Monday, December 6, 2010

1Malaysia

Matilah asik hapdet blog jer 2 3 hari nih. Nampak sangat dah takda kerja lain nak buat. Sah-sah asyik ngadap laptop nih jer kan. Hehehehhehehehe.

Hari tuh bukan main lagi lah emo nya la haiiiiii. Nak buat protected entry lah apa lah. Tapi kan, after a while fikir kan, buat apa aku nak privatekan certain entry tuh just because nak elak orang tak puas hati or macam meluat ke apa kan? After all, blog aku, biarlah aku nak tulis apa pun kan? Tak gituuuu? Tapi memang lah akan aku simpan certain cerita tuh untuk diri aku and certain orang jer.

Actually, aku nak tau jugak lah, dalam dunia blogging yang agak seram nih, kenapa ada orang tuh dia dengki sangat dengan blogger tuh tapi keep on coming back dekat blog tuh? Rajin pulak dia kan? Susah jugak macam nih. Aku nih yang baru setahun petai jagung buat blog nih, serammmmm jer baca komen anonymous yang gila kejams and dengkis nak mamps tuh. Takut ok. Kalau macam Kak Di tuh tak apalah jugak kan, dia tuh hati kuat ok. Gila selamba punya orang. Tapi kalau sekali kena kat dia, zasssss. Kau yang makan hati balik. Heheheheh. Tapi aku respect lah dekat dia, sebab dia nih jenis yang memang tak amik kesah betul pasal orang cakap buruk dekat komen blog dia. *Anyway, congrats on the newborn Kak Di and Hubby!*

Anyway, aku paling kelakar lah kalau baca komen orang yang bajet baik sangat nih yang sampai boleh buat entry. Aku rasa cara terbaik untuk dia adalah buat satu entry, pastuh link jer dekat blog orang yang dia tak puas hati tuh. Tak ke senang? Hehehehehehhehee. Dah kalau ada masa menaip panjang untuk komen, mesti ada masa nak tulis blog :D

Aku tak mengata siapa-siapa. Bukan tak pernah pon kena lalat macam nih. Sebab tuh aku remove Cbox dulu. Tapi tetiba rajin nak masukkan balik kannnn :P

Cumanya, kita nih rakyat Malaysia, yang orang tau sangat kononnya sangat peramah, cubalah respect orang tuh bila ke blog dia. After all, masuk blog seseorang tuh, tak ke seolah-olah masuk ke rumah dia? Have respect and courtesy lah sikit kan? :)

Haaaa, lagi satu, blogger melayu nih, boleh tak jangan caras sesama sendiri? Huhuhhuhuhu. Tak dapat tengok orang lain banyak follower ke apa, terus tak puas hati eyh. Terus lah mula nak cerita kisah-kisah lama yang menjadi kisah hitam pemilik blog tuh ke. Tak elok. Aku nih bukan baik sangat, tapi aku tahu, Allah tutup aib seseorang tuh. So siapalah kita nak bukak aib dia kan? Nanti Allah bukak aib kita, baru nak terngadah. :)

Kita pandai berhati-hati bila berjalan-jalan kat luar tuh, bila meneroka dunia nih, apa kata, berhati-hati and jaga etika bila berada di dunia maya jugak. Biar harmoni sikit. After all, dunia blogging nih kan seronokkkk!! :) *teringin jumpa Medina, Mummy dia, Hanis Zalikha, Kak Di, Kak VP, Ceera and Keisha and ramai lagi lahhhh*


Eh, bebel pulak. Aku tak sure apa motif aku buat entry nih. Or apa kaitan dengan title. Hahahahah. Saja kot. Bosan. Hehehehhehe.

Hari Isnin woo! Suka suka! :D


in my case, not the FB but the blog :)

Cute kan? Mulut kata lain, hati kata lain. Tapi how sad, i'll never know it. Nevermind.

p/s: Kadang-kadang tersenyum sorang bila tengok siapa yang masuk blog kita. Ada jugak ye orang stalk kita di dunia maya, tapi in realiti, hubungan ngan dia macam hamster ngan munchkin :P I know you read mine :)

1 comment:

Kak Mahh said...

SELAMAT DATANG KE DUNIA BLOG>