Showing posts with label Fiel Trip/Work. Show all posts
Showing posts with label Fiel Trip/Work. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Melaka Trip

Penatnya hari nih.

6am dah keluar rumah. Balik umah kul 7pm. Memang habis masa dalam bas jer ari nih.

Satu hari nih dekat Melaka. 

Petronas Refinery (Melaka). Seronok lah jugak dengar talk pasal benda yang kita suka. Heheheheheh. Entahlah, aku nih kalau bercakap pasal risk assessment nih, suka benar. Even pasal EIA pun aku suka. Sebab tuh aku suka kelas Toxicology, tapi aku tak suka exam. Hahahhahahahah. And aku suka subjek yang deal ngan risk assessment nih. 

Alhamdulillah, dapat banyak souvenir dari pihak Petronas Melaka. Satu sebab jawab soalan, satu memang sorang satu kitorang dapat, and satu lagi special aku sorang dapat. Bila tanya kenapa bagi aku, akak tuh cakap sebab aku outstanding dalam talk hari nih, rajin jawab soalan. Ye ye jer. Cakap jer lah aku comel. Agagaggagagagag *gelak syaiton*

Sekarang kembali kepada writing thesis. Lepas nih confirm sangat kena buat report trip hari nih. Adoiyai. Nih yang aku malas bab formality nih. Kalau pergi takat dengar talk and dapat ilmu jer takpa, kena buat report nih  yang jadi malas nih. Hohohohoho.

Agak-agak, kalau mintak kerja dekat Petronas tuh aci tak? Sorang penceramah tuh dah suka aku dah. Balik-balik nama aku jer kena panggil. *perasan* Tadi dorang cakap, sekarang Petronas Melaka dah short 50 employees, sebab ramai dah blah lepas dah gaji besar-besar, mesti offer company lain besar tuh. Huhuhuhuhuhu. 

Oklah, saja jer update. Bosan mengadap writing thesis tak sudah nih. Huhuhuhu. Nak tido kejap lah. Malam karang nak sambung writing. Badan penat sangat, rasa nak demam dah nih.

K, babai!!

p/s: Kadang-kadang, senyap itu lebih baik. Aku rasa, kena tau dah bila patut back off dari hidup seseorang tuh. Penat lah. 

Friday, October 1, 2010

Kualiti Alam

Semalam pagi ktorg ada lawatan ke Kualiti Alam, which is dekat area PD sana.Takdalah PD, Seremban kot. Eh, entahlah.

Pagi-pagi semalam kan hujan lebat giler, bertolak pun lambat. Tapi nasib baik sampai tepat-tepat pukul 10am. Sebab program 10am sampai 12pm. Aku macam biasa, dah cakap kan, tido jer sepanjang perjalanan. Sedap lak tuh tido nya. Sempat mimpi lagik. Keh keh keh. :D

Well, aku explain sikit jer lah ye. Nak lebih info baca dekat website Kualiti Alam sendiri. Kualiti Alam (KA) nih adalah salah satu syarikat bawah UEM Group. Alah, siapa tak tau UEM tuh. Syarikat konglomerat besar dekat Malaysia nih. KA nih core business dia adalah pengurusan sisa berjadual. Haaaaaa, apa sisa berjadual?

Sisa berjadual nih ada banyak. Contoh paling senang aku boleh bagi lah, sisa toksik dari kilang-kilang. Ataupun bahan kimia berbahaya. Gituuuuuu. Dekat Malaysia nih, KA lah memonopoli business nih. KA jer ada lesen daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tapi jangan lah ingat sebab dia jer memonopoli, duit masuk banyak. Tak ye. Nak uruskan sisa berjadual nih, KA kena keluarkan duit jugak tau. Selain tuh, KA jugak buat EMP (ala, ada aku cter benda yang aku buat LI dulu). Nak make sure, yang pada masa sama dorang uruskan sisa pepejal, alam sekitar tak terjejas.

Ktorang kurang bernasib baik sikit kali nih. Sebab semalam dorang ada event jamuan raya untuk lunch hour. So masa amat singkat lah. Plus, kotrg tak dapat nak masok treatment plant sebab kena seal. Ada waste TENORM baru masok. So tak boleh amik risiko lah bagi pelawat masok. So ktorg dapat dengar taklimat jer lah. Tapi banyak jugak info ktorg dapat. :)

Sebabkan tak dapat masok plant dia, amik dari dalam bas jer lah ye. Masa otw nak balik fakulti dah. Otw keluar dari KA facilities tuh.

nih lepas abes taklimat. baju kuning tuh En Hafiz pegawai dekat KA. yang lagi sorang my lecturer untuk subjek Solid and Toxic Waste Management. maaf kena blurkan gambar ye :)
En Hafiz tuh suka ulang perkataan "So basically" ngan "In a way"
serius aku tak fokus sangat sebab dok kira. eheheheeh :P

nun jauh di sana gambar treatment plant. aku tak sure which plant sebab banyak jenis plant dengan jenis waste yang berlainan.

another facilities dekat KA.

inilah tong sisa berjadual/ sisa toksik tau. 
selalu kan nampak tong macam nih illegally dumped dekat sungai?

banyak kannnnnnnnnnnnn? bayangkan semua nih dirawat and akan ditanam di landfill. 
perghhhhhhh.

nih adalah lori yang mengangkut semua sisa berjadual. 
nampak jer macam lori biasa. 
tak ok! lori nih sangat canggih. 
sangat-sangat canggih especially sistem GPS dia.
salute ok!

Aku lupa nak amik gambar jam besar dorang letak dekat facilities nih. Jam tuh akan tunjuk jumlah masa bekerja dekat KA nih tanpa sebarang kehilangan masa bekerja akibat kemalangan (LTI). Sekali jer ada LTI, kena reset balik jam tuh kepada default dia iaitu 20000 jam. Dorang dah capai 5 000 000 jam masa bekerja tau. Tapi terpaksa reset balik ke 20000 sebab ada kemalangan kecik jer. Tapi semalam tuh jam tuh dah lebih kurang dalam 39 000 jam dah. LTI nih terjadi bila ada pekerja amik MC sebab injury more than 3 days. KA nih beroperasi 24/7 tau. Shell dah 11 000 000 jam dah weyh~ hohohohh

Oklah. Tuh jer kot untuk field trip kali nih. Wah wah wahhh. Jumaat dah. Mesti suka semua orang nih. And mesti ramai berebut nak buat open house weekend nih sebab nak last Syawal dah. Tinggal seminggu jer :)

p/s: Berbunga-bunga hati semalam tau. :)

Thursday, September 30, 2010

Nogori....

Kalau korang baca nih dalam pukul 10am ke 12pm hari nih, aku dekat Nogori Sembilan lah nih. Hehehehhehe. Kalau baca in between 12pm ke 2pm, aku dalam bas balik KL. Kalau lepas pukul 2pm, aku gigih dekat lab. Hahahahhaaha.

Ada lawatan ke Kualiti Alam. Ada taklimat and field trip sikit kat sana. Ermmmm. Hopefully enjoy lah kan sebab lama dah tak kumpul satu kelas, apetah lagi pergi field trip nih. Seronok bila ramai-ramai nih. Tapi aku confirm either aku main PSP or dengar MP3 jer sepanjang perjalanan tuh. Aku jenis suka duduk sorang dalam bas. Hehehhehe. Boleh letak beg kat sebelah :P

Mesti terngantuk-ngantuk dengar taklimat esok sambil gigih cuba nak tegakkan pen dekat tangan and taking notes. Hehehehheheh. Pemandangan biasa bila dengar taklimat nih kan? :D Segigih mungkin nak tahan ngantuk. Hihihihihihi.

Oklah. Nanti KALAU ada gambar dekat sana, aku buat update yang bergambar ye?

p/s: Auto-published.

Tuesday, May 25, 2010

Week 3..........

fuhhhhhhhhhhh~~

lama betul rasanya tak membebel kat blog nh. ermmmmmm. last bila eyh? minggu 1st LI kot kan? sekarang dah minggu ke-4 dah LI. sekejap pulak rasanya. tinggal 3 minggu sebelum tamat LI nh. macam biasa jugak, minggu ke-3 penuh dengan report yang nak disiapkan.

hari Khamis lepas aku pergi ke Ladang Kelapa Sawit di Simunjan. naek 4wD. adalah dalam 3 jam lebih jugak nak sampai sana. sebab ujan melebat gila-gila. naek seram aku sebab tak nampak jalan. bukan nak kata aku drive ke ape, tapi dah aku dok seat passenger depan tuh. ala-ala seram nengok jalan. nampak tak nampak je jalan depan. seb baek masa tuh blom masok jalan yang ala-ala off-road kan. kalau tak, lagi seram. bertolak dari ofis dalam pukul 8.40am. sampai ke daerah Simunjan dalam 12pm gitu.

jauh jugak eyh Simunjan nh. adalah dalam 2 kali naek feri. yang 1st tuh merentas Sungai dekat Samarahan tuh. itu kecik jer. tapi takdelah kecik mana pun. hehehheehhehe. tapi since masa tuh masih ujan kan, so seram jugak. kepala otak dah imagine-imagine buaya bagai nh kan. hohohohohoho. btw, nh 1st time aku jejak kaki ke Simunjan. second pulak naek feri dekat Batang Sadong. perghhhh. ini lagi seram. sungai adalah melebar ok~ besar~~ huhuhuhuhu.

sampai-sampai kat daerah Simunjan tuh, pergi lunch dulu. masa tuh dalam 12 lebih tgh hari dah kot. dahlah baru lepas ujan lebat, sejuk-sejuk nh cepat lapar. ngeh3. lepas makan, adalah dalam 12.30pm gitu gerak ke ladang tuh. wohohohhohohhoho. mula-mula masok nak ke ofis state tuh, ok lagi jalan nya. masa on the way nak sampai ke sampling point tuh, ya Allah. hazab okkkkk!!! melambung-lambung dalam keta. hajat di hati nak snap gambar kenangan dari dalam keta. tinggal mimpi. ape barang nak pegang kat tangan pon macam sekali melambung-lambung. aku duduk seat blakang dengan Hamzah. seat depan pulak Mac, ngan state manager, En Azam. barang-barang yang aku pegang semua aku masok dalam beg. kalau tak, jawabnya melambung entah ke mana. huhuuhuhuhuhuuhu. ade 3 sampling point kena pergi. tapi disebabkan perjalanan dia sangat mencabar montot aku, rasa macam nak pergi 30 tempat jer. aku ngan Hamzah memang sorang pandan sorang then gelak-gelak. dah macam apa jer ktorg kat belakang. orang depan less melambung pulak aku tgk. huhuuuhu. si Hamzah tuh siap ade terhantuk-hantuk ngan cermin keta. kesiannnnnnnnnnnnn.

aku pulak bersungguh-sungguh nak snap gmbar dari dalam keta. sebab nak amik gmbr keadaan persekitaran ladang untuk report. tapi cermin tingkap keta nh sangatlah clear berkilat smpai reflection aku pon masok dalam gambar. ceyh. rosak gambar. nak bukak tingkap, kang melambung kamera orang. tuh pon berkali-kali snap baru dapat satu gambar. yang laen tuh hancuuuuuurrrrrrrrr. blur yang amat. asal aku tekan shutter jer, mulalah melambung-lambung. mana tak gambar semua ke lauttttttttt~

paling adventurous skali kan, masa nak pergi ke sampling point yang kedua. tempat dia ujunggggggggggggggg skali dalam ladang. kira paling jauh. dalam setengah jam dari sampling point 1st. 30mins dalam kereta melambung-lambung. seb baek tak muntah jer. hohohohohohoho. mula-mula jalan batu-batu, lobang-lobang. dah makin jauh, makin dekat ngan sampling point tuh, jangan kata lobang ngan batu, jalan pon tak nampak!! sebab lalang dah meninggi hampir-hampir sama tinggi ngan keta tuh. perghhhhhhh. memang tak nampak jalan langsung!! cuak okkkkk!! ladang kelapa sawit nh kan macam ada saliran-saliran or lebih kepada longkang-longkang besar untuk air sungai mengairi ladang tuh. so kira macam kalo ko termasok dalam longkong tuh, jawabnya tenggelam ler. memang berhati-hati lah kan. seinci-seinci jer bergerak. kot-kot masok longkang. kang tetiba masok sungai tempat sampling lagi haru. dah sampai dah kat sampling point. kuar keta tuh, memang tawakal jer lah. redah jer lalang-lalang tuh untuk ke tebing sungai. jangan ada buaya dahlah. ular pon janganlah time-time tuh nak muncul kan. aku men pijak jer lalang tuh. entah tanah ke lobang ke, dh tak dapat nak beza. tak nampak apa. cepat-cepat amik sample air. then buat in-situ test then masok keta balik terus blah ke 3rd point.

3rd and last point nh watergate dia. kira macam tempat air dari ladang masok ke saluran sungai lah. yang En Azam nh pulak bersungguh betul lah dia pergi cerita pasal buaya. dok cakap masa buat watergate dulu ada buaya 2 3 ekor timbul. seram ok. dahlah besar giler longkang dia. dah macam sungai dah kat cnh. kata pun pertembungan dengan saluran sungai kan. aku dh mula lah imagine balik pasal buaya. kang tak pasal-pasal tengah aku dok snap-snap gambar sampling point tuh, ade jer yang keluar dari sungai naek ke tebing. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! seram ok seram!!!! masa nak sampai ke sampling point nh pon nampak lah dekat-dekat ctuh punya pokok sawit tuh dah lebih separuh tenggelam sebab air naik. keliling jalan tuh semua tenggelam ngan air. eeeee. seram-seram~~

dah sudah sampling semua, balik lah ke pangkal jalan. cuca pun sedang elok jer mendung cerah-cerah malu sket. sejuk jer. sambil layan mp3. masing-masing aku ngan Hamzah tahan ngantuk. kadang-kadang lelap gak. si Hamzah nh pulak gigih hafal jalan sebab one day dia pulak kena drive bawak personnel ofis nh sampling. Mac pun sambil dengar lagu tahan jugak mata dia tuh. Mac pon cter-cter jugak, yang ladang satu lagi tuh lagi dasyat dia punya jalan. keta kompom kaler tanah kuar dr ladang tuh. nh kira ok nh tak becak mana jalan dia sbb banyak batu. huhuhuhuhuhu. takleyh nak imagine. tuh pon ari tuh enjin pon mati 2 3 kali jugak. huhuhuhuhu.

mehlah tgk gambar-gambar yang ada dalam phone aku nh.

ujan lebat. air sungai tuh naek ohhh. buaya T__T

nh masa nak masok feri. eeeeee. seram seram. sebab sungai sarawak kan. dalam kepala nampak buaya jer.

nh pulak atas feri. Primerose I kot tertulis kat ctuh.

lamanya tak naek feri.

sebenarnya, aku amik gmbr nh tanpa tengok screen phone. skali dah snap ada pulak pakcik tuh kat ctuh. aku amik sbb nak tunjuk, yg keta ktorg paling last dalam feri. siap terkeluar-keluar dari badan feri. tuh kalo feri tuh naekkan tempat pakcik tuh berdiri, kompom dh kena hempap ktorg ngan mende hijau tuh. kalo brek tiba-tak makan, memang arwah dah masok sungai tuh ha. huhuhuhuhuh. masa nak masok tuh dah dalamhati aku dok terpk-pk, mane muat. skali orang jaga feri tuh cakap muat. perghhhhhh. seram sejuk aku!

nh pemandangan masa dalam perjalanan ke daerah Simunjan. dahlah lepas ujan. sejuk ok bila bukak tingkap. udara fresh gila. sukeeeeeeee~

saje amik dua kali :P

haaa. tengok jalan tuh. tuh lah satu-satunya jalan. dahlah 2 hala ok~~~ yang lalu pulak bukan nak kecik-kecik. lori sawit lah, jentera lah. kalo dah betembung tuh, pandai-pandai lah bahagi jalan tuh. kalo tak reti, kompom terbalik masok semak seblah tuh. jalan dia batu-batu. sempit. iskk. memang haru btol. seram jer aku bila bertembung ngan lori or jentera berat. huk3.

haaaaaa. yang nh masa otw nak balik ke Kuching. kat feri Batang Sadong. cuba tengok kelebaran sungai tuh. besar giler kan?? huhuhuhuhuhuhu. nh tengok dalam nh macam takde ape. cuba tgk real. seram jer tengok sebab sangat tinggi ok masa nak turun masok feri tuh. eeeeeeeeeeee. terbabas-babas masok sungai terus, arwah terus. imaginasi aku nh melampau-lampau betol kan? huhuhuhuhuuhuhu. masa baru sampai ke feri nh lagi haru. maksudnya dari arah Kuching pagi tuh. sebab apa aku cakap haru??? ujan kan lebat masa tuh. pastuh tambah pulak dengan arus sungai deras gila. masa feri tuh nak sampai jeti nh, siap lawan-lawan arus n siap langgar-langgar gedegang-gedegang tiang yang itam tuh tau. yang itam tuh tayar dorang susun. bergegar montot aku dalam keta tuh masa feri langgar tayar-tayar tuh. eyhhhhh. sumpah takot giler ok~ aku tengok jer masa tuh feri memang dah dekat gila ngan tayar tuh. aku dah bising-bising cakap mesti langgar punya. boleh si Hamzah cakap tak. skali dah langgar, terus dia cakap "eyh, aok ooo. langgar duhal". cissss!

haaaaaa. ok lah nh. nh keadaan aku di opis masa lunch hour kot. tak balik umah. ngeh3.

ok lah tuh. entry diakhiri dengan muka jakun pemilik blog. kikikikikikiki. Jumaat cuti yay!! tapi Sabtu keje. tappi dorang cakap maybe pergi Santubong jungle trekking. pergggghhh. rajin tul company nh. last week nye Sabtu, magok gym exercise. tiap working Saturdays nh adalah hari riadah. hohohohohohoh. company ko ade? hihihihihihihihi.

klah. penat menaip. nanti update lagi ye. nanti tuh tak tau bila lah. :P

p/s: nh sebenarnya dah ala-ala demam nh. sakit tekak, penin...asma lagi. huhuhuhuhuhu. klah, musim demam nh kot. huhuhuhu. rindu :( ke demam rindu?? hua hua hua hua. *geli*

Thursday, January 21, 2010

Lawatan Minggu Ini...~

ecehhhhhhhhhh~
tajuk takleyh blah kan~
macam nak pergi buat lawatan rutin pemeriksaan plak
(berangan jap)
hua hua hua hua hua

malam nh aku takdelah bengang cam semalam..
sbb aku rasa siput vavi terseliuh nh dh takde masalah semput..
and aku rs die dh xray jgak kot..
and dah kurang sket terseliuh die sbb agak laju malam nh...
adeyh,
mengarut lagik..
tapi aku ttp tak masokkan ape2 gmbr.
sbb aku takde amik gmbr.
malas~

minggu nh n minggu lepas aku sekelas ade lawatan sosial ke 4 tempat.
eceh..
lawatan sosial gitu~
minggu lepas2 ke ntah ble kami ke NIOSH, Bangi..
tau ape NIOSH?
bagi yg tak tau,
NIOSH stands for National Institute of Occupational Safety and Health..
atau dalam BM nye..
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara.
haaaa.
korang tau tak kewujudan NIOSH nh?
tau ape dorang nye bidang tugas tak?
institut nh adelah tempat training untuk org yang nak jadi competent person dalam OSH nh.
bidang tugas luas.
kilang ke pejabat ke construction site ke ape2 lah berkaitan ngan ape jugak jenis pekerjaan.
pihak OSH jugak bg talk tau kat pekerja2..
ape hazard2 pekerjaan korang..
contoh cam pekerja pejabat,
dok depan komputer lama2..
hazard kepada spine, hazard kepada ur wrist..
kalo keje kilang,
hazard kepada bahan kimia ke jentera berat ke.
kalo keje dalam lab or deal ngan chemicals hazard to mcm2 lah..
kiranya NIOSH nh bg tau lah langkah2 keselamtan yg boleh diambil untuk elak dpt occupational injury ngan occupational disease.
ape beza dua tuh?
occupation injury nh ko cedera on the spot kt tmpt keje..
kalo disease,
ko dh keje lama n sbb repetitively buat keje tuh,
ko develop penyakit over period of times.
gitulah gamaknye.
ktorg masok ke bilik pameran.
mmg byk gler lah personal protective equipment (PPE) kat ctuh.
and also ergonomik workplace.
best best~

then Selasa ari tuh (19/1)
pergi ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya.
best woooo~
dahlah aku mmg minat bab2 EIA nh..
iaitu Environmental Impact Assessment.
amende tuh?
EIA nh adalah penilaian kesan kepada alam sekitar.
sebelum sesuatu projek besar dijalankan,
contohlah mcm Nusajaya skrg,
EIA wajib dibuat (dah dibuat pon, kalo tak, takdelah projek tuh berjalan dah)
nak tgk kesan kepada alam sekitar and manusia yg tinggal kat kawasan sekitar.
wajar ke tak projek dijalankan.
ape langkah2 pencegahan and pemuliharaan yg boleh dibuat kalo projek tetap dijalankan.
mcm tuh lah lebih kurang.
EIA perlu diluluskan terlebih dahulu sebelum sebarang projek boleh diluluskan untuk mula beroperasi.
Ketua Pengarah Alam Sekitar lah berkuasa tentukan EIA lulus ke idak.
tak lulus,
bye2 lah projek tuh~
and selamatlah alam sekitar.
gitulaaaa~
ade gak talk on akta n regulation n guidelines on open burning, ade pasal maritim n river quality.
makan tgh hari pon sedap jerrrrr~
trimas JAS!

then ari nh pulak ke 2 tempat.
iaitu SOCSO atau dalam BM nye PERKESO serta DOSH or dlm BM nye JKKP.
(heh, ptut Google sndiri korang nh..baru bermaklumat sket..hek3)
PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial nh adalah bertujuan untuk melindungi pekerja sepanjang waktu bekerja.
nh aku nak buat sket promotion sercara tidak berbayar untuk PERKESO nh.
bagi mereka yg bukan staf gomen,
aku galakkan sesangat korang ade SOCSO..bg yg belom de mencarum lah.
and pastikan even korang keje part time pon, waima keje KFC ke McD ke GSC ke..
korang layak mohon SOCSO drpd majikan.
majikan plak wajib sebenarnye letak korang dalam SOCSO nh.
ikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
kalo tak puas ati p Google n bc pasal AKSP 1969 tuh.
btol sgt berbaloi.
ko pergi keje balik keje sentiasa dilindungi tau.
ape2 jadi ko dpt pampasan.
org tanggungan dpt jgak.
even ko dh pencen boleh dpt gak.
tgk?
berbaloi2.
ktorg jgak didedahkan pasal rehab untuk mereka yg ilang upaya akibat keje..
supaya dorang boleh balik bekeje..
bukannye trus memerap and harapkan duit pampasan semata2.
penceramah sumer adelah terbaekkkkkkkkkk~
tak bosan langsung ok~
half day jer..kalo 2 hari pon aku nak ajer join...
hiksss

last tempat adelah DOSH~
atau JKKP...Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
ape beza ngan NIOSH?
DOSH adelah badan yang berkuasa bertindak ke atas kilang2 kalau dorang violate akta keselamatan pekerja.
NIOSH nh tmpt training jer.
itu beza nye.
DOSH nh buat inspection ke atas kilang2 dh tempat2 pekerjaan tak kira dalam bidang ape pun.
nak tgk dorang ikut tak safety method yg sepatutnye.
kalo tak ikut,
kene lah denada ke ape tindakan undang2 ke.

oklah.
itu serba ringkas untuk lawatan.
mcm biasa.
niat asal nak cter pasal trip.
so taknak melencong.
nanti aku update len plak.

ari jumaat oiiiii~
weekend mari weekend mari!!
:D

p/s: you you, ble nak detink nh? hua hua hua hua. gedik gler ahh adik ngade mcm nh kat blog. rindu kamu oo. mau jumpe ohh~ :D


Tuesday, September 15, 2009

Sogo-Jalan Tar- TS~~~~

btol btol btol3~~
aku pergi 3 tempat tuh semalam.
punyelah tak larat gler balik dr tempat2 tuh,
so aku pon tak terhapdet blog nh.
nak kene tunggu Sahur2 jugak updatenye~
hehehhehehehehe.

semalam ade field trip ke Makmal Kesihatan Pekerjaan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.
pepagi kol 6.45am dah terpacak kat bus stand K1 nunggu bus 1st.
aku sempat tdo 1 jam jer kot before bgn n siap2 nak ke bus stand tuh.
gler penat.
tapi kan, penat2 aku kan,
kalo aku tak tdo semalaman,
aku hyperaktif sket.
tp dh tengah hari tuh lembik lah.
hoohohohohoho.

pagi2 pergi ke UPM tuh.
bertolak dari kampus kol 7.30am tepat2.
smpai2 UPM terkagum nengok bangunan chantek FPSK tuh.
pastuh kat ctuh dengar taklimat pasal instrument untuk Kesihatan Persekitaran ngan Kesihatan Pekerjaan.
kalo kat UKM nh, kos ktorg Kesihatan Persekitaran selama 4tahun.
dekat UPM nh pulak dorang blaja 2tahun Kesihatan Persekitaran and 2 tahun Kesihatan Pekerjaan.
sbb tuh kat sn nama kos dorang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.
kiranye ktorg nh lebih competent in Environmental Health.
Occupational Health is our minor lah kat UKM KL nh.

pas dah dgr ceramah2 sumer,
dalam kol 11am tuh dh abes dh and tunggu bas sampai.
sementara tunggu bas tuh ade lah jgak snap2 gmbr.
tapi dalam camera cik elea_hannaj.
lupe plak nak mintak before publish post nh.
ekekekkkekee.

sampai2 kampus jer trus gerak g amik duit dulu pastuh amik bas metro no 16.
aku nh jarang naek bas.
so kalo naek bas,
maksud aku bas dalam bandar nh lah,
kalo bas g airport tuh slalu sgt dh.
sbb tuh excited cket bab2 naek bas nh.
hahahahhahahaha.

amik bas kat depan Hotel Putra Muda kat area Chow Kit tuh.
then smpai jer kat depan K&K Deco tuh turun then trus gerak ke Sogo.
menemankan Cik Jannah kta membeli handbag.
die dh aim handbag die nak bli dh siap2.
so just nak temankan jer lah.

oh ye,
ktorg bertiga.
aku, Mira ngan Jannah.
Mira plak nak usha2 handbag Jannah nh nak bli.
kata Sale kan,
haruslah terjah nak cukupkan syarat menshopping katakan.
shopping mata pon jadi~~~~

aku lak dok belek2 satu floor Sogo tempat handbag tuh,
yang berkenan di hati aku mesti sumernye above RM250 takdok less~!!
mengapa harus begini setiap kali???!!!!
adakah taste aku terlalu tinggi??
or memang tak reti nak tgk handbag yang mampu milik?
wakakakakakakka.
(*_*)

well,
kat Kuching ag best.
ari tuh bli handbag rm200 punye lepas less dapat rm35.
see see see~!!!!
se best mane pon shopping kat KL nh,
tpi ble kat Kuching ade SALE,
tetap ag best!!
hohohohohohohohoho.

sementara tunggu Jannah dok belek2 tgk2 handbag,
(kata dh ade berkenan?? nama pompuan, dh berkenan pon usha gak yang laen dulu..kang nyesal kang tak usha time2 SALE nh..hehehe)
Mira ngan melilau2 ikut kaki die,
aku plak dok sebok nengok mekap2 lah pulak~!
tak bli pon.
sajer gedik testing2 tester die.
kata tester,
meh lah abeskan jer.
waakakakkakaka.

pas Jannah dh bli tuh,
gerak ke Jalan Tar pulak.
ini bukan shopping kuar masok butik ye,
ini shopping kat Bazaar tuh.
panas weyh semalam!!
dhlah ktorg pas abes field trip kan,
so skali harung jer jalan ngan baju F1 tuh.
menyengat jer panasnye.
seb baek aku pakai singlet.
takdelah cepuk2 peluh kat blakang baju kan.
heh!

sepanjang jalan aku dok bebel2 jer panas panas panas.
aku tak tau lah mane dtg umat manusia sumer kat Jalan Tar tuh.
time weekdays pon ramai.
maybe sbb masa tuh tgh lunch break kot,
so sumer org amik kesempatan shopping jap kot.

rempuh2 org,
nh baru jer weekdays,
Mira ngan Jannah dok cter Sabtu ari tuh dorang pergi macam ape jer.
tin sardin pon tak sepadat tuh kot.
bayangkan, ko berjalan atau melangkah kaki bukan sbb memang nak melangkah tapi sbb org blakang ko dok tolak sbb tuh ko tergerak skali.
boleh??!
aku tak sanggup weyh camtuh.
aku tak suke berpadat2 berpusu2,
dhlah panas.
kalau kat London ke ade Bazaar cam Jalan Tar sanggup aku.
sbb tak panas.
ekekekekekkeekekek.
:P

tujuan ke Jalan Tar nak p carik tudung.
bli bukan untuk raya pon,
tapi sbb time nak raya jer lebat gler SALE nye,
so haruslah rembat time2 nh.
Mira plak g bli selendang.
Jannah carik tudung die.

gler ar panjang die nye bazaar.
dalam hati aku asik cam
"ble nak smpai hujung nh??"
heh!
seb baek aku pakai kasut Nike Max Air (apekahh???)
sedap sket jalan.
rasa cam ade cushion kat tapak kaki.
sedap jer melangkah.
ankle pon kene support dgn baek.
so takdelah rasa sakit kaki kepenatan ke.

pas jalan2 tuh,
akhirnye jumpe gak kedai tudung yang aku mmg nak pegi tuh.
Muaz Textiles.
heh!
die longgokkan kain tudung bagai atas lantai mcm ape je.
terduduk2 Mira tolong carikkan tudung yg aku nak.
(mekaseh Mira....hihihi)
oh,
of coz carik yang baru2 ag n dlm plastik.
tak koser aku nak amik yang dh terbukak bagai tuh.
aku nh kan anak manja.
mane reti nak shopping2 mcm tuh.
kalo kat Kuching pon Mama yang shoppingkan kalo tempat mcm Jalan Tar.
kalo salam shopping mall.
akulah Queen nye.
miahhhahahhahahahah~

pastuh dh puas hati dapat tudung,
Mira dh borong selendang die,
Jannah lak instead of tudung die bli telekung sbb tak jumpe tudung die nak.
pastuh gerak plak balik ke arah Sogo.
Jannah balik dulu.
aku ngan Mira plan nak bukak kat luar jer.
lama tak kuar berdua ngan Mira nh.
ehehehhehehe.

pastuh ktorg pon amik LRT ke Hang Tuah Stesen nak g TS plak.
mula2 ye ye jer cakap nak jalan kaki jer dari Stesen Hang Tuah ke TS,
skali dh bli tiket LRT trus Mira cakap
"Aen, naek monorail jer lah eyh. walapun rm1.20, tak mampu nak jalan dh nh. letih"
hahahahaahah.

aku on jer.
mane2 pon ok.
aku ms tuh cuma haus jer.
smpai stesen monorail Hang Tuah,
trus g bli air kat kedai ctuh.
hahahahhahha.

smpai TS nye surau,
trus bukak air minum.
semalamnye masa tgk movie kan aku cakap cam ade pompuan makan2 dalam hall GSC kan,
at least aku tak makan depan laki ke orang laen ke.
sama2 pompuan jer kot dalam surau :P
(alasannnnnnnnnn)

pastuh aku pon ape ag,
tdoooooooooo~
jam baru kol 3.30pm kot ms tuh.
lmbt ag nak berbuka.
ktorg plan nak makan kat Hartz Chicken.
so tdolah kami berdua kat surau tuh kat ceruk2 surau tuh.
pastuh lama2 terasa sejuk plak suraunye.
boleh tak aku buat aksi ala2 nak tarik selimut???
sedar2 aku bukan di bilik rupenyeeeeee~!!
hahahahahahhah.
bikin malu jer ngan Mira.
seb baek bukan ngigau.

tunggu punye tunggu kol 5pm mira kejutkan aku.
die dh lama bgn sbb die terbatuk2 sbb sejuk sgt tdo kat lantai surau tuh.
pastuh ktorg borak2 jer smbil tunggu kol 5.30pm.
smbil tunggu tuh Mira kuarkan selendang die baru beli.
and die cakap nak pakaikan kat aku.
mula2 tak pakai anak tudung pon.
tapi licing sgt Mira suh aku pakai anak tudung.

memang tergelak2 lah ktorg sbb aku tak pernah pakai selendang.
Mira gelak2 sbb die cakap klakar pulak rupa aku pakai selendang.
masa tuh baru jer kot nak letak atas pale aku,
lom pin ag.

pastuh dh pin dh lilit2 tuh,
Mira cakap ok jer aku pakai slendang.
aku ckp ngan die muke aku bulat mane sesuai pakai selendang.
pastuh die ckp ok jer.
siap amik gmbr pakai hp die nak bg tunjuk kat aku.
ble aku tgk ok lah pulak.
terus pasang azam nak try pakai selendang.
hahahahahahahahha.
(nanti aku tunjuk muka aku berselandang...hahahaha)

tapi aku cakap kat Mira aku mane reti pakai selendang sendiri.
maunye berjam2 aku makai.
last2 mengamuk aku koyak selendang baru tau.
hahahhahahahaha.
pastuh Mira cam cakap kalo nak kuar pakai selendang dtg lah bilik die nanti die pakaikan.
boleh????
hohohohohohoho.

dh puas maen2 selendang tuh,
siap2 then kol 6pm kuar nak ke Hartz.
carik punye carik.
dr tingkat 7 turun tingkt 4 then naek tingkat 5 then turun tingkat 3 then naek tingkat 4.
rupenye Hartz tutup renovate ke ape ke.
heh!!
boleh?????!
punyelah keciwa ktorg sbb dh plan siap2 nanti nak berbuka kat Hartz nak mkn spaghetti die byk2 mash potato die byk2 bla bla bla.
skali takde!
hancussss!
pastuh dok tepi jap pk punye pk nak mkn mane,
bawaklah Mira g Kenny Rogers jer.
Mira 1st time makan ctuh.
kire ok lah bawak die makan kat tmpt die tak pernah makan.
bulan pose katakan.
hehhehehe.

ktorg nh maseh berbaju F1 ok!
hishhhh2~
org tgk jer ktorg sbb pakai baju cmtuh.
dhlah kat baju siap ade nama kan.
lagi org dok tenung.
heh!

nh menu ktorg.

nh aku punye lah main dish tuh.
muffin ade 2 banana muffin n 1 vanilla.
aku nye 2 mira nye 1.
aku amik banana 1 vanilla 1.
air lak order simple2 ilang haus jer.
Iced Lemon Tea.
yang spaghetti tuh sbb aku dh lm kempunan nak spaghetti, so order 1.
gler kuat makan.
Chicken meal tuh amik 1/4 meal ngan side dish die macaroni & cheese, mashed potato n aromatic rice.
kenyang gler ok makan~
mira order sama cuma side dish die nasi, potato salad ngan coleslaw.
muffin tuh 1 aku bawak balek.
tak larat nak makan.

pas makan dua2 tak larat dh.
nak balik jer.
Mira pergi solat dulu,
then singgah 7-E jap,
aku g Bread History bli roti nak makan pagi2.
then trus balik.

smpai bilik jer, sms si dia cakap dh balik nak mandi nak tdo,
then aku trus g toilet,
mandi2 then basuh baju F1 trus sbb rabu nak pakai ke trip ag.
smbil tuh basuh segala anak2 aku tuh skali.
then siap mandi siap sidai baju sumer siap2 sumer trus rebah ke tilamku.
nikmat rsnye dpt baring kat tilam yang sedap tuh~!
sedap weyh tilam aku kat K1 nh.
nak try? meh lah~
hahahhahaha.

aku tau kalo smpai K1 jer aku nak baring terus,
kompom sumer keje tak jalan.
kompom tdo smpai pagi.
tapi aku tak tdo trus pon pas mandi sumer tuh.
baring2 jer.
pastuh Mama call.
borak2 ngan die dulu.

pas Mama call dia plak sms.
:)
bahagia btol.
pas Mama die plak sms tye diri.
hihihihiihih.

wahhhh.
panjang seyh entry nh~!
jap ag nak buat entry pasal dia plak :P

p/s: puas hati dapat bli tudung baru. hihihihihihihihi. saya sayang awak :P

Tuesday, April 14, 2009

Photos and Captions :) Bukit Merah :)

assalammualaikum~~

tujuan aku buat post nh nak letak gmbar2
masa kat bukit merah.
gmbr2 yang aku ade jerlah.
yang aku takde, takdelah aku letak(tuh pon ko nak explain ke ain?! huh!)

disebabkan aku nh jenis yg ske benor
nangkap gmbr pemandangan,
alkisahnya byklah gmbr pemandangan lah ye.
gmbr org ade.
tp tak sumer gmbr aku amik.
ade tuh mmbr2 yg snap.
dh camera dorang.
aku mane de camera.

meh aku cter kat captions jap ag k..
(click kat gmbr untuk image yang dewa punye besar :D )

aku pon tak sure ble gmbr nh diambik
otw pergi ke balek pon tak ingt..heee :D

nh pos "sumer tgk Kak Shima"..
hoho..jadi jugak gmbr nh..

hehehehe..chalet nh chantek wooo~~

nh bukan boat kami..akakkakkaka :P

aku boring tunggu boat smpai..
so maen camera emmy :D

saya suka itu awan... :)

nh gambar aku amik pakai camera emmy..hohoho.
aku suke amik gmbr awan..huk3

well well..cantik tak gmbr potrait nh?
hua hua hua...
nak nunjuk jer aku berjaya pakai mode potrait camera org...huk3

chalet...chantek kan?
kompom mahal..huuuwww

orang2 nh ingt boat ktorg nh nak amik dorang skali..
pastuh depa dok pelik tgk ktorg wat sampling mende..
kui kui kui

perkenalkan..
my rumet kat bukit merah..
Kak Shima..
candid lorr...dia tak tau maa masa nh :D
testing mode potrait lagi..

aku dah cakap aku ske gmbr awan... :P

lagi dan lagi...layan jer lah..hahahah.. :D

tang angle nh takdelah chantek sgt chalet nye :P

tuh jer lah gmbr aku mampu upload.
ade byk..
penat aku edit nambah frame ngan letak watermark..
last2 error in uploading..
gmbr last nh lah yg dpt upload..
nt ade ag aku edit lagi ini entry kasi tambah ye.

mamak!
teh tarik satu!!!
itu roti mau roti telur.
kuah mau banyak ya mamak.
sambal jgan lupe!!
masuk buku 555 mamak!!
(tbe2)
kah kah kah.
ko layan jer lah :P

toodles!!

-salam-