Thursday, June 17, 2010

Campur aduk~

hari nh adalah 2nd last day aku praktikal. esok aku last day and lepas tuh bebas lah daripada segala mak nenek praktikal nh. cuma nya, aku takdelah bebas mana since kena siapkan report LI ngan buat skali proposal tesis. sebut pasal tesis, seram aku. kembang bulu tengkuk aku. huhuhuhuhuhu. nak hadap jurnal orang pastuh buat literature review. woi2, ingt senang ke nak translate pastuh kena sambung-sambung ayat dari sources berlainan. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ redha jer lah kan. nak grad punya pasal.

oh btw, sepanjang 2 minggu terakhir nh aku banyak duduk ofis and baca jurnal jer. dah ala-ala sangap tak tau nak buat apa tuh aku pergi tengok online movies. Shrek 4 aku dah tengok, Prince of Persia dah. pastuh layan Iron Man 2 lagi. gila takleyh blah tengok Iron Man 2 berulang-ulang. Robert Downey Jr. nye pasal lah nh. pastuh layan balik How To Train Your Dragon. yang aku pelik, tak reti ke aku nak tengok movie latest yang baru kuar eyh? padahal ada jer dalam website tuh. tapi click jugak yang dah tengok kan? baek takyah tengok wayang jer kalau mcm tuh. tapi sekat2 lah. sehari lepas 1 movie jer dr pg sampai petang.

tak tambah ag masa aku layan blog orang kan. baca sampai ke dasar sampai ke entry 2 3 tahun lepas aku khatamkan. kuang3. blog sape kah? mestilah aku baca blog peejburhan sampai terkekeh-kekeh gelak sorang-sorang dalam bilik ofis. macam orang ilang akal gelak depan laptop sorang-sorang. sebelum aku dalam proses khatam blog peej tuh, aku dah khatam dulu blog greenapple. nh pun sumpah kelakar aku gelak sampai nak terkucil2 ok. tuh pon sebab dia buat blog baru, entry paling lama pon 2006 jer. kalo blog lama dia ade skali tuh pon sanggup aku khatam ok. blog dorang nh lah menceriakan hari-hari aku dikala aku stress or sedeyh tau.

bukan apa, aku bosan ok. kerja semua dah selesai. so memang aku kalau tak tukang jawab phone, aku tukang fotostat. ko cakap jer brapa banyak nak fotostat, aku boleh siapkan dengan cukup kemas dan teliti. ewaahhhhhhhhhh~ padahal masa 1st time terkial-kial carik button "ON" semata-mata. haru kena gelak ngan sorang officer tuh. ceiiittt~ minggu last nh aku officially budak jawab phone. kerja aku jawab call and divert call. itu jer. hohohohohohoh.

takde banyak pun yang terjadi sepanjang blog aku menyepi selain aku dok gaduh ngan orang tuh pastuh end up aku luah kat blog pasal tuh. malas dah lah aku nak sedeyh-sedeyh nh. kita neutral jer ok Ain? happy-happy jer. aktiviti aku sepanjang 2 minggu nh cuma pergi kerja, balik kerja. and ada sekali pergi kenduri akad nikah. then pergi majlis tahlil arwah Ngah. tuh jer kot. kecuali minggu nh ari Isnin ari tuh aku jumpa member-member skolah. kira clique aku dari aku form 2 sampai aku abes skolah. huhuhuhu. rindu ok. tapi aku tak snap gambar. excited borak nye pasal. ktorg g minum-minum masa lunch hour aku. aku jer makan sbb lapar sangat. mehlah aku tepek gambar sambil caption2 sket ye.

"White Lady"
sedap giler ok~~ macam-macam ada dalam tuh. oh aku makan Laksa Sarawak gak, tapi lapar sangat sampai lupa nak amik gambar makanan. hehehehhehe. makanan sampai aku dan tak toleh kiri kanan, terus makan. siap stop bercakap kejap. ngeh3. dah agak sejam dah borak, dorang anta aku balik ofis. sambung tengok online movies.



tengok haaaa. seram ok. tak ingt bila nh dahlah gelap giler jer cuaca. tiba-tiba ade kilat-kilat bagai. pastuh of coz hujan melebat. lebat dia takyah cakap smpai aku nh yang gedabak macam nh pon rasa nak terbang dah sebab angin kuat giler. tempias-tempias stok ada certain kedai kena tutup sbb hujan masok kedai. gila tak lebat kan? of coz ayah aku amik balik keje tuh.

 pastuh paling besh sebab sepupu-sepupu aku yang tersayang datang daripada kampung aku, Sibu. dorang datang sebab sedara belah ayah dorang ada kenduri kawen. aku nh related ngan dorang seblah mak dorang. tengoklah yang tersayang aku nh. tujuan dorang datang umah aku sebab nak tengok PSP aku. yang si sulung nh ada PSP, so nakkan game dari aku since aku ari tuh dalam phone cakap kat dia aku ada banyak giler game. masa dorang datang, aku dengar dorang dok terjerit-jerit kat luar umah aku bagi salam. aku bukak pintu jer, terus tanya aku mana PSP aku. bukan nak salam ke ape. cis punya budak-budak~ tak ikhlas ok. bukan nak membalas kerinduan aku kat dorang. hoihhhh~


tuh kat tangan dia tuh tengok dia pegang PSP dia. aku punya kan kaler hijau, dia punye basic colour itam jer sbb yang kaler2 nh kan mahal sket drpd hitam. khusyuk ok dia ngadap benda tuh. masa tuh aku dh siap install kan game baru kat dia. dia tengah maen game Ben10. hoihhhh. aku sendiri tak sedar dalam lappy aku ade simpan game Ben10 PSP. harus aku pon install dalam PSP aku and terus aku syok maen hari-hari sampai sekarang. hahahahahahaha. padan ler dia khusyuk maen. best ok siap aku marah-marah Ben10 tuh sebab asik nak mati jer. geram aku~ padahal aku yang control. hahahahahahahh. :P oh, before dorang datang umah aku dah siap-siap on laptop amik kabel psp semua. ready ok. kang bebel budak atas nh kalau aku lambat. kalau bebel no 1 dia nh. dia nh lah anak sulung tuh. umo setahun dan pandai cakap.



yang nh pulak anak kedua. kira yang tengah-tengah. dia nh paling tercomel and paling aku suka layan  kerenah dia. evil ok dia nh. nakal dalam senyap. kalau dia buat jahat, giler pandai senyap-senyap ok. tapi kan, dia suka bagi teka-teki yang kadang pecah kepala kau pikir jawapan. pandai dia buat teka-teki. dia nh umo 5 tahun tak silap aku. tapi dia sangat adorable. kalau kau tengok dia makan, kau yang dah kenyang pun jadik berselera ok. dia nh tak suka makan mee. apa jenis mee lah. dia nak nasik jer. tuh gambar atas tuh dia tengah jakun tengok aku nye mouse takde wayar. siap dia usung jauh-jauh nak test cursor aku bergerak ke tak. pastuh dia nh peminat tegar Mr Bean. Upin Ipin ngan Ultraman. dia duduk seblah aku time dalam gambar nh. mulut dia tak habes-habes sebut 3 kartun tuh. jenuh aku melayan. dengan abang dia kat seblah kiri bertalu-talu tanya pasal game, adik bongsu dia yang perempuan bertanya khabar macam-macam. perghhhhhh. rasa femes kejap aku. kah kah kah kah kah.


nh pulak adik dorang yang bongsu. dia nh banyak cakap ok. kalau baca blog kak jemah@viruspadu, tgk anak dia nisa tuh kan. macam tuh lah. banyak bebel, banyak cakap. dah katanya yang ala-ala sebaya dia semua sepupu lelaki and abang-abang dia lagik, memang ganas budak nh ok. tapi dia sweet jugak. macam hari tuh dia dtg umah kan, dia jer yang tanya-tanya aku aku sihat ke tak. kan aku masok ward ari tuh. minggu depannya dorang datang Kuching. tuh yang dia tanya-tnya. siap dia nak bermalam umah aku lagik tapi yelah budak umo dia nh kang tengah-tengah malam carik mak dia pulak kan.

rindu tau dorang. rasa tak puas jer gurau-gurau borak-borak ngan dorang nh. borak ngan yang 2nd ngan yang bongsu nh paling meriah ok. walaupun borak ntah papa, kau akan tergelak-gelak. hihihihihihihihi. ohh rindduuuuuu~

then masa tengah sebok-sebok ulang alik umah sebab hari-hari ke umah arwah uncle untuk majlis tahlil kan, sepanjang hari aku tengok budak comel lagi sorang nh. baby 4 bulan. pipi labuh ok. rasa nak gigit jer. nama dia punyalah panjang sampaikan aku ingt blakang skali jer. Isha. hahahhaahhaha. 


nh ha dia. masa nh dia rengek-rengek nak maen yang untuk gigit-gigit tuh ha. taknak ok dibaringkan. dia nak meniarap jer. either meniarap or kita pegang dia and dia berdiri. hoihhh. baru 4 bulan kaki dah kuat ok berdiri. siap kalau dudukkan dia rengek-rengek meronta-ronta nak berdiri. eyh eyh. kita kesian tengok dia berdiri lama-lama, bagi duduk, dia taknak. sekarang lagi tembam tauuuuuuuuuuuuuuuuuuu! majlis tahlil ari ke-20 ari tuh sempat maen-maen ngan dia. before nh aku segan nak pegang dia and pangku kan dia kat riba aku. tapi since ari yang sama masa gambar kat atas tuh, aku gurau-gurau agah-agahkan dia sampai dia gelak-gelak, mama dia pon bagi aku pegang dia ari tuh. comel giler ok. masa aku dukung dia tuh siap gelak-gelak sengih lebar. punyelah suka dia kan. mesti kes orang taknak bawak dia sambil jalan-jalan. asik duduk kat riba statik jer kan. aku nh part baby nh aku rajin melayan dia bawak dukung jalan-jalan. main terbang-terbang. hehehehehe. malam nh ada tahlil lagi. mesti dia ada. yayyyy!!

hoihhhh. penat ok taip panjang-panjang. tergendala aku nak baca blog peej. hihihihihihihii. 

p/s: aku dah malas nak marah-marah or merajuk ke apa ke. orang nak kawan ngan kita, kawanlah. nak marah-marah ke apa ke, aku malas dah nak amik port. selagi aku takde niat pon nak buat dia marah tapi tiba-tiba dia nak marah, sorrylah aku nak amik port dah. berkali-kali dah aku kena. hati aku nh pon ada limit jugak. bagi aku, aku tak dapat manfaat pon nak marah-marah nak merajuk-rajuk nh. kau nak jadikan aku punch bag, silakan, tapi jangan harap aku nak menjawab or nak melayan balik. aku diam terus dahlah kan. kalau dah rasa lega tuh, baru kau datang balik kat aku. jangan tak semena-mena aku yang tak tau apa-apa jadi mangsa kan. apa-apalah baiiiiiiiiiiiiiiiiiii......~ bak kata dia, "hidup u, lantak u lah. u punya pasal"..yelah baii~

No comments: