Saturday, February 12, 2011

Halal memang susah nak dapat sekarang

Lama dah aku tak bukak Nuffnang account aku. Yelah, blog personal biasa-biasa, bukan tujuan nak generate income asalnya (tipu, padahal dulu bukan main berharap jer, DULU lah).

Eyh, aku nih dah lama kot berdaftar ngan Nuffnang. Lama gila ok! Tapi tuhlah aku cakap, blog personal biasa-biasa jer. Dahlah biasa-biasa, boring pulak tuh. Hahahahaha. Kesian!

kalau tak nampak lagi *sila klik untuk tumbesaran*

Sila fokus pada yang aku box warna merah tuh. Standard lah kalau buat profile mesti masa baru buat account kan. So, tengok. Masa aku 4th sem dekat UKM nih ok!? 4th Sem aku adalah tahun 2009 (!!) 2 tahun dah ok join Nuffnang nih. Aku start blogging tahun 2008, bulan puasa. Hehehehehe. Elok lah, orang beramal ibadah tengah malam, aku main blogging. 

Tapi tau berapa earning aku sekarang? RM54.68?! Hahahahahhha. Cikai betul lah. Last aku cek bila entah. Dalam sebulan dua lepas kot. Tak ingat. RM45++. Kelakar gila ok. Takpalah, lantak kau lah Nuffnang. 

Sekarang makin ramai blogger kan. Ramai jer Nuffnang kena bahagi-bahagi iklan kan. Of course jugak dorang fokus dekat yang famous amos sahaja. Apa kelas fokus kat blog cikai macam aku. Buat rugi company ajer kan. Hahahahhahaah.

Eyh, apa sebenarnya aku nak bebel eyh? Jap..fikir kejap.

..............................................................................

Oh!! Ingat dah. Pasal Halal. Nih pun sebab terfikir nak cek Nuffnang tadi. Biasalah, orang insomnia yang tak tau dah nak buat apa memang macam nih. Semua account dia ada dia nak cek. Email dah lah ada 2, cek email dulu. Pastuh FB *tipu, FB dulu, eyh, sentiasa* Then Twitter, YM, blog and macam-macam lagi lah.

Panjang mukadimah aku kan. Biasalah. Lama tak merepek.



Blog mak ni cikai uolss. Tak banyak hit pun ok. Siapa dengki tuh memang dah takda modal nak dengki dah lah tuh.

So, as you can see, ramai yang TERmasuk kat blog aku sebab nak carik pasal Halal nih.

Nih bukan latest keyword ajer pasal halal nih. Last aku cek pun ada jugak. Semua since entry aku pasal Halal restaurant nih , tuh pun aku amik dari blog CikEpal yang dia amik dari some blogger jugak (sorry kalau silap).

Ok, meh aku nak mudahkan kot-kot lah korang nak carik info pasal makanan Halal ke, nak cek status Halal restaurant ke, produk ke, sila terjah link Halal Hub Jakim nih. Nih baru link boleh dipercayai ok. Sebab yang entry aku tuh pun, bila aku cek certain restaurant dia mention tuh, tetap ada yang berdaftar kat Jakim walaupun dalam senarai dia cakap takda Halal.

Ya Allah! Nak penghujung entry baru nampak kan tujuan entry. Tujuan nya simple jer, mukadimah nya, sumpah panjang.

Dah aku cakap blog boring. Kesian betul lah korang kan.

Yang stalker lagi kesian, balik-balik bukak entry sama kan? Hahahahahah. Padan muka ok. Apa kau dapat dari blog nih wahai stalker? Adakah kisah seharianku? Maaflah, I tak update daily routine dalam blog sekarang. Lainlah dulu, zaman baru nak up blogging, semua benda nak cerita. Adakah carik modal nak kutuk aku? Maaflah, I wanita (wanita gitu) sejati lagi ayu, takda modal kau nak kutuk ok.

Eyh, apasal aku susah-susah nak entertain stalker nih?? Nih lagi lah pathetic. Macam cakat dengan dinding ok.

Baiklah. Nak masuk lab pagi karang.

Babai!

p/s: Memang halal susah nak dapat sekarang. Tengok entry nih, bebel jer panjang. Tujuan nya sikit ajer. Macam harammmmmmmmmmmmmmm kan? Muahahahhahahha.

No comments: