Wednesday, October 2, 2013

Kering

Aku tengah PMS nih. Emosi sangat tak stabil. Kejap tadi aku duk lam bilik, duduk muhasabah diri, lepas tuh tiba-tiba jer aku nangis :'(

Macam-macam benda aku fikir. Terutama sekali pasal duit (duit lagi!). Aku rasa tak berguna sangat-sangat. Aku bukan pemboros. Aku nih jenis kedekut (kedekut ngan diri sendiri). Aku kalau keluar nak makan yang mewah-mewah, bolehlah dalam sekali 2 bulan or even 3 bulan, tuh pun kalau ada lebihan duit. Kalau tak, tak payah berangan lah.

Aku sedih sebab aku try sangat2 tahan diri, duit aku tetap cukup makan jer. Tuh pun catu. Seb baek dudok umah parents (see, sangat tak berguna punya anak), tak payah bayar sewa. Kalau bayar sewa, kereta, bil telepon, bil streamyx, PTPTN semua tuh gaji aku lebihan cukup jer untuk minyak sebulan and makan sehari RM5, paling mahal pun dapat makan RM10 sehari (weekdays). Weekend sebolehnya duduk rumah. Kalau nak keluar pun makan tempat bodo2 jer lah.

Aku sedih sebab duit gaji aku tuh payah mak bapak aku nak merasa. Sebab tak cukup nak bagi dorang. Kadang aku just bawak makan jer, tuh pun tak mampu nak bawak ke diner yang bagus2 sangat. Takat spend RM100 untuk satu family tuh aku paling mampu. Sebab tuh bila orang ajak aku makan fancy fancy, aku fikir family aku camna? Tak aci lah kan.

Kalaulah Kuching nih macam KL, public transport dia ok, senang access mana2, aku dah jual dah kereta aku, in fact aku tak beli pun kereta, at least hutang kereta boleh aku buat savings and bagi parents.

Apa perasaan ko, blaja tinggi2, kerja dah 2 tahun lebih, gaji tak sampai 2k? Belum tolak EPF SOCSO lagi. Dahlah gaji takat tuh jer, pastuh commitment banyak, and then ko dapat banyak experience, tapi tak mampu nak invest ambik sijil2 professional contoh untuk Lead Auditor, certified Auditor. Heh. Sedih sangat.

Emo tau aku sekarang. PMS punya pasal lah nih. Aku taknak berkira sangat ngan family. Mana mampu aku bagi lah. Kucing aku seekor nih pun aku bagi makan RC, tapi yang re-packed punya so murah. Pastuh dia makan 2 kali jer sehari. Takpalah, apa nak berkira sangat kan.

Sebab tuh aku desperate sangat nak carik kerja lain. Aku suka kerja company sekarang, tapi kalau aku stay macam nih jer, camna aku nak survive? Takkan sampai umo 28 29 aku takda savings? :( Takkan selamanya masih mak bapak bagi makan?

Jangan salah sangka, aku saja nak meluah nih. Aku tau mesti orang cop aku tak reti nak manage duit. Mak bapak aku bukan orang kaya, duit dorang pun banyak nak tanggung adik2 jugak. Takkan aku yang dah kerja nih asyik nak mengharapkan dorang? Dulu dorang struggle nak besarkan kami adik beradik sebab kitorang hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi. Biarlah dorang bernafas sikit. Aku yang patut ikhtiar carik cara nak settle keadaan aku sekarang. Nih aku dah sampai tahap nak jual kereta nih, tapi kang nak naek apa g kerja? Takkan nak menumpang orang, sungguh tak beradab.

Asal payday jer duit aku 60 to 70% gone untuk commitment. Jangan berangan nak beli rumah pulak kan?

Nih esok aku ada interview untuk jawatan dalam kerajaan. 400++ calon, 10 jer kekosongan. Memang cantiklah. Pening aku. Pergi jer lah kan, dapat ke tak belakang kira. Aku pening nih fikir nak study apa lagi. Dahlah post pengajar. Mampuslah muka aku nih nak jadi pengajar. Huhuhuhu. So esok aku half day AM. Harap sempat jer lah turn aku before 1.00pm sebab aku kena sampai office 1.30pm. Dahlah office aku jaoh giler. Huwwwww.

Klah, aku nak sambung study. Sedih jer mengenangkan nasib diri. Aku tau ada orang lagi susah, tapi aku nak meluah pasal diri aku. Korang nak baca, bacalah. Nak judge tuh, biar sendiri tuh lebih kurang setaraf aku. Kalau ko gaji besar, siap tolak semua commitment masih lagi banyak, sila jangan sebok nak judge aku. Aku tau ada orang lagi susah berikat perut takda mak bapak nak tolong, but please lah, jangan compare ngan sapa2.

K, nak study. Baii.


No comments: