Sunday, April 25, 2010

Petang yang indah.............

:)

semalam petang aku pergi jalan-jalan kat Taman Tasik Titiwangsa. al-maklum lah, kolej aku kan seblah jer ngan tasik nh. kira keluar pagar jer dah tasik tuh. so saje lah aku rasa macam nak jalan-jalan kat tasik. aku tak ajak sape-sape pon sebab sajer nak jalan sorang-sorang tenangkan hati n fikiran nh.

ermmmmm. seronok jugak jalan-jalan nh sambil tengok ragam manusia. macam-macam aktiviti jer dorang buat. yang pastinya, tiap-tiap petang memang ade main belon besar yang digolek-golek turun bukit tuh ha. yang dalamnye ada org. hehehehe. seronok jer tgk dorang dok jerit-jerit.

satu lagi yang aku suke tengok, ada photoshoot pengantin. chantek sangat pengantin tuh. dengan baju gold nye. ade jugak ramai photographer ngan DSLR masing-masing buat photoshoot. and ada tuh aku rasa student kot yang amik major in photography nh kot. sebab nampak lah dengan macam-macam dorang punye gaya amik gambar. and dengan model lawa-lawa. and yang penting, nampak sangat perangai pon ala-ala remaja macam aku nh ha.

paling aku suke tengok, gelagat budak-budak. seronok jer tengok budak-budak nh. comel sangat. lari sana sini. ada terjatuh nanges-nanges adu kat parents. hikkkksss. cute!! oh oh, babies pon ramai oh. parents bawak babies. giler cute. kalo aku nh takde sifat malu, memang aku dah pergi dah dekat baby tuh gurau-gurau. aku suka layan budak-budak. very colourful dekat playground tuh. suka sangat tengok.

lagi satu layan remote cars. perghhhhhhh. derummmmmmmmmmm2 keta control tuh, kalo besarjer keta tuh dah sebijik dah macam tengok F1. giler laju ahhhhhh. kalau ada remote plane seronok jugak kan? ada satu hari tuh pernah ada hot air ballon kat padang tuh. iskkk. masa tuh aku nampak dari dalam shuttle bus UKM jer. nak ke fakulti. tak berpeluang aku nak tengok dekat-dekat.

layan betul jalan-jalan dekat tasik nh. sambil tenangkan fikiran. makan eskrem roti. hehehehehehehhe. duduk-duduk tepi tasik tengok keindahan tasik tuh. di tengah-tengah bandar KL nh, aku rasa tasik nh lah antara tempat yang best nak tenangkan fikiran. nanti dah duduk plaza rah nanti, aku rasa macam susah jer nak ke tasik nh. tapi boleh jer weekend datang-datang.

ermmmmmmmmmmm. how i wish i have a camera. best nye kalau ada camera. boleh capture moments yang indah-indah nh. tak payah DSLR pun. janji camera. kalau dapat DSLR adalah bonus. orang cakap, a picture worth a thousand words. :) tapi aku rasa, apa gambaran dalam otak aku nh, memang susah nak share ngan sape sape.

aku rasa macam nak jalan-jalan lagi petang esok. i mean hari nh petang nanti or pagi nanti :) seronok jer rasa. tenang fikiran. and takdelah bosan sangat duduk bilik. hari nh dah Ahad, and bilik aku tak siap kemas g. takpelah. ade lagi seminggu nak kemas :)

selamat pagi semua :)


p/s: makin hari makin jauh. iskkkkk. bila nak makin dekat nh. lama-lama nanti dah lupus dari ingatan dia kot :(

No comments: