Thursday, September 30, 2010

Rajin yang Wajib..

Ok. Aku sekarang mungkin dekat lab. Tengah gigih kehulu kehilir menukar air dalam akuarium tuh. Air tuh bukan boleh buang dalam sinki ikut suka ye. Kena buang dalam bekas hazardous waste. Sebab ada kadmium. Tak boleh ok buang suka-suka. Nanti cemarkan alam sekitar.

Banyak kerja nak buat esok nih. Fuhhhhhh. Daripada tak pernah bela ikan, sekarang expert dibuatnya. Expert dalam standard diri aku lah. Kalau nak banding ngan orang lain tuh, errrr, tak sesuai lah kan.

Btw, aku dah beli pallete makanan ikan yang baru! Kali nih aku beli sendiri. Yang biasa punya, taknak ada spirulina ke, or apa jenis lina-lina tuh. Nanti hijau lagi air dalam akuarium aku T___T Lepas tuh pallete tuh lebih kecik berbanding yang dibeli oleh SV aku. Kira macam 2/3 lebih kecik lah. So aku tak payah nak pecahkan kecik-kecik dah. Bagi makan terus jer. Tapi sekarang kena rajin kira berapa bijik yang bagi. Dulu susah nak kira sebab kena pecah-pecahkan.

Nanti lah aku upload gambar aku tengah selamba yaya bertungkus-lumus dekat makmal. Itu pun kalau ada orang nak amik kan gambar. Kalau tak, takdalah. Mesti gambar syok sendiri or gambar-gambar benda jer. Manusia bernama Ain takda nya. :D

Oklah. Mesti tak sabar dah tuh nak balik umah tuh kan kan kan? Jangan tipu, senyum-senyum jer tuh tengok jam. Takpun tension jer macam lambat jer nak abis ofis hours. Hehehehhhe.

Berhati-hati masa driving :)

p/s: Auto-published.

No comments: