Tuesday, January 11, 2011

Gulliver's Travels: Review

Alohaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Lama tak bukak blog *tipu*

Haaaa. Macam biasa, mestilah aku keluar tanpa plan. Mestilah main terjah mengejut-ngejut kannnnn. Polisi hidup selagi bergelar undergrad student *bila masa buat polisi entah*

Cerita macam nih. *belum review lagi, melalut kejap, taknak baca skip* Aku kan hari-hari pun pergi lab semata-mata nak jenguk ikan aku, tong waste aku, and semestinya anda dan Maggi, eyh bukan. Semestinya bagi makan anak-anak ikan yang super rakus itu. Lepas bagi makan ikan, agak-agak dah cukup bosan lepak dekat lab, lepak pulak dekat lab bawah jenguk Amira et al. Eyh, maksudnya, Amira dan rakan-rakan. *baru nampak ala-ala mood tesis sikit*

Lepak borak-borak bincang-bincang, dan semestinya anda dan Maggi. Eyh, semestinya, gosip serta kutukan adalah perlu, tetiba rasa macam nak keluar *tipu lagi*. Sebenarnya memang niat nak keluar, tapi ke mana, sendiri pun tak tau. Gila teruk niat macam tuh tak tau hala tuju kan. Lepas tuh bila dah habis borak, Mira pun tanya nak ke mana, balik terus ke apa. Aku dengan selamba jawab, "Nak keluar tengok wayang kot."

Terus Mira and 'Izzah nak ikut ok sebab aku cakap pegi sorang. Holohhhhhhhhhhhh. Sebok ajer! *dalam hati girang sebab lama nih tak lepak dengan Mira and 'Izzah. Zaman duduk K1 dulu nih lepak sesama* Hehehehhehe. Maka, tunggulah dorang siapkan lab tuh *bukan buruh kasar membina lab ok, maksud di cnih, siap run test*.

Pergilah TS *takda port lain dah*. Sampai-sampai ajer pergi tengok showtime dulu. Then dah decide, pergi terjah Wendy's. Mengidam ohhhh! *aku nih apa tak mengidam, jagung pun ngidam* Lama gila lepak ctuh. Mau sejam lebih. Kata "cuti sekolah".

Panjang melalut. Baru nak sampai review. Kesian yang baca review dari blog gila nih. Ceritanya:

1. Sangat kelakar ok!! Kelakar yang memang gelak best punya!

2. Cerita dia pasal si Gulliver nih lah. Dia tuh nak pikat sorang awek yang pangkat lagi tinggi dari dia dekat tempat kerja dia tuh. Tapi dia nih control macho jer lebih, tapi tak berani pun nak cakap. Then, dia decide lah nak jugak jumpa perempuan tuh and ajak.

Sekali, sampai bilik ofis perempuan tuh, tetiba dia macam gagap lah kan. Terus dia capai sampul atas meja and cakap nak hantar mail. Gulliver nih mail guy. Pastuh perempuan tuh terkejut lah sebab sampul si Gulliver nih amik sebenarnya application form lah untuk jadi travel journalist. Terus Gulliver tipu and berlagak yang dia tuh memang selalu travel and stuff. Then perempuan tuh bagi satu assignment untuk Gulliver tunjuk dekat perempuan tuh as contoh lah, cara penulisan si Gulliver nih.

Gulliver nih kan mail guy jer. Mana dia tau pasal travelling nih semua. Dia pun main tipu lah nak siapkan assignment tuh. Esok dia hantar perempuan tuh impress and terus bagi dia satu task. Perempuan tuh bagi suggestion lah cakap dia ada satu assignment nih, kira boleh jadi first assignment untuk Gulliver nih, which is, dia kena pergi Bermuda Triangle.

Start pegi Bermuda nih lah macam-macam hal kelakar jadi. Memang kelakar habis lah.

3. Seronok kalau pergi ramai-ramai dengan member yang sekepala. Sebab apa? Meriah gelak ramai-ramai. Hahahahhahaha.

4. So far aku rasa sesuai bawak family. Takda melucahs mana-mana. Hehehehhehe.

5. Kalau tak sebab Black Jack *eyh, salah, judi* Jack Black, mesti kurang kelakar. Sebab dia tuh kan macam kelakar ajer.

Kesimpulan, bawak lah member tengok mana yang tak tengok lagi.

Paling seronok, takda adegan raba-raba ok dalam hall. Aku kan pergi bertiga dengan 'Izzah and Mira, and aku duduk seat tengah-tengah antara dorang berdua. If lah ada adegan raba-raba sebelah aku, agak musykil jugak lah kan. Yelah, kitorang duduk 3 seat tepi skali, aku kat tengah, belah kiri aku tepi sekali tuh 'Izzah, belah kanan aku, Mira. Sebelah Mira budak perempuan Cina. Kalau berlaku adegan raba-raba sebelah aku, adakah Amira buang tebiat melayan perempuan Cina sebelah dia? Hahahahahahahahahhaha. *kakak, I know u baca, sila sentap! hahahahahhaha*

Anyways, had so much fun! I almost forgot how much fun it is bila keluar dengan Mira and 'Izzah. Geng gila sekali nih bila part bergosip, macam dunia kitorang punya. Gelak tak hengat. *eyh, tuh aku tuh* Tapi memang seronok keluar dengan dorang. Sebab satu kepala dari dulu kan. So memang best lah. Next time, kita jalan-jalan lagi ok! *'Izzah nampak chantek sekarang, percubaan membodek sambil kenyit-kenyit mata*

Babaiiiiii!

p/s: Nak balik Kuching! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

No comments: