Aku stress ni hoih! Aku pun tak sure aku ni stress sebab apa. Kalau last week tu masuk akal jugak aku stress. Sepanjang minggu aku dok mengarut mencaci jer kat FB. Aku rasa aku stress bila time payday. Tah papa kan.
Ni lah dia contoh orang tak reti bersyukur. Kerja ada gaji ada. Pastuh membebel jer manjang asyik lah tak cukup duit. Tapi kebenaran pun ye jugak. Gaji masok jer, 60% dah habis bayar hutang kereta, bil telepon, bil henpon, PTPTN. Pastu baki tuh kena bahagi kan antara belanja makan harian, minyak kereta, simpanan di hari emergency. Which, aku rasa sampai ke sekarang aku takda saving. Sadis tak? Umo dah nak masok 26 tahun depan, layak kawen dah tapi simpanan yilek.
Yelah aku gemok patut aku takyah makan jer hari hari. Woih, aku nak kurus bukan nak mampus okay. Please lah bagi nasihat masok akal sikit. Sikit punya aku siku kang. Kalau siapa siapa nak bagi aku nasihat makanlah secara sihat, kau tuh pernah ke nak pergi beli barang makanan sihat2 ni? Cornflakes tuh ha, amboi....3 hari dah habis sekotak, dahlah mahal. Ni lah dia, makanan tak menyehatkan lagi murah dari makanan sihat. Eyh, apa aku mencarut ni tetiba nak advise sendiri gemok dan bagaimana nak kurus. Tak sesuai langsung.
Tahlah. Aku pun macam buntu sekarang. Harga barang semua nak naik. Aku ni ikat perut macam mana pun, bukan takat ikat, aku stapler ke aku lilit ke memang lah tetap aku rasa susah nak ada savings every month. Sabit jer ASB tuh wujud. Gaji aku nih tak besar. Kerja nak masok 2 tahun gaji pun tarap fresh grad jer, itu pun minimum jer. Kalau tak kerana akal aku waras dan susah mencari pekerjaan, lama dah aku berlagak macam dunia nih aku punya pastu dok pindah2 company. Berangan jer kan.
Aku try bertahan selama yang boleh. Bukan apa, sebab mengenangkan aku ada banyak commitment nak bayar tiap bulan. Habis kalau aku memandai jer berenti kerja just because aku tak puas hati ngan staff office, sorang jer pulak tuh, aku nak bayar keta pakai apa weyh? Pakai bulu kaki aku pun lom tentu laku. Kalau tak kerana kereta dan talipon tuh suatu keperluan, aku dah jual dah kereta akuuuuuuuu. Pastu gi opis nak pakai apa?
Aku just agak jealous ngan member-member lain. Paling kurang pun dah ada professional cert. Company pi anto. Aku ni nak sara hidup diri sendiri pun ala cukup ke tak. Aku pun ada keinginan. Nak lah jugak sekali dalam 2 bulan tuh ke makan yang best2. Ala best2 aku pun tak sampai rm50 kot. Macam mana aku nak savings and bayar course yang sampai 4 5 ribu? Aku tak kesah pun kalau kena bonded dengan mana-mana company asalkan dorang bagi kepercayaan kat aku and hantar aku pi courses. Aku nak jugak lah certified kan bagi confident orang dengan kerja aku.
Sekarang nih mentang-mentang aku nih gaji ciput jer, pastuh sebarang jer orang ambik kesempatan. Geram aku tau. Aku dah cukup bersabar dan berbaik hati nak buat apa jer yang orang yang pangkat tinggi2 aka boss2 aku suruh buat. Tapi logiclah kalau dorang bagi arahan untuk aku buat and benda tu memang bidang kerja aku.
Tapi ni tak. Mentang-mentang aku ni taraf officer, kau tuh GM, pastuh bukan aku punya boss pulak tuh, pi mengarah aku buat itu buat ini, bengang jugak aku. Company hire kau bayar gaji belas2 ribu untuk kau buat kerja kau. Pastu selamba badak kau mintak aku handle. Habis tu kau buat apa? Dibayar untuk ke meeting semata-mata? Dahlah kau ada staff kau under kau directly, pastuh nak suruh aku pulak buat kerja department kau. Eyh, walaupun aku takda kerja kat opis (read: kerja aku settle), please jangan suruh aku buat kerja yang aku tak paham sepatah haram ok? Aku bila takda kerja, aku nak jugak rileks jap. Dah orang taknak anta aku pi training, aku blaja dari Encik Google jer lah. Aku tak busy pun sukahati aku lah nak buat-buat busy sebab kerja aku dah settle. Kerja ko lom settle pandai-pandai lah!
Dah tu hari ni aku mengamuk dalam email. Sedap anak tekak ko jer jawab benda ko mintak aku buat tuh boleh common sense jer. Oiiiii! Kalau boleh common sense, ko buatlah sendiri! Apa hal lak nak susah2 suruh aku research pastuh draft untuk ko, pastuh dah korang discuss, suruh aku edit balik, pastuh discuss balik, pastuh kalau ada kemusykilan suruh aku call agency ni agency tu pergi tanya dorang mintak explanation??? Ko tu based kat KL, apa susah sangat ko pergi drive pergi agency tu, jumpa PIC, pastu ko pi tanya dia A to Z, pastu ko balik and draft lah sendiri. Kata pakai common sense. Kalau bab nak membelit ayat ko memang no 1 kan. Eyh silap orang lah, kalau aku dah fedup, aku jadi kurang ajar. Aku jadi menjawab. Aku kerja untuk company ni, sama-sama berkhidmat untuk company, bukan kuli ko pi buat kerja ko memanjang. Dah kalau dia taknak orang tau, dia pi whatsapp aku mintak aku tolong buatkan itu ini. Eyh banyak cantik muka ko!
Macam kes last week la. Ko ada deadline nak meet. Nak kena submit. Pastuh ko tingtongtingtong suruh aku pi buat research call orang sana orang sini, settlekan kerja ko tu. Pastuh aku nih bila call orang yang ko suruh bertanyakan tuh, aku blur apa benda orang tuh merepek. Dah aku tak reti nak explain balik kat ko baru ko nak terhegeh2 call orang tuh sendiri. Tuh pun aku dok pakat suruh ko call orang tuh sendiri, tak kuasa aku nak call balik pastu aku terpisat-pisat macam orang bodo ter "excuse me, excuse me" sebab aku tak paham. Dahlah Chairman pun instructed aku pi buat kerja yang memang sah2 tugas aku, pastu ko pun sama naik nak aku siapkan jugak kerja ko. Eyh memang banyak cantik lah.
Aku tak kesah lah orang kat office nak cop aku nih kurang ajar ke apa sebab berani nak menjawab si GM tuh macam tuh, tapi yelah, aku bukan kuli ko. Ye memang aku kerja untuk company, tapi aku tetap bukan kuli. Aku kerja office hours. Aku nak cuti and taknak buat kerja ko sukahati aku lah sebab aku cuti. Ko ada kerja ko. Company bayar belas2 ribu, takkan semata2 nak pergi meeting jer? Pandai-pandailah mainkan peranan. Pastu segala benda ko buat last minit kan, pastuh dah last2 minit tak settle ko pass kat office Kuching. Eeeeeee, tinggi betul darjat ko. Geramnya aku.
Aku suka company sekarang. Aku enjoy working for the company. Aku yakin dengan company sekarang. Tapi kalau selamannya aku kena bertahan dengan orang macam tuh, aku pun sama naik gila. Tak lama lepas tuh ko nampak lah aku bercakap sorang sebab dah gila melayan pompuan tu. Dahlah gaji aku tuh aku pandang jer lah sebelah mata, sebab aku suka environment kat company ni, tapi kalau dah ada colleague yang macam tuh, memang penyumbang besar faktor untuk orang desperate macam aku tiba-tiba hilang waras and berenti.
Dahlah. Aku nak sambung buat kerja. Kerja apa tetengah malam nih? Skati aku lah nak buat kerja ke nak main game ke. Tapi ingat aku hadap sangat ke nak berjaga mengadap blog nih kalau tak kerana aku rasa kena settle kerja?
Klah blah. Penghabis macam bangang lah kan macam biasa.
No comments:
Post a Comment