Selamat Hari Khamis semua~~
aku hari nh tak turun kerja macam hari-hari lain. alkisahnya, aku baru jer discharged dari emergency room malam tadi. aku kena tahan dekat ctuh for one night untuk doc monitor keadaan aku. huhuhuhuhuhu. gila ngeri semalam.
kisah bermula masa Mama balik dari shopping barang-barang dapur. aku dah tahap kronik sakit tekak n batuk-batuk. so aku tanya Mama, ada antibiotik tak. and memang umah aku takde antibiotik nama erythromycin sebab aku alergy dengan antibiotik tuh and jugak pernah kena alergy reactions sebab makan ubat tuh. itu kesah dulu masa mula-mula baru tau alergy ngan erythromycin nh. sebab dah kena tuhlah baru tau tuh. umah aku takde erythromycin, tapi ada penicillin V. so Mama aku bg aku makan lah antibiotik penicillin tuh, which aku tak pernah consumed before. kira 1st time lah makan penicillin tuh. lepas makan penicillin 2 bijik, aku amik ubat batuk pulak, errrrrrr, lupa nama ubat tuh.
mula-mula lepas makan dua-dua ubat tuh, aku rasa ok lah sakit tekak. itu masa 1st minit lepas makan. then, about a minute later, badan aku mula gatal-gatal. aku dah suspect dh macam alergy masa tuh. aku just garu-garu sikit-sikit. pastuh cakap kat Mama macam alergy ubat jer. then Mama bagi loratidine untuk counter balik alergy reactions tuh. lepas makan loratidine, hati rasa lega kunun-kunun akan ok lah after few minutes. tapi, lama-lama tuh aku dh rasa panas-panas dah kulit aku. then aku dapat rasa aku punya badan macam mula kebas-kebas. lidah aku pulak rasa gatal yang amat macam gatal ko makan nenas tuh kan smpai aku rasa nak gigit-gigit jer lidah aku masa tuh. pastuh aku dapat rasa gatal lidah tuh merebak ke tekak. then aku terbatuk sekali harung punye sampai aku terkencing. lepas aku bersihkan diri semua, aku duduk balik depan tv. masa tuh aku tgk hujung-hujung jari aku semua dah kembang and keras and merah giler. and badan aku semua merah. "takpelah" aku cakap kat diri masa tuh. maybe loratidine belum bg kesan. tbe-tbe aku nye vision aku nampak kaler putih ajer. terus aku nanges and jerit kat Mama yang duduk seblah aku masa tuh and terkapai-kapai nak pegang Mama and aku cakap kat dia aku tak nampak apa-apa.
masa tuh aku berdiri nak berjalan, hampir-hampir aku jatuh. kalau ayah tak sambut aku masa tuh, aku kompom kepala aku dah terhantuk kat meja depan aku. then ayah aku papah aku pergi bilik amik jaket aku. amik wallet aku and terus gegas ke hospital. aku masa tuh antara sedar tak sedar. nak bernafas tak boleh. mata asik nak pejam. Mama and Ayah dah panggil-panggil nama aku supaya aku tak tutup mata. bila dah sampai hospital, aku macam boleh nampak-nampak sikit dah. and aku perasan dorang bawak aku ke hospital swasta, which dalam hati aku masa tuh, mesti mahal giler nh. aku nak cakap jer kat dorang bawak jer aku kat hospital kerajaan, tapi aku tak mampu nak berkata-kata. lagipun hospital kerajaan jauh, 15 minit baru smpai. masa keluar dari kereta and pergi duduk ke kerusi dekat lobby emergency department tuh, aku dah antara jejak tak jejak je tanah. aku tak dapat rasa kaki aku berpijak. and masa tuh hampir jugak aku collapse kat kerusi ctuh, just naseb baek aku sempat duduk. then, nurse bawak kerusi roda and usung aku ke emergency room. masa tuh aku boleh dengar dengan jelas ape orang cakap, tapi aku tak nampak sangat and aku tak dpt nak bukak mata, apetah lagi bercakap.
aku tau semua dalam tuh kelam kabut giler. termasuk Ayah n Mama. aku tak rasa ape. tapi aku dah boleh nampak sikit-sikit. aku nampak nurse tengah cucuk jarum kat tangan aku nak masukkan IV. tapi serius aku tak dapat rasa pun jarum tuh. lepas tuh dorang bagi aku oksigen. tinggikan sket katil tuh supaya aku boleh bernafas. then masa dorang amik blood pressure (BP) aku, dorang macam terkejut sangat sebab BP aku sangat rendah. sampaikan semua orang termasuk Mama aku dah kelam kabut. aku boleh rasa dorang amik BP tuh lebih dari 5 kali and still BP aku tak naek walaupun antidote dah dimasukkan kat badan aku melalui IV. siap Mama boleh cakap lagi, rosak ke mesin dorang nh. Doc perasan Mama aku adalah nurse sbb masa nurse laen tengah sebok prepare ubat semua, Mama aku yang amik BP aku. sampai tahap Mama aku mintak manual punya BP device tuh. Masa tuh aku perasan Mama tengah nanges. dia try amik BP aku pakai manual, still rendah and tak naek-naek. dia pakai stetoskop tuh nak dengar nadi aku, tapi dia tak dapat dengar apa. sampai aku dengar Mama macam mengeluh nanges sebab dia tak dpt dengar nadi aku. aku masa tuh dh terlampau lemah and aku tak boleh nak cakap or bukak mata. aku tau kalau orang pegang tgn aku, and lepaskan, tangan aku terasa longlai sangat.
Ayah aku pulak keep on calling my name. berkali-kali dia panggil nama aku kalo dia nampak aku tutup mata. "Ain, bangun Ain, bangun. Jangan tutup mata.". Ayah aku berkeras suruh aku bukak mata, and bernafas dalam-dalam. tapi aku tak mampu nak menarik nafas. aku tak dpt ikut rentak Ayah aku bila dia sebut breath in...breath out. aku bernafas laju giler. dia urut-urut kaki aku, lengan aku. tapi aku tak rasa apa. aku rasa kejang. lepas tuh datang pulak radiographer nak amik X-ray aku. dia suruh aku angkat badan sebab nak letak tray kat belakang aku jangankan nak angkat badan, tgn pun tak mampu. so nurse yang kena tolong aku tegakkan badan. sementara tunggu result X-ray, dorang keep on amik BP aku. naekkan dose ubat dalam IV aku. lepas result X-ray sampai, aku dgr doc cakap, X-ray chest aku normal. aku tak sure kalo BP aku tuh rendah mane. tapi kan usually orang ade BP rendah and doc pun takdelah panic kalo BP org tuh rendah. tapi yang aku tau, BP aku sangat-sangat rendah macam jantung aku tuh hampir nak berhenti. sebab tuh dorang tak bagi aku tutup mata. nak pastikan aku masih sedar.
2jam jugak dorang berusaha, baru aku stabil. lepas dah agak stabil, doc cakap dorang kena tahan aku untuk satu malam. aku sebenarnya taknak sbb tau mahal sgt. boleh jer kot balik rumah. tapi doc takut nak lepaskan aku sbb kat umah mane ade oksigen tuh. so aku bermalam kat hospital. masa tuh aku dengar doc ckp, takpe, esok pagi ur parents datang amik. aku dengar jugak Mama cakap, "Ain, Mama n Ayah balik dulu ye, pukul 1am dah nh. esok kami datang amik ye". aku just angguk jer. masa tuh aku kesejukan. sampai tahap badan aku meronta-ronta sebab menggeletar. perut aku rasa kejang. gigi aku terketar-ketar. tangan aku menggigil-gigil.
then parents aku pon balik tinggal lah aku sorang dalam emergency room tuh. being monitored bergilir-gilir oleh 2 orang nurse. once in a while, dalam tdo aku tuh, aku sedar dorang amik BP aku. BP aku mula normal 2 jam lepas aku masok emergency room tuh. lama giler low BP. doc cakap ngan Mama, usually ubat yang orang bg untuk alergy reaction, dose dia tak sebanyak yang aku dapat. orang slalu ckit jer and dah mula stabil. tapi aku sangat teruk. doc sangat terkejut bila Mama cakap aku mula dapat reactions yg teruk just 5 minit lepas makan ubat tuh. condition aku memang sedia maklum orang tau sangat teruk bila Mama aku cakap aku nh dr dulu under supervision doktor pakar kulit. dorang tau aku nh ada masalah alergy yang kronik.
malam tuh lepas aku stabil, aku tak boleh tdo lena. rasa sesak sangat nak bernafas pakai oksigen yng letak kat hidung tuh. berkali-kali jugak aku bgn malam tuh sbb rasa terganggu dengan nasal ape entah nama bendalah tuh. badan still rasa kebas. even sampai sekrang rasa lagi kebas. aku maseh tak boleh nak genggam tangan. or bila berjalan rasa macam pijak tempat lembut yg tak rata. huhuhuhuhuh. tdo malam pun aku berpeluh-peluh. then bgn pagi pukul 5 lebih dikejutkan oleh suara Mama. aku dengar Mama cakap-cakap dengan nurse. tapi mata still susah nak bukak. then bila Mama dah pgg tgn aku, baru aku bukak mata. Mama tgk aku sedar, terus Mama cakap. "Ain, Ngah Man dah pergi. dia meninggal pagi tadi. pukul 1am. Masa Ain dah stabil tuh, otw nak ke rumah, Ayah dapat call dari Pak Nawi(adik ayah sorang ag) cakap Ngah Man meninggal dekat Saratok, accident. Meninggal on the spot"
masa tuh aku rasa nak pengsan balik. dalam hati aku dok berkata "nh mesti mimpi nh". tpi rupanya memang realiti. Uncle aku, adik lelaki bongsu Ayah, Ngah Man, dah meninggal. masa kecik aku rapat sangat dengan adik-adik lelaki Ayah 2 orang tuh sebab muka dorang mirip sangat Ayah. sedeyh sangat hati nh bila kenangkan balik. paling ironi nye kan, malam tuh masa aku kritikal, Ayah dah nanges-nanges peluk aku, peluk kepala aku, kiss dahi aku berulang kali cakap "Ain sayang, jgan tutup mata ye sayang. Ayah ada nh". and bila aku dah stabil, Ayah menangis lagi sekali, sebab kehilangan adik dia. ironi kan? aku stabil pukul 1am. pukul 1am tuh jugak Ngah Man aku meninggal. bagai dia mengganti nyawa aku pulak. sebab tuh aku rasa sedih teramat.
aku tanya Mama. since masa berita tuh sampai ke family wife Ngah Man pukul 1am, aku tanya Mama, semua orang dekat umah Ngah Man ke? Mama cakap aah. semua ada. nenek sedara, cousin-cousin, uncles aunties semua berkumpul umah Ngah Man. masa tuh Ayah and Pak Nawi otw ke Hospital Saratok. kiranya yang datang amik aku dekat hospital pagi tuh, hanya Mama. sebab aku tye mane Ayah pagi tuh, tuh yang Mama btau pasal Ngah Man. Saratok nh dalam 3 ke 4 jam drive from Kuching. masa aku menaip nh, semua orang di rumah arwah Ngah Man menunggu jenazah sampai. masa dalam kereta dri hospital pagi td ke rumah, aku tanya Mama, adik-adik tau tak Ngah Man meninggal sebab masa tuh kan pagi-pagi awal mesti dorang dah tdo. Mama cakap dorang tau. sebab ayah dapat berita tuh masa baru nak sampai umah. sampai-sampai jer Mama cakap Ayah meraung nanges "Azman, adik aku dah takde". and Mama cakap adik-adik semua peluk Ayah. aku rasa Ayah sangat sedeyh jugak sebab dia dah lama tak nmpak Arwah Ngah Man sebab masing-masing busy. aku rasa last aku salam cium tgn arwah, 2 tahun lepas. sebab tahun lepas aku tak balik raya. and masa Mama cakap Ayah menanges tuh, aku terus teringat. masa Arwah Nek Aji aka Ayah kepada Ayah aku meninggal, Ayah lah orang yang tak dapat terima kenyataan sampai taknak naek rumah atok sebab taknak terima kenyataan. seharian dia mengelak naek ke rumah walaupun masa tuh rumah atok penuh dengan sedara mara be it di dalam atau di luar rumah.
petang nh Mama nak amik aku untuk ke rumah arwah. Mama cakap semalam masa semua orang ada dekat rumah arwah, sedara mara semua bertanyakan aku. and Mama cerita dekat semua and btau aku dekat ward. and tadi Mama call, cakap dia amik ptg nh sebab semua orang dh carik aku.
sungguh di luar dugaan kan perancangan Allah. Ayah hampir kehilangan aku, tetiba betul-betul kehilangan adik dia. memang hari yang penuh dukacita untuk Ayah 26 and 27 Mei 2010 nh. bagaikan Arwah Ngah Man menjadi pengganti untuk nyawaku. huhuhuhuhuhuhuhu.
oklah. sampai cnh sahaja catatan hari nh. aku tak rasa penat pun menaip panjang-panjang nh sebab aku tak dapat merasa keyboard nh. badan aku maseh kebas-kebas. doakan aku cepat sembuh.
Alhamdulillah, sebab aku masih boleh bernafas.
p/s: Al-Fatihah untuk arwah Azman Pawzi..........Amin~
2 comments:
omg..im sure u were allergic to penicillin.....must take more precautions next time :-)
huhuhuuh...
will do....
thanks ya :)
Post a Comment