Sunday, October 30, 2011

Hidup tak selalunya senang.

Tak semua benda mudah diterima.

Tak semua benda harus diterima.

Tapi tak semua benda boleh ditolak sebulatnya.

Kadang-kadang, apa yang kita tak suka, tak semestinya tak elok untuk orang lain.

Cuma setiap manusia ada pilihan dan cita rasa sendiri.

Tak salah berangan.

Cuma kena kembali ke realiti.

Dan janganlah punahkan angan-angan orang.

Hanya sebab kita tak rasa angan-angan tuh boleh jadi realiti.

Kita pun tak nak orang pandang serong angan-angan kita.

Kita tak sempurna.

Tiada manusia yang sempurna.

Belajar terima orang lain.

Kerana akhirnya nanti, orang yang kita selalu tak endahkan, mungkin akan membantu kita.

Sayangi orang lain, sebagaimana kita mahu disayangi.

Terima orang lain sebagaimana kita mahu orang menerima kita.

Cuba faham orang lain, sebagaimana kita mahu orang memahami kita.

Tiada siapa mahu berseorangan.

Sentiasa terima kelemahan orang yang kita sayangi.

Aku menyanyangi sesiapa sahaja yang menyayagi aku.
Aku cuba bersabar dengan sesiapa sahaja selagi diriku boleh bertahan.
Aku cuba memahami selagi perlu.
Aku cuba menerima apa sahaja kelemahan.

Aku cuma minta perkara yang sama.
Aku bukan mainan.
Yang kau cari ketika bosan, ketika susah, ketika tiada yang lain.
Yang kau buang bila tak diperlukan

Manusia memang sentiasa berubah.

**just a random post**

No comments: