Sunday, September 26, 2010

Berdiam...

adalah lebih baik. Bukan?

Ermmmmmm. Susah ke nak faham seseorang bila seseorang tuh berdiam diri, tidak melawan atau membalas kata-kata hanya disebabkan dia taknak panjangkan sesuatu perkara?

Susah ke nak terima saja kata MAAF dari seseorang tuh and just drop the topic?

Susah ke nak faham bila seseorang yang buat salah dah minta MAAF and tau dia salah so dia taknak lah kata apa, just listen? Sebab dia tau dia salah jadi dia senyap. Susah ke nak faham?

Susah ke nak reply at least "OK" bila seseorang yang salah tuh dah mintak MAAF? Saying OK is enough than insisting for explaination.

Susah ke nak menganggap DIAM itu LEBIH BAIK daripada berkata-kata?

Aku lebih rela senyap, lebih rela mendengar, lebih rela menelan bermacam-macam kata-kata daripada arguing bila aku tau aku salah pada mulanya. Aku lebih rela sesuatu perkara tuh berhenti di situ berbanding dibincangkan dan menjadi lebih panjang. Perbincangan hanya berlaku bila emosi stabil. Bukannya bila kedua-dua orang masih dalam keadaan marah dan kecewa. Aku elakkan berbincang sebab aku tau kau dan aku masih dalam keadaan marah, or kecewa. Bukannya sebab aku taknak terima pendapat atau taknak berubah atau apa-apa saja.

Katalah apa yang kau nak kata. Bila aku tau aku salah dan aku dah mintak maaf, aku dah malas nak argue apa-apa. Kalau kau anggap diam aku tuh bermakna aku degil dan taknak terima pendapat, aku tak boleh buat apa-apa. Aku lebih rela senyap. Kau fikirlah apa yang kau nak. Kau katalah apa pun pasal aku. Aku tetap akan senyap.

Sekali lagi, aku mohon maaf. Terima kasih juga untuk semuanya. God bless you.

p/s: aku hanya mampu berkata-kata di sini kerana berkata-kata di depan kau hanya akan menaikkan ego masing-masing. Aku tak mampu nak argue apetah lagi bergaduh. Maaf, bukan pengecut atau takut salah (memang aku salah), tapi aku hanya mahu mengelak daripada bergaduh.

No comments: