Masa time entry Eight Below, tetiba rasa nostalgic pulak sebab mention zaman matrik. Hahahhahaha.
Nostalgic gila ok duduk kek Kola Pilah. Meh lah aku cerita antara pengalaman duduk sana. Muahahahhaha.
Part entry seram pun ada. So, kalau nak baca, just bear with me lah. Aku pun tak sure lah aku nak buat satu entry penuh yang super panjang, atau aku bagi kepada few part. Tengok mood aku.
Anyway, since aku mention ada part seram-seram, makanya, aku stop menaip dulu. Sambung siang-siang jer lah ye. Bahahahahahahah.
...........................................................................
Aihhhh, tetap jugak aku sambung menaip nih malam-malam. Sambil tengok cerita Hachiko. Bahahahhah. Multi-tasking katanya. Nih semua pasal aku pergi bantai tido lepas maghrib tadi, pastuh siap termimpi-mimpi kena kejar pontianak kan. Terus terbangun pukul 11pm lebih tadi. Nanti aku cerita pasal mimpi aku tadi. Bongok ok.
Maaflah, macam biasa, mukadimah panjang lebar kan. Macam tuan dia jugak, lebar. Hahahhahaha.
First of all, aku nak bagi tau, macam mana aku boleh tercampak sampai ke Negeri Sembilan punya matrikulasi. Padahal Sabahan and Sarawakian automatik dapat yang Labuan punya kan. Hehehhhehehehehe. Aku kan gedik. Konon nak menimba ilmu jauh-jauh. Yelah, aku dari kecik sampai ke besar macam Queen Latifah nih, aku duduk sekolah harian. Tak pernah jauh dari rumah. So, why not try matrik jauh-jauh. Kenal new people, new environment kan. Kalau dekat matrik Labuan, memang kompom-kompom lah 98% tuh kawan satu sekolah, be it tadika, sekolah rendah or sekolah menengah or kawan sepermainan masa kecik-kecik. So nak carik new friends lah nih konon.
So aku pun apply lah mintak Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) kek Kola Pilah, guna alamat Uncle aku yang duduk Serdang sana. Aku mana tau dekat Kola Pilah ok. Aku bajet Seremban lah konon. Kononnnnnn.
So sampailah aku di KMNS kan. First impression aku, macam masuk gudang buat biskot ke buat kereta pun ada. Hahahahahha. Aku datang dengan Mak, Nenek and family Uncle aku. Lepas daftar semua, dapatlah bilik dekat Blok A, Tingkat 4, Wing B, Bilik no 9. Satu bilik untuk 4 orang, tapi sampai ke sudah, aras tuh satu bilik ada 2 orang jer. Bilik 1 and 12 jer yang full house 4 orang.
Bermulalah hidup di perantauan tuh. Wahhhhhhhh. Kuala Pilah you. Zaman tuh tak ada highway yang baru tuh ok. Highway tuh under construction. Tiap kali naik Bukit Putus tuh, tiap kali tuh aku dengar orang dok pokpekpokpek cakap yang highway tuh akan siap dalam 2007. Heleh. Tipu ajer. Sampai aku abes matrik pun tak siap. Huhuhuhuhu.
Aku pun tak sure macam mana aku survive duduk di Kuala Pilah macam tuh. I mean, untuk dijadikan kampung di hujung minggu tuh ok lah, despite of kejinan ketendangan kat ctuh kan. Hohohohoho.
Masa dulu, kalau ada duit lebih tuh, tapi malas nak turun Seremban tuh, paling up dah nih, terjah supermarket termaju kat ctuh. Nama pun dah up, UPWELL. Bahahahahahahha. Kat ctuh kira macam mini Carrefour, Tesco. Sangat mini ok. Tapi baju yang ok ok, barang ok ok, terjah ctuh lah kan.
Tapi dah kalau kau malas nak bagi duit lebih-lebih dekat kereta sapu, sebab UPWELL tuh kena bayar RM2/sorang seingat aku, pergilah supermarket terdekat. Nama dia, Gedung Hairan Harian. Tau kenapa panggil Hairan? Kelakar ok kedai tuh. Dia adalah 2 tingkat. Tingkat atas adalah barang-barang macam gift, baju baby, towel segala dalam satu tempat sama. Memang crowded gila atas tuh. Tapi paling tak boleh belah, part jual buah. Hahahahahhaha. Lawak. Ada ke tempat buah dia seblah dengan tempat jual jeans and kasut? Kau bayangkan kalau musim durian. Bahahahahhaha. Jeans bau durian, kasut bau durian. Memang tak beli lah kan. Kalau desperate sangat, memang singgah ctuh jer beli groceries.
Kuala pilah nih takdalah besar mana, especially kalau sampai part pekan dia. So aku pernah lah berjalan-jalan kaki area-area Gedung Harian tuh. So jumpa one diner nih. Ada spaghetti you. Kau ingat senang ke nak dapatkan spaghetti di Kola Pilah. Excited ok. Order punya order, sekali 2 jam kemudian baru dapat makanannya. Selamat aku mintak tapau. Huhuhuhuhu. Spaghetti punya pasal.
Benda paling maju adalah KFC. Lot corner, 2 tingkat. Kalau weekend tuh, perghhhh. Jangan bermimpi ok. Queue dia panjang nak mampus. Kau nak beramah mesra dengan budak-budak matrik, jumpa kat KFC masa queue pun ok dah. Bahahhahaha. Tak payah susah-susah plan nak keluar mana ke apa.
Masa hari Jumaat kan, penuhhhhhhh je segala van sapu, kereta sapu kat luar main entrance KMNS tuh. Selamat takda lori sapu jer. Pengalaman first naik van sapu, masa tuh tak silap first outing beramai-ramai dengan budak-budak wing floor aku. Aku tak ingat kitorg pergi tuh naik kereta sapu mana. Yang aku ingat. masa balik tuh. Kelakar gila ok. Kitorang kan ramai. Dalam 5 6 orang gitu lah. So mana muat kalau naik kereta jer kan. Dahlah masa tuh ala-ala time kereta sapu dah tak banyak. Nih masa nak balik KMNS lah nih dari outing. So dapatlah satu van. Buruk gila ok. Tapi dah desperate, naik ajer lah.
Van sapu tuh aku rasa layak jadi besi buruk. Uwaaaaaaaaaaaa. Kau bayangkan interior dia kan, dah takda dah segala pelapik semua dekat dia punya body van tuh. Memang orang kata tinggal rangka. Besi kiri kanan ok. Biasalah van kan. So belakang tuh ada dalam 6 seats lah kan. Aku duduk belakang sekali. Dahlah pakcik tuh bawak laju. Dia pokpekpokpek tanya asal kitorang semua. Aku malas nak jawab, and kebetulan budak wing aku semuanya Selangorians, so aku malas nak tanya, sorang 2 jawab dah. Kan bawak laju kan. Aku rasa kalau pakcik tuh emergency break, bukan takat kitorang yang terpelanting ke depan, dengan seat sekali tercabut. Kau boleh bayangkan tak.
Van dahlah laju, lepas tuh pulak tempat kau duduk tuh mestilah bergegar kan. Seat tuh aku rasa bukan takat bergegar ok, dah takat tunggu masa nak tercabut skru jer. Aku rasa kalau ada seat belt kan, and aku pakai seat belt, kalau emergency break tuh, mesti sebijik macam ejected car seat. Dengan seat-seat sekali terbang keluar van tuh. Pastuh aku rasa kalau kena sambar kilat, memang rentung dalam tuh sebab besi semata-mata. Uwaaaaaaaaaaa. Sedih ok.
Part kelakar nih part dah sampai depan entrance KMNS. Macam biasa, nak bayar pass-pass jer duit ke depan kan. Since aku kira orang last keluar, dengan seat depan tak boleh nak melipat sangat, karat uolsss, dengan aku sebesar anak gajah comel, maka aku pun tariklah pintu tuh ke belakang sikit. Semua pun karat uolssss. Dengan pintu pun karat. Punya keras nak tarik. Tarik punya tarik, pintu tuh tercabut uolsssssss!!!!
Aku rasa macam superwoman kau tau tak???!!!! Nasib baik yang satu van budak floormate yang rapat, mengilai-ngilai dorang gelak. Pakcik van dah cuak nak mampus. Apekah aku kena tahan pintu tuh daripada jatuh ke jalan. Boleh bayangkan tak????? Berat ok pintu tuh. Nak menangis aku tergelak. Dahlah aku badan lebar macam anak gajah, lagi pulak sebabkan pintu tercabut, rasa macam Badang zaman moden ok. Malu tau maluuu!
Pakcik tuh dah cuak-cuak terus lelaju keluar dari driver seat dia and betulkan pintu tuh. Siap keluarkan statement. "Budak Selangor nih kuat jugak eyh". Dengan slang nogori nya lah. Selangor jugak dapat nama. Hak hak hak. Dia tak tau, nih keturunan Bujang Senang ok! Muahahahhahahaha. Sejak tuh, aku dah tak naek yang buruk buruk punya kereta sapu ke van sapu ke. Kalau buruk, dalam ok takpa ok, nih kalau seat pun nak tercabut, alamatnya baek aku bertukang buat kereta sendiri jer kan.
Lagi satu pengalaman naik kereta sapu. Kereta kancil. Pemiliknya, sorang makcik cina yang rasanya baru terlepas peluang nak masuk peringkat kelayakan F1. Kereta kancil jer, tapi bawaknya macam bawak Lamborghini. Sepanjang dalam kereta tuh, bolehlah tebalkan taik telinga sebab perkataan menyumpahnya lagi banyak daripada perkataan biasa. Aku pun tak sure jugak. Adakah muka aku nih muka rushing sampai dia kena hantar aku cepat-cepat? Atau dia nak tercirits dan tak tahan? Ataupun memang dia dah set gear dia untuk gear 5 jer? Fobia ok. Tsk tsk tsk.
Seremban? Apa tuh? Tiap kali weekend, kalau siapa-siapa ajak aku pergi Seremban, aku memang tolak dengan sepenuh hati. Siap rasa bahagia lagi sebab tak payah pergi Seremban. Bukit Putus tuh adalah nightmare. Paling aku benci masa naik bas lah. Deyyyy!! Benci ok dengan driver bas dia. Dia tak nampak ke bas dah penuh? Siap boleh suruh kitorang undur lagi masuk ke belakang sebab nak penuhkan bas. Nih siap berdiri dah nih. Bayangkan betapa packnya bas tuh. Lepas tuh naik Bukit Putus yang macam haram tuh. Menangis ok! T____T
Banyak lagi lah nak cerita. Tapi aku malas nak menaip. Len kali lah sambung ye. Bahahahahah. Sukahati aku lah, blog aku kannnnn :P
Tetiba abis kannnnn.
Babai!!!
No comments:
Post a Comment