Heh! Apsal ramai sangat pakai celcom sekarang?? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Habis credit aku nak SMS nih. Dulu seronok jer ramai guna Maxis. Adoiyai. No celcom aku dahlah adik aku guna. Terus rasa cacat sekarang. Dahlah hengpong tinggal 1 jer daripada 3. *nanges tak berlagu*
Btw, korang buat apa weekend nih? Aku macam biasa, tiap-tiap minggu pun bosan duk umah. Rasa macam nak holiday-holiday jer. Langkawi best nyaaa! Tak pun pergi perhentian ke *cakap macam banyak duit* Penang pun jadi eyh. Aku rindu briyani kat sana. Sedap teramat. Takpa, sekarang tak boleh pergi jauh-jauh sebab tak dapat nak tinggalkan keli tersayang.
Tahun depan aku akan pastikan, cuti mid-semester tuh aku takda dekat KL. Oh, bukan balik Kuching, tapi nak pergi bercuti ke mana-mana lah. Nanti bulan 5 next year dah takda duk KL dah. Balik Kuching dah, tambahan kalau dapat kerja terus dekat Kuching, bye2 lah kan nak datang Semenanjung nih lagi. Tsk tsk. Mesti rindu kawan-kawan dekat cnih nanti. T___T
Weyh, tinggal 5 bulan jer weyh sebelum going back to Kuching for good. Unless aku dapat kerja dekat KL, stay cnih lah. Aku sebenarnya nak sambung master, tapi itu tengoklah nanti macam mana kan. Tunggu abes degree dulu haa baru berangan nak amik master ke apa. Iskkkk. Serious, rasa sedih jer nak tinggalkan kawan-kawan dekat cnih *macam dorang sedih jer nak tinggalkan kau Ain*
Oh, lagi seminggu lebih nak start semester dah. Tak sabar nak start kelas. Sebab macam rindu jer nak kumpul satu klas balik. Lama tak jumpa semua orang. Sekarang masing-masing berterabur sekitar fakulti tuh. Ada dekat lab atas, ada dekat lab bawah, ada lab ujung-ujung dunia. Susah nak jumpa. Kadang terserempak jer lebih, borak nye idak.
Oh, kan aku emo-emo pasal orang tuh tak contact aku dah kan? Aku dah malas nak fikir dah weyh. Hari tuh aku sms pun dia macam layan tak layan. Malas dah aku nak sms len kali. Buat penat aku jer ingat orang yang tak ingat aku. Tak gitu? Baik aku layan jer orang yang layan aku. Haaaa, takdalah aku sedih jer teringat kenangan lalu. Eceyhhhhhhhhhh! Aku tau dia tuh masuk jer blog aku hari-hari, tapi contact aku tak. Kang aku private blog nih kangggg. Hahahahhahahaha. Apa kes kan main stalk-stalk. Mentang-mentang aku takda nak stalk blog dia sebab takda sapa tau blog dia. Eeeeeee. Takpalah, nak stalk pun stalk ler awak, janji awak bahagia macam tuh.
Oklah, nak pergi pasar Chow Kit nih. Nak beli sayur, buah and segala macam lagi lah. Stock nak masak-masak. Sekarang kurang makan nasi katanyaaaaaaaa. Diet katanya. Haktuihh! Kita tengok berapa lama kali nih tahan. Kuang3. *sila support ok*
I blah dulu uols! *gedik*
No comments:
Post a Comment