Aidiladha kali nih tak semeriah dulu.
Maybe sebab Nenek tenat.
Celebrate macam biasa
Kumpul sesama family.
Makan ramai-ramai.
Makan tak henti pagi ke malam.
And of course, bergilir-gilir menjaga Nenek.
Kalau before nih dia terlantar tenat, tapi boleh lagi bercakap and request itu ini,
tapi sekarang dia dah tak boleh bercakap sangat.
Bukan tak boleh, tak larat.
Dia selalu cuba cakap, tapi our bad, kitorang tak dapat tangkap apa dia nak cakap.
She's too weak.
Dulu boleh lagi makan.
Sekarang dah tak dapat nak makan.
Minum jer.
Dia refuse untuk makan.
So, last Friday, dia kena hypo.
So weak she barely can open her eyes.
Menggelabah semua ha sebab dok kejut, dok goyang2 badan dia pun tak bangun.
Then dorang try gerakkan sikit her right shoulder, baru dia bangun, sebab sakit.
And aku bertolak dari Kuching ke Sibu hari Sabtu lepas, awal pagi pukul 6am.
Sampai Sibu around 12pm gitu.
Sampai-sampai jer masa salam Nenek tuh,
Ya Allah, badan dia panas melampau. Dia demam.
Masa tuh dorang bagi tau yang malam before tuh dia tak sedar.
Sebab since Khamis dia taknak makan and Jumaat tuh dia dah tak boleh bercakap.
So seharian Sabtu tuh aku lap-lap badan dia,
tekap dahi, tangan kaki dia dengan tuala basah.
Memang panas gila.
Berjam-jam aku buat semua tuh sebab nak cool her down.
Last resort, bagi dia panadol syrup budak-budak punya tuh.
Sejam lepas tuh baru dia ok ckit.
Kurang sikit, then letak Kool Fever,
dia pun tidur, tapi tak lena.
Malam tuh aku berjaga.
Tengok-tengokkan dia sebab dari siang bawak ke malam resah gelisah dia tuh.
Kejap-kejap dia bukak mata, tengok keliling.
Dari siang sampai ke malam.
And malam tuh masa aku jaga dia,
dia asyiklah bangun dua tiga kali.
Bangun macam orang tak mengantuk tuh.
Cuba bercakap something tapi aku tak dapat tangkap.
Dia tengokkkkk jer aku.
Mata dia tuh, sedih aku tengok.
Tapi lama-lama aku perasan, dia tengok arah aku, tapi bukan macam tengok aku.
Paham tak?
Siang tuh masa dia demam, dia ada panggil nama 2 orang.
Uma dan Ani.
Uma tuh adik dia, Nek Usu aku.
Ani pulak kakak dia, Nek Wa aku.
Dua-dua tuh dah meninggal.
Siang tuh memang dia duk panggil-panggil lah Nek Usu aku tuh macam Nek Usu aku ada kat situ pulak.
Udak aku cakap dia memang dari hari-hari sebelum tuh dia duk panggil Nek Usu aku.
Sebab dia rapat dengan Nek Usu aku tuh.
And malam tuh pulak, dia panggil lagi Ani.
Kak Ani lah.
Masa tuh aku berdiri sebelah katil dia, sebab nak betulkan oxygen tube dia tuh.
Biasanya aku duduk sebelah kanan dia, and kalau nak betulkan oxygen tube tuh aku kena amik position belah kiri dia.
So masa aku nak betulkan tuh, aku berdiri sebelah dia.
Elok jer aku baru nak betulkan, dia tengok aku.
Mata penuh kesian aku tengok.
Tetiba dia panggil aku Ani.
Maksud aku tengok ke arah aku and panggil aku Ani.
Memang confirm meremang lah segala bulu yang ada.
Sebab dia tengok aku tapi aku boleh nampak dalam mata dia macam dia takda dah dekat situ.
Macam pandangan kosong ke arah aku.
Orang cakap, bila seseorang tuh tenat sangat, roh-roh arwah saudara yang rapat akan datang ziarah.
Sama ada dalam mimpi atau dia dapat tengok in real.
And malam tuh aku baru perasan.
Tiap-tiap tengah malam, maksud aku pukul 12am ke atas jer, mesti Nenek akan bangun. *sepanjang aku pernah jaga dia malam2*
And mesti dia macam resah, or bercakap-cakap dalam tidur yang memang aku tak paham.
Tapi malam tuh dia duk panggil Ani ke arah aku tuh memang aku static berdiri kat ctuh jer sebab gelabah.
Lepas tuh aku macam cuba biasakan diri.
Yelah kalau betul dia nampak Nek Wa aku, buat apa aku nak seram melebih kan. Nenek sendiri jugak.
So aku pun biarkan jer dia bercakap-cakap.
Tapi kalau nampak dia sedih, aku cakap kat dia, tidur jer dulu.
Tak lama lepas tuh, dia panggil Bi pulak.
Aku tak tau siapa Bi.
Tapi dia panggil Bi.
Yang nih lagi aku takut.
Sebab adalah dalam 10mins or lebih dia dok panggil Bi.
Masa tuh dia bangun.
Celik.
Sambil tangan kiri dia melambai-lambai ke arah belah kiri katil dia tuh macam panggil orang.
Dia dok panggil macam kita panggil kawan-kawan kita dari jauh yang tak dengar kita panggil tuh.
Kalau kita panggil kawan seberang jalan ke, mesti kita macam panggil kuat-kuat sambil lambai kan?
Gitulah dia.
Macam nih lah "Biiii, ooooooooooooooo Biii. Biiiii. Biiiiiii. Biiii oooooo Biiii"
Sambil lambai-lambai.
Tak ke cuak aku yang duk belah kanan katil tuh sambil tengok arah kiri katil yang tak ada apa-apa cuma dressing table dengan cermin sebesar gajah.
Memang aku cuak. Sambil aku tengok sekeliling.
Huhuhuhuhu
Tapi lama-lama tuh aku kuatkan hati.
Aku doa jer lah.
Kalau betul dorang datang ziarah, kalau dengan mimpi arwah tuh Nenek boleh tidur and lupakan kesakitan dia sekejap, biarlah.
Hmmmmmm.
Esoknya aku tanya Udak siapa Bi.
Udak aku cakap, ibu mertua Nenek.
Udak panggil Nek Haji Ubi.
Kira moyang aku lah.
Emmmm.
Oh, before tuh, around after Isyak tuh, mak tukar urine catheter Nenek, lepas dah bagi dia mandi semua kan.
Aku tak boleh tengok ok.
Tak dapat. Tak sanggup.
Tapi aku kuatkan jugak semangat.
Yelah, aunty, uncle and cousin aku yang lain semua jenis tak dapat tengok yang macam tuh, so terpaksa aku kuatkan hati.
Kalau tak, sapa pulak yang nak pegang tangan Nenek masa Mak masukkan catheter tuh kan.
Kesian Nenek.
Kesakitan dia tuh masa masukkan tuh, sampai menangis dia. Kuat gila dia genggam tangan aku.
Aku tak dapat tengok.
Adik aku yang bongsu tuh muka rilek gila tolong Mak aku tukar.
Siap tanya macam-macam soalan lagi.
Macam budak medic baru belajar procedure tuh ok.
Aku pulak tengok muka nenek aku sambil usap kepala dia jer.
Tak mampu aku nak tengok Mak aku tukar tuh.
Adik aku dah tau macam-macam term ok untuk handle orang sakit nih.
Mak aku sebut jer nak apa, adik aku amik terus dari dalam beg supply tuh ha.
Dressing kit, apa perlu dibuat, semua adik aku tau.
Tinggal tak buat procedure jer.
Aku?
Melopong jer.
Tsk tsk tsk.
Kalau dengan mengadap Illahi adalah cara untuk Nenek aku berhenti terseksa, aku redha.
Tapi kalau belum ajalnya, akan aku sama-sama menjaga dia macam dia jaga aku masa aku baby dulu.
She's the only Nenek I ever have.
Belah ayah dah takda masa aku lahir.
So aku dapat kasih sayang Nenek dari dia jer.
Ya Allah, kau permudahkanlah urusannya. Amin.
*terlajak pulak. esok confirm liat nak pergi kerja*
No comments:
Post a Comment