Sunday, May 30, 2010

Bila hati ini mula terasa........

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.

sedeyh :( sangat sedeyh. hati asik terasa lately. mungkin jugak sebab tengah menstrual cycle. nak kata PMS, mungkin jugak. tapi dah asik terasa eventhough seminggu sebelum menstrual. ke still PMS tuh?

entahlah. susah nak paham lah hati sendiri. sikit-sikit terasa. sikit-sikit terasa. sakit jiwa oh macam nh kalau selalu. huhuhuhuhuh. tapi memang hati dah terasa jauh dari dia. kalau dulu sangat seronok sebab selalu dia call. sekarang, ermmmmm. aku rasa dah nak dekat 2 weeks jugak tak dengar suara dia langsung. hmmmmmmmmmm.

kalau dulu dia cakap sunyi kalau aku takde. in other words, aku pun sunyi kalau dia senyap. up until now aku rasa sunyi sangat. hari-hari aku tak rasa full. aku rasa kosong. entah. hati macam rasa dia dah tak perlukan aku dah. aku rasa dia dah cukup dah ada kawan-kawannya. aku nh sekadar penghilang bosan dia kalau dia takde orang nak diborak. bila ada kawan kawan dia dah, mesti takde dia text dah. and aku rasa dia dah bosan kot ngan aku? maybe kan?

ermmmmmm. takpelah. aku tak demand apa-apa. dia nak kawan ngan aku, kawan lah. aku taknak putus kawan pon dengan sapa-sapa. dia dah bosan ngan aku, aku takkan kacau dia. as simple as that. aku wish dia hepi slalu jer. sentiasa nak dia hepi selalu. dengan aku ape pon dia tak dapat. baek dia kawan ngan orang yang bagi manfaat bagi kebaikan kat dia jer kan.

apa-apa pun, aku just terlalu rindukan dia. lama sangat tak dengar suara dia. lama sangat tak borak-borak dengan dia and gelak-gelak. rindu sangat dengan gelak dia. rindu sangat nak tengok dia. rindu sangat nak tengok dia gelak. terlalu rindu. sunyi rasa hati bila hari-hari hanya bermula and berakhir hanya dengan perkataan "morning" dan "night". takde dah kata-kata sweet. kata-kata yang buat aku gelak. yang sebenar-benar buat aku jatuh hati kat dia in the 1st place :( kalau dulu sms tuh even as simple as "hie" hati aku dah boleh hepi sakan. tpi sekrang kenapa aku rasa dia sms aku hanya untuk cukup syarat supaya sehari at least ade lah jugak dia sms?

apalah yang jadi kat aku ngan dia sekarang nh? huhuhuhuhuhu. ke sebab aku terlalu emotional? huhuhuhu. dahlah. dah habis luah dah perasaan nh. biarlah apa nak jadi. aku doa dia hepi jer. dengan siapa pun. janji dia hepi. aku taknak semakkan kepala dia ngan masalah ngarut macam nh. aku terlalu sayangkan dia. kalau kita sayang, kita nak tengok orang kita sayang tuh hepi. kan? aku try lah buat macam tuh. dia boleh carik aku bila-bila jer. aku sentiasa ada untuk dia. sentiasa ada. :)

klah. cukuplah setakat nh. aku tulis nh pun nak bagi lega jer hati nh. tak kira lah aku nh tengah emo ke PMS ke. aku just nak luahkan perasaan and legakan hati sendiri jer. :)

p/s: i miss you so much. i miss "us" so much :(

Thursday, May 27, 2010

Pengalaman Ngeri..........keranamu Penicillin..huhuhuh

Selamat Hari Khamis semua~~

aku hari nh tak turun kerja macam hari-hari lain. alkisahnya, aku baru jer discharged dari emergency room malam tadi. aku kena tahan dekat ctuh for one night untuk doc monitor keadaan aku. huhuhuhuhuhu. gila ngeri semalam.

kisah bermula masa Mama balik dari shopping barang-barang dapur. aku dah tahap kronik sakit tekak n batuk-batuk. so aku tanya Mama, ada antibiotik tak. and memang umah aku takde antibiotik nama erythromycin sebab aku alergy dengan antibiotik tuh and jugak pernah kena alergy reactions sebab makan ubat tuh. itu kesah dulu masa mula-mula baru tau alergy ngan erythromycin nh. sebab dah kena tuhlah baru tau tuh. umah aku takde erythromycin, tapi ada penicillin V. so Mama aku bg aku makan lah antibiotik penicillin tuh, which aku tak pernah consumed before. kira 1st time lah makan penicillin tuh. lepas makan penicillin 2 bijik, aku amik ubat batuk pulak, errrrrrr, lupa nama ubat tuh.

mula-mula lepas makan dua-dua ubat tuh, aku rasa ok lah sakit tekak. itu masa 1st minit lepas makan. then, about a minute later, badan aku mula gatal-gatal. aku dah suspect dh macam alergy masa tuh. aku just garu-garu sikit-sikit. pastuh cakap kat Mama macam alergy ubat jer. then Mama bagi loratidine untuk counter balik alergy reactions tuh. lepas makan loratidine, hati rasa lega kunun-kunun akan ok lah after few minutes. tapi, lama-lama tuh aku dh rasa panas-panas dah kulit aku. then aku dapat rasa aku punya badan macam mula kebas-kebas. lidah aku pulak rasa gatal yang amat macam gatal ko makan nenas tuh kan smpai aku rasa nak gigit-gigit jer lidah aku masa tuh. pastuh aku dapat rasa gatal lidah tuh merebak ke tekak. then aku terbatuk sekali harung punye sampai aku terkencing. lepas aku bersihkan diri semua, aku duduk balik depan tv. masa tuh aku tgk hujung-hujung jari aku semua dah kembang and keras and merah giler. and badan aku semua merah. "takpelah" aku cakap kat diri masa tuh. maybe loratidine belum bg kesan. tbe-tbe aku nye vision aku nampak kaler putih ajer. terus aku nanges and jerit kat Mama yang duduk seblah aku masa tuh and terkapai-kapai nak pegang Mama and aku cakap kat dia aku tak nampak apa-apa.

masa tuh aku berdiri nak berjalan, hampir-hampir aku jatuh. kalau ayah tak sambut aku masa tuh, aku kompom kepala aku dah terhantuk kat meja depan aku. then ayah aku papah aku pergi bilik amik jaket aku. amik wallet aku and terus gegas ke hospital. aku masa tuh antara sedar tak sedar. nak bernafas tak boleh. mata asik nak pejam. Mama and Ayah dah panggil-panggil nama aku supaya aku tak tutup mata. bila dah sampai hospital, aku macam boleh nampak-nampak sikit dah. and aku perasan dorang bawak aku ke hospital swasta, which dalam hati aku masa tuh, mesti mahal giler nh. aku nak cakap jer kat dorang bawak jer aku kat hospital kerajaan, tapi aku tak mampu nak berkata-kata. lagipun hospital kerajaan jauh, 15 minit baru smpai. masa keluar dari kereta and pergi duduk ke kerusi dekat lobby emergency department tuh, aku dah antara jejak tak jejak je tanah. aku tak dapat rasa kaki aku berpijak. and masa tuh hampir jugak aku collapse kat kerusi ctuh, just naseb baek aku sempat duduk. then, nurse bawak kerusi roda and usung aku ke emergency room. masa tuh aku boleh dengar dengan jelas ape orang cakap, tapi aku tak nampak sangat and aku tak dpt nak bukak mata, apetah lagi bercakap.

aku tau semua dalam tuh kelam kabut giler. termasuk Ayah n Mama. aku tak rasa ape. tapi aku dah boleh nampak sikit-sikit. aku nampak nurse tengah cucuk jarum kat tangan aku nak masukkan IV. tapi serius aku tak dapat rasa pun jarum tuh. lepas tuh dorang bagi aku oksigen. tinggikan sket katil tuh supaya aku boleh bernafas. then masa dorang amik blood pressure (BP) aku, dorang macam terkejut sangat sebab BP aku sangat rendah. sampaikan semua orang termasuk Mama aku dah kelam kabut. aku boleh rasa dorang amik BP tuh lebih dari 5 kali and still BP aku tak naek walaupun antidote dah dimasukkan kat badan aku melalui IV. siap Mama boleh cakap lagi, rosak ke mesin dorang nh. Doc perasan Mama aku adalah nurse sbb masa nurse laen tengah sebok prepare ubat semua, Mama aku yang amik BP aku. sampai tahap Mama aku mintak manual punya BP device tuh. Masa tuh aku perasan Mama tengah nanges. dia try amik BP aku pakai manual, still rendah and tak naek-naek. dia pakai stetoskop tuh nak dengar nadi aku, tapi dia tak dapat dengar apa. sampai aku dengar Mama macam mengeluh nanges sebab dia tak dpt dengar nadi aku. aku masa tuh dh terlampau lemah and aku tak boleh nak cakap or bukak mata. aku tau kalau orang pegang tgn aku, and lepaskan, tangan aku terasa longlai sangat.

Ayah aku pulak keep on calling my name. berkali-kali dia panggil nama aku kalo dia nampak aku tutup mata. "Ain, bangun Ain, bangun. Jangan tutup mata.". Ayah aku berkeras suruh aku bukak mata, and bernafas dalam-dalam. tapi aku tak mampu nak menarik nafas. aku tak dpt ikut rentak Ayah aku bila dia sebut breath in...breath out. aku bernafas laju giler. dia urut-urut kaki aku, lengan aku. tapi aku tak rasa apa. aku rasa kejang. lepas tuh datang pulak radiographer nak amik X-ray aku. dia suruh aku angkat badan sebab nak letak tray kat belakang aku jangankan nak angkat badan, tgn pun tak mampu. so nurse yang kena tolong aku tegakkan badan. sementara tunggu result X-ray, dorang keep on amik BP aku. naekkan dose ubat dalam IV aku. lepas result X-ray sampai, aku dgr doc cakap, X-ray chest aku normal. aku tak sure kalo BP aku tuh rendah mane. tapi kan usually orang ade BP rendah and doc pun takdelah panic kalo BP org tuh rendah. tapi yang aku tau, BP aku sangat-sangat rendah macam jantung aku tuh hampir nak berhenti. sebab tuh dorang tak bagi aku tutup mata. nak pastikan aku masih sedar.

2jam jugak dorang berusaha, baru aku stabil. lepas dah agak stabil, doc cakap dorang kena tahan aku untuk satu malam. aku sebenarnya taknak sbb tau mahal sgt. boleh jer kot balik rumah. tapi doc takut nak lepaskan aku sbb kat umah mane ade oksigen tuh. so aku bermalam kat hospital. masa tuh aku dengar doc ckp, takpe, esok pagi ur parents datang amik. aku dengar jugak Mama cakap, "Ain, Mama n Ayah balik dulu ye, pukul 1am dah nh. esok kami datang amik ye". aku just angguk jer. masa tuh aku kesejukan. sampai tahap badan aku meronta-ronta sebab menggeletar. perut aku rasa kejang. gigi aku terketar-ketar. tangan aku menggigil-gigil.

then parents aku pon balik tinggal lah aku sorang dalam emergency room tuh. being monitored bergilir-gilir oleh 2 orang nurse. once in a while, dalam tdo aku tuh, aku sedar dorang amik BP aku. BP aku mula normal 2 jam lepas aku masok emergency room tuh. lama giler low BP. doc cakap ngan Mama, usually ubat yang orang bg untuk alergy reaction, dose dia tak sebanyak yang aku dapat. orang slalu ckit jer and dah mula stabil. tapi aku sangat teruk. doc sangat terkejut bila Mama cakap aku mula dapat reactions yg teruk just 5 minit lepas makan ubat tuh. condition aku memang sedia maklum orang tau sangat teruk bila Mama aku cakap aku nh dr dulu under supervision doktor pakar kulit. dorang tau aku nh ada masalah alergy yang kronik.

malam tuh lepas aku stabil, aku tak boleh tdo lena. rasa sesak sangat nak bernafas pakai oksigen yng letak kat hidung tuh. berkali-kali jugak aku bgn malam tuh sbb rasa terganggu dengan nasal ape entah nama bendalah tuh. badan still rasa kebas. even sampai sekrang rasa lagi kebas. aku maseh tak boleh nak genggam tangan. or bila berjalan rasa macam pijak tempat lembut yg tak rata. huhuhuhuhuh. tdo malam pun aku berpeluh-peluh. then bgn pagi pukul 5 lebih dikejutkan oleh suara Mama. aku dengar Mama cakap-cakap dengan nurse. tapi mata still susah nak bukak. then bila Mama dah pgg tgn aku, baru aku bukak mata. Mama tgk aku sedar, terus Mama cakap. "Ain, Ngah Man dah pergi. dia meninggal pagi tadi. pukul 1am. Masa Ain dah stabil tuh, otw nak ke rumah, Ayah dapat call dari Pak Nawi(adik ayah sorang ag) cakap Ngah Man meninggal dekat Saratok, accident. Meninggal on the spot"

masa tuh aku rasa nak pengsan balik. dalam hati aku dok berkata "nh  mesti mimpi nh". tpi rupanya memang realiti. Uncle aku, adik lelaki bongsu Ayah, Ngah Man, dah meninggal. masa kecik aku rapat sangat dengan adik-adik lelaki Ayah 2 orang tuh sebab muka dorang mirip sangat Ayah. sedeyh sangat hati nh bila kenangkan balik. paling ironi nye kan, malam tuh masa aku kritikal, Ayah dah nanges-nanges peluk aku, peluk kepala aku, kiss dahi aku berulang kali cakap "Ain sayang, jgan tutup mata ye sayang. Ayah ada nh". and bila aku dah stabil, Ayah menangis lagi sekali, sebab kehilangan adik dia. ironi kan? aku stabil pukul 1am. pukul 1am tuh jugak Ngah Man aku meninggal. bagai dia mengganti nyawa aku pulak. sebab tuh aku rasa sedih teramat.

aku tanya Mama. since masa berita tuh sampai ke family wife Ngah Man pukul 1am, aku tanya Mama, semua orang dekat umah Ngah Man ke? Mama cakap aah. semua ada. nenek sedara, cousin-cousin, uncles aunties semua berkumpul umah Ngah Man. masa tuh Ayah and Pak Nawi otw ke Hospital Saratok. kiranya yang datang amik aku dekat hospital pagi tuh, hanya Mama. sebab aku tye mane Ayah pagi tuh, tuh yang Mama btau pasal Ngah Man. Saratok nh dalam 3 ke 4 jam drive from Kuching. masa aku menaip nh, semua orang di rumah arwah Ngah Man menunggu jenazah sampai. masa dalam kereta dri hospital pagi td ke rumah,  aku tanya Mama, adik-adik tau tak Ngah Man meninggal sebab masa tuh kan pagi-pagi awal mesti dorang dah tdo. Mama cakap dorang tau. sebab ayah dapat berita tuh masa baru nak sampai umah. sampai-sampai jer Mama cakap Ayah meraung nanges "Azman, adik aku dah takde". and Mama cakap adik-adik semua peluk Ayah. aku rasa Ayah sangat sedeyh jugak sebab dia dah lama tak nmpak Arwah Ngah Man sebab masing-masing busy. aku rasa last aku salam cium tgn arwah, 2 tahun lepas. sebab tahun lepas aku tak balik raya. and masa Mama cakap Ayah menanges tuh, aku terus teringat. masa Arwah Nek Aji aka Ayah kepada Ayah aku meninggal, Ayah lah orang yang tak dapat terima kenyataan sampai taknak naek rumah atok sebab taknak terima kenyataan. seharian dia mengelak naek ke rumah walaupun masa tuh rumah atok penuh dengan sedara mara be it di dalam atau di luar rumah.

petang nh Mama nak amik aku untuk ke rumah arwah. Mama cakap semalam masa semua orang ada dekat rumah arwah, sedara mara semua bertanyakan aku. and Mama cerita dekat semua and btau aku dekat ward. and tadi Mama call, cakap dia amik ptg nh sebab semua orang dh carik aku.

sungguh di luar dugaan kan perancangan Allah. Ayah hampir kehilangan aku, tetiba betul-betul kehilangan adik dia. memang hari yang penuh dukacita untuk Ayah 26 and 27 Mei 2010 nh. bagaikan Arwah Ngah Man menjadi pengganti untuk nyawaku. huhuhuhuhuhuhuhu.

oklah. sampai cnh sahaja catatan hari nh. aku tak rasa penat pun menaip panjang-panjang nh sebab aku tak dapat merasa keyboard nh. badan aku maseh kebas-kebas. doakan aku cepat sembuh.

Alhamdulillah, sebab aku masih boleh bernafas.

p/s: Al-Fatihah untuk arwah Azman Pawzi..........Amin~

Tuesday, May 25, 2010

Week 3..........

fuhhhhhhhhhhh~~

lama betul rasanya tak membebel kat blog nh. ermmmmmm. last bila eyh? minggu 1st LI kot kan? sekarang dah minggu ke-4 dah LI. sekejap pulak rasanya. tinggal 3 minggu sebelum tamat LI nh. macam biasa jugak, minggu ke-3 penuh dengan report yang nak disiapkan.

hari Khamis lepas aku pergi ke Ladang Kelapa Sawit di Simunjan. naek 4wD. adalah dalam 3 jam lebih jugak nak sampai sana. sebab ujan melebat gila-gila. naek seram aku sebab tak nampak jalan. bukan nak kata aku drive ke ape, tapi dah aku dok seat passenger depan tuh. ala-ala seram nengok jalan. nampak tak nampak je jalan depan. seb baek masa tuh blom masok jalan yang ala-ala off-road kan. kalau tak, lagi seram. bertolak dari ofis dalam pukul 8.40am. sampai ke daerah Simunjan dalam 12pm gitu.

jauh jugak eyh Simunjan nh. adalah dalam 2 kali naek feri. yang 1st tuh merentas Sungai dekat Samarahan tuh. itu kecik jer. tapi takdelah kecik mana pun. hehehheehhehe. tapi since masa tuh masih ujan kan, so seram jugak. kepala otak dah imagine-imagine buaya bagai nh kan. hohohohohoho. btw, nh 1st time aku jejak kaki ke Simunjan. second pulak naek feri dekat Batang Sadong. perghhhh. ini lagi seram. sungai adalah melebar ok~ besar~~ huhuhuhuhu.

sampai-sampai kat daerah Simunjan tuh, pergi lunch dulu. masa tuh dalam 12 lebih tgh hari dah kot. dahlah baru lepas ujan lebat, sejuk-sejuk nh cepat lapar. ngeh3. lepas makan, adalah dalam 12.30pm gitu gerak ke ladang tuh. wohohohhohohhoho. mula-mula masok nak ke ofis state tuh, ok lagi jalan nya. masa on the way nak sampai ke sampling point tuh, ya Allah. hazab okkkkk!!! melambung-lambung dalam keta. hajat di hati nak snap gambar kenangan dari dalam keta. tinggal mimpi. ape barang nak pegang kat tangan pon macam sekali melambung-lambung. aku duduk seat blakang dengan Hamzah. seat depan pulak Mac, ngan state manager, En Azam. barang-barang yang aku pegang semua aku masok dalam beg. kalau tak, jawabnya melambung entah ke mana. huhuuhuhuhuhuuhu. ade 3 sampling point kena pergi. tapi disebabkan perjalanan dia sangat mencabar montot aku, rasa macam nak pergi 30 tempat jer. aku ngan Hamzah memang sorang pandan sorang then gelak-gelak. dah macam apa jer ktorg kat belakang. orang depan less melambung pulak aku tgk. huhuuuhu. si Hamzah tuh siap ade terhantuk-hantuk ngan cermin keta. kesiannnnnnnnnnnnn.

aku pulak bersungguh-sungguh nak snap gmbar dari dalam keta. sebab nak amik gmbr keadaan persekitaran ladang untuk report. tapi cermin tingkap keta nh sangatlah clear berkilat smpai reflection aku pon masok dalam gambar. ceyh. rosak gambar. nak bukak tingkap, kang melambung kamera orang. tuh pon berkali-kali snap baru dapat satu gambar. yang laen tuh hancuuuuuurrrrrrrrr. blur yang amat. asal aku tekan shutter jer, mulalah melambung-lambung. mana tak gambar semua ke lauttttttttt~

paling adventurous skali kan, masa nak pergi ke sampling point yang kedua. tempat dia ujunggggggggggggggg skali dalam ladang. kira paling jauh. dalam setengah jam dari sampling point 1st. 30mins dalam kereta melambung-lambung. seb baek tak muntah jer. hohohohohohoho. mula-mula jalan batu-batu, lobang-lobang. dah makin jauh, makin dekat ngan sampling point tuh, jangan kata lobang ngan batu, jalan pon tak nampak!! sebab lalang dah meninggi hampir-hampir sama tinggi ngan keta tuh. perghhhhhhh. memang tak nampak jalan langsung!! cuak okkkkk!! ladang kelapa sawit nh kan macam ada saliran-saliran or lebih kepada longkang-longkang besar untuk air sungai mengairi ladang tuh. so kira macam kalo ko termasok dalam longkong tuh, jawabnya tenggelam ler. memang berhati-hati lah kan. seinci-seinci jer bergerak. kot-kot masok longkang. kang tetiba masok sungai tempat sampling lagi haru. dah sampai dah kat sampling point. kuar keta tuh, memang tawakal jer lah. redah jer lalang-lalang tuh untuk ke tebing sungai. jangan ada buaya dahlah. ular pon janganlah time-time tuh nak muncul kan. aku men pijak jer lalang tuh. entah tanah ke lobang ke, dh tak dapat nak beza. tak nampak apa. cepat-cepat amik sample air. then buat in-situ test then masok keta balik terus blah ke 3rd point.

3rd and last point nh watergate dia. kira macam tempat air dari ladang masok ke saluran sungai lah. yang En Azam nh pulak bersungguh betul lah dia pergi cerita pasal buaya. dok cakap masa buat watergate dulu ada buaya 2 3 ekor timbul. seram ok. dahlah besar giler longkang dia. dah macam sungai dah kat cnh. kata pun pertembungan dengan saluran sungai kan. aku dh mula lah imagine balik pasal buaya. kang tak pasal-pasal tengah aku dok snap-snap gambar sampling point tuh, ade jer yang keluar dari sungai naek ke tebing. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! seram ok seram!!!! masa nak sampai ke sampling point nh pon nampak lah dekat-dekat ctuh punya pokok sawit tuh dah lebih separuh tenggelam sebab air naik. keliling jalan tuh semua tenggelam ngan air. eeeee. seram-seram~~

dah sudah sampling semua, balik lah ke pangkal jalan. cuca pun sedang elok jer mendung cerah-cerah malu sket. sejuk jer. sambil layan mp3. masing-masing aku ngan Hamzah tahan ngantuk. kadang-kadang lelap gak. si Hamzah nh pulak gigih hafal jalan sebab one day dia pulak kena drive bawak personnel ofis nh sampling. Mac pun sambil dengar lagu tahan jugak mata dia tuh. Mac pon cter-cter jugak, yang ladang satu lagi tuh lagi dasyat dia punya jalan. keta kompom kaler tanah kuar dr ladang tuh. nh kira ok nh tak becak mana jalan dia sbb banyak batu. huhuhuhuhuhu. takleyh nak imagine. tuh pon ari tuh enjin pon mati 2 3 kali jugak. huhuhuhuhu.

mehlah tgk gambar-gambar yang ada dalam phone aku nh.

ujan lebat. air sungai tuh naek ohhh. buaya T__T

nh masa nak masok feri. eeeeee. seram seram. sebab sungai sarawak kan. dalam kepala nampak buaya jer.

nh pulak atas feri. Primerose I kot tertulis kat ctuh.

lamanya tak naek feri.

sebenarnya, aku amik gmbr nh tanpa tengok screen phone. skali dah snap ada pulak pakcik tuh kat ctuh. aku amik sbb nak tunjuk, yg keta ktorg paling last dalam feri. siap terkeluar-keluar dari badan feri. tuh kalo feri tuh naekkan tempat pakcik tuh berdiri, kompom dh kena hempap ktorg ngan mende hijau tuh. kalo brek tiba-tak makan, memang arwah dah masok sungai tuh ha. huhuhuhuhuh. masa nak masok tuh dah dalamhati aku dok terpk-pk, mane muat. skali orang jaga feri tuh cakap muat. perghhhhhh. seram sejuk aku!

nh pemandangan masa dalam perjalanan ke daerah Simunjan. dahlah lepas ujan. sejuk ok bila bukak tingkap. udara fresh gila. sukeeeeeeee~

saje amik dua kali :P

haaa. tengok jalan tuh. tuh lah satu-satunya jalan. dahlah 2 hala ok~~~ yang lalu pulak bukan nak kecik-kecik. lori sawit lah, jentera lah. kalo dah betembung tuh, pandai-pandai lah bahagi jalan tuh. kalo tak reti, kompom terbalik masok semak seblah tuh. jalan dia batu-batu. sempit. iskk. memang haru btol. seram jer aku bila bertembung ngan lori or jentera berat. huk3.

haaaaaa. yang nh masa otw nak balik ke Kuching. kat feri Batang Sadong. cuba tengok kelebaran sungai tuh. besar giler kan?? huhuhuhuhuhuhu. nh tengok dalam nh macam takde ape. cuba tgk real. seram jer tengok sebab sangat tinggi ok masa nak turun masok feri tuh. eeeeeeeeeeee. terbabas-babas masok sungai terus, arwah terus. imaginasi aku nh melampau-lampau betol kan? huhuhuhuhuuhuhu. masa baru sampai ke feri nh lagi haru. maksudnya dari arah Kuching pagi tuh. sebab apa aku cakap haru??? ujan kan lebat masa tuh. pastuh tambah pulak dengan arus sungai deras gila. masa feri tuh nak sampai jeti nh, siap lawan-lawan arus n siap langgar-langgar gedegang-gedegang tiang yang itam tuh tau. yang itam tuh tayar dorang susun. bergegar montot aku dalam keta tuh masa feri langgar tayar-tayar tuh. eyhhhhh. sumpah takot giler ok~ aku tengok jer masa tuh feri memang dah dekat gila ngan tayar tuh. aku dah bising-bising cakap mesti langgar punya. boleh si Hamzah cakap tak. skali dah langgar, terus dia cakap "eyh, aok ooo. langgar duhal". cissss!

haaaaaa. ok lah nh. nh keadaan aku di opis masa lunch hour kot. tak balik umah. ngeh3.

ok lah tuh. entry diakhiri dengan muka jakun pemilik blog. kikikikikikiki. Jumaat cuti yay!! tapi Sabtu keje. tappi dorang cakap maybe pergi Santubong jungle trekking. pergggghhh. rajin tul company nh. last week nye Sabtu, magok gym exercise. tiap working Saturdays nh adalah hari riadah. hohohohohohoh. company ko ade? hihihihihihihihi.

klah. penat menaip. nanti update lagi ye. nanti tuh tak tau bila lah. :P

p/s: nh sebenarnya dah ala-ala demam nh. sakit tekak, penin...asma lagi. huhuhuhuhuhu. klah, musim demam nh kot. huhuhuhu. rindu :( ke demam rindu?? hua hua hua hua. *geli*

Monday, May 10, 2010

Klac, Gear, Minyak...oh, Stereng... T__T

selamat hari Isnin semua.....................~

having fun semalam? semalam hari ibu kan. tapi semalam Mama jugak yang masak. hihihihihihi. ktorang nak masak spaghetti kan, tapi yang meriah punya spaghetti. alih-alih sampai kat pasar dia tiba-tiba cakap nak masak len plak. siap offer dia yang nak masak. semalam Mama masak nasi ayam yang super sedap. tapi since malas nak amik gambar, so takdelah gambar ye. itu jer menu untuk semalam. masak pon dah pukul 1pm kot.

semalam pagi ikut parents ke pasar minggu dekat Satok tuh. sampai-sampai jer terjah kedai makan dulu. itu adalah perkara wajib ye. Parents makan rojak ayam. giler sedap ok! adik makan mi kari ayam. pun sedap giler! aku lak, of coz nak mi kolok. hari Sabtu balik dari keje kol 2pm tuh adik cakap dalam fridge ade laksa sarawak mama beli. so takdelah ngidam laksa dah kan. harus carik mi kolok pulak~ sedap2~ tapi ade lagi yang lebih sedap dari tuh sebenarnya~ hihihihihi. macam biasa jugak, aku tak amik gambar sebab tak bawak phone masa kuar tuh.

pastuh bli lah barang-barang mentah dapur tuh ha. bli seekor ayam. part nh klakar. kan ke kita mintak orang tuh siap-siap potong ayam tuh kan, so this guy dia potong-potong lah ayam. mestilah tangan dia kotor kan dengan ayam tuh basah nye lagi. pastuh dengan tangan this guy basah-basah bau ayam tuh, dia pegang plastik nak masukkan, pastuh dia pass lah kat aku and lil sis. aku dah tengok jer muka lil sis tuh. sebabnya, aku taknak pegang. kotor sebab basah. hahahahahahhaa. mengamuk ok lil sis aku tuh. terus sentap buat muka and cop aku "budak bandar". kah kah kah kah kah. aku kan anak dara yang malas bangun awal pagi n ikut pergi pasar. Mama siap sound-sound "nh dah berapa tahun nh since last dtg cnh?" aku gelak ajer :D tapi yang laen-laen tuh aku ok jer tolong bawak. asalkan bukan ayam/ikan/ daging yang basah-basah. haruuuuuu :P

Ayah dah siap tapau satay and nasi himpit kuah kacang untuk adik-adik kat umah plak. so of coz semua kenyang lagi kan. and lepas Zohor around 1pm-ish baru start masak. aku lak tugas aku wat sambal untuk nasi ayam (licin woooo sambal aku wat) ngan masak sayur taugeh. kacang jer keje aku. hek3. dalam around 4pm-ish gitu dah boleh makan dah. memang aku yang 1st makan. lapar giler. sekali lah ngan parents. hehehehehehhe. sedap giler ok. tak menahan. tempat len kompom tak jumpe nasi ayam sedap macam nh. tambah jugak makan. hehehehehhee. nasi ayam mama masak, ayam tuh masak skali ngan nasi. so korek-korek priuk nasi tuh ade ayam skali ler. hehehehhe. dap ohhhhhhhhhhhhhhhhhh~~

pastuh lepas makan lak layan TV ngan family. then sambil-sambil tuh install game The Sims kat lappy nh. pastuh basuh keta. hohohohohohoh. faveret aku tuh basuh keta tuh. aku suke nau basuh keta. men ngan air. hihihihihi. jap jer. dalam 30mins siap dah basuh. pastuh lepas basuh keta, tiba-tiba mama sound "lepas nh Ayah bawak pergi blaja drive haaaa". gulp gulp gulp. tergamam aku dengar. pastuh g lah blaja drive. semalam tuh lesson blaja pakai gear 1. kah kah kah kah. klakar! tergelak-gelak ok aku driving. kecut perut pun ye. dah macam zig zag dah aku bawak. kalau ade cat tumpah dari kete, memang nampak patern zig-zag atas jalan tuh. keh keh keh. aku rasa mcm dah steady jer pegang stereng. tapi ke laut ko. lagi-lagi tang nak tekan klac. perghhhhhhh. Ayah dok sound cakap boleh release klac, aku still tekan. takut giler kot nak lepas. hahahhahaha. adeyh adeyh. tapi aku berjaya membelok di selekoh. bangga bangga. kah kah kah kah. kaki kanan and kiri takleyh nak synchronize. nak tekan minyak pon sebok kaki kiri nak tekan klac, padahal dah release dah. huhuhuhuhuhuhu. tekan minyak asik terlebih tekan pulak tuh. eyh, susah lah driving nh!!! kang aku tekan kasi habis minyak tuh, mati pulak keta masok longkang. huk3. aku fail giler nak reverse. tak reti langsung kot. takleyh nak bajet langsung control minyak, stereng semua. huhuhuhu. and tiap kali lalu bumper, kete akan menderum bagai nak rak. muahahahahhahahhahaha. ayah ajar untuk stop depan bumper, then tukar balik gear 1. ape lagi, derum derummmmmmmmmmmmm~ gila ko. derum jer lebih, gerak nye tak. huhuhuhuhuuhuhuuhuhuhu. tapi addictive jugak la. petang nh lepas keja nak blaja ag. weeeeeeeeeee weeeeeeee~ nak mahir terus. so at least lepas nh pergi formal class, boleh amik yg ikut jam jer. cepat sket abes. huhuhuhu.

eyh, klah. panjang lak. kah kah kah. macam entry aku semua pendek-pendek kan?? :P


p/s: kucing-kucing umah kakak-kakak tuh dah takde dah. uwaaaaaaaaaaaaa :(

Sunday, May 9, 2010

Happy Mother's Day

nh auto publish entry nh....aku buat masa kat opis semalam....

to all mothers out there, especially my Mama, Happy Mother's Day!!! i love you always :) we love you always mom!! :)

for all your love, your sacrifices, your tears, your laughs, your smiles, your pains...everything. we owe you so much and i bet nothing in the world can ever pay you. not even billions of ringgits, dollars, pounds, yen bla bla bla. :) i wish i live a longer life so i can at least repay you, even only a bit.

i am sorry for all my rebels and stubbornness. and thanks for taking care of me and my siblings until now. thanks to both of you and Dad.

i have nothing much to say, only for you to know that, I LOVE YOU :) always and forever.

everyday is a mother's day. hug our mothers and say I LOVE YOU, sebab kita tak pernah akan tahu bila mungkin akan menjadi hari terakhir untuk kita sempat memeluk dia dan menyatakan yang kita sayang sangat kat dia.  :) do it everyday. kalau jauh pun, telefon mintak keberkatan setiap hari. semoga hari-hari kita sentiasa penuh dengan doa ibu. bagi yang sudah kehilangan ibu, sedekahkan al-fatihah dan sama-sama berdoa untuk dia. sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu. mintak maaf setiap hari sebelum terlambat dan menyesal. seteruk mana kamu rasa ibu kamu tuh, dia tetap yang mengandungkan dan melahirkan.

Mak, mek sayang kitak mak :) always.


 p/s: hari nh kami masak-masak and makan besar! takdelah besar mana. just to celebrate our Mom. she's gonna be the big boss today! hiksss :D

Friday, May 7, 2010

Just being random....

hie...

this is the fifth day im doing my practical here in this company. so far everything's fine. macam yang aku pernah mention before this, semua orang sangat friendly. very very friendly. which is aku suka sangat. :) semalam petang baru lah bos mula masuk ofis. tapi aku belom lagi pergi jumpa dia. busy betol everyone. even aku mintak keje pon, takde yang dorang ada nak bagi kat aku. ok. so sekarang aku sangat free sebab semua keje aku yang dah bagi 2 hari lepas aku dh siapkan semalam. and hari nh pon aku just edit-edit jer report yang aku buat tuh. since our client until now tak bagi lagi progress report dorang for March, so tak dapatlah aku nak proceed on report aku untuk chapter progress report ladang tuh. so kenalah tangguh until i get the report. gila apa. dari sebelum aku masok lagi report tuh tak sampai lagi dekat kak Azimah satu ofis aku nh. tadi pagi call pun baru ada dekat ofis orang tuh. and baru nak btau tak dpt nak bg. adoiyaiiiiii. minggu depan kena submit dah report EMR nh. hmmmm. takpelah. janji yang dh ade tuh dh siap. kak Azimah pun cakap tunggu jer lah. tak boleh nak buat apa.

itu pasal LI aku. pasal hidup aku lepas balik umah lak? so far, sangat relaxing. it's fun to have the familiar faces around. even fun bila familiar faces tuh adalah the family itself. everyday ada jer lah nak dilayan kerenah adik-adik nh. lagi-lagi aku bagi PSP tuh amanahkan dekat dorang. yelah, aku nak main PSP tuh pon weekend jer ada. sabtu yang aku tak keje cuma 1st and 3rd week. sabtu selain tuh, keje. so, dorang lah yang layan PSP tuh. gila ok. aku main PSP tuh pon dua hari sekali baru charge. dorang nh sehari 3 kali charge. gila mantap lah main. siap tunggu turn. adoiyai. lagi gila, bila dorang sanggup tdo lewat sebab tunggu PSP abes charging. adoh2. seb baek yang sorang tuh tunggu result matrik. yang sorang tuh confirm aku paksa suh blaja sbb tgh trial SPM kot. gila apa main PSP jer tak blaja. aku tak berani biar dorang charge PSP time tdo. kang sampai ke pagi kang. mau cepat flat batt tuh kang. pandai main, pandai lah jaga. hohohohohoh.

setakat 6 hari kat cnh, aku kurang layan phone. sms, call semua kurang. even malam-malam pon aku tak online. aku balik keje kol 5.30pm gitu, aku tak online kat rumah. online time ofis hour jer. lagipun broadband celcom buat hal. tenet macam haram. plus, hati aku takde rasa nak melayan internet. even adik aku online dekat laptop lagi satu tuh pon aku takde rasa nak menyemak kat laptop tuh nak online. apetah lagi nak on lappy aku nh. lagi malas. kol 9pm or 10pm aku dah tdo dah. hihihihihii. gila awal tdo. semua sebab taknak ngantok kat ofis. berkesan lah jugak tdo awal tuh. tapi tak tau lah kalo malam ahad cmne kan. ari-ari wajib layan citer ADAMAYA ok sebab nak tgk Amani yang comel tuh and Adam yang hensem tuh. benci DANI ok! tetibeeeeeeeee.........

nh aku nak cter kejakunan aku. kan ke umah aku dah tukar pakai plasma tv tuh. adoiyai. gila lah aku tak reti ok nak pakai tv tuh. aku tunggu orang on lagi ada. sebab aku rasa mcm susah btol lah. sebenarnya bukan susah nau pakai tv tuh. mcm tv biasa jer. yang susah tuh sebab masa Ayah bli tv tuh, dia datang skali dengan pakej Astro Beyond. so tukar ler ke Astro Beyond terus lah kan. ya Allah, punyelah aku tak reti nak control Astro tuh. nak cek info pon laen dah. semua kene tanya adik. dahlah dia macam nak taknak jer jawab aku sebab busy maen game PSP tuh. seb baek PSP aku, kalo tak mau aku campak jer haa baru tau. dah tuh kalau nak tengok info ke ape, haruslah aku suruh adik aku tekan-tekan. malas eyh nak amik tau.

since aku kat Kuching selama 6 hari nh, aku belom merasa lagi makanan Sarawak. oh my oh my. aku tunggu weekend nh, specifically hari Ahad nh. sebab selalu hari Ahad lah dapat makan mi kolok or laksa sarawak. both faveret ok. kalau laksa tuh, siap nak bli 2. huhuhuu. tengok kedai lah. ade kedai byk dia letak. ade kedai tuh seciput. makan dua tiga suap abes dah T___T and aku rindu roti canai, karipap and murtabak nenek buat. karipap dia terbaek ohhh! setakat aku duduk banyak-banyak negeri kat Semenanjung, belom .ada buat karipap macam dia buat. sedap sangat. dapat isi karipap untuk ratah-ratah pun jadiklah. sedap oh isi karipap nenek buat. kalo balik Sibu mesti dia bagi aku ratah-ratah isi tuh. iskkkk. nenek, datanglah Kuching bawak makanan! hehehehehee :D

ermmmm. driving lesson entah bila nak amik. keja sampai Sabtu. Ahad of coz nak rilek2 kat umah. aku rasa yang bekerja tuh pahamlah kot. mesti malas n penat jer rasa nak kuar kan?? aku yang baru 5 hari bekerja nh pon dah terasa penat giler duduk ofis nh. lagi-lagi bila takde keje. lagi penat. penat ok melanguk. itu pon keje jugak. keje melanguk. bila ada keje jer aku rasa mcm bertenaga sikit. sebab tak boring. so bila keje dah siap nh, datanglah boring balik. dah mintak keje lagi pon dorang cakap setakat nh belom ada nak bagi lagi. lepas nh adalah, so tunggu sahaja lah dorang bagi. driving lesson, nanti lah tgk ape boss besar iaitu Ayah cakap. kalau dia cakap amik kat KL nanti, so kita amik lah kat sana jer. lagipun risau jugak kot-kot tak sempat nak abeskan smpai test JPJ. kalau sempat test JPJ and lulus terus bagus gak. tapi dibuatnya tak lulus? mati! dibuatnya kena test lagi and masa tuh dah balik KL start sem, mati lagi! adoiyaiiiii. so kita tunggu dan lihat jer lah. aku ada setahun lagi before abes blaja and bekerja. so ada banyak masa nak pergi driving lesson. itu nanti lah fikir kan.

hari nh tak balik umah masa lunch hour. tempat aku LI nh belakang jer umah aku. kira dalam 10minit jalan kaki dari umah jer. hari-hari aku jalan kaki ok. pagi, tgh hati and petang masa balik. 1st n 2nd day macam penat jer. tapi dah mqasok hari ke-3 tuh ok jer takda rasa apa. rasa masa berjalan-jalan dalam kawasan fakulti/kolej jer. keh3. tapi kan, bukan senang ok. hari-hari kena mengharungi pelbagai dugaan masa tengah jalan kaki. lagi-lagi bila nak hujan tuh. perghhhhhhh. laju giler kot aku jalan. dengan bawak 2 beg. dah macam ape jer. itu ok lagi. dibuatnye kereta lalu pastuh *splassshhhhhhh* air jalan percik. gila ok. boleh gila kalo macam tuh. kena air ke basah ke no hal lah boleh tukar baju. nh, kena harungi anjing-anjing. adoiyaiiiiiiiii. anjing tuh kalau comel aku tak kisah. nh stok yang kurus-kurus takpun besar-besar tinggi-tinggi punye anjing. tambah pulak jelingan maut dekat aku. pastuh muka dahlah garang. macam bersiap sedia jer nak kejar aku kalo aku terlaju sikit jer berjalan. siot jer anjing-anjing nh. kang aku pijak kang baru tau. tapi aku yang susah pastuh kena samak pulak kan. iskkkkk. seram ok. pastuh tengah jalan-jalan, kat lorong umah yang sunyi tuh. sunyi sangat especially time lunch hour balik tuh. dahlah tengah macam cuak-cuak jalan sorang-sorang, tengah dok fokus-fokus nak balik umah, tengah dok mata stret jer tgk depan, tba-tiba lalu 2 3 umah, anjing hok besar itam tuh menyalak-nyalak kuat giler punye. seb baek tak pengsan sbb heart attack ok!!! seb baek anjing tuh kena rantai and pagar rumah tuh tutup. hoiii hanjing!! muka aku ada macam nak merompak umah ko ke?? nyampah ok!!

eyh klah. panjang berjela pulak. hek3. selamat berhujung minggu semua. aku online office hours jer ye. eyh, kakak dah jual kucing dorang Si Putih and bakal give away Si Oren tuh esok. sedeyh nyeeeeeeee!!!!


p/s: apa itu kawan? sahabat? teman? teman istimewa? haihhhh. apa-apa lah awak. saya terima ajer lah. we had been talking about this hundreds of times. and again, i'll say the same thing, saya ikut awak jer lah kalau itu yang menenangkan hati awak.

Tuesday, May 4, 2010

Berubah imej~

hihihihihihihihihihihihi..............~~

wahhhhhhhh ko ain~ kan maen. berubah imej. ape yang berubah sangat tuh? huhuhuhuhuhuhuhu. adoiyai. nh ha. aku kan start praktikal semalam. haruslah imej sekarang ala-ala wanita bekerjaya. padahallllllllllllllllllllll. keh keh keh keh keh.

semalam pergi melapor diri. lambat pulak tuh. dalam pukul 10am gitu. sebabnya, tak tau opis tuh masok kejenye pukul bp. dah nasib baik SV tuh macam baek sangat. in fact semua orang baik-baik. aku duduk satu bilik ofis dengan kakak nama Azimah. hehehehhe. she's a project office dekat company nh. i mean this HQ lah.

aku LI dekat company bernama EPR(Kuching) Sdn. Bhd. company nh dia punya core businesses adalah engineering (segala jenis lah engineering), oil & gas services dan jugak environmental study (department tempat aku attached). oh paling klakar, semalam bila aku dtg nak lapor diri, aku terserempak Sis Sara. my senior. sempat senyum jer kat dia. she's gorgeous. lama gila tak nampak kot. lepas lapor diri, masa tuh aku bc company profile yang aku request from my sv kat company nh. pergggghhhhhhhhhhhh!! tidak ku mengetahui, rupenya comany nh kepunyaan mak kepada Sis Sara nh ha. terkejut aku tgk nama director of finance sebab nama Sis Sara. lagi terkejut bila aku tgk nama director of planning. Amon!!! perghhhhh! gila terkujat ok~ hikksssss.

basically, my 1st day takde banyak mane keje nya. aku just tolong jawab phone call, then baca company profile, tengok EIA report yang ade depan mata aku. and kadang-kadang borak-borak dengan Kak Azimah nh berkenalan. borak-borak sambil tangan dia buat keje. hihihihihi. Kak Azimah friendly. my SV pon baek jer. so far dorang sangat sebok dengan report project lah, proposal semua. macam serius jer semua orang at times. so macam takut giler nak tanya apa-apa. huhuhuhuhuhuhu. tapi semalam Kak Azimah ada cakap, next week aku akan ikut ke Simunjan which is like 4 hours drive from Kuching, ke ladang kelapa sawit untuk sampling. dorang buat monitoring dekat ladang tuh. so will be out for field work next week. balik hari jer kot. insyaAllah.

eyh, sempat pulak kan aku blogging? sebab Kak Azimah and my SV keluar setelkan hal company nh kot. so tinggal aku sorang jer dekat floor atas skali nh. iskk. seram pulak dah rasanya. dahlah sejuk. tapi belum sejuk melampau lah. tuh yang layan buat entry satu jap.

klah, aku nak tengok lah if ada apa-apa lain boleh dibaca. bosan jugak kalau tak buat keje nh. rasa bersalah pon ade. huhuhuhuhuhuh. anyway, glad jugak sebab ofis dekat ngan umah. pergi and balik jalan kaki. lunch pon balik umah makan jap then balik ofis lagi. hikkkkks.

daaaaaaaaaaaaaa semua!!

p/s: baru 2 hari. still panjang lagi nh. i hope next day onwards, keje aku akan makin menimbun sebab aku prefer buat keje banyak-banyak so that tak terasa sangat lah dalam ofis nh. at least it would kill the time kan?

Sunday, May 2, 2010

Bound for Kuching....

yuhhhhhhhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~

setelah 2 malam berada di umah Kak Fana, and 2 malam tuh tak dapat online sebab broadband belom bayar lagik, akhirnya aku menulis entry nh di LCCT, menunggu flight aku ke Kuching. flight pukul 1.50pm nh.

penat ok! penat angkat barang belum hilang. adoiyaiiiiiii~ esok dah start LI. aku baru jer malam tadi boleh pulak dok pikir-pikir nak buat ape lah kan hari Isnin. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! lupe sungguh aku ok! ada LI bermula Isnin nh. kena lapor diri. takleyh imagine cmne lah nak melapor diri esok. adoiyaiiii.

eyh, nanti lah aku update ag k. nh nak buat short entry jer. semalam aku kuar tengok Iron Man 2 ngan The Losers. nanti aku dah sampai umah aku cter ye. penat nh sebenarnya nak menaip. tak sabar jer nak masok plane and tdo dengan lena. perut dah kenyang nh pergi makan bubur McD. belom bfast katanya. so bfast and lunch terus la. nanti dah sampai Kuching, nak makan laksa sarawak. wooohhooooooooooo~~~!!

klah. selamat hari Ahad semua!! daaaaaaaaaaaa~

p/s: makin jauh makin rindu :)