Sunday, May 30, 2010

Bila hati ini mula terasa........

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.

sedeyh :( sangat sedeyh. hati asik terasa lately. mungkin jugak sebab tengah menstrual cycle. nak kata PMS, mungkin jugak. tapi dah asik terasa eventhough seminggu sebelum menstrual. ke still PMS tuh?

entahlah. susah nak paham lah hati sendiri. sikit-sikit terasa. sikit-sikit terasa. sakit jiwa oh macam nh kalau selalu. huhuhuhuhuh. tapi memang hati dah terasa jauh dari dia. kalau dulu sangat seronok sebab selalu dia call. sekarang, ermmmmm. aku rasa dah nak dekat 2 weeks jugak tak dengar suara dia langsung. hmmmmmmmmmm.

kalau dulu dia cakap sunyi kalau aku takde. in other words, aku pun sunyi kalau dia senyap. up until now aku rasa sunyi sangat. hari-hari aku tak rasa full. aku rasa kosong. entah. hati macam rasa dia dah tak perlukan aku dah. aku rasa dia dah cukup dah ada kawan-kawannya. aku nh sekadar penghilang bosan dia kalau dia takde orang nak diborak. bila ada kawan kawan dia dah, mesti takde dia text dah. and aku rasa dia dah bosan kot ngan aku? maybe kan?

ermmmmmm. takpelah. aku tak demand apa-apa. dia nak kawan ngan aku, kawan lah. aku taknak putus kawan pon dengan sapa-sapa. dia dah bosan ngan aku, aku takkan kacau dia. as simple as that. aku wish dia hepi slalu jer. sentiasa nak dia hepi selalu. dengan aku ape pon dia tak dapat. baek dia kawan ngan orang yang bagi manfaat bagi kebaikan kat dia jer kan.

apa-apa pun, aku just terlalu rindukan dia. lama sangat tak dengar suara dia. lama sangat tak borak-borak dengan dia and gelak-gelak. rindu sangat dengan gelak dia. rindu sangat nak tengok dia. rindu sangat nak tengok dia gelak. terlalu rindu. sunyi rasa hati bila hari-hari hanya bermula and berakhir hanya dengan perkataan "morning" dan "night". takde dah kata-kata sweet. kata-kata yang buat aku gelak. yang sebenar-benar buat aku jatuh hati kat dia in the 1st place :( kalau dulu sms tuh even as simple as "hie" hati aku dah boleh hepi sakan. tpi sekrang kenapa aku rasa dia sms aku hanya untuk cukup syarat supaya sehari at least ade lah jugak dia sms?

apalah yang jadi kat aku ngan dia sekarang nh? huhuhuhuhuhu. ke sebab aku terlalu emotional? huhuhuhu. dahlah. dah habis luah dah perasaan nh. biarlah apa nak jadi. aku doa dia hepi jer. dengan siapa pun. janji dia hepi. aku taknak semakkan kepala dia ngan masalah ngarut macam nh. aku terlalu sayangkan dia. kalau kita sayang, kita nak tengok orang kita sayang tuh hepi. kan? aku try lah buat macam tuh. dia boleh carik aku bila-bila jer. aku sentiasa ada untuk dia. sentiasa ada. :)

klah. cukuplah setakat nh. aku tulis nh pun nak bagi lega jer hati nh. tak kira lah aku nh tengah emo ke PMS ke. aku just nak luahkan perasaan and legakan hati sendiri jer. :)

p/s: i miss you so much. i miss "us" so much :(

No comments: