Hahahhaha kerja aku asyik lah tukar URL ngan blog name. Nampak nau taknak orang tau blog nih. Firstly aku nak merempan pasal boss aku. Ye, boss aku kan muda lagi uollss. Muda dari aku lagi. Anak tokey biasalah masok kerja memang jadi boss kan. So alkisahnya nih, aku geram sebab si anak boss nih, mentang-mentang dia tuh anak tokey, boss aku, boss kepada staff2 dia, so dia slalu lah pi tweet benda-benda berbaur macam orang tak paham dia buat apa, dia jer tahu so unless orang lain not in his shoes so tak payah nak bunyi2 sangat. Lepas tuh siap konon bertanya lagi, kenapa ye orang nak tweet2 and merempan2 dalam twitter, mintak kesian ke? Macam tuh lah bunyinyaaaa.
Weyh, dah kalau ko bayar gaji staff wayyyyy too low di bawah kelayakan dia, siapa tak bising kan? Dahlah tuh, siap cakap sendiri tak shopping sebab nak guna duit untuk syarikat, tak claim apa dari syarikat. Lepas tuh ko pergi company ayah ko nih (company aku kerja sekarang), ko pergi claim under company ayah ko. Eleh, ingat staff tak tau ke? Pastuh dia sendiri pi pukul canang satu kampung cakap beli songket harga ribu-ribu, tapi depan staff cakap tak shopping. Tak paham aku orang kaya nih. Apa kau cuba sampaikan??? Yang kau nih CEO so kau lagi terer? Please lah. Ramai lagi orang kat luar sana lagi berbakat, cuma bukan lahir dari keluarga sedia kaya macam ko k? Please jangan berlagak. Inilah dia masalah orang self-obsessed. Macamkan dia punya struggle nak naikkan company lah struggle paling gila dalam dunia. Padahal lepas tuh balik-balik korek duit bapak nak cover company dia. Geram aku dengan politik family dalam syarikat nih.
Eyh geram aku bila baca tweet2 dia. Sebab apa? Sebab berlagak. Self-obsessed sangat uolllsssss!! Aku tak pernah ler jumpa orang self-obsessed sangat macam tuh. Yelah, dia kan boss, anak tokey, plus ada company sendiri yang mana aku tengok staff dia dah kelam kelibut pakat nak resign semua. Pastuh siap ugut2 staff cakap kalau nak kerja, kerja jer tunggu gaji hujong bulan, kalau taknak boleh resign dia release serta merta kauuuu. Nampak nau tak reti nak handle, main ugut2. Aku lagilah tak reti, tapi sebagai leader, ko jangan lah main ugut2 macam tuh. Betul2, staff ko resign semua, menganga ko nak carik staff baru, pastuh nanti kitaorang yang under company bapak ko jugak jadi mangsa kena cover kerja company ko sebab understaff, tapi semua pakat kerja free.
Dah tuh, dia punya relative tuh, aku dapat tahu, masuk office lambat, half day jer lepas tuh buat statement keluar office awal sebab nak pergi office satu lagi (office tempat aku kerja sekarang). Ini serious aku baru tahu nih. Rupanya sepupu boss nih pergi cakap kat staff company X nih, dia half day am kat company X half day pm kat company aku kerja nih. Dah berbulan-bulan weyh tak pernah nampak batang hidung dia, gaji hujong bulan company aku bayar jer. Persoalan sekarang, ke manakah hala tuju sepupu dia selepas half day am di company X? Sepupu dia yang kerja kat company aku nih pun sama, kalau takda kerja, dia memang duduk main FB and Youtube dari pukul 10am sampai 6pm (office sepupu dia, skati masok kul brapa pun kot).
Nih sebelum nak cerita satu lagi nih, meh aku cerita sikit. Masa aku mula masuk kerja dulu, aku punya job scope kan jaga quality. QA and QC. Lepas tuh tiba-tiba kena manage pulak Fb and Twitter. Mula tuh aku mana ada smartphone nak OTG update itu update ini. Hp aku nak amek gambar pun bercinta sakan. So aku just buat FB page baru untuk company. So just manage through web. After a while ayah aku hadiahkan Samsung Note yang aku pakai sekarang, as a late graduation cum birthday gift. So bermulalah aku kena update OTG macam-macam benda. Masalahnya kannnn, heloooooo data aku sapa nak bayarrr?? Aku jugak?? Dahlah dengan nak upload gambar nya lah, dengan nak nak update itu update ini, banyak cantik. Tapi takpa, aku just buat jer. Almaklum staff baru orang suruh buat jer. Lama-lama tetiba benda FB nih jadi job scope aku. Chairman suruh aku manage. Ok takpa, aku buat.
Then bila aku fikir balik, FB nih dah masuk marketing part. Aku kena buat bacaan banyak-banyak kot untuk kongsi dalam blog. Nih malam tadi boss aku (orang sama crita atas nih) message FB personal aku suruh aku bagi kat dia FB plan untuk setiap minggu. Buat a schedule dalam seminggu tuh setiap hari nak update apa. Buat terus untuk 4 weeks, email dia every 3rd Friday of the month the advance another 4 weeks punya schedule. Ok itu schedule. Pastuh every Friday kena email dia next week apa intipati nak update kat FB, for each day punya. And then tak cukup dengan FB, disuroh pulak carik info and sediakan info untuk education/promotion program dekat exhibition booth.
Bila aku fikir lama-lama sampai otak jam nih, aku hairan. Apsal kerja-kerja marketing, exhibition semua aku buat? FB lah exhibition booth lah. Dahlah aku kena membaca and surf info banyak-banyak. Dah tuh, marketing dia buat apa? Jumpa travel agency? Itu seminggu 2 kali jer dia pergi. Hari lain dalam office tuh buat apa? Duduk melanguk layan iPad dia bisness direct selling dia tuh. Tak pun lipat kotak packaging. Aku pun boleh. Dah tuh marketing exec dia bila boss suruh carik info/history on product kitorang, dia boleh pulak suruh aku search then copy paste lam word nanti dia baca and pilih-pilih sebab alasan dia laptop baru reformat microsoft dia tak ori so takleyh nak buat kerja. Eyh please laaaa. Yang kau pergi reformat dekat luar tuh apsal? Sister company ada IT department boleh buat, pakai microsoft license ori. Apsal bodo sangat? Malas kan??? Cakap jer lah kau malas. Hari-hari aku tengok kau tengok iPad reply2 message, main wechat borak pasal direct selling kau tuh.
Kadang kadang aku rasa nak give up jer. Yelah nih boss suruh aku buat FB nih 7 hari seminggu hari-hari update. So sabtu ahad aku tak perlu rest lah? Kerja macam keldai jugak? Just because ko boss yang kerja 24/7, aku yang makan gaji pun kena ikut rentak ko? Eyh please, aku dibayar gaji kerja 22 hari seminggu jer. Bukan macam ko, kerja ke tak kerja, duit tetap ada. Aku kerja lebih2 bukan ada OT ke apa. You are running the business, so it is normal lah for you to constantly be on the job.
Aku tau dengan business jer kita boleh berjaya, kaya. Tapi kalau ada boss macam nih, company besar mana pun lingkup oiiii. Management fail. Job distribution fail! Ko ingat sebab nih company family, kecik-kecik, ko boleh suka hati lah bagi siapa-siapa buat kerja kau nak? Aku nih nak kena persiapkan report post-inspection MOH hari tuh pun tak cukup tangan. Kau pulak sebok-sebok nak bagi kerja merapu-rapu. Sakit jiwa aku. Dahlah kena close all the gaps by end of this month untuk corrective actions tuh.
Tapi dalam kepala hotak aku set macam nih jer: challenge accepted! Aku akan siapkan schedule siap untuk 3 bulan, material untuk 3 bulan in advance so kau tak kacau aku until January next year!! Boleh aku focus untuk kerja lain. Hujung-hujung tahun nih banyak benda kena settle, lagi-lagi renewal macam-macam license. Itu pun akuuuuuuuu buatttttt! Nih aku kena siapkan untuk 1st month dulu esok nak submit segala-galanyaaaaaaaa. Sabtu Ahad nih aku struggle buat kalau dapat 6 bulan terus. Biar tak ada alasan marketing side nak kacau aku. Asal marketing matters jer aku yang kena. Apa aku nih department marketing ke?
Oklah, punya lama aku dok menaip nih. Kejap-kejap taip, pastuh stop buat kerja. By the time sambung type dah lupa nak cakap apa dah. Aku nak buat kerja dulu. Nanti kang aku merempan lagi.
*flips tudung*
No comments:
Post a Comment