Sunday, April 4, 2010

Penang :)

weeeeeeehuuuuuuuu~

ari nh dah hari ketiga aku kat Penang. ari aku sampai ari tuh dh malam. giler lembap nek train. lepas nh SUMPAH takmo lah nek train. lama sangat kot. giler ko. aku nek train pukul 3pm-ish gitu....dkat nak 10.30pm baru sampai kat stesen Butterworth. worth lah sgt butter tuh. tetibe kannnnnnnnnn....

lama sangat lah weyh. battery laptop abes...2 movies aku abeskan dalam train. then aku men PSP. pun smpai abes bateri. giler bosan kot. dhlah lupe nak bawak MP3 aku tuh. dalam train baru tingat pasal MP3. sedeyh jer. last meal aku adalah kat KFC masa aku sampai KL Sentral tuh. tuh pon dalam kol 11am lebih. giler. hampir 12 jam tak makan ape. sampai2 lapar jer. makan McD jer. tak rasa nak makan nasi pon sbb dh lewat sangat. sampai umah pon dalam 11pm lebih. lama btol perjalanan aku nak sampai Penang.

pastuh semalam aku kuar ptgnya. pagi tuh takde watpe. bangun pon dah lambat. penat perjalanan lambat nak ilang pulak. kakak2 umah nh keje walaupun ari Sabtu. kesiannnnnn~ tiap Sabtu pon keje. iskkk~ aku lak tdo jer. dkat nak kol 11am baru aku bgn. mandi2 then turun kat living room dorang, buat keje sket. baca notes sket. tup2 kakak call cakap siap2. dia balik jer trus kuar. trus aku berdesup siap2. pergi tgk wayang.

cter ape eyh tgk? Clash Of Titans. aku malas pulak nak review. sape dah tengok cter Percy Jackson and The Lightning Thief tuh, cter dia lebih kurang jer. cuma nye cter Titans nh versi dewasa and lebih ganas. jalan cter bg aku sama jer ngan Percy tuh ha. aku siap ngantok2 lagi. tapi aku jadi kompius. aku peminat cter2 ala zaman greek nh kan. mcm seronok jer sejarah greek nh. tapi tuhlah. dalam percy jackson, si percy or nama greek dia perseus, anak kepada Poseidon, adik si Zeus. tapi dalam Titans nh, Perseus anak Zeus plak. dah tuh dalam Percy, Poseidon jatuh cinta ngan mak Percy. dalam Titans plak, Zeus p rogol bini Raja.iskkk. kompius acikkkkkk~ (ada ke patut dewa pergi rogol manusia. ape punye attitude ler??)

sebelum p tgk wayang tuh p makan kat KAPITAN. mamak. sedap weyh briyani dia. sukeeee~ (ke sebab aku lapo terlampau??) lepas tgk wayang plak. balik umah. then malam kuar balik. makan Mi Udang kat Sg Dua. bolehlah sedap. Udang fresh gitu. asalnya plan nak masak jer kat umah. kakak tuh nak buat bihun sup. pergi pasar malam, nak bli rusuk daging, bo liao. abes sudah. dia plak kalo nak buat sup nak jgak pakai rusuk daging. sbb takde, pergi makan mi udang. takde plak aku amik gambo. yelah aku kuar tak bawak phone kot. punyelah malas. bawak pon hp cikai tuh sbb tuh jer batt tahan lama.

itu cter semalam. ari nh pulak buat ape? mcm biasa aku bangun tdo lmbt ler. kol 10am gitu kot bgn. trus mandi2. then turun bawah sarapan. makan nasi lemak. lmbt gler sarapan. oklah, brunch lah. sedap jgak nasi lemak dia. nasi tuh lembut jer. sukeeeeee jgak~ (ke sbb lapo jgak?? muahahahhaha) lepas makan, sambung siap translate report eia Gunung Nuang. dah siap2 and email kan ketua group aku, trus naek atas kat bilik and golek2. pastuh siap2 kuar. sbb dh lunch, trus pergi Sunway Carnival Mall. nak pergi GSC tgk wayang lagi :P hari nh tgk How to Train Your Dragon. super cute ok~ :) sukeeeeee sgt. klakar. aku suggest sangat2 pergilah tgk ye. bawak budak2 besh gak tuh.

cter nh pasal sorang budak nama Hiccup. anak kepada seorang ketua kepada kaum Viking. Viking nh sejarah keturunan dorang, dorang nh bermusuh dengan dragon. so kiranya mmg dalam darah daging dorang lah setiap Viking tak kira lelaki or perempuan akan one day jadi pahlawan yang membunuh dragon. ko jgn imagine dragon dia huduh2 tau. comey2 jer dragon dia. sikap dragon2 nh sebijik mcm kucing ko tau. sape peminat n pencinta kucing, mesti tingat2 kucing kesayangan kat umah kalo tgk cter nh :) so si Hiccup nh, one day dia berjaya lah tembak jatuh seekor naga yang tak pernah mana2 Viking kat mana2 keturunan Viking nh tgk. Night Fury dorang panggil. so Hiccup btau ayah dia, dia berjaya jatuhnya Night Fury, tapi ayah dia tak caye, yelah Hiccup nh bukan mcm pahlawan. badan kecik, lembik2 jer dia. so dia pon bawak diri and pergi hutan. and dia terjumpalah Night Fury yang dia berjaya jatuhkan. dia berjanji akan bunuh dragon kalo nmpk. tapi dia tak sanggup nak bunuh. dia pon lama2 jadi kawan si Night Fury, yang dia bagi nama Toothless. sumpah, Toothless sgt comel especially bila senyum. ngeh3. iskkk. klah, pergi lah tgk. takkan nak aku cter sampai abes plak kan.

sekarang aku sorang2 kat umah. tapi ditemani 2 ekor kucing persian, Bobo and Schiro. Bobo kaler oren, Schiro kaler putih. comel :) Bobo sombong oh ngan aku. mcm biasa lah kan. dulu aku dtg pon dia sombong. Schiro plak super manja. 2nd day aku kat umah nh dia dh kenal aku. panggil nama jer dia dtg. ngendeng2 kat aku jer keje dia. geram :) kakak2 tuh pergi Kepala Batas. aku tdo tadi. mcm penat jer. so aku tinggal kat umah jer. tapi kan, as soon as kakak2 tuh kuar umah, aku terus turun bawah n online. sambil baca notes. :)

since mcm lama tak update, rs lah nak update sket2 blog nh. aku malas lah nak cter pasal bday aku dulu tuh, or ape2 yg berlaku before nh. lama sangat dah. lagipun kat FB aku pon aku aktif kot update kat status.

klah, aku nak sambung baca notes. dh bawak notes jauh2 nh kenalah baca. takkan nak peram jer kan. minggu depan ari Isnin 1st paper aku. :) kepada yang akan duduk for exam and yang tgh exam sekarang, all the best k? :)

p/s: tak lama ag abes dh 3rd yr. mulalah hidup dengan tesis. praktikal dulu 7weeks. :) and bakal jadi warga Plaza Rah :D

No comments: