Tuesday, May 25, 2010

Week 3..........

fuhhhhhhhhhhh~~

lama betul rasanya tak membebel kat blog nh. ermmmmmm. last bila eyh? minggu 1st LI kot kan? sekarang dah minggu ke-4 dah LI. sekejap pulak rasanya. tinggal 3 minggu sebelum tamat LI nh. macam biasa jugak, minggu ke-3 penuh dengan report yang nak disiapkan.

hari Khamis lepas aku pergi ke Ladang Kelapa Sawit di Simunjan. naek 4wD. adalah dalam 3 jam lebih jugak nak sampai sana. sebab ujan melebat gila-gila. naek seram aku sebab tak nampak jalan. bukan nak kata aku drive ke ape, tapi dah aku dok seat passenger depan tuh. ala-ala seram nengok jalan. nampak tak nampak je jalan depan. seb baek masa tuh blom masok jalan yang ala-ala off-road kan. kalau tak, lagi seram. bertolak dari ofis dalam pukul 8.40am. sampai ke daerah Simunjan dalam 12pm gitu.

jauh jugak eyh Simunjan nh. adalah dalam 2 kali naek feri. yang 1st tuh merentas Sungai dekat Samarahan tuh. itu kecik jer. tapi takdelah kecik mana pun. hehehheehhehe. tapi since masa tuh masih ujan kan, so seram jugak. kepala otak dah imagine-imagine buaya bagai nh kan. hohohohohoho. btw, nh 1st time aku jejak kaki ke Simunjan. second pulak naek feri dekat Batang Sadong. perghhhh. ini lagi seram. sungai adalah melebar ok~ besar~~ huhuhuhuhu.

sampai-sampai kat daerah Simunjan tuh, pergi lunch dulu. masa tuh dalam 12 lebih tgh hari dah kot. dahlah baru lepas ujan lebat, sejuk-sejuk nh cepat lapar. ngeh3. lepas makan, adalah dalam 12.30pm gitu gerak ke ladang tuh. wohohohhohohhoho. mula-mula masok nak ke ofis state tuh, ok lagi jalan nya. masa on the way nak sampai ke sampling point tuh, ya Allah. hazab okkkkk!!! melambung-lambung dalam keta. hajat di hati nak snap gambar kenangan dari dalam keta. tinggal mimpi. ape barang nak pegang kat tangan pon macam sekali melambung-lambung. aku duduk seat blakang dengan Hamzah. seat depan pulak Mac, ngan state manager, En Azam. barang-barang yang aku pegang semua aku masok dalam beg. kalau tak, jawabnya melambung entah ke mana. huhuuhuhuhuhuuhu. ade 3 sampling point kena pergi. tapi disebabkan perjalanan dia sangat mencabar montot aku, rasa macam nak pergi 30 tempat jer. aku ngan Hamzah memang sorang pandan sorang then gelak-gelak. dah macam apa jer ktorg kat belakang. orang depan less melambung pulak aku tgk. huhuuuhu. si Hamzah tuh siap ade terhantuk-hantuk ngan cermin keta. kesiannnnnnnnnnnnn.

aku pulak bersungguh-sungguh nak snap gmbar dari dalam keta. sebab nak amik gmbr keadaan persekitaran ladang untuk report. tapi cermin tingkap keta nh sangatlah clear berkilat smpai reflection aku pon masok dalam gambar. ceyh. rosak gambar. nak bukak tingkap, kang melambung kamera orang. tuh pon berkali-kali snap baru dapat satu gambar. yang laen tuh hancuuuuuurrrrrrrrr. blur yang amat. asal aku tekan shutter jer, mulalah melambung-lambung. mana tak gambar semua ke lauttttttttt~

paling adventurous skali kan, masa nak pergi ke sampling point yang kedua. tempat dia ujunggggggggggggggg skali dalam ladang. kira paling jauh. dalam setengah jam dari sampling point 1st. 30mins dalam kereta melambung-lambung. seb baek tak muntah jer. hohohohohohoho. mula-mula jalan batu-batu, lobang-lobang. dah makin jauh, makin dekat ngan sampling point tuh, jangan kata lobang ngan batu, jalan pon tak nampak!! sebab lalang dah meninggi hampir-hampir sama tinggi ngan keta tuh. perghhhhhhh. memang tak nampak jalan langsung!! cuak okkkkk!! ladang kelapa sawit nh kan macam ada saliran-saliran or lebih kepada longkang-longkang besar untuk air sungai mengairi ladang tuh. so kira macam kalo ko termasok dalam longkong tuh, jawabnya tenggelam ler. memang berhati-hati lah kan. seinci-seinci jer bergerak. kot-kot masok longkang. kang tetiba masok sungai tempat sampling lagi haru. dah sampai dah kat sampling point. kuar keta tuh, memang tawakal jer lah. redah jer lalang-lalang tuh untuk ke tebing sungai. jangan ada buaya dahlah. ular pon janganlah time-time tuh nak muncul kan. aku men pijak jer lalang tuh. entah tanah ke lobang ke, dh tak dapat nak beza. tak nampak apa. cepat-cepat amik sample air. then buat in-situ test then masok keta balik terus blah ke 3rd point.

3rd and last point nh watergate dia. kira macam tempat air dari ladang masok ke saluran sungai lah. yang En Azam nh pulak bersungguh betul lah dia pergi cerita pasal buaya. dok cakap masa buat watergate dulu ada buaya 2 3 ekor timbul. seram ok. dahlah besar giler longkang dia. dah macam sungai dah kat cnh. kata pun pertembungan dengan saluran sungai kan. aku dh mula lah imagine balik pasal buaya. kang tak pasal-pasal tengah aku dok snap-snap gambar sampling point tuh, ade jer yang keluar dari sungai naek ke tebing. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! seram ok seram!!!! masa nak sampai ke sampling point nh pon nampak lah dekat-dekat ctuh punya pokok sawit tuh dah lebih separuh tenggelam sebab air naik. keliling jalan tuh semua tenggelam ngan air. eeeee. seram-seram~~

dah sudah sampling semua, balik lah ke pangkal jalan. cuca pun sedang elok jer mendung cerah-cerah malu sket. sejuk jer. sambil layan mp3. masing-masing aku ngan Hamzah tahan ngantuk. kadang-kadang lelap gak. si Hamzah nh pulak gigih hafal jalan sebab one day dia pulak kena drive bawak personnel ofis nh sampling. Mac pun sambil dengar lagu tahan jugak mata dia tuh. Mac pon cter-cter jugak, yang ladang satu lagi tuh lagi dasyat dia punya jalan. keta kompom kaler tanah kuar dr ladang tuh. nh kira ok nh tak becak mana jalan dia sbb banyak batu. huhuhuhuhuhu. takleyh nak imagine. tuh pon ari tuh enjin pon mati 2 3 kali jugak. huhuhuhuhu.

mehlah tgk gambar-gambar yang ada dalam phone aku nh.

ujan lebat. air sungai tuh naek ohhh. buaya T__T

nh masa nak masok feri. eeeeee. seram seram. sebab sungai sarawak kan. dalam kepala nampak buaya jer.

nh pulak atas feri. Primerose I kot tertulis kat ctuh.

lamanya tak naek feri.

sebenarnya, aku amik gmbr nh tanpa tengok screen phone. skali dah snap ada pulak pakcik tuh kat ctuh. aku amik sbb nak tunjuk, yg keta ktorg paling last dalam feri. siap terkeluar-keluar dari badan feri. tuh kalo feri tuh naekkan tempat pakcik tuh berdiri, kompom dh kena hempap ktorg ngan mende hijau tuh. kalo brek tiba-tak makan, memang arwah dah masok sungai tuh ha. huhuhuhuhuh. masa nak masok tuh dah dalamhati aku dok terpk-pk, mane muat. skali orang jaga feri tuh cakap muat. perghhhhhh. seram sejuk aku!

nh pemandangan masa dalam perjalanan ke daerah Simunjan. dahlah lepas ujan. sejuk ok bila bukak tingkap. udara fresh gila. sukeeeeeeee~

saje amik dua kali :P

haaa. tengok jalan tuh. tuh lah satu-satunya jalan. dahlah 2 hala ok~~~ yang lalu pulak bukan nak kecik-kecik. lori sawit lah, jentera lah. kalo dah betembung tuh, pandai-pandai lah bahagi jalan tuh. kalo tak reti, kompom terbalik masok semak seblah tuh. jalan dia batu-batu. sempit. iskk. memang haru btol. seram jer aku bila bertembung ngan lori or jentera berat. huk3.

haaaaaa. yang nh masa otw nak balik ke Kuching. kat feri Batang Sadong. cuba tengok kelebaran sungai tuh. besar giler kan?? huhuhuhuhuhuhu. nh tengok dalam nh macam takde ape. cuba tgk real. seram jer tengok sebab sangat tinggi ok masa nak turun masok feri tuh. eeeeeeeeeeee. terbabas-babas masok sungai terus, arwah terus. imaginasi aku nh melampau-lampau betol kan? huhuhuhuhuuhuhu. masa baru sampai ke feri nh lagi haru. maksudnya dari arah Kuching pagi tuh. sebab apa aku cakap haru??? ujan kan lebat masa tuh. pastuh tambah pulak dengan arus sungai deras gila. masa feri tuh nak sampai jeti nh, siap lawan-lawan arus n siap langgar-langgar gedegang-gedegang tiang yang itam tuh tau. yang itam tuh tayar dorang susun. bergegar montot aku dalam keta tuh masa feri langgar tayar-tayar tuh. eyhhhhh. sumpah takot giler ok~ aku tengok jer masa tuh feri memang dah dekat gila ngan tayar tuh. aku dah bising-bising cakap mesti langgar punya. boleh si Hamzah cakap tak. skali dah langgar, terus dia cakap "eyh, aok ooo. langgar duhal". cissss!

haaaaaa. ok lah nh. nh keadaan aku di opis masa lunch hour kot. tak balik umah. ngeh3.

ok lah tuh. entry diakhiri dengan muka jakun pemilik blog. kikikikikikiki. Jumaat cuti yay!! tapi Sabtu keje. tappi dorang cakap maybe pergi Santubong jungle trekking. pergggghhh. rajin tul company nh. last week nye Sabtu, magok gym exercise. tiap working Saturdays nh adalah hari riadah. hohohohohohoh. company ko ade? hihihihihihihihi.

klah. penat menaip. nanti update lagi ye. nanti tuh tak tau bila lah. :P

p/s: nh sebenarnya dah ala-ala demam nh. sakit tekak, penin...asma lagi. huhuhuhuhuhu. klah, musim demam nh kot. huhuhuhu. rindu :( ke demam rindu?? hua hua hua hua. *geli*

No comments: