Saturday, April 10, 2010

pernah tak terserempak????........

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~

terserempak mende lah ain oiii? takdelah, kalau petang2 Sabtu macam nh kan, korang selalu tak terserempak dengan BOSAN? or BORING? or BUHSAN? aku rasa aku bukan setakat terserempak. aku dah beramas mesra skali dah kot. baru tadi si BOSAN nh dok raba2 aku. eippppp! rimas aku dibuatnya tau tak.

petang2 Sabtu nh, nak kata panas tak jugak. nak kata mendung tak jugak. nak kata nak hujan lagi lah tak. cukup indah kalau pergi berjalan2 kat tasik titiwangsa nh. tapi selain aku terserempak dan berkenalan dengan BOSAN, aku ada jugak sorang lagi kawan baek. aku kenal masa kecik2 lagi. eyh, takdelah kecik mana. time skolah rendah kot. nama dia MALAS. si MALAS nh cukup benci ngan classmate aku nama si RAJIN. sbb aku nh asik kepit ngan si MALAS nh, si RAJIN pon mcm segan2 nak kawan ngan aku. sbbkan si MALAS nh lah aku macam tak pk nak ber-riadah kat tasik tuh. beriadah katanyaaaaaaaaaaa~ ko ingt aku cukup rajin ke nak beriadah. sedangkan nota aku malas nak bukak. apetah lagi nak beriadah2 nh. tapi kalau orang ajak aku kuar tgk wayang skrg, aku rasa si RAJIN lah kawan baek aku masa tuh :P eyh, orang dok ckp jer Evolusi KL Drift 2 tuh best. best sgt ke? nak lah tgk.

eyh jap. apesal aku teringat lagu Awie ngan Ziana Zain nh. senja nan merah. mentang2 sebut pasal petang nh, dan2 terus senja nan merah. huhuhuhuhuhuhuhu. aku teringin lah nak lepak pantai time2 petang gini. smpai ke senja. chanteknye sunset. tapi bukan pantai PD ok. aku cukup tak suke pantai PD. kotorlah. sakit mata aku tgk. baek aku tgk pantai yang nh........





lagi chantek kannnn? pasir putih. air biru. ade gunung santubong lagi seblah tuh. perghhhhh. i miss Kuching! petang2 Sabtu mcm nh besh jgak kalau boleh pergi bersiar-siar naek keta roofless tuh. eyh. berangan pulak aku nh. aku cukup tak suka weekend yang bila aku dok terperap lam bilik. bukan bosan jer jadi kawan aku. malas, tdo, makan...semua tuh menjadi sinonim dan sebati. cewahhhhhhhhhh ayat.

eyh, daripada aku melalut tka tentu hala. nak share lah kat korang. Isnin nh aku ada paper Isu-Isu Kesihatan Persekitaran, IKP. dalam korang seharian makan, minum, bernafas semua nh, pernah terlintas tak certain2 perkara kat bawah nh? :-

  • composting- Is it a good idea?
  • Paralytic Shellfish Poisoning in Malaysia
  • Pesticide Poisoning in Malaysia
  • Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH) in Environment
  • Dioxin in Environment
  • Cadmium in Environment
  • Concepts of Sentinel Species in environmental monitoring
  • Pesticide use and Amphibians
  • Benzene, Toluene, Ethylbenzene & Xylene (BTEX) and their impacts to human health
  • Fish as indicator species for heavy metal contamination
  • Methytestosterone and its degradation products in environment
  • biostimulation, bioaugmentation and their application to environmental management
  • toluene degradation by bioremediation

pernah dengar and terfikir tak tentang semua nh? aku rasa kalau aku tak amik course aku sekarang, aku rasa aku nh macam take for granted jer environment kita. kadang2 interesting jugak to know all these facts. aku nh nerdy sket. kadang2 aku bc gak menda2 gini. tpi kali nh mmg kena baca and paham lah sbb Isnin karang soklan2 nh semua masok final paper aku haaaaa. aku rs paling dekat ngan kita semua adalah isu Paralytic Shellfish Poisoning. tau kenapa? sbb kerang2, lala dan sewaktu dengannya kan febret ramai org. terutama kerang bakar. perghhhh. terlioq jer aku menaip nh. isu nh pasal kerang yang tercemar dengan toxin yang boleh menyebabkan kita lumpuh bila makan kerang yang tercemar. eyh, ko bukan lumpuh sehari 2 lepas tuh tau. infact kalo makan kerang yang tercemar teruk tuh, satu isi kerang tuh boleh buat ko lumpuh terus lepas ko makan tau. agak bahaya gak lah. cuba cek, kawasan perairan mana diketahui tercemar dgn kehadiran toksin nh atau lebih tepat saxitoxin. elak kan makan kerang dr kawasan2 ctuh. and kurangkanlah makan kerang sgt pun. :)

melalut pulak ye aku pasal topik2 kat atas. aku bosan sebenarnya. lagi2 Sabtu and Ahad nh tak ramai yang update blog. sebab cuti kan. so mcm blogwalking pun kurang menyeronokkan berbanding masa weekdays. hikkkks. kalo weekdays tuh meriah sakan. sukeeeeeeeeeeee~

klah, nanti kalo si BOSAN nh taknak berhenti dari berkepit ngan aku, mesti ada aku update lagik. nak carik topik nak dibahankan pon susah sbb BOSAN asik mengendeng kat aku jer. rimas tau ngan dia. sape nak dia amik lah. aku bagi FOC. tmbh sket kawan BOSAN nanti. :D

p/s: eyh, ada tak sape2 terfikir terserempak ngan cik ponti or cik poc bila baca tajuk aku? weyh2, otak korang2 tuh mmg tinggi sangat imaginasi, cuba bawak rendahkan sikit tahap imaginasi tuh. huhuhuhu. mintak simpang weyh terserempak depa2 tuh. iskkkkkkk.

No comments: