Wednesday, February 9, 2011

Masalah betul lah!

Ermmmmmmm.

Nih entry nak luah perasaan tak puas hati nih. Taknak baca, sila click button X kat belah kanan atas tuh, kalau guna Mac, belah kiri haaa.

Hal nih jadi ari nih lah. Haihhhhhh. Susah ok macam nih.

Cerita dia macam nih. Semalam aku nih tiba-tiba lah dok menggatal sangat nak plan pergi gunting rambut. Last I gunting rambut 2 tahun lepas uollllsss! Aku nih sangat lah gedik sebenarnya bab rambut nih. Aku nih kalau boleh nak potong sependek mungkin tapi aku still sayang rambut aku. 2 tahun uollsss! Panjang sudah! Sebab nak elak aku menyesal nanti, aku tanya lah pendapat beberapa orang yang boleh dikatakan rapat lah dengan aku.

Sampailah aku SMS sorang nih. Dia tuh kan katanya jujur. Nak komen biar yang betul-betul, bukan nak jaga hati katanya. So aku nih SMS lah dia tanya dia kan. Tapi yelah, aku SMS awal pagi, dia tak reply lah.

So aku pun pergi lah dekat Derrick & Team dekat Maju Junction sana. Wahhhhhh. Promotion katanya. Actually tak tau pun nak pergi saloon mana, tau dekat Maju Junction je. Alih-alih ada promotion. Dry cut RM10 uollssss!! Untuk saloon yang kira professional nih kira sangat murah lah kannnnnn. So sebab murah, and orang tuh pun offer aku nak wash skali. Dengan wash, cut and blow dry dalam RM44. Kira murah lah kan untuk saloon macam tuh. Saloon cikai harga macam tuh, memang aku tak masuk lah.

So, sorang hairdresser tuh pergilah cuci rambut aku. Dok pungpangpungpang cerita pasal treatment. Pun promotion. Nih nak bagi tau, nak buat Scalp treatment ke hair treatment ke, sangat berbaloi dekat saloon nih sekarang. Promotion, tapi tak sure sampai bila. Harga memang murah gila ok. Saloon sebelah dia pun sama. Siap ada poster rebonding RM10! Mana nak carik uollss rebonding RM10! Tapi tak sure maksud tersirat disebalik poster tuh lah.

Tapi aku tak ambik la treatment tuh. Kata nak gunting jer kan. Aku pergi wash pun sebab kan aku nih bertudung, so, rambut mestilah diikat, bersanggul-sanggul, jadi bila lepas tuh, nak gunting nanti tak nampak rupa style tuh, so kasi cuci and blow dry baru gunting. Dah berkali-kali aku pergi saloon, dry cut, asyik salah style manjang. Cissss! Not that aku show public rambut aku, tapi, kalau aku sendiri nyampah tengok rambut sendiri, baik tak payah kan.

So, lepas gunting rambut nih, aku pun jalan kaki balik ke fakulti aku. Ye, aku jalan kaki sorang-sorang dari Maju Junction ke Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Fuhhhhhh. Release tension sambil dengar mp3. Sampailah aku dekat fakulti tuh, member yang aku SMS pagi tuh pun reply SMS aku.

Dia tanya lah dah gunting lom rambut semua-semua kan. Aku cakap lah dah. And aku pun excited lah, and cakap ada promotion. Aku buat RM44 jer. Yelah, murah ok untuk saloon pro macam tuh. Masa tuh aku tak mention lah tuh wash and blow dry sekali. Sebab aku bagi tau gunting rambut jer lah. Lepas tuh boleh tak dia reply macam nih "Takpelah, untuk orang KAYA murah lah tuh kot. Untuk saya mahal tuh. Dekat cnih RM10 pon ada".

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Sentap! KAYA ke?? Kayap ada lah! Not that aku doakan aku nih tak ada duit. Tapi before buat statement macam tuh, boleh tak tanya RM44 tuh untuk apa? Boleh tak? Aku nih punya lah excited nak share dengan dia pasal promotion tuh. Padahal, dry cut dekat saloon tuh memang RM10 jer pun. Aku nih student, aku tau lah kemampuan aku dekat mana. So bagi aku yang gunting rambut 2 TAHUN SEKALI nih, RM44 adalah murah untuk wash, blow dry and cut. Dah tuh, puas hati pulak dengan hasil hairstylist tuh.  Tapi apa aku dapat? Sindiran maut seolah-olah aku nih nak show-off. Woihhhhh. Orang excited ok. Apa ingat aku nih jenis masuk saloon hari-hari ke? Aku tengah jakun ok dapat harga murah. Macam tuh dia cakap.

Lepas aku explain RM44 tuh untuk apa, terus dah aku tak nak SMS dia dah. Menyesal aku tanya. Patut aku tak tanya ok. Hari tuh pun, masa adik aku topupkan aku RM30, aku pegi tanya dia jugak, dia ke tolong topup kan. Manalah tau kan. Sebab dia tuh suka bagi sedekah kat aku dulu untuk topup nih. Al-maklum, asyik habis kredit jer kan. And adik aku nih pandai sangat pergi topup tapi senyap-senyap. Manalah aku tau dia yang topupkan. Oh, dia kerja part time. Lepasan SPM. Baru dapat gaji dia pergi topupkan ktorg satu family. Tapi aku mana tau!!! So bila aku tanya dia, dia reply macam nih pulak "Wahhhhhh, dah dapat sponsor baru ke. Congrats" 

Perghhhhhhhhhhhhhhhhh!! Berapi telinga aku dengar! Aku tanya dengan ikhlas nih. Yelah, mana datang topup banyak-banyak tuh. Tak berani lah aku makan duit orang kot-kot orang salah topup kan. Dia ingat aku nih apa? Tukang kikis reta orang?? Bengang ok aku dengan orang macam nih.

Apa masalah dia nih?? Aku tanya ikhlas, dia buat statement macam aku nih saja nak menunjuk dekat dia. Berkali-kali dah kena macam nih. Apa ingat aku nih nak sangat makan harta orang?? Aku tak desperate macam tuh sampai nak kikis sana-sini. Sedih ok. Statement dia selalu macam tuh. Aku jadi rasa aku nih perempuan hina. Dok mengikis duit orang.

Dia nih, kalau part duit ke apa ke, mulalah fikiran dia macam tuh. Mulalah dia condemn aku sana-sini. Kenapa weyh kenapa?????? AKu keluar tengok wayang, dia kutuk cakap membazir. Aku duduk rumah, dia tanya kenapa tak keluar pulak. Aku keluar makan KFC ke McD ke, cakap makanan mewah.

Weyh! Tolong explain sikit. Dia tuh keluar makan restoran mewah-mewah, ada aku bising? Ada aku komen membazir semua? Dia pergi bercuti memanjang, duduk hotel, ada aku bising? Ada aku komplen suruh duduk rumah je? Takda kan? Duit, dia, pandai dia lah.

Aku notice satu lah dekat dia nih. Satu, ego tinggi. Dua, suka condemn orang. Seriously, boleh tak terima pendapat orang, or just bear with the person? Tak perlu lah nak judge semua orang tuh buat. Orang beli tuh beli nih, renovate rumah, beli rumah, tuh pun dia nak condemn. Biarlah duit orang tuh. Orang tuh buat tuh buat nih, semua salah. Habis bila kita komen dia sikit, dia ungkit salah kita balik. Macam mana tuh? Bila dia sedar dia silap, dia mintak maaf dekat kita. Baru nak sedar yang dia ego lah apa lah. Explain itu ini lah. Tapi, bila kita salah, explaination kita semua pun dia tangkis haaaaa. Semua pun dia object. Semua pun dia ada je hujah nak membantah. Aku tak faham lah orang macam nih.

Bila ada masalah, baru nak carik aku. Tak boleh tido malam sebab bayak sangat benda fikir. Carik aku. Tak tau nak carik sapa, carik aku. Tak tau nak luahkan dekat sapa, carik ok. Ohhhhhh. Time kau susah kau carik aku. Luah itu ini. Aku nih yang lurus bendul nih pun atas dasar kawan, aku dengar jer. Aku tak condemn kau apa-apa. Bila aku cerita sikit, kau dah buat kesimpulan kau siap-siap. Terus nak berhujah dengan aku.

Ok fine! Live your own life! Jangan carik aku kalau malam-malam kau tak boleh tido. Kau kan banyak kawan yang boleh memahami. Aku nih kan budak yang teruk, yang ego, yang degil bak kata kau. Bab salahkan aku no 1, nakk terima salah aku, last sekali.

Pandai-pandai kau lah. I know you are reading this. And i really don't give a damn care. Puas dah melayan perangai kau tuh. Balik-balik, semua pun untuk kepentingan kau semata-mata. Apa kau ingat semua orang kat dunia nih nak ikut cara kau? Kalau kau nak orang ikut cara kau, beli satu patung, and you create a scene for it. Get it?

And still, kau cakap kau tak ambik kesempatan? Yes, kau sangat mengambil kesempatan atas kebaikan aku. Kau gunakan aku bila kau tak tau nak carik sapa. Tapi bila kau senang, kau buat aku nih macam tak wujud. Sila terima kenyataan, kau memang gunakan aku selama nih. OK?

Arghhhhhhhhhhhh!! Aku penat dah. Taknak dah contact orang macam nih. Balik-balik aku yang sakit hati.

Padan muka kau Ain! Baik sangat dekat orang. Hurggghhh!

p/s: Sorrylah, selagi aku tak hantar assignment, entry yang aku pernah sebut before nih takkan aku publish. Bukan takat publish, menaip pun belum, gambar jer dah ready. 

1 comment:

Anonymous said...

gunting rambut...basuh rambut adalah charge yg berbeza!normal ler tu harga rm44!!!