Tuesday, September 28, 2010
Waiting....
Ermmmmmmm. Korang suka tak menunggu? Yelah tak kesah lah tunggu siapa or apa, tapi menunggu lah kiranya. Aku benci betul nak menunggu. Kalau setakat 10 minit, diri aku masih ok kot. Mood pun ok lagi kot. Tapi dah kalau sampai 30 minit, tolong lah jangan buat lawak bodoh bila kau dah depan mata aku. Jadi tak lawak ok. Buat aku naik angin ada lah. Melainkan mood aku pelik sikit hari tuh, macam happy sepanjang hari. 2 jam tunggu pun aku tak kesah. Siap aku main PSP lagi.
Saja je aku buat entry nih. Memeriahkan blog selagi mood aku ada. Kang mood nak update blog hilang kang, jangan harap aku nak update biar seminggu sekali pun. Pemalas katakan.
Satu lagi benda aku paling tak gemar nak tunggu, orang reply SMS. Melainkan (!!) aku SMS dulu and orang tuh lambat reply. Sebab maybe time aku SMS tuh dia tengah ada kerja lain ke (fikir positif) or tengah buang hajat ke kan. Sebab apa, aku kan, kalau orang SMS, seboleh mungkin aku nak reply cepat. Sebab aku tau yang aku tak suka menunggu. Unless aku tengah tidur. Kalau orang tuh lambat reply aku sebab tido, aku tak marah pun. Tapi yang aku bengang, bila tengah-tengah berSMS nih. Kiranya bukan aku baru SMS or orang tuh baru SMS. Tapi dah lepas Setengah jam berbalas SMS, tiba-tiba hilang. 2 3 jam lepas tuh baru muncul. Itu aku bengang.
And aku tak suka orang main tarik tali. Paham jer lah tarik tali camne kan. Benci ok. Tak suka, cakap tak suka. Suka, at least bagi signal. Gituuuuuu. Kalau tak, aku blah terus takda makna aku nak tunggu. Sebab aku selalu bagi chance dekat orang, bagi masa. Sekarang kena strict lah. Asik bagi chance kat orang. Abis aku nih?? Siapa nak bagi chance?? Tiap kali aku bagi chance pun, alih-alih bila turn aku, taknak langsung bagi chance. Banyak chantek kannnnnn~
Kesimpulannya, kalau kita tak suka menunggu orang, jangan bagi orang tunggu. Btw, aku tak tuju kat siapa-siapa pun. Just random post jer. :)
p/s: Aci tak aku taknak update blog? (siapa jawab "Aci kat India" memang lah) Aku update blog, secara tak langsung aku update pasal hidup seharian aku kan? Sebab aku tau, hari-hari ada someone tuh senyap-senyap baca blog aku. Senyap-senyap tuh juga dia tau pasal hidup aku. Mana aci kan? :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ain, ted bc je slalu blog ain...hehe~
so, jgn la xhupdate...bosan nnt...xtau nak g mane...blog ain besh...hehe~
ted:
hahahaha. dan-dan jer dia cakap besh kan.
tengoklah camne. ada cerita ain update lah.
kalau takda tuh, takde lah ain update.
lagipun ada stalker senyap-senyap baca blog ain. Which i thought orang tuh tak suka ain.
btw, thanks ted :)
Post a Comment