Phewwwwwww. Hazab nak menaip nama cerita jer. Punyalah panjang kannn. Nih plan terkejut-terkejut. Hehehehehhe. *padahal selalu jer main terjah nak tengok movie*
Actually, tak plan pun nak tengok. Al-kisah aku tido pun pepagi lepas Subuh, bangun pun 2 3 minit lepas tuh dah azan Zohor *teruk nau perangai*, inikan nak plan nengok movie kan? Tapi dah kata gatal kaki, merenyam nak keluar, terus sms mak cakap nak keluar tengok wayang *motif? duit takda* hehehehhe. Idak ler. SMS mak cakap nak keluar, jalan-jalan and tengok movie. Selalu pun macam tuh. Entah, dah biasa kot nak pergi mana-mana bagi tau. Yelah, kot tak sempat mintak restu, keluar bangunan kena langgar lori. Tau-tau, parents tanya macam mana accident, bunyik macam anak derhaka cakap "keluar nak berjimba-jimba tengok wayang", padahal parents jauh kat sana ingat anak kat umah dok study kan. Isk isk isk. Perangaiiii.
Hoihhh. Panjang bebel kau Ain. Heheheheheheh. Plan terkejut-terkejut sebab lepas bangun tido tuh, terus mandi then online then terus tertype GSC dekat Google, terus tercek showtime and terus iron baju nak keluar dengan niat dalam hati, singgah fakulti bagi makan keli. Anak ikan I perlu makan uolsss. Mak nya tak makan apa dari pagi, anak dah demand. Takpa, nama pun anak. :D
Ok, dipendekkan lagi cerita, tiba-tiba housemate rengek-rengek nak join. Tengah iron baju tetiba cakap nak ikut. Maka bertigalah kami. Sorang lagi anak mithali, anak solehah ok, sila contohi dia. Tak pernah masuk wayang. Mana suka perkara melalaikan macam tuh. *jeles dekat dia*
Plan terkejut semua terkejut, makanya sampai dekat depan kaunter tiket pukul 4.45pm. Cerita pukul 4.50pm. Nice. Asar pun belum. So rush pergi surau dulu, Asar then rush balik ke GSC. Terlambat 20mins. And yes, terlepas scene awal. >.<"
Narnia:
1. Pasal 2 beradik, Lucy ngan Edmund and cousin dorang nama Eustace nih, masuk dunia Narnia balik. Semua Eustace punya pasal. Sebab angkat frame gambar laut tuh ha.
2. Dorang perlu carik 7 swords kepunyaan 7 orang Lords of Narnia. Kalau dapat 7 pedang nih, baru dorang dapat kalahkan kuasa jahat yang kawal mist tuh.
3. Eustace adalah kelakar ok. Annoying but kinda funny *tetiba keluar slang LONDON*. Dia slalu tulis diari selama dia dalam dunia Narnia. Kelakar.
4. Oh, cerita adalah best lah jugak. Nak kata best giler tuh tak adalah. Bolehlah. Nasib ada Caspian, kalau tak, tak orgasm aku dalam wayang. Sila try tengok cerita yang takda langsung jejaka macho hensem, hazab tak? T___T
5. Oh, lagi, dalam perjalanan dorang nak dapatkan semua 7 pedang tuh, akan ada banyak benda yang akan goda dorang. Ok, please jangan fikir goda as in flirting ye. Temptations. Satu force yang akan buat dorang rasa hilang pertimbangan sebab they wanted to have the things that they most desire of. *fail English harap maklum* Contoh macam Edmund, nakkan power untuk rule a kingdom gitu. Lucy, yang nak sangat jadi cantik macam kakak dia, Susan.
6. Eustace yang annoying tuh, tapi bila dia bertukar jadi ******, sangatlah adorable and rasa nak picit sampai penyek.
7. Sampai sekarang aku nyampah nau ngan Aslan. Dia tuh kan, dah lah powerful, tapi bukan nak muncul pun. Semua pun si Lucy ngan abang-abang and kakak dia kena setelkan. Ceit! Hahahahahahha. *tetiba tak puas hati dengan Aslan*
Oklah. Cerita dia best. Tapi aku prefer lagi yang first 2 movies. Sangat best. Nampak dunia Narnia yang very the magical and very the cantik. Kalau first 2 movies tengok 3D, baru berbaloi. Yang 3rd nih aku tak rekomen sangat sebab dia banyak scene gelap, tak banyak colourful. Nanti macam cerita Alice in Wonderland. Rugi yang hamat nengok 3D. And aku tak tengok 3D pun :)
Pergilah enjoy ye! :)
p/s: Lepas tengok movie, pergi makan. Then balik. Masa dalam monorail, Asiah dapat sms dari classmate kitorang cakap boleh cek result dah, guna sms. Perggghhhhh! Macam lipas kudung masing-masing menaip sms nak cek result. Dapat result, rasa nak peluk semua orang hensem dalam monorail. Terus call parents dan-dan tuh jugak. Havoc sekejap dalam monorail. Hahahahha. Budak jakun, biasalah. :D
No comments:
Post a Comment