hari Isnin hari tuh tak masok keje. haiyoooooo. food poisoning. entah apa aku makan sampai pucat muka aku cir bir pagi-pagi buta tuh. tsk tsk tsk. Isnin tuh jugak lah hari last patutnya aku nampak Kak Azimah. sebabnya hari Selasa and Rabu dia outstation ke Bintulu. lepas tuh Khamis dia dah start cuti smpai 18/6. dahlah 18/6 tuh hari last aku kat company nh. sedih betol tak sempat nak bye-bye kat dia.
since Kak Azimah takde, aku agak kebosanan lah dekat bilik ofis nh. apa tak nya, aku kongsi bilik ofis dengan Kak Azimah, dah tuh dia dah takde, tinggal aku sorang-sorang dalam nh. huhuhuhuhuhuhuhu. pastuh bila Kak Azimah takde, maksudnya, kerja pun takde lah kan. selalunya aku mintak apa-apa kerja dari dia. and semua kerja dia bagi aku since aku start praktikal kat cnh, semua aku dah siapkan minggu lepas ag. so minggu nh and minggu depan memang aku dah takde kerja nak buat. huhuhhhuhuhu. SV aku pulak memang dia tengah sebok dengan audit here and there, dengan tender, so dia dah btau aku awal-awal, kalau dia ada bagi kerja tuh, adalah, kalau takda maknanya memang takda lah kerja untuk aku. so aku pon takdelah mintak kerja daripada dia.
haaaaaaaaaaaaaaa. amacam? panjang tak mukadimah aku?? hehehehehehhehehe. padahal kan, cter aku sebenarnya nak cakap, yang aku bosan kat ofis nh smpai aku layan movie dengan mana-mana drama series yang ada dalam laptop nh tanpa segan silu tanpa gunakan headphone ke earphone ke. macam aku buat company bapak aku jer sesuka hati tgk movie. heheheheehheehehe. tapi still control volume ok. aku sorang jer dengar cukuplah kan. tak payah aku nak meriah-meriah sampai SV aku pon join dengar. dia kat bilik dia seblah nh dahlah. hehehehehehhehe.
oh oh. semalam aku berjaya tengok 2 cter Korea yang aku selalu takot nak tengok sebab dia stok-stok cta hantu ngejut-ngejut nh. since dekat opis and since siang-siang, berani lah kan aku tgk. pastuh ada sorang pompuan dalam cter Doll Master yang jadi soul kepada patung tuh, sangat chantek ok. macam patung. dah nama pon dia pgg watak sebagai soul patung yang hidup wujud sebab nak carik tuan dia kan.
haaaaaaaaaaaaaaaa. chantek kan? nh dia tgh sedeyh time nh sbb tuan dia tak kenal dia. hoihhhhhh. scary ok. kalau aku jadi tuan dia aku kenal cmne pon aku buat tak kenal.
lepas tgk cter tuh aku sambung pulak dengan cter hantu satu ag. perghhhhhhhh. mamat gila hensem ok. memang tertarik-tarik lah perhatian aku kat mamat tuh jer. tapi skali nak ending, orang jahat. oh demmmm! apsal orang jahat nh ensem sangat aaaa? so vain tau~ hohohohohohoho.
dah tuh aku ingt lepas tgk 2 cter tuh dah ok dah kan. boleh lah online. aku start tgk cter tuh pon sbb aku nh tak dapat nak maen tenet. tenet opis down. aku sangap giler bosan giler aku pergilah belek2 movie yang ada dalam lappy aku. lepas 2 movie pon still tenet takde. aku dah syak smpai balik sampai abes opis hour pon takde. dahlah takde keje. gila bosan kan. aku pon sambung dengan cta series "Lie To Me: Season 1". nh aku amik dari sape entah before final exam ari tuh. aku dah tgk. sajer tgk lagi. best okkkk!!! tapi yang aku bengang, kawan aku tuh ade 5 episod jer. nak nanges aku lepas abes episod ke-5 tuh. nak kena donlod nh. nh gunanya tenet opis nh. hek3 :P
hari nh seb baek internet dah boleh. itu pon aku start menaip entry nh sbb ada tenet. boleh jer pakai Windows Live Writter, tapi tetap nak type secara dalam talian. ceyhhhhh, ayat tak menahan. aku nak sambung baca blog orang jap. dah agak-agak sangap takde orang update lepas abes blogwalking, aku sambung lah tengok movie. hehehehheeh. :D
daaaaaaaaa~
No comments:
Post a Comment