Seperti yang aku dah cakap sebelum nih, tesis aku dah officially start. Aku rasa aku dah cerita dah kot sebelum nih tentang tesis aku. Eyh, aku baru cek. Aku belom cerita. hehehehehhehehe :P
Meh lah aku cerita sikit pasal tesis aku atau lebih dikenali sebagai final year project, tapi aku tetap suka panggil tesis daripada sebut FYP. hehehehe.
Kajian aku nih berkaitan dengan akumulasi logam berat dalam ikan. Haaaa, apa tuh akumulasi? akumulasi nih macam pengumpulan. Kiranya logam berat tuh masuk ke dalam badan ikan tapi kadar logam berat masuk tuh lebih banyak daripada kadar logam berat tuh dikeluarkan balik oleh ikan. Kiranya lama-lama jadi banyak lah dalam badan ikan. Itulah akumulasi.
Basically, kajian aku nih senang jer awal-awal nih. sebab aku cuma perlu bela ikan dalam akuarium, bagi makan hari-hari, and cuci tangki bila perlu. Even part nak sediakan air dalam akuarium yang sengaja dicemarkan dengan kadmium pun simple jer. Sekejap jer nak buat larutan kadmium nitrat campor ngan air ternyahklorin.
Nih sedikit gambar yang aku TERingat nak amik.
Nih adalah Control. Tak ada kadmium pun dalam tuh. Lepas 3 bulan ada baki boleh lah bakar tuh. Selamat untuk dimakan.
Yang ini pulak kepekatan kadmium adalah rendah. Sangat rendah daripada had yang dibenarkan oleh piawaian yang dikeluarkan oleh JAS.
hehehehhe. Yan nih lah kandungan kadmium paling tinggi. Sangat-sangat tinggi berbanding had piawaian dibenarkan.
haaaaaa. Nih aku cuba amik close-up. ternganga-nganga jer keli tuh. masa nih tengah bagi makan kat semua keli-keli nih.
Itu jer lah gambar aku sempat amik. Aku tak ingat langsung pasal nak amik gambar masa proses sediakan air dalam akuarium tuh. Dengan aku menjerit-jerit masa nak kena keluarkan bangkai ikan yang jadi makanan keli tuh. Yelah, masa beli kan dalam besen-besen tuh ikan-ikan nih makan mana-mana ikan yang dah mati. so adalah tinggal tulang-tulang tuh. Bila pindah masuk dari plastik ke dalam akuarium, dengan tulang-tulang tuh ada. So kena keluarkan. perghhhhhhhh. menjerit-jerit jer aku. Last-last SV aku yang amik. heheheheheheh. :P
Masa pergi pilih ikan kat kedai pun aku tak amik gambar. Tak ingat lansung okk. Kata jarang benar apdet blog, mana tak nya. Dah tak biasa amik gambar. huhuhuhuh.
Lagi satu, nak cepat jugak sebab kejar masa. Masa tuh dah nak dekat solat Jumaat. SV aku ngan PPSP lab nak pergi solat Jumaat. So kenalah cepat. Tak ada masa nak berfoya-foya. So, lepas setel dah, tinggalkan dulu semua akuarium tuh dalam lab. Balik makan, then lepas tuh baru pergi balik makmal nak setelkan tempat akuarium. Kena letak kat sangkar kat luar sekali dengan satu lagi tesis member bawah SV yang sama. Dia buat padi. Penat giler ulang-alik angkat barang-barang, pindahkan akuarium semua yang dah berisi tuh. Dengan lantai licin sebab baru lepas ujan. Pastuh kena tumbuk makanan ikan bagi halus-halus. hoihhh. Penat ok tenyeh sampai halus. Keluar muscle-muscle. huhuhuhuhuhu.
Penat sangat tak larat pun nak fikir benda lain apetah amik gambar sangkar yang dah sedia tersusun tuh. Esok pagi aku kena pergi tengok ikan-ikan tuh. Nak bagi makan and nak pasang plastik sekeliling sangkar. Nak elak ujan katakan. :) ermmmmm. So much effort, just for the fishes.
So, aku nak pergi berehat dulu lah. hoihhhh. kat dalam toilet ada 2 baldi laundry tak setel. T__T Esok pagi-pagi kena menyental. Ini semua akibat terkena karat dekat meja mana ntah. Abes jeans baru ku~!! uwaaaaaa!
So, peeps, until next time. Bila entah aku nak update lagi. heheheheheh :P Once in a blue moon kata orang putih. ngeh ngeh ngeh.
p/s: jangan dicarik lagi diri ini bila jelas dan nyata sebenarnya diri kamu sebenarnya tak memerlukan. you just think you need. actually you dont. hmmmmmmm. tawar dah hati nih. sedeyh pun ye. apa-apa lah.