.
lagi org dok tenung.
heh!

nh menu ktorg.

nh aku punye lah main dish tuh.
muffin ade 2 banana muffin n 1 vanilla.
aku nye 2 mira nye 1.
aku amik banana 1 vanilla 1.
air lak order simple2 ilang haus jer.
Iced Lemon Tea.
yang spaghetti tuh sbb aku dh lm kempunan nak spaghetti, so order 1.
gler kuat makan.
Chicken meal tuh amik 1/4 meal ngan side dish die macaroni & cheese, mashed potato n aromatic rice.
kenyang gler ok makan~
mira order sama cuma side dish die nasi, potato salad ngan coleslaw.
muffin tuh 1 aku bawak balek.
tak larat nak makan.

pas makan dua2 tak larat dh.
nak balik jer.
Mira pergi solat dulu,
then singgah 7-E jap,
aku g Bread History bli roti nak makan pagi2.
then trus balik.

smpai bilik jer, sms si dia cakap dh balik nak mandi nak tdo,
then aku trus g toilet,
mandi2 then basuh baju F1 trus sbb rabu nak pakai ke trip ag.
smbil tuh basuh segala anak2 aku tuh skali.
then siap mandi siap sidai baju sumer siap2 sumer trus rebah ke tilamku.
nikmat rsnye dpt baring kat tilam yang sedap tuh~!
sedap weyh tilam aku kat K1 nh.
nak try? meh lah~
hahahhahaha.

aku tau kalo smpai K1 jer aku nak baring terus,
kompom sumer keje tak jalan.
kompom tdo smpai pagi.
tapi aku tak tdo trus pon pas mandi sumer tuh.
baring2 jer.
pastuh Mama call.
borak2 ngan die dulu.

pas Mama call dia plak sms.
:)
bahagia btol.
pas Mama die plak sms tye diri.
hihihihiihih.

wahhhh.
panjang seyh entry nh~!
jap ag nak buat entry pasal dia plak :P

p/s: puas hati dapat bli tudung baru. hihihihihihihihi. saya sayang awak :P

Sunday, August 30, 2009

Berbuka di Rumah Om Tennas :)

semalam berbuka pose kat umah Om Tennas.
pakcik kepada rumet aku nh.
heeeeee
:D

Om Tennas nh adalah abg kepada papa rumetku.
die ajak ktorg bukak pose same.
mula2 aku cam segan jer nak ikut.
huhuhuhuh.
tapi last2 ikut jer lah.
takkan aku nak bukak pose sorang2 plak.
huk huk huk huk

siapakah Om Tennas?
die adalah pensyarah di Universiti Malaya.
oragnye berpengaruh woooo!
kawan kepada gabenor2 di Riau.
hishh..~!
Menteri-menteri kta pon ade yang kawan ngan die.

makin aku segan.
keluarga orang kaya nh.
huk huk huk.

tak bestlah cter pasal nh.
nak btau pasal makanan.
berbuka kat rumah orang Indonesia.
meh tgk ape makanan nye:





gambar paling atas tuh adalah keadaan meja makannye ye.
set-up meja macam makan kat hotel.
berlapis2 jer pinggan nye.
hohohoho.

gambar-gambar tgh tuh pulak.
ikut urutan dr kiri atas adalah gado-gado (aku tak abes makan sebb pedas yang amat!! tpi sedap)
yang seblahnye pulak sosej black pepper (mati-mati aku ingt kopok lekor..ngeeee)
kiri bawah plak ayam goreng (siyes sedap gler..tepung ape eyh pakai??)
yang last adalah Asam Pedas Ikan Pari (sedappppppp!! laen ckit dr kte punye Asam Pedas)

gmbar bawah tuh plak:
air teh O panas.
pastuh bakwan (kat cnh cucur udang...tapi siyes yg nh sedap gler! kalo jual satu singgit pon aku nak bli...hehehe..over ko ain!)
pastuh kurma..hish kurma ape nh ye? gler lembut n sedap..marvellous!
last but not least nh adelah sos cili buatan sendiri untuk cecah ngan bakwan..sedap maid die buat sos tuh~
takdelah beza sangat menunye.
cuma cara masakan die laen ckit
:)

tuh jer lah nak cter.
tpi kenyang gler aku.
kenyang air sbb makan gado-gado dlu before makan yang laen.
gado2 tuh kan pedas, byk gler air aku minum~
huhuhuhuuhu.

pastuh lepak2 jap borak2 sambil tunggu Om Tennas balik dari tarawikh.
aku kan ABC, so aku dok lepak jer lah kat living hall tuh ha.
tup2 dalam 15 ke 20 minit aku ngan rumet aku borak2,
tbe2 Tanter Dayah isterinye Om Tennas datang.
die bagi duit.
aku ingt die bg lam rm10.
yelah,
dh die dengan telekungnye,
pastuh die dok cam jatuhkan jer duit kertas 2 keping kat kerusi seblah aku cakap sorang satu kat aku ngan rumet aku.
skali aku amik,
RM50 ko~!!
cara die bg mcm bg RM1 ko tau~
huhuhuhuhu

pastuh dalam 9.30pm Om Tennas ngan drivernye Bg Man balik dr masjid.
Bg Man nhlah amik ktorg kat cnh.
die jgak yang anta balik.
tapi time anta balik Om Tennas ikut.
time amik tuh BG Man ngan Kak Atun (maid jgak) yang dtg.

masa dalam keta on the way balik cnh tuh,
tbe2 Om Tennas hulur 2 keping RM50 ag~
wahhhhhh!
menjadikan rezeki ktorg RM100 sorang mlm tuh~
Alhamdulillah~

sebenarnye ktorg dh rancang nak pegi Mid semlam.
kan aku cakap aku taknak sebut dlm blog, kang tak jadi.
huhuhuhuh.
lepas aku mandi dalam pukul 1pm lebih tuh,
Om Tennas call rumet aku ajak bukak pose sama.
so cancel lah nak pergi Mid tuh.

tapi ktorg mmg plan nak pegi jugak esok,
lepas rumet aku cakap cancel trus plan esok nye pegi.
dah bapa ari dh postponed nye.
alih2 dapat RM100 semlm.
ade extra pocket money~
:)
aku baru call Ayah aku ari Jumaat malam tuh cakap nak kuar Sabtunye nak bli wedges.
Ayah pon dh bank in duit.
dpat pulak dari Om Tennas ngan Tanter Dayah.
heheheheheheh.
ALHAMDULILLAH~!
rezeki bulan pose org cakap :)

klah.
aku penat nh.
nak tdo.
kalo aku tak tdo,
kompom ade aku blogging ag pepagi buta kang.
hahahhahahaha.

selamat hari ahad sumer!
Jangan merempit oiiii!!
taulah malam merdeka malam karang!!
sayangi org yg sayang anda kot ye pun ko tak sayang diri tuh ha~
:)

p/s: rindu seyh ngan Ayah n Mama T___________T and adik adik..and rindu die jgak...lama tak jumpe mereka mereka nh~ huhuhu.


Saturday, August 29, 2009

Sabar ain sabar~~

Teh "C" Peng Special~

perrrrggghhhhhhhhh!!
sodap gler dapat air nh kalo berbuka!!
tgk tuh ngan ais die...
gelas die basah2 sbb sejuk
sedap seyh!

aku tak reti arr buat air nh.
ade 3 layers.
layer paling bawah adelah gula melaka (kat Sarawak GulaPong)
kadang2 orang pakai pati pandan
tapi aku prefer GulaPong lah.
layer tengah pulak adelah susu cair tak silap aku.
then yang paling byk kat atas adalah teh tarik.
maksud aku die pakai serbuk teh buat teh tarik tuh tapi takdelah die tarik2.
ketiga tiga nh takkan bercampur melainkan dikacau dengan sekata.

perrrrgghhh!
tercabar iman aku bulan pose nh.
kat cnh ade ke tak eyh??
aku tak pernah jumpe ag T__________T
sape sape yang tau tuh please btau akuuuuuu!!!!!

nhlah air aku akan order everytime aku makan kat luar kat Kuching sana.
sampaikan aku tau mane best mane tak.
yang aku suke kat ChilliPeppers kat hotel ape ntah nama die.
pastuh kat Singapore Chicken Rice (tapi kat Kuching ye..heheh)
tempat lain adelah jugak yang sedap.
(eyh urang Kuching, selain tempat nak mek padah tok, ada gik sik nak nyaman gik?? padah lok!)

terangkat seyh kalo dapat yang sedap punye.
huaaaaaaaaaaaa.
aku rindu makanan Sarawak.....!!
Mi Kolok!
Laksa Sarawak! (all time feveret aku!)
Kuchey!
Satay Ceko!
Nasi Ayam SCR (sedap gler ahhhh!)
Murtabak and Karipap yang nenek buat! (best gler nh!)
Ayam Penyet kat kedai ape ntah kat AmBank building tuh!
Swee Kang ABC n Laicikang!
Rojak Kangkong~!!!!
Mi Belacan!
somehow,
i just MISS my KUCHING so much!
huk huk huk huk

ape motip aku cakap pasal makanan nh?
takde motip pun!
sajer wat entry tak berfaedah yang menggiurkan dan mencabar iman di bulan pose.
hehehehhehehheehhe
(taulah ko ABC ain...tapi ABC aku pon bukan dapat sumer yg aku sebut tuh..huhuhuhuu)

selamat berhujung minggu sumer!!!
cuti yay cuti yay!
esemen banyak....yay????
T__________T

p/s: seriously aku nak balik Kuching! huaaaaaaaa! u, jom balik Kuching jom~ hahahhhaha..gedik!! :D :D

Friday, August 28, 2009

I Love You, Beth Cooper :D

hehehehhehehehee.
tak jadi pegi Mid siangnye,
maka malamnye g tgk midnight show.
hikkksss.

tadi ptg ujan lebat.
ktorg tak dapat pun nak bli makanan berbuka.
dua2 kebuluq nau dalam bilik.
seb baek ade roti Gardenia Butterscotch yang sedap tuh.

tunggu mahgrib.
pas maghrib siap2.
lama tuh bersiap.
hehehehehe.
mekap2 lah ape lah.
kol 9.15pm baru gerak pegi Times Square.
hihihihihihihihi.

sampai2 jer dalam dekat2 nak kol 10pm.
cepat2 jalan ke lokasi makan.
heheheheheh.
Kenny Rogers.
kalau dengan rumet nh,
takde tempat laen lah die nak.
ctuh jgak.
pekerja kat ctuh pon dh kenal ktorg.
hohohohohohoh.

maaflah ye.
lapar sangat.
tak nyempat nak amik gmbr.
makanan datang trus sambar fork n knife dan makan.

pastuh g bli tiket.
mmg dh cek online dh.
nak tgk I Love You, Beth Cooper.
kuar lewat sbb nak tgk yang pukul 11.50pm tuh ha.

ktorg siap makan dalam kol 10.20pm kot.
lambat ag nak show.
gler lama.
duduk2 dkat Starbucks tuh jap.
then Starbucks lak nak tutup.
pastuh jalan2 jer.
ape entah motip jalan2 dalam mall yang sumer kedai tutup.
hua hua hua hua hua
:D

11.45pm masok hall 8~
overall aku leyh cakap cter nh best!
klakar gler~
penat aku gelak smpai nak terkucil2 aku.
tak termakan terminum popcorn ngan air aku.

punyelah gelak besar dalam tuh.
bagi yang belom tgk cter nh,
aku suggest pegilah tgk.
comel sgt cternye.
hehhehehhee.

kisah si nerdy aka Dennis yang suke kat Beth Cooper.
kisah bermula bila die confess dalam speech die masa graduation day dorang.
start dari tuh mula datang masalah dalam hidup die sbb die dok sindir pakwe si Beth nh ha.
:D
aku suke kawan die Rich tuh.
sangat comel perangai die.
hahahhahahah
(^*^)

ok ok,
malas cter panjang.
g lah tgk.
sape2 nak tgk movie yang ringan,
yang takyah nak byk pk baru nak paham cuma nak gelak.
dan jugak taknak tdo dalam hall,
silalah tgk cter tuh~


next movies :
Final Destination
New Moon


dua nh harus aku tengok nanti.
tak sabar weyh nak nengok!!!
hohohohohohoho.

p/s: nuffnang takde ke nak invite aku nengok screening New Moon or Final Destination? hahahhahah...perasan seyh!

Tuesday, August 25, 2009

Ketiga~

adoiiii~
aku takde amik gmbr makanan untuk hari 1st and 2nd bukak pose.
mehlah aku blog secara ringkas menu aku tuk berbuka di pose ke-3 nh.


simple jer makanan aku.
bli kat gerai2 makan kat blakang tmpt aku tinggal skrg.
sumer nh masakan panas ye.
bukannye lauk2 yg pakai bli rm2 rm3 tuh ye :)

maknan di atas adalah untuk 2 org ye.
aku dan rumetku.

menu-menu adalah:
kangkong goreng belacan (sedap gler!)
daging masak merah
telur bungkus (aku jer)
telur dadar (rumet aku)
mi goreng (makan malam2 tapi bukan sahur...haha)
cempedak goreng (marvellous!)
and air plak apple juice (dua2 pon order air nh..hehe)

huhuhuh.
untuk hari 1st lebih kurang jer menu tuh.
ari 2nd plak g bazaar kg baru.
hikks.
aku makan nasi ayam.
pastuh rumet aku lak makan makanan indonesia,
lotek namanye.
pastuh ktorg bli ayam panggang madu tuh.
perrggghh!
terangkat seyh!!
sedap gler!!
cukup manis cukup pedas~
:D

haaaa.
cukup lah syarat dh blog pasal makanan berbuka.
hihihihihihih.

aku nak smbg baca notes.
esok paper Patologi T__________T
sangat tak suke tapi kene suke.
huk huk huk huk

p/s: hishhh..asal lama tak jumpe jer mesti ade gaduh. ntah pape la ktorg nh. seb baek exam week, takde aku nak sentap lelama. huhuhuhuhu. tp is still sedeyh tau!!