Tuesday, January 4, 2011

Cuti-cuti New Year: Cameron Highland Part 1

Fuhhhhh. Aku buat part by part lah ye. Takda lah sampai 5 6 part macam cerita Uncle Seekers tuh *eyh, terlebih sudah*  2 part gitu sudah. Aku taknak squeeze cerita terlampau panjang dalam satu entry. Huhuhuhuhuhu.

Ok. Cerita dimulakan dengan planning secara mengejut tak mengejut lah. Kakak Asiah ajak Asiah pergi Cameron dengan dia. Si Asiah nih pulak pergilah ajak aku ngan Alia. Nak meriahkan suasana katanya. Mula-mula tuh excited lah kan. Yelah, aku mana pernah sampai Cameron. Nama jer duduk semenanjung 4 5 tahun. Haihhhhhh.

Then masuklah minggu kuliah. Serba salah dah nih. Nak beli tiket bila lah apa lah kan. Then gamble jer lah beli tiket hari Selasa minggu last 2010 tuh lah kan. Beli pukul 6.30pm ke Kampar, hari Jumaat, 31/12/2010. Sebab kakak Asiah amik dekat ctuh. Then tetiba esoknya Malaysia menang bola kannnnn. Terus PM umum cuti hari Jumaat. Haiyoooooo. Terpaksa pergi Sogo sebelum naik bas petang sebab bosan pagi tuh *alasan*

Dahlah bas lambat ok. Kitorang sampai Hentian Duta tuh dalam pukul 5.45pm gitu. Sekali bas pukul 7pm baru ada. Hish. Sampai Kampar dalam pukul 9pm. Singgah Tesco kejap then balik umah kakak Asiah. Ish. Susah nau nyebut. Nama kakak Asiah tuh Kak Hasliza. Panggil Kak Liza jer lah ye *sukati bagi panggilan kat orang, aku panggil kakak jer kot* Lepas tuh masa kat rumah Kak Liza tuh asyiklah dok plan nak gerak ke Cameron esok paginya pukul sekian sekian. Plan awal pukul 4am okkkkkk. Then last-last decide lepas Subuh pukul 6.30pm gitu. Takdanyaaaaaa, semua pun pakat taknak mengalah bangun awal. Last-last pukul 7am baru gerak ok. Ngeh ngeh ngeh. Buruk perangai betul.

Sabtu, 1/1/2011, bertolak. Tak sarapan pun. Terus gerak pukul 7am tuh. Ikut jalan Simpang Pulai. Dekat sikit kan. Kalau Tapah jauh sikit. Seram ok. Yelah, kan accident teruk hari tuh dekat jalan tuh kan. Aku pun gigih nih tahan mata sebab nak tengok pemandangan. Rugi kan kalau tido. Sekali, mabuk ok. Terus rasa pening and nak muntah. Tapi tetap gigih tahan mata. Walaupun ngantuk yang amat.

Sampai Cameron dalam pukul 8am lebih. Sejam lebih jer lah naik nya. Perghhhhhh. Cuaca masa hari Sabtu tuh adalah sangat mendung ok. Tak panas. Kadang-kadang hujan rintis, kadang lebat. So sangat super sejuk dekat atas tuh. Aku tahap gigil-gigil. Bayangkan aku banyak lelemak nih gigil-gigil, apetah lagi orang lain. Cubaan nak menghasilkan asap masa bercakap adalah FAIL. Ceyh! Tapi aku tengok ekzos keta kan, semua pakat keluar asap stim tuh tau. Bukan asap keta. Jeles dengan kereta, boleh?

Kitorang singgah KFC dekat Brinchang tuh untuk breakfast. Makan nasi lemak dia. Sedap jugak eyh. Pekena teh panas pulak, memang feeling habis lah kan. Then terus ke destinasi pertama, iaitu tempat kaktus.

Sila layan gambar. Aku malas nak buat caption semua gambar ok :D

 beli souvenir untuk family dulu


aku suka diri aku dalam gambar nih! *boleh?* 


motip posing?

Lepas dah jalan-jalan dalam nih tengok kaktus, ada yang beli kaktus, terus keluar pergi carik jagung. Hehehehhe. Jagung manis gila ok siap makan mentah pun rasa dia macam dah rebus. Sedap oh! Borong untuk family!

Then gerak ke ladang strawberry. Banyak sangat tak tau mana nak pergi. Layan dulu gambar ye.



Try nih dulu. Haiyooooo. Penat ok naik bukit. Takda apa rupanya. Kitorang nak yang ada self-plucking tuh. Huhuhuhu. Parking kat bawah nih then gigih naik bukit tinggi gila. Semput sampai atas. Nak bernafas pun payah. So snap gambar sikit-sikit je dah alang-alang sampai kan.

Then pusing balik naik ke arah Brinchang balik, jumpa tempat nih! Benda first buat, try strawberry chocolate peberet Tok Ti tuh haaaaa. Aiseymannn, tak menepati citarasa lahhh. Aku ingat choc dia cair kan, sekali dia letak dalam air ais, terus keras choc tuh. Terus rasa tak feeling makan.




So dapatlah petik sendiri. Tapi tension ok! Rasa macam kena tipu. Yelah, semua yang merah ranum semua dorang dah kutip siap-siap ok. Tinggal yang hijau-hijau ajer banyak. Yang merah-merah tinggal dekat tempat yang curam-curam and bahaya nak pergi. Hishhh. Dahlah mahal bayar. RM20 untuk setengah kg. Tapi berjaya lah dapat kutip setengah kg. Gigih ok!

Lepas berjaya kutip strawberry, naik balik ke tempat kaktus tuh. Sebab dekat ctuh macam pasar tani macam tuh kot. Masuklah kedai ctuh and snap gambar lagi. Kerja nak amik gambar ajer.

 dengan kaktus yang berbentuk lidah *pelik*





Aksi gila. Spoilkan gambo depa berdua. Ngeh ngeh ngeh.

Suka tengok taman dekat kedai nih. Cantik ajer semua susunan bunga-bunga dia kan. Lepas berjalan-jalan snap gambar, terus keluar and ke destinasi seterusnya. Nak pergi ladang teh!!!

Sebelum tuh, singgah pasar tani lagi satu yang dekat Hotel Equatorial tuh. Usha-usha sayur and buah-buahan sambil snap gambar sikit-sikit. Aku ada try jugak madu yang dari sarang lebah terus tuh. Yang fresh tuh. Semua sebab baca blog Kak Ceera. Hehehheheheheh. Tapi lupa snap gambo :P


 dua gambar nih masa on the way nak balik ke kereta dah. sempat lah singgah try strawberry choc cnih pulak. still tak menepati citarasa sebab choc dia walapun cair, tapi tak sedap. beli jagung rebus jugak sebab tak sabar nak merasa. hehehhehehhehe.

Next destination, ladang teh boh!

To be continued............. :P

No comments: