Friday, December 31, 2010

Beberapa meter di atas paras laut :)

Selamat bercuti semuaaaaaaaaaaaa!!

Wahhhhhh wahhhhhh. Hujung minggu yang panjang eyh kali nih.

Terima kasih sangat-sangat kepada Skuad Bola Sepak negara sebab kalau bukan kerana dorang, kita tak cuti esok! Terengganu and Kedah, selamat bercuti ari ahad nanti ye! :D

Oh, apa aktiviti cuti-cuti anda-anda semua??

Aku insyaAllah tak berada di KL hujung minggu nih.

Berada di somewhere yang sejuk! Hoyeah!

Hopefully selamat pergi dan balik :)

p/s: Suka bila dapat SMS itu tadi! Thanks awak! :D

Wednesday, December 29, 2010

Mau pergi Penang lagiii!!! Rindu wohhhhhhhhhh makanan sana!

p/s: macam dah biasa sangat dengan sana, padahallllllllllllllll...........
Alhamdulillah. Dah ok sikit. Takda dah muntsss-muntsss. Tinggal batuk jer. Walaupun  kadang-kadang teruk jugak batuk sampai nak terkincit, tapi tak pedih tekak dah :)

Anyway, just random post.

I miss my parents.

I miss my siblings.

I miss my home.

And definitely, I miss THAT someone.

I need all of them :( right about now!

Friday, December 24, 2010

Please help me :(

2 different clinics, 2 doctors, 8 prescriptions. Non giving me better conditions. The cough is getting worse.

Sakit :( tiap malam muntsss terok. Kepala rasa nak pecah everytime batuk. Lengan, chest, perut. Semua rasa nak pecah bila batuk.

A week of sleepless nights and days.

I can't sleep. I keep on coughing the whole day.

I need to go to the hospital. But I am afraid, the doctor will prescribe the same drugs.

I couldn't stand the pain. I cried every nights and days when there is no one around.

I need extra attention. I need my parents.

:(

p/s: I miss home :(

Tahap kronikal narnia!

Woihhhhhh. Tahap kekronikan sore throat and whooping cough aku sudah menjangkau maksima. Sehingga sekarang aku menaip nih, suara aku datang dan pergi. Al-maklum, borak dengan member yang tengah sebok buat presentation untuk progress meeting dengan supervisor tesis dia siang karang. Husky ok suara aku. Lawan ngan Ella, kalah Ella nih :D

Aku tak boleh tido nih. Sebab tuh aku update blog. Aku batuk tak henti-henti. Dah jumpa Doc dah semalamnya. Klinik yang aku pergi kelmarin petang, tutup lagi. Sumpah, lepas nih kalau bukak klinik tuh, aku sound directttt punya! Mau business ka tak mau boss???

So, aku pun pergilah ke klinik panel satu lagi, which aku sangat tak suka sebab dia cek macam main doktor-doktor ok! Ala, klinik yang aku pergi masa cek bloody discharge kat breast aku dulu tuh.

Doc: Hello, sakit apa? *aku tak sempat duduk lagi, baru jer masuk and nak tutup pintu*


Aku: Very bad sore throat, whooping cough and high fever at night.


Doc: Ok. *terus capai yang macam eskrem MatKool punya stick tuh and cek tekak aku* Lie down please *auuuwwwww, sambil cek dada aku dengan stetoskop dia* Ada cold? 


Aku: No.


Doc: OK. So, i give you antibiotic.


Aku: *cut off Doc cakap* What kind of antibiotic? I am allergic to any antibiotic that comes from the penicillin and erythromycin group. 


Doc: Ok. Is that ok if i give you ubat batuk? Any allergies to that?


Aku: I am not sure.


Doc: Ok. I'll give you cough syrup and also lozenges.


Aku: Can i have normal saline gargle?


Doc: Oh no. You can't have it all. Either lozenges or gargle. *pilih-pilih pulakkkkkk, huwaaaaa*


Aku: Then, i'll go for lozenges *mengenangkan gargle tuh hanya air garam semata-mata, boleh buat kat umah*


Doc: You can wait for your medicine outside.


Aku: Thanks, Doc.

Semua nih dalam lebih kurang tak sampai 5 minit. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa. Al-fenat aku amik teksi, bayo mahal-mahal rempuh jam bagai. Sekali tak sampai 5 minit ngadap Doc. Tsk tsk tsk. Aku bukan nak sangat ngadap Doc lama-lama. Tapi sebab demam aku kan macam relaps. Selang seminggu dua jer demam. So risau lah. Tapi macam biasa, klinik tuh kena makan ubat dulu, masih demam baru datang lagi. Amboiiiii. Business nampak. Ingat kesihatan aku nih macam jual beli tayar ganti? Tau lah banyak spare tyre! -_-" Kalau klinik lagi satu, dia akan cek lah darah untuk tengok platelet level kan. At least berhati-hati. Dalam kempem kemain cakap jangan abaikan kalau demam. Jangan amik mudah. Aku amik serius, kau mudah-mudahkan. Hoihh!

Aku makan lah ubat batuk tadi malam kan, sekali pagi-pagi kul 4am masuk toilet sebab batuk sampai terkincit-kincit. Siap mandi lagi sebab kincit teruk. Bukan sekadar batuk, siap muntssss dengan jayanya. Memang berkesan lah ubat batuk tuh. Sebab aku muntss keluar banyak gila phlegm *bunyik sopan sikit*. So memang duduk dalam toilet dekat setengah jam. Sekali batuk, terkincit. Then nangis. Sebab muntsss sekali. Sakit sangat kan bila muntss tuh. So memang nangis beriya-iya sampai basah muka.

Sekarang, tekak rasa pedih yang amat. Suara kejap ada kejap hilang. Kang esok memang out suara aku, naya aku. Boleh kena tendang daripada Akademi Fantasia-sia. Haihhhhhhh. Pedih, perit. Tambah lagi satu badan sakit bila batuk.

Bayangkan kesakitan batuk yang tiap kali kau batuk, akan keluar bunyik macam*sengggg*. Ala macam dengung-dengung gema gitu. Sakit yang amat ok.

Sekarang aku tak tau nak buat apa. Patutnya ubat batuk tuh buat aku drowsy. Nih drowsy pun entah ke mana. Esok nak keluar. Macam mana nih???? Aiyokkkk!! Kena tido ok! tapi baru jer baring terus batuk makin teruk. Masa aku duduk jer batuk dia takdalah over-over. Huhuhuhuhuhuhuhuhu.

Sakit, sakit! Ya Allah, kalau ini adalah penghapus dosa kecik aku, aku redha Ya Allah! Cuma aku mohon diberi kekuatan. Aminnn. *tapi gigih nih nak keluar teman member shopping, berdoa macam orang tak larat bangun dari katil*

Hilang suara esok, jawabnya sesi karok malam tuh, aku makan buffet ajer lah. Ngeh ngeh ngeh. Malam nih sahaja aku dah minum dekat 8 liter air. Diulangi. 8 LITER air. Botol mineral 600 ml tuh 10 kali isi, botol air besar aku yang 1000ml 2 kali refill. *asyik ulang-alik ke toilet, toilet pun nyampah tengok aku*

Hishhhhhh. Kalau macam nih gayanya sakit tekak, jangan berangan nak jadi penyanyi *tetiba*

Takpa, janji demam aku agak dah kebah. Dah takda dah naik panas badan sangat malam-malam. Hari nih tak demam memalam. Cuma batuk makin teruk. Maybe sebab ubat batuk tuh dah cairkan kahak kan, so memang muntss secara berjaya. Tuh yang buat sakit tuh. Takpa, kalau nih gayanya rupa ala-ala nak recover, terima ajer lah kan.

Peace out bebeh!! Esok mau try shawl gaya Maria Elena. Mesti bulat macam tong simpan budu kan.

Bye!!

HAPPY HOLIDAY
KEPADA YANG MENYAMBUT KRISMAS YE!
SELAMAT GATHERING DENGAN FAMILY AND DAPAT HADIAH BEST-BEST.
ADA IPHONE 4 EXTRA, BAK MAI SATU OK! :D

p/s: Betul jugak aku teka. Semalam masuk PTPTN. Tapi tengok balance terus rasa nak demam berganda. T___T

Wednesday, December 22, 2010

Kronik!

Haihhhh. Demam makin teruk dan teruk. Malam jer naik panas badan, panas melampau-lampau. Siang tuh biasa-biasa jer. Cuma siang tuh badan sangat rasa lenguh and batuk sangat melampau-lampau.

Malam pulak, tido sampai pakai baju, seluar 2 3 lapis. Tambah lagi selimut. Kipas pun ala-ala nak mati jer taknak pusing. Pun masih kesejukan tahap melampau. Nih pun sebab cuaca sekarang yang sejuk macam London malam-malam. Slack nya takda snow ajer. Sekarang masa menaip nih pun rasa macam nak pengsan. Takut jer rasa tiap kali rasa nak terbatuk tuh. Sebab sakit sangat batuk dia. Sampaikan menangis-nangis time batuk. Haihhhhh. >.<"

Tadi pergi klinik panel. Tutup. Rasa macam nak pergi tulis dengan cat merah jer depan klinik tuh. Tiap kali aku pergi jer tutup, orang lain pergi bukak pulak. Herghhhh! Melampau!

Oklah. Mau rehat-rehat. Seharian dalam lab buat kerja. Dengan batuk tuh lagi. Ikan aku pun terkejut-kejut. Kesian jer tengok dorang. Baru nak setel-setel tido, tetiba aku batuk. Terus berenang tak tentu arah.

Aku dekat Lon-don *sebutan baku* sekarang. Jangan tak tau. Al-maklum, winter. Sejuk melampau-lampau. Huhuhuhu. Suhu cecah -limapuluhenam. Tapi snow takda. Isk isk isk. Nak krismas nih, tapi takda snow kat Lon-don aku nih. 

Tengok muka aku, mata sembap giler. Orang tegur muka aku monyok and pucat jer. Tak suka tak suka! esok pergi klinik lagi. Hopefully cepat sembuh. Tak larat. Huuuuuuw. Mak aku pun dah call berkali-kali dalam sehari sekarang. Huhuhuhuhu.

Bye!

p/s: Demam nak dapat PTPTN kot. Tapi kalau dapat pun ckit nau tinggal. Stress berganda! >.<"

Tuesday, December 21, 2010

Dugaan

Demam lagi sekali -.-" Dahlah cuaca Malaysia, specifically, KL nih dah macam negara 4 musim. Mentang-mentang nak Krismas kan, cuaca pun sama jer sejukkkkk memanjang. Duduk pulak tingkat 15 ke atas nih, memang bertambah freezing. 

Aku rasa macam nak beku nih. Menaip pun ala-ala kejang jari-jari haaa. Demam tak teruk *mintak-mintak light-light jer lah* tapi batuknya, ya hampunnnnnnnn, rasa nak tersembur jantung bila batuk tuh. Sakit tak terkata. Huwaaaaa. Tekak ku lukaaaaaaaa T_____T

Anyway, final semester aku di UKM dah start hari Isnin lagi. Tapi kelas 1st aku adalah Rabu aka esok. 4 bulan lebih tak ada kelas, berkarat otak aku. Mau nya lambat pick up dalam kelas esok. Silap-silap menguap memanjang. Tsk tsk tsk.

Anyway, couple of days nih aku selalu nampak ayat "Put yourself first"/"Pay yourself first". Hmmm. Bila difikir-fikir balik. Memang patut pun kan. Kita sendiri jer tau apa kita lalui. So apa kita nak bagi kat diri tuh, sepatutnya memang hak kita. Peduli lah siapa nak judge pun. Alaaa, kita takkan dapat puaskan hati semua orang.

Oklah. Nak berehat. Mau tido. Tak tertahan-tahan sejuk nih.

Monday, December 20, 2010

LBP dan darah

LBP- Little Big Planet. Satu game kat PSP yang sekian semalaman aku download. Akhirnya dapat main dah. 2 hari dah aku lekat ngan game nih. Huhuhuhuhu. Syiok jer main. Silalah download ye. Best sangat. Banyak gak ler game aku download dua tiga menjak nih. Semua best-best and sangat layan. Ngeeeeee.

Haihhhhh. Demam kembali. Aku demam balik. Asyik demam jer nih. Macam Kak Peej dah haaaa. Dia pun asyik demam. Kesian dia. Aku nih demam-demam pun ligat lagi gagahkan diri main game lah apa lah. Tapi memang kepala pening lah. Yang penting, tadi pagi masa kat toilet, aku batuk teruk giler. Sekali kan, kahak aku ada darah. Uwaaaaaaaaaaaaaaa. Tahap dah sampai luka dah tekak tuh.

Pedih pedih. Tapi still mentekedarah laksa sarawak :P

Oklah. Bye!!

p/s: Kata nak tutup belog. Mana nya? Hahahahhaha. Entah, aku kan suka-suka berubah fikiran. :D

Saturday, December 18, 2010

Laksa Sarawak!

Perut adalah mengada-ngada sebab teringinkan laksa sarawak. So, terus ke pasar Chow Kit and beli bahan-bahan. Bunyi macam susah jer kan. Sebab laksa. Macam leceh jer. Tapi tak ye. Laksa sarawak adalah sangat simple dengan adanya paste laksa tuh. Hehehehe. Mestilah aku guna paste. Apa ingat aku rajin nak giling-giling sambil goyang muntut semua bahan untuk kuah dia? Oh tidakkkkkk.

Mari semak bahan yang diperlukan.

1. Udang. Ikut suka kau nak beli brapa banyak. Agak-agak suka udang tuh, kau belilah duaratus kilo ok?

2. Ayam. Preferably bahagian dada (auuuuwww!) lah. Tapi kau nak peha ke apa ke sama ajer. Yang penting isi dia tuh haaaa.

3. Taugeh. Yang nih beli agak-agak 50sen pun cukup. Kalau suka tauge belilah lebih.

4. Telur. Aku guna 4 biji jer. Nak lebih ok ajer. Takda hal. Aku tak denda punya.

5. Bihun. Ye kawan-kawan, mana yang tak tau tuh, laksa sarawak guna bihun. Agak-agak makan 6 ke 8 orang tuh, sebungkus jadi lah. Kalau jenis mentekedarah semua, 10 bungkus pun ok.

6. Coriander leaf/ Chinese parsley/ American cilantro. Orang puteh cakap, daun ketumbar. Suka kau lah banyak mana.

7. Santan. Dalam 250ml cukuplah untuk kuah dalam periuk 2 liter tuh.

8. Limau kasturi. Nih pun suka hati brapa banyak nak beli. Selori ok jugak. Ada lebih bukak gerai depan rumah esok paginya.

9. Serai. Aku guna 3 batang. Actually 2 pun cukup.

Cara memasak.

1. Rebus ayam. Lepas tuh, air rebusan tuh kau jangan buang habis tau. Ayam tuh kau carik-carikkan isi dia. Takyah kedekut nau sampai carik jadi selai-selai macam rambut.

2. Telur digoreng. Takyah letak garam ke ajinomoto ke apa ke. Goreng gitu jer. Then, kau potong memanjang-manjang.

3. Taugeh tuh rendam/celur ngan air panas jer. Sama jer ngan bihun, kalau tak reti, tak tau aku nak btau camna dah.

4. Ok, sekarang kita nak buat kuah dia. Rebuskan udang dengan batang serai sekali. Agak-agak mendidih tuh, kau masukkan air rebusan ayam tuh. Takyah banyak, masuk jer separuh periuk kecik yang kau rebus ayam tadi.

5. Then, lepas dah mendidih and udang dah masak tuh, keluarkan udang tuh, serai tuh biarkan jer pun takpa, tapi kalau nak keluarkan pun takkan menjadikan laksa kau tuh berubah kepada maggi. Lepas tuh, masukkan paste laksa sarawak. Aku suka jenama Hj. Manan sebab takyah leceh nak menapis balik kuah dia nanti. Udang tadi, kupaslah kulit dia.


6. Dah agak-agak naik dah minyak tuh, masukkan lah santan. Then masukkan garam ngan ajinomoto secukup rasa. Mana yang suka nak balance-balance rasa tuh siap nak letak gula, silakannnn.

7. Lepas dah mendidih, maka siaplah kuah laksa! Senang kannnnnn???

8. Then nak makan tuh, amik mangkuk, letak bihun, pastuh buat topping dia ayam, udang, taugeh, daun ketumbar, telur. Haaaaaaa, then kasi tuang kuah laksa. Perah lah limau kasturi sebiji ke dua sukati lah, then kalau extra rajin, tumbuk sambal belacan, kasi campo, terbaiikkkkk!

9. Apa lagiiii, makannnnnn!

mari makan!! *nom nom nom nom*

Sukanya dapat makan laksa sarawak. Sangat merindui laksa sarawak. Nak bertapa ilmu mi kolok pulak.

p/s: Mana yang pergi sarawak and jumpa perencah atas tuh kan, ada kedai jual mahal giler ok. Padahal kalau dekat kedai RM2.50 dah dapat. Tapi kalau pergi umah dia aka kilang dia, RM2 pun dapat dah. Kalau borong lagiiiiii murah!

Friday, December 17, 2010

The Call

Aku suka lagu nih. Suka lirik dia. terutamanya satu part tuh. Nanti aku highlightkan ye part mana. Mari tengok lirik dia.

The Call
By Regina Spektor
*one of OST in Narnia 2*

It started out as a feeling
Which then grew into a hope 
Which then turned into a quiet thought
Which then turned into a quiet word

And then that word grew louder and louder
Til it was a battle cry

I'll come back 
When you call me
No need to say goodbye

Just because everything's changing
Doesn't mean it's never
Been this way before

All you can do is try to know
Who your friends are
As you head off to the war

Pick a star on the dark horizon
And follow the light

You'll come back
When it's over
No need to say goodbye

You'll come back 
When it's over
No need to say goodbye

Now we're back to the beginning
It's just a feeling and no one knows yet
But just because they can't feel it too
Doesn't mean that you have to forget

Let your memories grow stronger and stronger
Til they're before your eyes

You'll come back 
When they call you
No need to say goodbye

You'll come back
When they call you
No need to say goodbye

Nih lah lirik dia. Sweet kan? Yang aku highlight purple tuh lah part aku suka. And sangat kena mengena ngan someone. Someone yang maybe dah jauh dari aku. Tapi aku still anggap dia kawan. 

Aku just nak bagi tau, anyone yang aku anggap kawan, eventhough i am not there, you can always call me when u need someone. Ok? :) Termasuk AWAK :)

p/s: It's weekend again. What should i do?


Thursday, December 16, 2010

Haihhhhh. Sorilah. Takda mood nak update apa-apa pun. Nak bukak blog pun rasa malas. Boleh tak kalau taknak update lama-lama??

Oklah, saja nak bagi tau. Mana tau ada yang asik ulang-alik masuk kat blog aku yang hampagas nih.

Bye!

Tuesday, December 14, 2010

The black and white sphere thing

Ok. Aku dah mamai-mamai nih. Otak dah penat. Fenat weyh belek journal satu-satu semalaman. Huhuhuhuh. Type pun asik typo manjang. Kejap-kejap tekan delete key tuh. Adoiyai.

Anyways, lama gila aku tak amik port pasal dunia bola EPL nih. Dulu aku rajin gila tengok match memalam. Siap sanggup tengok yang online tuh. Bukan live cast, tapi yang online tuh lah. Tapi live jugak. Adoi. Tuh pun aku dah lupa namanya. Aku bukan kaki bola, tapi aku layan jugak. Lagi-lagi footballer nih ramai gila handsome, sampai boleh pitam tengok kehenseman dorang.

Haaaa. Man U menang lawan Arsenal? Ngahahahhaahhha. Kesian Arsenal. Kesian kesian kesian. Hikkks. Aku tau match pagi tadi, tapi tak dapat nak layan. Tunggu result jer. Malas nak tengok online tuh. Sebok ngan journal.

Terkejut jugak aku tengok ranking dalam EPL sekarang. Man City 3rd sekarang. Chelsea 4th. And Liverpool lak malas nak kira yang keberapa. Mata tak berapa nak nampak dah nih. Mamai. Hehehhehe. Quite surprising eyh even kalau tengok overall ranking pun. Tak sangka aku. Heheheheheh.

Anyway, congrats to Man U for getting on top again, and to Arsenal's fan, hey, jangan down-down, adat menang kalah. Hehehheheheh. Kelakar kalau tengok apa fans selalu buat. Selalu jer gaduh-gaduh manja pasal team masing-masing kan? Cute. Hahahahahha.

Oklah, morning everyone!! Have a nice day! :)
Tido jer lah awak oiii. Sempat pulak nak stalk blog saya nih malam-malam :)

Btw, bosan weyh bila takleyh tido malam! Stress macam nih! >.<"

Bye korang!

Monday, December 13, 2010

Dilema

Isk korang nih kan. Masa aku nak private lah masa tuh ramai nau pulak masuk blog aku. Nak kata ramai tuh takdalah, tapi more than usual. Saja tau.

Nanti bagi email jer lah eyh bila aku dah privatekan nanti. Orang tuh aku nengok berulang kali masuk hari nih. Carik apa tuh sayang oii? Takda menda pun. Bukan main asik ulang alik masuk. Tapi senyap jer. Takut aku. Apa lah dia nak buat. Isk isk isk.

Aku bukak until weekend nih jer.

Cheerio!

One last try

Hari nih mungkin last day aku open blog aku for public. Lepas nih aku nak privatekan dulu. Buat sementara waktu jer. Berapa lama? Tak tau lah. Terpulang pada mood aku.

Nih bukan tiba-tiba, tapi memang dah lama aku nak privatekan. So, hari nih insyaAllah jadi hari last. Kalau tak pun minggu nih minggu last. Then, aku akan privatekan buat satu jangka masa yang tak berapa nak sure lagi.

Nuffnang macam mana? Alaaaa, nak risau apa ngan nuffnang and traffic blog, bukannya banyak nau kan. Eheh. Lagi-lagi nuffnang, dah 2 tahun dah, gituuuu jugak. So aku dah malas amik port pasal nuffnang nih.

And to readers, aku still update blog aku, cuma aku privatekan. Bukannya aku tinggal terus. Taklah. Banyak jer nak cerita, cuma aku nak narrowkan readers aku.

So, if lepas nih blog aku takleyh nak di access, do leave me a message dekat email aku k? Bagi email korang, nanti aku buat invitation. :)

Email aku : ainshaqirahabdulaziz[at]gmail.com

Make sure ejaan betul. Hehehehhe. Selalu orang salah eja tauuu.

Btw, few days back Mama call tanya pasal ultrasound and appointment dekat breast clinic. Fuhhh, hampir terlupa. Next month appointment. Apalah result test ari tuh eyh? Tsk tsk tsk.

Oklah, apa-apa akan aku update later ya. Kalau dah takleyh masok time tuh, email aku ye :)

p/s: Private blog sebab nak bawak hati nih jauh-jauh :) Time heals all wounds, eyh?

Diet cara betul

Zaman dulu-dulu kan, kira zaman nabi lah, and zaman selepas tuh, umat Islam nih sangat pandai. Ramai saintis Islam wujud. Banyak penerokaan dalam bidang angkasa, sains, matematik dan perniagaan serta banyak lagi umat Islam yang mendominasi. Tapi akhir zaman nih, kita tengok lah siapa yang mendominasi?

Apa yang aku nak sentuh dekat cnih adalah mengenai pemakanan lah. Makanan yang boleh boost otak. Makanan yang baik untuk otak, untuk badan kita. Dan makanan nih lah yang diamalkan oleh Yahudi. Kenapa? Sebab mereka tahu khasiat makanan nih. And sebab tuh jugaklah dunia akhir zaman nih dorang yang pegang ekonomi dunia. Sebab otak dorang.

Aku bukan nak banggakan Yahudi, jauh sekali nak ikut cara dorang. Cuma aku nak share kebaikan makanan yang dorang amalkan tuh. Seriously, nak otak baik, silalah amalkan makanan-makanan nih. Makanan-makanan nih jugak dikenali sebagai makanan syurga. Bukan syurga makanan ok. Makanan syurga.

1. Buah-buahan. Antara buah yang disebut di dalam Al-Quran adalah, pisang, anggur, delima, zaitun dan kurma. Ini adalah antara makanan syurga. Khasiat makanan nih terlampau banyak. Nak baca lebih lanjut, klik SINI.

2. Kekacang. Badam, gajus dan sewaktu dengannya. Orang Yahudi mengamalkan makan kekacang, terutamanya badam.

3. Ikan. Seperti kita sedia maklum, ikan adalah bagus untuk jantung dan otak. Kandungan protein nya yang tinggi serta Omega-3 yang baik untuk jantung. Tapi nih adalah apply untuk isi ikan jer lah. Kepala dia tak elok.

4. Susu. Susu banyak khasiatnya. Baik untuk tulang, semestinya.

5. Elakkan rokok. Nikotin pada rokok boleh rosakkan sel dalam otak, terutamanya kanak-kanak. Bukan nak kata kanak-kanak merokok, tapi asap rokok tuh ha. Cuba fikir, ironinya, siapa yang monopoli perniagaan rokok di dunia nih? Yahudi jugakkk.

6. Elakkan makan daging dan ikan bersama-sama. Rasullulah SAW pun pernah memberitahu yang daging dan ikan tak elok dimakan bersama.

Semua makanan nih adalah makanan yang diamalkan oleh Yahudi. Dan jugak adalah makanan yang diamalkan pada zaman nabi dulu. Sebab semua nih adalah makanan syurga. Kebaikannya terlampau banyak.

Kalau kita tengok diet Rasulullah SAW kan, memang kita nih jauh lah daripada tuh. Sebab tuh kot diet tak pernah jalan. Hohohohooho. Meh jenguk sikit diet Rasulullah.

1. JANGAN makan SUSU bersama DAGING.

2. JANGAN makan DAGING bersama IKAN. Kita takkkkkkk, makan selagi bolehhhh! Siakap steam besar-besar atas meja, ada sekali sambal petai daging! *drool*

3. JANGAN makan IKAN bersama SUSU.

4. JANGAN makan AYAM bersama SUSU. Ohhh, buttered chick bukan ada letak susu ke? >.<"

5. JANGAN makan IKAN bersama TELUR. Telur ikan tak sure pulak kann. Hmmmm.

6. JANGAN makan IKAN bersama DAUN SALAD. Ohh, kita tidakkk. Kalau tengah diet tuh, makan steam fish sekali dengan salad tomato lah timun lah. Aiyokkk.

7. JANGAN makan SUSU bersama CUKA.

8. JANGAN makan BUAH bersama SUSU. Contoh adalah koktel buah tuh. Adoiiii. Favourite aku tuh. Tsk tsk tsk. Tak boleh makannnnn dah.

9. JANGAN makan buah SELEPAS makan nasi/heavy meal. Sebaliknya makan buah SEBELUM heavy meal/ nasi tuh. Nih jer lah aku ikut kot. Kebanyakan kita makan buah lepas makan heavy meal kan?

10. TIDUR sejam selepas makan tengah hari. Tapi jangan macam aku, tidur lepas makan. Pastuh tidur nak lama-lama.

11. JANGAN sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang skip makan malam akan dimakan usia and kolesterol dalam badan akan berganda. Haaaaa, siapa yang diet sampai tak makan malam tuh, mesti pelik kan dah diet lama-lama still macam tuh jugak. Nih ha sebabnya. Makan jangan heavy sangat. Tapi jangan sampai tak makan. Ok? :)

12. JANGAN campur makanan darat dengan laut. Hohohoho.

Tuhlah serba sedikit aku nak share. Kita nak otak cergas, amalkan lah makanan syurga. Amalkan buah-buahan. Nak elak sakit perut, nak diet yang betul, makan ikut diet Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tak pernah sakit perut sepanjang hidup dia sebab dia amalkan diet tuh lah.

Aku nih pon tengah baiki balik habit makan aku. Iskkk. Mana tak gomok. Semua nak makan. Kena control nih. Mau kurangkan berat badan. Weyh, gomok nih memang lah muka kau comel. Tapi antara comel dengan cantik, aku still pilih lah muka comel. Tapi comel in term badan dah kecik lah jugak. Susah bila gomok. Nanti kan, kau cepat penat. Alhamdulillah aku nih walaupun gomok stamina still kuat. Jalan kaki 2 3 jam dalam cuaca panas, takda hal lagi. Belum penat. Aku gomok tapi aku takda masalah nak jogging ke jalan kaki lama-lama ke. Cuma yelah, nak sihat betul-betul, kena buang lemak-lemak nih.

Plus, aku nak aktif berenang balik. Rindu sangat! Sekarang boleh jer berenang. Tapi segan bila keluar pool, spare tyre atas bawah kiri kanan ok. Yelah, baju basah melekat-lekat kat badan kannnn. Huhuhuhuhu.

Aku bukan crash diet sampai tak makan langsung, sampai sekat makan. Cuma aku kurangkan nasi and daging be it ayam or lembu, and banyakkan sayur. After all, paling ideal hilang berat badan adalah 0.9kg/2lb per week kan? :)

Kalau menjadi diet aku, nanti aku share k? Tapi jangan expects dalam 3 to 4 months. It's a long term punya :)

Sunday, December 12, 2010

Complicated

Kenapa ye manusia suka buat sesuatu benda tuh jadi complicated? Actually, semua benda adalah simple. Cara kita handle yang jadikannya complicated. Aku tengok satu movie nih, pasal sorang anak yang nak tau love story ayah and maknya and kenapa ayah and maknya bercerai. Dia mintak ayah dia ceritakan.

Script dia lebih kurang macam nih lah ye:

Daughter: Dad, why did you love Mom in the first place?


Dad: Because she's smart, pretty and fun.


Daughter: Then why do you and her have to get divorced? Because now she's ugly, boring and dumb?


Dad: It's not like that. It's complicated. You wouldn't understand.


Daughter: You always make things complicated, Dad. You loved Mom, why don't you now? Isn't that is how things supposed to be?


Dad: speechless....

See? Bila mula berkapel, bukan main lah haiii. Kata-kata manis, kata cinta, sampai terangkat-angkat partner masing-masing kan. Semua lah dipandang dekat kapel tuh indah seindah-indahnya. Semua kelemahan boleh diterima. Semua masalah boleh setel sama-sama. Semua benda boleh share together. Laughter and sadness semua share together.

But when time goes by, semua tuh makin pudar. Bila gaduh, semua benda buruk diungkit. Semua masalah kecik jadi besar. Semua benda tak boleh nak tolerate. Masa nih kelemahan partner dah jadi point nak buat topik gaduh.

Why? Kenapa kita tak boleh nak cherish the moment? Kenapa susah bagi kita nak hargai seseorang tuh? Kadang-kadang kita nih manusia lupa. Kita terlalu mencari kesempurnaan, tetapi kita lupa yang kita sendiri mempunyai kelemahan. Semua orang nakkan yang terbaik. Semua nakkan soulmate yang sempurna, tapi jangan lupa, kalau semua orang mencari kesempurnaan, satu dunia nih hidup single haa.

"We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly." - Sam Keen


Jangan susahkan diri korang. Jangan complicated kan apa yang simple. Be cool :)


p/s: Try to cherish every moment you have now with your love ones. Don't try to see things too far, yet not promising. Future isn't something that you can promise your love ones, but for sure you can promise him/her that you'll try to stay as long as you can. :)

Saturday, December 11, 2010

Sukahati lah korang nak letak tajuk apa :D

Heh! Apsal ramai sangat pakai celcom sekarang?? Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Habis credit aku nak SMS nih. Dulu seronok jer ramai guna Maxis. Adoiyai. No celcom aku dahlah adik aku guna. Terus rasa cacat sekarang. Dahlah hengpong tinggal 1 jer daripada 3. *nanges tak berlagu*

Btw, korang buat apa weekend nih? Aku macam biasa, tiap-tiap minggu pun bosan duk umah. Rasa macam nak holiday-holiday jer. Langkawi best nyaaa! Tak pun pergi perhentian ke *cakap macam banyak duit* Penang pun jadi eyh. Aku rindu briyani kat sana. Sedap teramat. Takpa, sekarang tak boleh pergi jauh-jauh sebab tak dapat nak tinggalkan keli tersayang.

Tahun depan aku akan pastikan, cuti mid-semester tuh aku takda dekat KL. Oh, bukan balik Kuching, tapi nak pergi bercuti ke mana-mana lah. Nanti bulan 5 next year dah takda duk KL dah. Balik Kuching dah, tambahan kalau dapat kerja terus dekat Kuching, bye2 lah kan nak datang Semenanjung nih lagi. Tsk tsk. Mesti rindu kawan-kawan dekat cnih nanti. T___T

Weyh, tinggal 5 bulan jer weyh sebelum going back to Kuching for good. Unless aku dapat kerja dekat KL, stay cnih lah. Aku sebenarnya nak sambung master, tapi itu tengoklah nanti macam mana kan. Tunggu abes degree dulu haa baru berangan nak amik master ke apa. Iskkkk. Serious, rasa sedih jer nak tinggalkan kawan-kawan dekat cnih *macam dorang sedih jer nak tinggalkan kau Ain*

Oh, lagi seminggu lebih nak start semester dah. Tak sabar nak start kelas. Sebab macam rindu jer nak kumpul satu klas balik. Lama tak jumpa semua orang. Sekarang masing-masing berterabur sekitar fakulti tuh. Ada dekat lab atas, ada dekat lab bawah, ada lab ujung-ujung dunia. Susah nak jumpa. Kadang terserempak jer lebih, borak nye idak.

Oh, kan aku emo-emo pasal orang tuh tak contact aku dah kan? Aku dah malas nak fikir dah weyh. Hari tuh aku sms pun dia macam layan tak layan. Malas dah aku nak sms len kali. Buat penat aku jer ingat orang yang tak ingat aku. Tak gitu? Baik aku layan jer orang yang layan aku. Haaaa, takdalah aku sedih jer teringat kenangan lalu. Eceyhhhhhhhhhh! Aku tau dia tuh masuk jer blog aku hari-hari, tapi contact aku tak. Kang aku private blog nih kangggg. Hahahahhahahaha. Apa kes kan main stalk-stalk. Mentang-mentang aku takda nak stalk blog dia sebab takda sapa tau blog dia. Eeeeeee. Takpalah, nak stalk pun stalk ler awak, janji awak bahagia macam tuh.

Oklah, nak pergi pasar Chow Kit nih. Nak beli sayur, buah and segala macam lagi lah. Stock nak masak-masak. Sekarang kurang makan nasi katanyaaaaaaaa. Diet katanya. Haktuihh! Kita tengok berapa lama kali nih tahan. Kuang3. *sila support ok*

I blah dulu uols! *gedik*

Friday, December 10, 2010

Pernah tak kau merasa hati tuh macam depressed? Depressed kat cnih maksud aku adalah, hati tuh macam meronta-ronta nakkan something, tapi kena tahan and kuatkan diri untuk lawan perasaan tuh.

Ermmm. Tuhlah yang aku rasa lately. Gila depressed kalau macam nih. Hati nih asyik terasa nak contact seseorang tuh setiap hari. Hari-hari dok tengok nama dia dalam henpon. Hari-hari dok tengok "create message" dalam phone. Hari-hari pun type msg, tapi last-last delete jer tak send pun.

Haihhh. Bukan apa. Tengok dia pun macam happy jer. Macam dah tak pk dah pasal kita. So, taknak lah kan terhegeh-hegeh tetiba nak tanya khabar semua. So kenalah tahan hati daripada contact dia. Kang tak pasal-pasal, dia reply sms tuh pun macam nak taknak, kita yang tension and terasa hati gila. Baik back off terus, tak gitu.

Kiranya sekarang aku rasa sedih sangat, tapi happy jugak. Macam mana tuh ha? Sedih sebab orang tuh dah macam tak ingat kita dah. Sedih sebab dah tak dapat nak mesra macam dulu. Sedih dah tak boleh nak gurau-gurau macam dulu, serius memanjang kalau texting pun. Sedih sebab dah macam a total stranger. Memang lah aku yang back off diri. Tapi tuhlah, dia dah tak paham lah tuh. Dulu kan, aku cakap macam tuh, dia mesti paham punya maksud tersirat. Kira orang cakap boleh baca lah apa aku fikir. Dia sangat alert dengan perasaan aku, which aku sangat suka. Tapi dah lama-lama dia dah macam malas jer dah nak amik tau. So dia main terima jer apa aku cakap bulat-bulat. Sedih tau -_-

And aku happy sebab tengok dia macam happy. Making new friends and all. Dulu dia cakap, kalau aku nih tiba-tiba dah takda, mesti dia bosan and sedih sebab dah takda orang nak faham dia. Mesti dia rasa kosong hari-hari sebab takda orang nak care pasal dia. Tapi aku tengok so far dia ok jer. Takda pun masalah tuh semua. Dah selalu hang out dengan kawan dia dah. Maybe bagus kot aku jauhkan diri. It's good to see someone we care happy macam tuh.

After all, aku memang suka tengok dia happy. Sebab dia cute bila happy. Ingat jer kalau dulu dia happy, mesti dia cerita macam-macam sampai tersenyum-senyum jer aku dengar.

Takpalah, if it's good for that person, dia tak ingat aku pun tak apalah. Lama-lama aku akan biasakan diri lah kot. Aku kena biasakan diri. One day dia takkan ingat aku dah, one day dia takkan cherish dah aku macam dulu. So aku kena biarkan dia. Aku kena move on.

I guess, friendship won't last that long if you don't put trust in it. Bila hati dah mula nak ragu-ragu pasal kawan kita, aku rasa masa tuh dah mula jauh dah friendship tuh. Kalaulah dia tak terlalu ragu-ragu dekat aku, tak terlalu push aku, aku rasa, we will still be like we used to. Kalaulah dia tak ragu-ragu dekat aku and cakap macam-macam, aku rasa aku pun takkan start fikir segala kelemahan and keburukan dia. Tuhlah yang selalu aku buat. Try to ignore kelemahan seseorang sebab kalau kita anggap itu adalah penting, kita takkan ada kawan kat dunia nih sebab takda sapa yang takda kelemahan. Haihhhh. Situations. I hate it when i have to judge people, just because they judge me wrongly. Sedih ok. T__T

Hope you are happy there. :)

p/s: Entry emo sekejap eyh.

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

Phewwwwwww. Hazab nak menaip nama cerita jer. Punyalah panjang kannn. Nih plan terkejut-terkejut. Hehehehehhe. *padahal selalu jer main terjah nak tengok movie*

Actually, tak plan pun nak tengok. Al-kisah aku tido pun pepagi lepas Subuh, bangun pun 2 3 minit lepas tuh dah azan Zohor *teruk nau perangai*, inikan nak plan nengok movie kan? Tapi dah kata gatal kaki, merenyam nak keluar, terus sms mak cakap nak keluar tengok wayang *motif? duit takda* hehehehhe. Idak ler. SMS mak cakap nak keluar, jalan-jalan and tengok movie. Selalu pun macam tuh. Entah, dah biasa kot nak pergi mana-mana bagi tau. Yelah, kot tak sempat mintak restu, keluar bangunan kena langgar lori. Tau-tau, parents tanya macam mana accident, bunyik macam anak derhaka cakap "keluar nak berjimba-jimba tengok wayang", padahal parents jauh kat sana ingat anak kat umah dok study kan. Isk isk isk. Perangaiiii.

Hoihhh. Panjang bebel kau Ain. Heheheheheheh. Plan terkejut-terkejut sebab lepas bangun tido tuh, terus mandi then online then terus tertype GSC dekat Google, terus tercek showtime and terus iron baju nak keluar dengan niat dalam hati, singgah fakulti bagi makan keli. Anak ikan I perlu makan uolsss. Mak nya tak makan apa dari pagi, anak dah demand. Takpa, nama pun anak. :D

Ok, dipendekkan lagi cerita, tiba-tiba housemate rengek-rengek nak join. Tengah iron baju tetiba cakap nak ikut. Maka bertigalah kami. Sorang lagi anak mithali, anak solehah ok, sila contohi dia. Tak pernah masuk wayang. Mana suka perkara melalaikan macam tuh. *jeles dekat dia*

Plan terkejut semua terkejut, makanya sampai dekat depan kaunter tiket pukul 4.45pm. Cerita pukul 4.50pm. Nice. Asar pun belum. So rush pergi surau dulu, Asar then rush balik ke GSC. Terlambat 20mins. And yes, terlepas scene awal. >.<"

Narnia:

1. Pasal 2 beradik, Lucy ngan Edmund and cousin dorang nama Eustace nih, masuk dunia Narnia balik. Semua Eustace punya pasal. Sebab angkat frame gambar laut tuh ha.

2. Dorang perlu carik 7 swords kepunyaan 7 orang Lords of Narnia. Kalau dapat 7 pedang nih, baru dorang dapat kalahkan kuasa jahat yang kawal mist tuh.

3. Eustace adalah kelakar ok. Annoying but kinda funny *tetiba keluar slang LONDON*. Dia slalu tulis diari selama dia dalam dunia Narnia. Kelakar.

4. Oh, cerita adalah best lah jugak. Nak kata best giler tuh tak adalah. Bolehlah. Nasib ada Caspian, kalau tak, tak orgasm aku dalam wayang. Sila try tengok cerita yang takda langsung jejaka macho hensem, hazab tak? T___T

5. Oh, lagi, dalam perjalanan dorang nak dapatkan semua 7 pedang tuh, akan ada banyak benda yang akan goda dorang. Ok, please jangan fikir goda as in flirting ye. Temptations. Satu force yang akan buat dorang rasa hilang pertimbangan sebab they wanted to have the things that they most desire of. *fail English harap maklum* Contoh macam Edmund, nakkan power untuk rule a kingdom gitu. Lucy, yang nak sangat jadi cantik macam kakak dia, Susan.

6. Eustace yang annoying tuh, tapi bila dia bertukar jadi ******, sangatlah adorable and rasa nak picit sampai penyek.

7. Sampai sekarang aku nyampah nau ngan Aslan. Dia tuh kan, dah lah powerful, tapi bukan nak muncul pun. Semua pun si Lucy ngan abang-abang and kakak dia kena setelkan. Ceit! Hahahahahahha. *tetiba tak puas hati dengan Aslan*

Oklah. Cerita dia best. Tapi aku prefer lagi yang first 2 movies. Sangat best. Nampak dunia Narnia yang very the magical and very the cantik. Kalau first 2 movies tengok 3D, baru berbaloi. Yang 3rd nih aku tak rekomen sangat sebab dia banyak scene gelap, tak banyak colourful. Nanti macam cerita Alice in Wonderland. Rugi yang hamat nengok 3D. And aku tak tengok 3D pun :)

Pergilah enjoy ye! :)

p/s: Lepas tengok movie, pergi makan. Then balik. Masa dalam monorail, Asiah dapat sms dari classmate kitorang cakap boleh cek result dah, guna sms. Perggghhhhh! Macam lipas kudung masing-masing menaip sms nak cek result. Dapat result, rasa nak peluk semua orang hensem dalam monorail. Terus call parents dan-dan tuh jugak. Havoc sekejap dalam monorail. Hahahahha. Budak jakun, biasalah. :D

Thursday, December 9, 2010

Syukur alhamdulillah

Result dah keluar. Tapi secara sms. So far itulah cara aku cek result every semester pun. Belum ada silap. InsyaAllah akan kekal macam tuh result nya.

Alhamdulillah sangat-sangat untuk result kali nih :)

Dean Thomas, i heart you! *tetiba!*

SENARAI PRODUK YANG TELAH DIJAMIN HALAL DI MALAYSIA



Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-




1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
-McDonald
-A&W
-Secret Recipe




2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
-Victoria Station
-Kam Lun Ta
-Lotus Family Restoran




3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
- San Francisco Steakhouse
- Chicken Rice Shop
- Kiwi Express




4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.




5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.


Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.




6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.




7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.


Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang manakedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.


Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianyatidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambutkerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.




8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yangtelah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.


Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.




9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.




10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.


Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.




11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).




12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.




13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM. 




14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,




15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.




16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.




17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.




18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.


Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIMdan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.




19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.




20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

*credit to THIS

Astaghfirullah. Weyh, dalam senarai tuh, aku pernah makan dah beberapa tempat yang tak sure status halal-haramnya. Chili's, The Chicken Rice Shop .Starbucks tuh, aku cek dalam direktori halal JAKIM pun ada. Adoiyai. Mana betul nih ye?  Lepas tuh food court KLCC tuh, Aunty Annes's Pretzel tuh, tapi kan, aku pernah search dalam direktori Halal JAKIM tuh, semua produk Rotiboy ada dalam sijil halal dorang. Tapi penerangan atas nih cakap takda pulak. Hmmmmm.

So, di sini, kalau boleh, tolong lah perjelaskan. Susah lah kita macam nih. Kalau asik termakan benda yang entah halal entah tidak T____T

And satu lagi, artikel macam nih, ermmmmm, boleh tak confirmkan? HUhuhuhu. Apa-apa pun, kalau ragu-ragu tuh, boleh cek dekat SINI. Tuh adalah direktori halal JAKIM. type jer nama restaurant ke apa ke korang nak cek tuh. Nanti tengok lah dekat senarai syarikat, produk, premis makanan, menu and rumah penyembelihan. Macam Starbucks, company dia dah register as Halal. Aku tau ramai yang suka benar ngan Starbucks termasuk lah aku. Nasib baik Secret Recipe halal. Huhuhuhuhu.

Apa-apa pun, kena yakin lah eyh? :)

Wednesday, December 8, 2010

Grown beautifully

Hiks. Who?
































This!


 Hahahhah, NOT!! Just kidding :)

















This kid!
Ring a bell? Noooo?

































How about this?

8 pax yo! *opsss!*

It's Taylor Lautner! :) Excited sebab baru tahu dia ada berlakon masa kecik. Yelah, bukan dia femes mana pun masa kecik kan :) Yang screen shot aku atas tuh masa aku tengah layan Cheaper By The Dozen 2. It was a 2005 movie. So kurang lebih 5 years back lah. Hehehehehe. Comel ajer. Sekarang macho ajer kan? :P

Tapi still tak boleh lawan dia punya co-actor dalam cerita tuh jugak, Tom Welling. Tatap pujaan hatiku! Oh Clark Kent! :D

Eh, bukan bukan. Jake Gyllenhaal lah baru best!! :D


Hehehehhehee.

*pitamssssssssssssssssssssssssss*


*pics are all credit to Google*

KOPIKO

Life's pretty boring lately. Nevertheless, works are piling themselves up. It is just amusing when i thought about it. It's so irony. To be bored while doing something. Aku rasa rutin yang berulang yang buat aku bosan.

I am a nighter. I mean, i do things, in this case, works, at night. I am not productive in days. I dont know why. I guess something went wrong to my biological clock. Haihhhhhh. I have to reset them. I have only 2 more weeks before the classes start. Hmmmmm.


Basically, nih lah pemandangan desk aku malam-malam. Bersepah-sepah. Usually aku akan tido malam sebelum yang lain terjaga. Macam tuh juga aku akan stay sampai semua dah masuk tidur. Motif? Entahlah. Saja jer kot. Sekarang sebab demam and susah nak bernafas malam-malam, aku prefer stay up and buat kerja. Siang pulak aku banyak tido. Aku takdalah tido sampai ke petang. Maksud aku, pagi tuh aku tido, bangun tengah hari. Then pergi lab. Petang balik, aku buat lah apa-apa jer. Aku jarang tido petang lately. Melainkan aku rasa penat sangat-sangat. Since demam and selsema nih, selalu rasa tak cukup nafas. Huhuhuhu.

Oh, aku tak amik ubat pun. Biar sembuh sendiri. Aku malas makan ubat. Sebabnya, kalau ubat selsema tuh kan, drowsy sangat lah. Demam pulak, PCM takda pun bagi kesan. Makan tak makan gitu jugak. Hmmmmm.

Selain kerja writing tesis nih, kerja aku hari-hari pun pergi lab and feed the fishes. Cukup seminggu, masuk lab untuk tukar air dalam akuarium tuh. Selain tuh, baca jurnal jer lah. Itu lah rutin aku hari-hari. Bosan kan? Well,  aku tak boleh nak keluar selalu. Tak tau kenapa. Jadi habit dah malas nak keluar nih. Maybe sebab dah biasa. Dulu kalau keluar, mesti ada orang marah selalu keluar. So, aku pun duduk umah. Lama-lama jadi biasa. Takpa takpa. Will get myself back soon.

Ahhhhhh. Boring jer baca entry macam nih. Aku pun tak sure kenapa aku nak update. Aku rasa nak cerita apa aku tengah fikir. Bosan ok bosan! Phone buat hal. Once in few hours kena restart kan dia, baru lah ada message masuk ke apa. Yang phone satu lagi asik mati sendiri. Iskkkkk. Arghhh! PSP lak takda game baru. Aihhh. Boringlah macam nih. Siapa tahu nak download game PSP kat mana? Penat lah carik and try download tapi asik tak dapat -_-"

Oklah. Nak sambung buat kerja. Selamat kembali ke kerja masing-masing semua! :)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 :)

Selamat menyambut tahun baru Islam, 1 Muharram 1432H.



Esok cuti, so apa plan semua orang eyh?

Aku ingat nak pergi KLIMS '10 esok, tapi since public holiday and school holiday, dah kira pakej untuk kesesakan lah kan. So duduk rumah kasi baik demam dulu lah ye.

Tadi dapat makan western food!! Siapa tengok FB aku tuh, mesti tengok status aku yang dok bising nak western food. Dapat yang Kg Baru punya pun jadilah dulu. Puaskan hati jugak lah.

Kenyang nih. Malas nak snap gambar sebab tempat tuh lighting bukan ok pun. Ala-ala buat malap-malap. Iskkkk T____T

Btw, tahun baru nih, azam pun kenalah perbaikkan. Tak gitu? hehehehehehhe. Or, adakah tunggu tahun baru masihi jer? Hikkkksss :D

Oklah. Al-fenat. Mau rehat-rehat aka tido.

Selamat bercuti semua!!! Hati-hati di jalan raya bagi yang nak balik ke bandar dari kg esok. :)


* gambar semua, credit to Google*

p/s: Hati kenalah sucikan. So mana dendam, mana yang marah-marah tuh, silalah bawak bertenang. Bawak-bawakkan bersabar. Bawak-bawakkan maafkan orang, ye? :) Nanti mesti lega.

Ohh Emmmm Geeee~

Tiga-tiga ada ok! Jakun sekejap ok! Walaupun esok belom tentu semua naik. Tak apa tak apa :)



Eh, sebenarnya tak sure masalah speed internet umah aku nih or memang macam nih dia punya style? Ada time tiga-tiga naek or sepatutnya memang hari-hari naek tiga-tiga? Kompius. Tapi apa pun, hari nih antara hari yang naik tiga-tiga. Suka!!


ada 7 buffered earning dekat blog aku. Wahhhh jakun! Aku tau ada ramai lagi yang sampai puluh-puluh belas-belas ke, tapi nih aku nya blog ha. Iskkk suka! Harap lama lah lekat k? Semangat sikit nak hapdet blog. Aku pon nak jugak beli something untuk diri guna duit dari blog :)

Nuffnang, I Love You lahhhh!! *dan-dan jer*

p/s: Regardless aku punya income yang tak pernah nak banyak tuh walaupun dah 2 tahun blogging, tak kesahhhhhh! :P

1Malaysia

Matilah asik hapdet blog jer 2 3 hari nih. Nampak sangat dah takda kerja lain nak buat. Sah-sah asyik ngadap laptop nih jer kan. Hehehehhehehehe.

Hari tuh bukan main lagi lah emo nya la haiiiiii. Nak buat protected entry lah apa lah. Tapi kan, after a while fikir kan, buat apa aku nak privatekan certain entry tuh just because nak elak orang tak puas hati or macam meluat ke apa kan? After all, blog aku, biarlah aku nak tulis apa pun kan? Tak gituuuu? Tapi memang lah akan aku simpan certain cerita tuh untuk diri aku and certain orang jer.

Actually, aku nak tau jugak lah, dalam dunia blogging yang agak seram nih, kenapa ada orang tuh dia dengki sangat dengan blogger tuh tapi keep on coming back dekat blog tuh? Rajin pulak dia kan? Susah jugak macam nih. Aku nih yang baru setahun petai jagung buat blog nih, serammmmm jer baca komen anonymous yang gila kejams and dengkis nak mamps tuh. Takut ok. Kalau macam Kak Di tuh tak apalah jugak kan, dia tuh hati kuat ok. Gila selamba punya orang. Tapi kalau sekali kena kat dia, zasssss. Kau yang makan hati balik. Heheheheh. Tapi aku respect lah dekat dia, sebab dia nih jenis yang memang tak amik kesah betul pasal orang cakap buruk dekat komen blog dia. *Anyway, congrats on the newborn Kak Di and Hubby!*

Anyway, aku paling kelakar lah kalau baca komen orang yang bajet baik sangat nih yang sampai boleh buat entry. Aku rasa cara terbaik untuk dia adalah buat satu entry, pastuh link jer dekat blog orang yang dia tak puas hati tuh. Tak ke senang? Hehehehehehhehee. Dah kalau ada masa menaip panjang untuk komen, mesti ada masa nak tulis blog :D

Aku tak mengata siapa-siapa. Bukan tak pernah pon kena lalat macam nih. Sebab tuh aku remove Cbox dulu. Tapi tetiba rajin nak masukkan balik kannnn :P

Cumanya, kita nih rakyat Malaysia, yang orang tau sangat kononnya sangat peramah, cubalah respect orang tuh bila ke blog dia. After all, masuk blog seseorang tuh, tak ke seolah-olah masuk ke rumah dia? Have respect and courtesy lah sikit kan? :)

Haaaa, lagi satu, blogger melayu nih, boleh tak jangan caras sesama sendiri? Huhuhhuhuhu. Tak dapat tengok orang lain banyak follower ke apa, terus tak puas hati eyh. Terus lah mula nak cerita kisah-kisah lama yang menjadi kisah hitam pemilik blog tuh ke. Tak elok. Aku nih bukan baik sangat, tapi aku tahu, Allah tutup aib seseorang tuh. So siapalah kita nak bukak aib dia kan? Nanti Allah bukak aib kita, baru nak terngadah. :)

Kita pandai berhati-hati bila berjalan-jalan kat luar tuh, bila meneroka dunia nih, apa kata, berhati-hati and jaga etika bila berada di dunia maya jugak. Biar harmoni sikit. After all, dunia blogging nih kan seronokkkk!! :) *teringin jumpa Medina, Mummy dia, Hanis Zalikha, Kak Di, Kak VP, Ceera and Keisha and ramai lagi lahhhh*


Eh, bebel pulak. Aku tak sure apa motif aku buat entry nih. Or apa kaitan dengan title. Hahahahah. Saja kot. Bosan. Hehehehhehe.

Hari Isnin woo! Suka suka! :D


in my case, not the FB but the blog :)

Cute kan? Mulut kata lain, hati kata lain. Tapi how sad, i'll never know it. Nevermind.

p/s: Kadang-kadang tersenyum sorang bila tengok siapa yang masuk blog kita. Ada jugak ye orang stalk kita di dunia maya, tapi in realiti, hubungan ngan dia macam hamster ngan munchkin :P I know you read mine :)

Sunday, December 5, 2010

Lawn bowling

I miss lawn bowling so much!! Most people like to play bowling, but as for me, i prefer lawn bowling. Nothing compares to the sweat and sunburn we get of playing it. Aaaahhhh! Refreshing!!

Do you know that our lawn bowling player is the greatest in the world? Yeah! We are at the first ranking. Everyone knows Datuk Nicol Ann David is at the first ranking for the Women's Squash. Everyone knows that Datuk Lee Chong Wei used to be number one. But did everyone knows that our lawn bowling is also number one? Safuan Said, our men's single for the lawn bowling, is at the top of the world with 1550 points as of the latest ranking. Kenal tak dia? :)

amik dari SINI


inilah dia, Safuan Said :)

*gambar credit to Google*

Aku pernah cerita kan macam mana aku boleh start main bowling. Dekat archieve tuh ada lawnball. Hehehehe *Salah eja tuh* Kat ctuh lah segala aku cerita pasal lawn bowl. Cara main, position dalam game semua. 

Tak sangka pulak daripada zero to hero at least something in lawn bowl. Rindu sangat dengan team member MASUM 2009 dulu. Kenal ramai orang bila involve in sports nih kan. Dari U lain pun ramai. Tapi paling seronok masa sesi latihan pusat dekat Seremban 2 dulu. Boleh jumpa ramai lagenda lawn bowlers Malaysia. Yang pernah wakil Malaysia untuk tournament international semua pun ada. Tengok dorang main, rasa terkagum-kagum.

I miss the training so much. Eventhough akan dapat sunburn yang teruk and kepenatan melampau, tapi sangat seronok!!

I miss you guys semua; Shat, Sit, Siti, Kak Saufi, Zati, Am, Mamat, Pesal, Emmy, Ipok, Abang Iz, Kak Farah, Uncle Bob and last but not least, Abang Safar the Coolest Manager of All!!

mandi-manda







Nih semua gambar masa Karnival MASUM 2009. Team UKM untuk lawn bowl :) Miss you guys so much! Heheheheh. Muka semua stock sunburn :P

*gambar cilok Kak Saufi punya dari FB dia*

When will i get the chance to play again? -_-"

Saturday, December 4, 2010

Bunuh diri?

Kan banyak dah kes bunuh diri berlaku sekarang kan? Mostly tuh remaja tak pun wanita/lelaki yang dalam lingkungan 20s and early 30s. Aku rasa kan, aku tau salah satu sebab dia.


































BOSAN!!


Ye. Bosan sampai rasa nak bunuh diri. Tuhlah aku rasa seharian hari nih. Weekend before nih sangat full, tiba-tiba minggu nih kosong gila! Tambahan lagi aku tengah demam. Badan rasa sangat-sangat tak selesa, hidung tersumbat sebab selsema (tapi still aku tak pantang minum ais, and tak makan ubat jugak..hehe) and worst of all, batuk yang datang mengejut-ngejut. Tiba-tiba jer batuk. Tengah senyap tengok movie, tiba-tiba batuk. Sekali batuk tuh rasa gatal gila pulak tekak tuh >.<"

Kerja adalah melambak haaa. Writing tesis Bab I and II tak settle mana lagi. Tapi still bukannya buat kerja boleh hilang bosan. Lagi bosan adalah. So kerja aku seharian adalah melayan movie, tengok FB dan baca blog orang, siap bukak archieve lagik ok. Bayangkan betapa bosannya aku. Ingatkan boleh distract aku lah kan so takdalah rasa masa lambat sangat berlalu. Sekali tak okk. Tetap tengok jam and terus macam "WTFish, baru 20mins berlalu ke????"

Mesti korang pun akan mula fikir benda mengarut masa bosan kan? Mula lah berangan itu ini. Tak pun mula lah dalam otak tuh dok ligat fikir camna rasa bungee jumping ke, sky diving ke. Kan? Tak ke macam nak bunuh diri tuh??

Ohhh! Silalah weekdays! Aku nak buat kerja makmal. Lagi seronok layan keli tuh haa. Tengok dorang berenang-renang. Comel ajer. Lagipun, nak keluar pun weekdays lah paling best. Sebab tak sesak ngan manusia! Hohohohohoho.


*sila klik untuk tumbesaran ye*

Hehehehhehehehhe. Sekadar gurauan di hujung minggu. Yang otak advanced sangat tuh mesti dah ke lain. :D

Cheerio! Have a fun weekend!

*pictures semua credit to Google*

p/s: Nak pergi KLIMS '10 weyh! Yang student tuh pakat pi ramai-ramai dekat PWTC. Weekdays tiket untuk student RM5 jer *sila bawak student ID*. Ada Bumblebee!!!!! Yeahhhh! Jom terjah! *nampaknya tak jadi pergi Isnin, nak buat kerja lab*

Friday, December 3, 2010

Kecewa

Aku nak cerita lah satu kisah nih :) Actually untuk ingatan aku sendiri jugak.

Tahun lepas, dalam bulan 12, sedang aku sibuk online tuh, terasa hati nak pergi chat room. Yelah, zaman chat room macam IRC tuh dah lama benar kan. So, terasa gatal jer tangan nak click dekat icon mIRC tuh. So try lah masuk. Lepas tuh dah masuk irc, aku macam blur jer sebab tak tau nak masuk chat room mana. So aku try jer lah masuk mana ada tuh. 

Seronok jugaklah tengok gelagat orang chatting nih. Tapi yang tak seronok tuh kalau part dapat lelaki gatal menegur. Nick tak boleh blah plak tuh. Semua stok-stok gersang macam binatang dah. Aku chat jer lah dalam chatroom yang ada. Menyampuk once in a while dalam conversation dekat open chat tuh. And dah bosan tuh aku biarkan jer macam tuh. Tiba-tiba ada satu nick tuh tegur aku. Sebabkan nick macam boleh dipercayai, maksud aku takdalah nama pelik-pelik tuh, so aku tegur lah balik.

Mula-mula just chat dekat irc tuh. Then dia mintak YM aku. So aku bagi jer lah. Since aku jarang nak masok irc sangat. Lepas tuh dia hilang macam tuh and aku pun buat biasalah. Yelah, chatroom kan, people come and go. Tapi tak, one fine day, dekat-dekat new year, dia tegur aku dekat YM. Aku pulak jenis yang cepat lupa nick orang nih. So starting dari hari tuh, kitaorang selalu lah chatting.

Mula-mula berkawan tuh, aku dah tekadkan hati dah taknak lah kalau-kalau one day jatuh hati ke apa dengan dia tuh kan. Tekad nih. Sekali dia cakap dia suka aku. Tapi aku jual mahal lah kan. Sebab baru kenal, and dah tekad katakan. Sampailah kitaorang bertukar nombor semua. 

Mulalah dia rajin sms aku. Kadang-kadang call. Lepas tuh macam biasa, ayat-ayat manis kan. Tapi yang aku suka pasal dia, sebab dia kelakar and sweet sangat. Lama-lama tuh jadi makin rapat. Apa lagi, aku pun mula lah suka kat dia.

One day, dia cakap nak datang jumpa aku. Segan weyh. Tapi dia datang jugak lah. Kitaorang just jalan-jalan area KL nih jer. Keluar makan-makan jer. 

Lama-lama, aku rasa sayang pulak dengan dia. Tapi aku takut kalau dah lebih dari kawan, susah nanti if gaduh ke apa one day. Tapi dah makin hari tuh aku rasa makin sayang pulak. Dia ada satu perangai nih yang susah nak handle. Dia cepat baran, and dia tak suka kalau aku buat benda yang dia tak suka. Contohlah, aku selalu tengok wayang. Haaaa. Dia tak suka, sebab nanti membazir. Memang betul lah bazir. Tapi kata pun aku kan, memang jenis yang degil, dah tuh suka abeskan duit. Nanti duit abis terkapai-kapai. 

Aku suka cerita dekat dia macam-macam. Sebab dia rajin layan. Dia pulak suka dengar aku cerita-cerita. Kata dia lah. Tak sure lah nak jaga hati semata-mata ke apa. Tapi kata pun dia baran kan, memang lah selalu aku terasa hati kat dia. Selalu lah aku kecik hati, merajuk kat dia. Yelah, bila dia marah, macam-macam dia cakap tau. Tapi aku belajar ignore apa dia cakap masa dia marah. Lama-lama aku jadi biasa. Bila dia marah aku macam-macam, aku senyap jer lah. Malas nak respon, nanti makin teruk.

Dia ada satu perangai lagi. Dia suka jeleskan aku. Selalu lah dia bagi tau ada orang nih orang tuh macam suka kat dia. Aku nih malas nak jeles lebih. Tipu kalau tak jeles langsung. Ada jeles tuh, cuma biasa-biasa jer. Tapi dia suka cucuk aku dengan cerita lebih-lebih. Buat aku makin jeles. Pelik tau.

Kiranya sangat hepilah berkawan dengan dia nih. Sayang sangat dekat dia. Sebab nak elak gaduh, aku selalu lah mengalah, tak pun aku tak buat benda dia tak suka. Lama-lama aku jarang dah keluar rumah. Aku duduk rumah and layan movie ke buat kerja je.

Tapi lama-kelamaan, rasa macam something wrong somewhere. Tiba-tiba rasa macam jauh dari dia. Kalau gaduh kan, macam jadi melampau-lampau. Makin pedas apa yang keluar dari mulut dia. Selalu end up aku menangis and aku jauhkan diri. Sebab sakit sangat hati dengar. Dia pulak dah tak sweet macam dulu. Aku pun tak sure apa jadi. Semua aku buat kan, yang dia nampak yang negatif. Ada jer salah aku dia carik. Ada jer benda lama dia ungkit. Aku tak tau napa jadi macam tuh. Selalu bila aku jauhkan diri, nanti dia akan mintak maaf and aku pun buat macam biasa balik. Then datang lagi episod gaduh, makin teruk everytime gaduh. Dia cakap dia stress dengan masalah sekeliling dia, sebab tuh dia bad mood. Takpalah, kata sayang kan, terima jer.

Sampai tahap one day, dia marahkan aku kaw-kaw. Dia sebut macam-macam. Dia persoalkan solat aku semua. Aku jadi bengang lah. Siapa-siapa dengar pun akan bengang. So gaduh besar. Lepas gaduh tuh, dah mula regang dah. Kira still contact tapi tak serapat and seceria dulu.

Sampailah kitaorang gaduh sebab duit. DUIT. Duit hancurkan hubungan. Aku tak sure lah. Tapi everytime pasal duit, dia akan tegur aku kaw-kaw. Kalau dia tegur ayat elok takpa, nih ayat yang memang makan hati gila-gila. Sampailah dia bagi tau aku tadi. Benda yang dia cakap yang sangat buatkan aku rasa down sangat-sangat. 

Yelah, kita percayakan dia sepenuhnya, terima dia seadanya, tak pernah niat pun nak gunakan dia, tapi rupanya selama nih dia pandang aku sebagai orang yang gila harta. Seolah-olah aku nakkan harta orang. Dia ungkit pasal yang dia topup untuk aku. Ye, selalu kalau aku abis kredit, dia mesti usaha nak topupkan on the spot so aku boleh terus contact dia. Tapi aku tak mintak, aku just cakap kredit takda. Tapi sentiasa dia yang topupkan. Salah aku ke? Sedih. Sebab tuh aku slalu cakap kat dia, tak perlu topupkan. Tapi nanti dia cakap aku taknak contact dia dah. Serba salah dibuatnya. 

Aku sangat terhutang budi dekat dia. Dia banyak tolong aku. Sedarkan aku macam-macam. Tapi bila dia mula ungkit semua tuh, aku rasa tak sedap hati. Rupanya dia anggap aku nih gunakan dia selama nih. Aku tak sure tang mana dia rasa aku gunakan dia. Pedas kata-kata dia kejap tadi. Sampai terketar-ketar jari aku nak reply apa dia cakap. 

Tergamam aku bila dapat tau apa dia fikir pasal aku selama nih. Apa jer aku reply dekat dia, dia gelakkan aku. Kata aku buat lawak. Tapi aku rasa tak perlu bagi aku untuk jelaskan dekat dia hal sebenarnya. Sebab macam mana pun aku explain, dia anggap aku main-main. Dia anggap aku buat lawak. Dia anggap aku mainkan dia. Punya penuh perasaan aku cuba nak betulkan anggapan dia, dia tetap ketawakan aku. Perlu ke aku nak bagi tau dia, kata-kata dia sangat kejam? Perlu ke aku nak bagi tau dia, kata-kata dia buatkan aku menangis? Aku rasa tak perlu sebab dia bukan amik serius pun setiap kata-kata aku. 

Bila kita sayangkan seseorang, kita sanggup buat apa jer kan? Lepas kitaorang gaduh besar dulu tuh, aku tak on no aku satu lagi tuh. Sebab aku still makan hati dengan kata-kata dia. Lama-lama, henpon aku untuk number tuh buat hal. So aku dah tak on terus no tuh. Aku stick dengan satu nombor jer. So everytime dia sms no aku tuh, aku kekurangan kredit nak reply. Mana tak nya, sekali topup rm5 jer. Tuh pon just isi nak guna kot-kot emergency kan. Dia pulak tak guna telco yang sama. So mahal la sms kan. Sebab aku pernah cakap kat dia credit sikit, susah nak sms, so dia terasa hatilah kiranya aku nih tak usaha nak contact dia.

Since tuh, tiap kali aku habis credit, aku carik cara nak dapatkan credit. Aku redeem points aku, aku mintak member aku topupkan guna online banking dia. Aku mintak mak aku. Semua nih mesti tengah malam punya. Kadang-kadang tuh tak keruan aku sebab aku takut dia salah anggap yang aku ignore dia. So aku korek mana boleh jumpa duit untuk topup. Kalau ada duit lebih, aku beli siap-siap topup banyak-banyak so that dia tak terasa kalau-kalau credit aku habis. Kadang tuh aku guna YM reply SMS dia. No maxis aku tuh my primary number, so aku tak boleh nak asik tukar sim card jer kalau nak sms dia. Dahlah henpon satu jer. 

Tapi takkan tuh pon nak bagi tau dia kan? Biarlah dia tak tau. Lagi elok macam tuh. Kalau aku ada duit extra, aku pun nak jugak makan mahal ckit. Ala, macam teppanyaki ke, KFC ke, kira mahal lah tuh kan. Bila aku btau dia aku pernah cut duit makan aku sebab nak beli topup, dia gelakkan aku. Dia cakap aku nih makan berpuluh-puluh hengget sehari, takkan cut duit makan? Kecik hati aku. Tapi malas lah aku nak explain kan. Biarlah. Dia tak tau, hari-hari pun aku makan nasi ngan lauk baru rm5 jer. Sebab nak simpan duit teringin nak makan KFC, Pizza semua tuh. Aku bukan bekerja, so bila dapat duit, aku excited lah. Teringin. 2 3 bulan aku duduk umah before nih tak kuarkan duit. Duit habis pun guna beli barang tesis. Bila dapat duit, so aku pun nak jugak tengok wayang, makan-makan. Lainlah orang bekerja, boleh lah makan macam tuh sebab duit ada.

Tapi tuhlah, takkan everytime aku nak kena bagi tau. Biarlah aku jer yang tau kan. Kita nih segan nak bagi tau orang macam-macam sebab kitak nih tak seberapa. So biarlah yang ada tuh kita simpan untuk diri. Tapi bila aku keluar jer nak enjoy sikit, terus dijadikan point yang aku nih membazir. Sedih lah. Macam nih aku duduk dalam gua jer lah makan pasir ngan batu. Baru duit tak jalan. Kan?

Kecewa jugak aku. Sebab yelah, kata-kata dia dulu bukan main sweet. Sampaikan aku tak pandang kelemahan dia. Sekali haaa, padan muka aku. Kena teruk ngan dia. Semua salah aku macam gunung dah besar dia. Semua nya pasal DUIT. Sedih sangat. Tadi dia ym aku semua tuh, memang lah menangis sakan aku dibuatnya. Sampai macam tuh sekali dia pandang aku. Hina gila dia pandang aku. Gelakkan aku macam apa. Haihhhh.

Tapi takpa, aku taknak ikutkan hati aku. Kalau aku reply kat dia macam-macam, nanti aku menyesal. Yelah, kadang nih bila hati marah, kecewa, macam-macam jer kita nak cakap kat orang tuh. Macam-macam kita nak explain kat dia bagi nampak kita nih tak salah. And macam-macam kita akan cakap yang buatkan orang tuh makin marah and sakit hati.

Tak semua benda kita dapat explain. Biarlah kita and Tuhan jer tahu kebenarannya. Apa dalam hati kita, kita lebih tau. Kalau orang tuh dah nak anggap kita macam-macam. Terima jer lah. At least aku takkan menyesal one day atas apa aku pernah cakap. At least aku tau, aku tak menambahkan sakit hati dia. Kalau apa yang dia anggap dekat aku buat dia puas hati, buat dia rasa lega and selesa, go on. Aku tak halang. Aku taknak try pun betulkan. 

Apa pun, aku still hargai segala apa dia pernah tolong aku, buat untuk aku. Aku hargai sangat sebab selain sifat pemarah dia, dia seorang yang baik sangat. Aku pernah sayang dia, jadi aku taknak benda nih musnahkan all the sweet memories. Dia pernah cakap dekat aku, yang dia tak pernah sedih lama-lama, sebab dia selalu lupakan yang buruk and ingatkan yang baik jer. Tapi nampaknya, sekrang dia takkan ingat yang baik dah pasal aku.

Anyway awak, take care.

p/s: Sebarang komen dari anonymous takkan aku publish eyh. Thanks.