hie...
this is the fifth day im doing my practical here in this company. so far everything's fine. macam yang aku pernah mention before this, semua orang sangat friendly. very very friendly. which is aku suka sangat. :) semalam petang baru lah bos mula masuk ofis. tapi aku belom lagi pergi jumpa dia. busy betol everyone. even aku mintak keje pon, takde yang dorang ada nak bagi kat aku. ok. so sekarang aku sangat free sebab semua keje aku yang dah bagi 2 hari lepas aku dh siapkan semalam. and hari nh pon aku just edit-edit jer report yang aku buat tuh. since our client until now tak bagi lagi progress report dorang for March, so tak dapatlah aku nak proceed on report aku untuk chapter progress report ladang tuh. so kenalah tangguh until i get the report. gila apa. dari sebelum aku masok lagi report tuh tak sampai lagi dekat kak Azimah satu ofis aku nh. tadi pagi call pun baru ada dekat ofis orang tuh. and baru nak btau tak dpt nak bg. adoiyaiiiiii. minggu depan kena submit dah report EMR nh. hmmmm. takpelah. janji yang dh ade tuh dh siap. kak Azimah pun cakap tunggu jer lah. tak boleh nak buat apa.
itu pasal LI aku. pasal hidup aku lepas balik umah lak? so far, sangat relaxing. it's fun to have the familiar faces around. even fun bila familiar faces tuh adalah the family itself. everyday ada jer lah nak dilayan kerenah adik-adik nh. lagi-lagi aku bagi PSP tuh amanahkan dekat dorang. yelah, aku nak main PSP tuh pon weekend jer ada. sabtu yang aku tak keje cuma 1st and 3rd week. sabtu selain tuh, keje. so, dorang lah yang layan PSP tuh. gila ok. aku main PSP tuh pon dua hari sekali baru charge. dorang nh sehari 3 kali charge. gila mantap lah main. siap tunggu turn. adoiyai. lagi gila, bila dorang sanggup tdo lewat sebab tunggu PSP abes charging. adoh2. seb baek yang sorang tuh tunggu result matrik. yang sorang tuh confirm aku paksa suh blaja sbb tgh trial SPM kot. gila apa main PSP jer tak blaja. aku tak berani biar dorang charge PSP time tdo. kang sampai ke pagi kang. mau cepat flat batt tuh kang. pandai main, pandai lah jaga. hohohohohoh.
setakat 6 hari kat cnh, aku kurang layan phone. sms, call semua kurang. even malam-malam pon aku tak online. aku balik keje kol 5.30pm gitu, aku tak online kat rumah. online time ofis hour jer. lagipun broadband celcom buat hal. tenet macam haram. plus, hati aku takde rasa nak melayan internet. even adik aku online dekat laptop lagi satu tuh pon aku takde rasa nak menyemak kat laptop tuh nak online. apetah lagi nak on lappy aku nh. lagi malas. kol 9pm or 10pm aku dah tdo dah. hihihihihii. gila awal tdo. semua sebab taknak ngantok kat ofis. berkesan lah jugak tdo awal tuh. tapi tak tau lah kalo malam ahad cmne kan. ari-ari wajib layan citer ADAMAYA ok sebab nak tgk Amani yang comel tuh and Adam yang hensem tuh. benci DANI ok! tetibeeeeeeeee.........
nh aku nak cter kejakunan aku. kan ke umah aku dah tukar pakai plasma tv tuh. adoiyai. gila lah aku tak reti ok nak pakai tv tuh. aku tunggu orang on lagi ada. sebab aku rasa mcm susah btol lah. sebenarnya bukan susah nau pakai tv tuh. mcm tv biasa jer. yang susah tuh sebab masa Ayah bli tv tuh, dia datang skali dengan pakej Astro Beyond. so tukar ler ke Astro Beyond terus lah kan. ya Allah, punyelah aku tak reti nak control Astro tuh. nak cek info pon laen dah. semua kene tanya adik. dahlah dia macam nak taknak jer jawab aku sebab busy maen game PSP tuh. seb baek PSP aku, kalo tak mau aku campak jer haa baru tau. dah tuh kalau nak tengok info ke ape, haruslah aku suruh adik aku tekan-tekan. malas eyh nak amik tau.
since aku kat Kuching selama 6 hari nh, aku belom merasa lagi makanan Sarawak. oh my oh my. aku tunggu weekend nh, specifically hari Ahad nh. sebab selalu hari Ahad lah dapat makan mi kolok or laksa sarawak. both faveret ok. kalau laksa tuh, siap nak bli 2. huhuhuu. tengok kedai lah. ade kedai byk dia letak. ade kedai tuh seciput. makan dua tiga suap abes dah T___T and aku rindu roti canai, karipap and murtabak nenek buat. karipap dia terbaek ohhh! setakat aku duduk banyak-banyak negeri kat Semenanjung, belom .ada buat karipap macam dia buat. sedap sangat. dapat isi karipap untuk ratah-ratah pun jadiklah. sedap oh isi karipap nenek buat. kalo balik Sibu mesti dia bagi aku ratah-ratah isi tuh. iskkkk. nenek, datanglah Kuching bawak makanan! hehehehehee :D
ermmmm. driving lesson entah bila nak amik. keja sampai Sabtu. Ahad of coz nak rilek2 kat umah. aku rasa yang bekerja tuh pahamlah kot. mesti malas n penat jer rasa nak kuar kan?? aku yang baru 5 hari bekerja nh pon dah terasa penat giler duduk ofis nh. lagi-lagi bila takde keje. lagi penat. penat ok melanguk. itu pon keje jugak. keje melanguk. bila ada keje jer aku rasa mcm bertenaga sikit. sebab tak boring. so bila keje dah siap nh, datanglah boring balik. dah mintak keje lagi pon dorang cakap setakat nh belom ada nak bagi lagi. lepas nh adalah, so tunggu sahaja lah dorang bagi. driving lesson, nanti lah tgk ape boss besar iaitu Ayah cakap. kalau dia cakap amik kat KL nanti, so kita amik lah kat sana jer. lagipun risau jugak kot-kot tak sempat nak abeskan smpai test JPJ. kalau sempat test JPJ and lulus terus bagus gak. tapi dibuatnya tak lulus? mati! dibuatnya kena test lagi and masa tuh dah balik KL start sem, mati lagi! adoiyaiiiii. so kita tunggu dan lihat jer lah. aku ada setahun lagi before abes blaja and bekerja. so ada banyak masa nak pergi driving lesson. itu nanti lah fikir kan.
hari nh tak balik umah masa lunch hour. tempat aku LI nh belakang jer umah aku. kira dalam 10minit jalan kaki dari umah jer. hari-hari aku jalan kaki ok. pagi, tgh hati and petang masa balik. 1st n 2nd day macam penat jer. tapi dah mqasok hari ke-3 tuh ok jer takda rasa apa. rasa masa berjalan-jalan dalam kawasan fakulti/kolej jer. keh3. tapi kan, bukan senang ok. hari-hari kena mengharungi pelbagai dugaan masa tengah jalan kaki. lagi-lagi bila nak hujan tuh. perghhhhhhh. laju giler kot aku jalan. dengan bawak 2 beg. dah macam ape jer. itu ok lagi. dibuatnye kereta lalu pastuh *splassshhhhhhh* air jalan percik. gila ok. boleh gila kalo macam tuh. kena air ke basah ke no hal lah boleh tukar baju. nh, kena harungi anjing-anjing. adoiyaiiiiiiiii. anjing tuh kalau comel aku tak kisah. nh stok yang kurus-kurus takpun besar-besar tinggi-tinggi punye anjing. tambah pulak jelingan maut dekat aku. pastuh muka dahlah garang. macam bersiap sedia jer nak kejar aku kalo aku terlaju sikit jer berjalan. siot jer anjing-anjing nh. kang aku pijak kang baru tau. tapi aku yang susah pastuh kena samak pulak kan. iskkkkk. seram ok. pastuh tengah jalan-jalan, kat lorong umah yang sunyi tuh. sunyi sangat especially time lunch hour balik tuh. dahlah tengah macam cuak-cuak jalan sorang-sorang, tengah dok fokus-fokus nak balik umah, tengah dok mata stret jer tgk depan, tba-tiba lalu 2 3 umah, anjing hok besar itam tuh menyalak-nyalak kuat giler punye. seb baek tak pengsan sbb heart attack ok!!! seb baek anjing tuh kena rantai and pagar rumah tuh tutup. hoiii hanjing!! muka aku ada macam nak merompak umah ko ke?? nyampah ok!!
eyh klah. panjang berjela pulak. hek3. selamat berhujung minggu semua. aku online office hours jer ye. eyh, kakak dah jual kucing dorang Si Putih and bakal give away Si Oren tuh esok. sedeyh nyeeeeeeee!!!!
p/s: apa itu kawan? sahabat? teman? teman istimewa? haihhhh. apa-apa lah awak. saya terima ajer lah. we had been talking about this hundreds of times. and again, i'll say the same thing, saya ikut awak jer lah kalau itu yang menenangkan hati awak.
No comments:
Post a Comment